Si Chemba kata nak pegi tarawih dekat Masjid Negara.. so aku pun laju2 cari hotel yang paling hampir dengan MN. Kebetulan pula kami memang dah ambik cuti sempena hari pertama ramadhan. Jumpalah The Majestic Hotel, kalau nak jalan kaki ke MN pun sampai. Kebetulan pula harga ok compare to harga biasa yang mencecah RM400+. Kami dapat harga RM232 semalam termasuk tax, book through website dorang.. so ok la. Kalau book through Agoda memang RM400 tak lari.
Lepas balik kerja tadi terus ke mari. Bilik kami Deluxe Twin, which is ada 2 katil single la dalam tu di blok Tower Wing. Tower Wing ni blok yang tinggi kat situ. Kami datang tanpa plan untuk berbuka puasa. Order food panda skali dah tunggu almost sejam kena decline. Memang kurang pahala puasa aku menyumpah Food Panda malam ni. Mau tak mau kena la order hotel. Ini bukanlah kali pertama duduk 5 star tapi inilah kali pertama aku makan paling mahal oke! Nasi goreng bodo tu RM70.. yang aku bayar mahal rasanya sebab dorang hantar guna bekas tu je kot. Hahaha.. rasa? orang lapar katanya makan apa semua pun rasa sedap tapi aku rasa biasa2 je. Terbang jugakla RM150 untuk makan je.. tak tahu nak nagis ke apa ke dengan kebodohan sendiri.