Hari ni kami merealisasikan hasrat kami berpiknik. Ini gara-gara banyak sangat layan si Chemba tengok channel camping dekat YouTube. Lokasinya belakang opis je.. dekat Taman Tugu. 1st time oi kami sampai sini, selalu lalu lalang je tak pernah singgah. Sebelum keluar tadi sempat singgah beli kek befday si Chemba sempena ulang tahun ke 40 dia 2 hari lepas. Walaupun dia tua sebulan dari aku memang tak de la aku panggil abang.. hahaha. Kadang2 siap kau aku je kitaorang ni. Bila kawen dengan kawan, memang tidak la panggil abang.
Masa kami piknik ni meriah juga dengan family yang bawa anak-anak picnic dan beriadah. Kawasan luas so takde la rapat dengan orang. Ada juga yang buat sambutan birthday macam kami cuma dorang buat lebih meriah dengan hiasan2. Nak kes sini parking la agak limited. Kami tawakal je parking tepi jalan tadi. Nak dirikan khemah rasa macam tak sampai hati.. si adik je la yang ada khemah.