Showing posts with label Dendam!. Show all posts
Showing posts with label Dendam!. Show all posts

Sunday 13 September 2015

Lelong Pun Mahal!

Tadi aku ternampak fliers ni. Tersaspen n bengkek jugak la tengok rega umah ni. The same blok dengan our house, now lelong pun dah 290k. Gilos! Harga lelong tu kiranya dah serendah2 harga oke tapi almost 100k lagi mahal dari masa kitaorang beli back at 2013. 2 taun je beza pun.
Tapi apartment kitaorang ni memang macam goreng pisang panas esp fo those yang nak sewakan instead of duduk sendiri. 790sqft, 3 bilik tidor, proper parking n ada guard just a start of the story. Dengan jarak 8 to 10km from midvalley, KLCC dan city center memang agak dekat la kan. Dengan amnities such as hospital, taman tasik, kedai & bank pusing keliling n nanti ada shopping complex dekat belakang op kos la hot stuff kan. Selain tu, kalau nak naik lrt jalan kaki jek & kalau rajin lebih sket komuter station pun ada dekat bawah nun. Kejiranan yang sangat selesa & syukur tah nak kitaorang dah beli walaupun agak mahal for 790 sqft.

Friday 9 January 2015

Bahagian Pinjaman Perumahan Lembab!

Hanya kerana nak berjimat duit sekengkang kera my asben decide nak beli rumah guna pinjaman dengan Bahagian Pinjamam Perumahan. Daripada nak jimat sebab boleh dapat balik 10% yang kitaorang bayar tuk deposit, sudahnya sama jek kalau pinjam dengan bank sebab 1st, urusan akan ambil masa laaaaaammmaaa gila pig! Kalau pinjam dengan bank the urusan maybe lebih senang dan cepat tapi kalau dengan BPP, +la 6 bulan or setahun or lebih maybe compare to pinjam dengan bank. So masa yang panjang tu telah membuatkan peminjam kerugian sebab terpaksa bayar sewa rumah etc.

Masa yang panjang tu juga confirm2 akan membuatkan si peminjam di denda kerana lewat cam kitaorang yang kalau dikira2 denda dah nak masuk RM7 k. Now dah nak masuk setengah tahun dari tarikh SNP, bayangkan berapa rugi dah. Aku rasa ada possibility akan melebih 6 bulan, kalau tengok pada speed BPP.

Tengok bodoh tak bodoh dorang ni, boleh dorang bagi cek tendang! Ofis kerajaan bagi cek tendang oke! Bodo x?!! memang bodoh! Bank tendang sebab patutnya ada 3 orang yang sain cek tu instead 2 orang je yang sain. Kenapa aku kata bodoh sangat? Sebab semaklum aku ini bukanla kali pertama BPP bagi orang cek kottt! Come on la! That kind of mistake pun boleh happen ke hahhhh? Aku pun koje gomen juga, kalau bahagian kewangan kitaorang  bab duit ni bukan main detail dorang cek. Nak senarai semak itu ini tapi BPP yang dah urus like berjuta cek kottt.. boleh buat kesilapan cengini?!! Come on la!! Stupid oke!

Pastu dahlah dorang buat silap, tau berapa lama nak dapat new check? 21 hari bekerja like what, 1 bulan oke!! Memang bodo la!!!

Friday 12 December 2014

Hilang Kad Pengenalan : 5 Kali???!!!!!!!

Hari ni dah masuk hari ke empat since aku report kehilangan ic. Rerasa macam dah agak lama.. so aku decide nak hangkut si tecit ke JPN. Jarak dari JPN ke opis aku tak jauh pun, malangnya on my 1st attempt aku sesat kejap. Lagi malang bila akhirnya aku berjaya sampai ke JPN selepas jenuh mencari parking yang jauh nun di hujung hutan kot, baru la sedar yang purse aku tertinggal kat opis. Uwaaaaaa... rasa marah sangat dengan diri sendiri waktu tu.

Since hari ni je la peluang yang sesuai untuk aku setttlekan, aku gagahkan juga kembali ke opis ambil purse & balik semula ke JPN. Ahamdulillah , dapat parking betul2 depan JPN. Sampai kaunter, terus amek no. Alhamdulillah juga ada 18 orang je lagi no. before mine.

Kali ni tak tunggu lama sangat, dalam 20 minit je. Office tu kata since this is my 5th times kehilangan, JPN perlu buka fail siasatan  & i wont be able to apply for new ic selama sebulan T_T. Next kena isi 2 borang, 1 borang untuk permohonan cabutan kad pengenalan & 1 lg x ingat. Pastu kena photostat report polis & kena attach gambar. Nasib baik ada kiosk tuk potostat dan bergambar dalam tu so.. tak la letih nak menapak mencarik.

Lepas da selesai, officer tu bawa aku dan si tecit ke bahagian penguatkuasaan untuk soal siasat kehilangan. Aku tak la kena marah sebab malang tak diminta aku kehilangan kali ni. Macam2 officer bahagian penguatkuasaan tu soal. Dia tanya pasal family, nama suma adik beradik, tempat tinggal etc. Pastu dia tanya history pasal kad pengenalan sebelum2 ni. Last soalan dia, dia tanya adakah aku setuju yg kehilangan kali ni adalah disebabkan oleh kecuaian diri sendiri which of course la aku tak setuju.

Makanya sesi aku berakhir kat situ je while untuk kes Hannah, kena bawa ke bahagian kelahiran & bukan dekat bahagian kad pengenalan. Maybe sebab dia punya tu my kid kot. 

Lagi sebulan baru ble apply kad pengenalan T_T 

Monday 8 December 2014

Hilang Ic Lagi Dan Lagi Dan Lagi!!!!!

Hari ni buat kesekian kali aku kehilangan ic lagik. Kali ni ic si tecit pun hilang skali. Huhuhuhuhu... uwaaaaaa

Aku pun tak paham apsal la aku ni pelupas sangat or cuai sangats. Aaarghhhhhhh!!! Stress

Monday 1 December 2014

We'll Never Go To Burger Byte Bandar Sri Permaisuri Again!

Petang tadi lepas shopping barang dapur, c Chemba ajak makan dekat luar. Ok, ahkak pun menurut je la. Mula2 nak makan kwetiau, skalik tak bukak lagi. Since kat situn ada kedai Burger Byte, si Chemba kata moh le kita try Burger Byte. Ok.

Memula masa nak duduk kitaorang nak duduk kat meja panjang. Kerusi dia jenis kerusi berpenyandar so bole la Hannah berdirik2 or duduk2 or baring. Asalnya adik pelayan tu tak bagi sebab reserve katanya padahal kedai baru je pun bukak & macamla kitaorang nak duk situ berjam2 kannnn! Pastu dia kasik, tapi kitaorang tak nak la duk situn sebab da jumpa spot lain. Pelayan tu hantar menu n kata nanti order dekat kaunter ye.

Ok. Faham. Tapi bila tengok menu tak paham. Kita nak la tanya apa yang ada dalam menu tu sebab nama setiap satu menu bukan main canggih tapi maklumat tak lengkap dan gambaq pun tak semua ada. Panggil sampai 6 7 kali kot tak dengar2. Panggil kuat2 suda, lambai pun suda.. Tak tau la bongol ke pekak ke or apa ke. Last2 kitaorang cabut. Budu! Buang masa jek.

Sudahnya balik rumah masak mee goreng sendirik Laaagiii sedapppppp!!! Kannn??!!

Sunday 2 November 2014

Hari yang gila!

I must be crazy and losing my freaking mind when I allowed myself to do what I did today --> queuing a damn long q!

I am known for I, I and I. Line up in a long q is a big no no for me regardless how much I wanted the thing, for say during sale because I am holding up to a believe that I own the money so I shall be treated like a princess when I shop, not like a stray hungry dog waiting to be feed just because it is cheap. No! So, I must be crazy for making myself queuing in a 500++ persons q at Imegresen UTC, Pudu that took me 2 hours just to get the number. Dengg! I have no choice but to do it since less than a week dah fly.. huhu

Trust me, when I say it was a long one then it was really a long q. You can see for yourself!

Sampai pudu jam 8.15 only to find the q dah sampai ke luar. Mula2 ingatkan sampai pintu utama tu je orang q tapi rupa2nya kat dalam tu dah ada q laagi panjang daripada q di luar, all for the sake untuk dapatkan nombor giliran. Nombor giliran oke!! Yesterday dah datang sini tapi officer kat situ cakap the number dah habis and asked me to come again hari ni. Ingatkan dah cukup awal! And, while I was queing.. people kept coming. Pak gad situ siap cakap lagi for those yang q belakang this one guy yang dijangka will be holding the last no. giliran for today, boleh la balik sebab quota 500 je. And the person q tak la jauh pun dari ahkak. Hah!

Lepas 2 jam q baru dapat nombor and my number was 1331. 1331 means dah ada 330 persons in front of me, tak termasuk nombor giliran khas untuk orang tua, baby dan ibu mengandung. Nasib le ahkak ni ada bijak sikit, ahkak bawak kerusi. Bayangkan 2 jam q! Kalau datang berteman boleh la gilir2. Lepas dapat no giliran lebih kurang jam 11, officer tu suh datang semula dalam jam 3. Datang dalam jam 3 lebih, ingatkan dah clear.. skalik ada 80 orang lagi yang angka giliran depa yang lom kena panggil. I waited sampai dekat jam 5 la jugak baru nombor naik, another 15 or 20 minutes tunggu nama naik untuk bayar & 5.45 baru dapat collect passport.

Kesimpulannya hari ahad aku habis semata2 nak renew passport sahaja. Sepanjang 10 tahun, ini kali ke empat aku tukar passport dan inilah experience aku yang paling worst. 1st passport buat di KK. Hari ni buat esok ambil tapi easier dan tak yah q panjang nak mamps. 2nd & 3rd buat di jalan duta.. yang 2nd ok tapi yang 3rd aku naik hangen sebab aku dah apply online renewal tapi gambar tak diterima so kena g tangkap gambaq lagi. Still, tak tunggu lama mana. Tapi kalu ni.. aaarghhhhhhhhhhh

Tuesday 12 August 2014

Bekal

Gara-gara sakit hati dengan acik kantin yang cas mahal2, ahkak pun memulakan azam berbekal... hohoho. Semalam balik koje terus g carik tapau plastik yang kununnya lawa & lunch beg. Sudahnya inilah hasilnya... ayayayaya. Sesampai umah pas amik si kecik ahkak terus la masak nasik lemak & campak jek telur lam rice cooker tu. Tak kose la nak masak telur rebus asing2. Pastu ahkak masak sambal.

Alkesahnya pulak anak ahkak tu demam. Ahkak pun tak paham, tak sampai dua bulan dah demam semula. Susah gak hati ahkak ni. Semalam dia tdo pun tak lena.. kerjanya nak tdo atas badan ahkak. Berat ok anak ahkak tu, dah 8 kilo lebih.. bayangkan macamana ahkak tdo. Kalau letak kat tilam dia tetap nak merangkak balik naik atas badan ahkak. Cam gitulah kejadiannya sepanjang malam T_T Pagi tadi jaga pening2 la kepala ahkak ni....

Friday 9 May 2014

Pecah Kaca Pecah Gelas, Pecah Henpon Sakit Hati

Apa la malang nasib ahkak hari ni. Last week baru gelakkan phone si Chemba yang pecah screen gara2 si Hannah.. this week plak my turn. Bukan takat manusia jek bole sehidup semati.. ghopa2nya phone pun ada ye pasangan sehidup se mati ni. Heran tol!

Semua ni gara2 ahkak ngular la ni. Yela, kalau da opis kat KL then miting kat Putra Jaya.. kompom2 sampai opis dah waktu rehat makanya ahkak pun ngular la rehat awal so nanti balik opis xyah dah melilau carik makan & ble la buat apa yang patut. Skalik tah macamana, dalam banyak2 kali jatuh kali ni la pulak hape ahkak terus arwah. Cipan tol! Touch screen terus tak function. Kiranya si Chemba bertuah lagi le sebab walaupun pecah tapi the screen still responsive. Tapi ahkak punya gone!! Makanya petang tu jugak ahkak melawat Samsung & beli model yang sama. Kali ni kaler putih plak. Nak beli phone lain ahkak tak minat, hp Galaxy Mega ni adalah satu2 phone yang menepati semua citarasa ahkak so.. terpaksala kuar duit T_T kalau nak repair mau2 900++ ke atas kot. Rega pone ni baru RM1500++ kot, kesimpulannya elok beli baru je le T_T

Tuesday 7 January 2014

Stress!

Hari ni stress sangat sebab hari hujan. Asal je kol 4.30 mesti hujan. Bila hari hujan makanya susah la aku nak amek hannah & pastikan dia tak kena tempias hujan especially time keluar masuk kereta. Lepas dah susah payah aku bawak hannah & barang2 kuar keta.. alih2 bila da sampai rumah kunci rumah takdak dalam beg. Dengan penuh sakit hati aku turun balik cari kunci. Nasib baik hari ni dadde dia tinggalkan carrier dalam keta.. senang la sikit aku nak move dengan dak kecik tu. Cek2 dalam keta kunci xde la pulak. Time tu aku memang dah sakit hati sangat. Bayangkan dengan bawak budak kecik dalam hujan. Naik rumah.. try cari lagi dalam beg. Time tu aku dah baling semua barang2 depan muka pintu.. bersepai semuanya sampai bercerai bateri dari hp gara2 aku hot sangat. Korek2.. rupanya kunci ada dalam beg. Tersembunyi dalam compartment beg yang koyak. Time tu aku rasa cam nak bunuh orang pun ada kot. Nasib takde orang lalu lalang plak time tu.. Hoh!

Tuesday 8 October 2013

Dendam Masih Berbara

Update! Update! as of today dendam ahkak pada acik kantin masih menyala oke.. miahahahah. Bak kata si pajrel, ahkak bangun lebih awal dari ayam semata2 nak buat sarapan ni oke... hahahahaha. Cipannn!

Idakla awal sangat actually sebab ahkak ni memang sangat terror bab masak & berkemas semula less than 30 minutes. Ahkak kalau masak kalah kot Jamie bersepah tu.. sebab ahkak lagi sepah. Hahahaha.. Ini menu bekal ahkak sebab ahkak suka makan cincai jek. Tuk seband ahkak complete meal la, sayur sama telur mesti ada. Mesti mau kasi yang tiptop tuk asben maaa.. ahkak makan nasik sajork pun takpe. Janji seband perut besar maaa.. baru manyak gumbira.

Friday 20 September 2013

Gara2 Dendam Kismat Pada Macik Kantin Masih Membara...

Hari ni dadde balik.. yeaayyy!! Tapi tengah malam baru sampai umah.. huhu. Xpe la.. janji hari ni dadde balik. Ayeeee!!! Dalam banyak2 hari tinggal berdua dengan mamme, baru hari ni Hannah meragam sket. Ahkak pengasuh dia pun cakap dia cam emragam sket.. asyik nak dukung je. Malam tadi nangis2 baru dapat tdo. Perut dia tak elok agaknya or sebab dia tahu dadde balik kot malam ni.

Walaupun mamme terkontang kanting sorang diri tapi tak sekali2 memadam dendam kismat dan hangen puting beliung yang bertiup di hati ahkak terhadap acik kanteen. Miahahahaha.. makanya ahkak masak gak tuk bekal sarapan pagi walaupon kelam kabut. Gila cam charlie Chaplin ahkak terkejar2 takut tak sempat. Jimat duit ahkak 3 hengget!

Thursday 12 September 2013

Makcik Kantin.. jaga kaw!!!

Haaaa.. tau berapa rega nasik lemak ni? 2 hengget da oke! Kalau last year ble lagi dapat sengget setengah. Nasib baik la tadak option lain.. balun jek la. Sambal pun tak sodap.. eiiiii! Tapi bila terkenang jek makcik kantin kat opis nun, rasa sakit hati tol ngan rega makanan yang tetiba jek naik mencanak2. Rasa nak bakau plak cafe dia.. miahahahahahawwww

Wednesday 11 September 2013

Makcik Kantin! I Isytihar "Perang"


Ayam tak masak T_T
Rugi 4 hengget T_T
Tau berapa rega makanan ni.. 4 hengget oke! Takat bihun kosong ngan ayam goreng da rega itu.. dah la ayam dia mentah. Eiiii!!! nak marah ni.

Masuk2 keje hari tu dah perasan rega makanan cam mahal. Hari tu amek ayam ngan nasik ngan sayur nenas, kena RM5.50.. oke. Next time amek benda yang sama ahkak kena RM6.50 plak. Tebakar laa ahkak.. kalau kedai dia kat restoran ke tak pe la. Ni kat kantin opis jek! Heiiiiiii!!!! marah ni. Nak tanya awat mahai sangat kang, kuar plak api dari mulut ahkak ni..

Saturday 24 December 2011

Seawal kol 8 pakcik dah tercegat depan pintu umah ahkak.. yeay! Hari ni ahkak balik kampung.. oh! oh! oh! balik kampung! hati girangggg

Sampai2 je dekat airport.. terus g drop bag & singgah bekfas dekat mcD kejap. Ahkak settle urusan bag dalam kol 9.30.. kol 9.45 da kena masuk.. so kitaorang makan memang laju giler.. ala2 Charlie Chaplin pun ada. Masuk2 je kat tempat waiting... gate dah lama bukak rupanya. Nasib lah ahkak duduk kat seat yang paling depan.

Kesabaran ahkak hari ni teruji start dari departure lagi. Flight tak ble fly on time sebab landasan x clear.. kena la menunggu dengan sabar. Mau 15 ke 20 minit juga menunggu. Dah tu time nak landing, 3 kali landing attempt baru kitaorang dapat land dekat kk due tu landasan yang congest juga. Da burn almost 30 minutes dekat situ. Last skali.. first time seumur ahkak, ahkak kena beratur start dari luar pintu pendaftaran imegresen.. punya la ramai giler orang nak berkrismis kat kk nih. Heiiiiii... Flight sepatutnya sampai pukul 1.. tapi dekat kol 2 setengah baru ahkak dapat kuar dari airport.

Wednesday 21 December 2011

G Cheras Leisure Mall.. saja gatal nak jenjalan sebab next week kann ahkak cuti seminggu.. so kenala datink puas2 minggu ni. Skali tersinggah gsc n terbeli tiket wayang ;P tengok cerita Alvin c Chipmunk. Citer dia oke2 je la tapi yang tak tahan tu panggung dia. Ewwwww!! da la bau hanching.. panas pulak tu. Sumpah ahkak takkan jejak dah panggung tu pas ni!

Saturday 29 January 2011

Garghh.. Idung sumbat & paler berat. Harap- harap tak menjadi la demam..

Tiket balik kampung dah beli. Dengan rega 56 hengget je aku da bule pegi balik sabah..yeah! Thanks air asia. Kalau zaman skola dulu, koman-koman kena ada RM848 baru bole g balik ke sabah oke! Of course la aku ingat the exact amount sebab MAHAL!! Tu belum kira dad kena bayar fare business class sebab lewat book flight or tertinggal flight. So aku tak paham bila dengar some people yang mengomel servis air asia tak bagus la, tak itu tak ini lah. Kome nak yang standard, kome bayar la lebih & p nek MAS. Toksah la nak kecoh kome tertindas sebab yang kome bayar tu dah kira murah la compare to yang bapak aku bayar 15 taon dulu oke. Kalo tu rega 15 tahun DAHULU, sila-sila la calculate sendirik! Walo pun tak paham tapi aku tak la heran pun sebab rata- rata yang aku tengok orang kita ni memang ader satu attitude yang sinonim dengan dorang, which is nak barang bagus punya tapi tak sanggup nak kuar modal lebey sikit, plus kecoh lebih!

Tuesday 28 December 2010

Marah!

Seumur hidup aku, aku belum pernah benci orang walau macamana pun orang tu buat pada aku. Walaupun aku pemarah, aku tak mampu pun untuk simpan rasa marah apa lagi mendendami seseorang. Bila aku menolak untuk berada disekeliling orang yang menyakiti aku, aku cuma menjaga hati aku agar tidak dipengaruhi oleh perasaan negatif. Pada aku, aku cuma anggap semua yang berlaku tak pernah berlaku, dan aku tak pernah langsung kenal orang tu.

Pemikiran aku memang semudah itu.

Tapi bila ada orang yang tak faham bahasa, memang membencikan! Apalah susahnya sekadar untuk menghormati perasaan seseorang? Apalah sukarnya sekadar memenuhi permintaan kecil berbanding layanan buruk kamu pada seseorang yang tak layak pun untuk kamu sakiti?

Sunday 10 October 2010

This is just a friendly advice...

"If you ever want to try to lie to my face, please do it properly with 100% commitment. If you are not smart enough, please do not attempt to try at all. If you think you are clever enough to lie, trust me, i am twice more clever to find out all your lies. Perhaps I do not say a thing but I am laughing at you and your stupidity, silently"

Peace y'all!

Thursday 17 June 2010

I was asked by someone today, was he annoying?
He asked me, kalau orang perempuan ni if laki di khawin 2 dia dapat apa ye?

I am as clever as you la brader and easily understand what are u trying to imply

Rightnow, since i am so sleepy..
I better zzzzz...and just forget
EVERYTHING


Sunday 13 June 2010

How to say NO to people without hurting them? I learn it the hardest way, which is from own experience that there was no way to do that without hurting them or getting yourself hurt.

Just recently, i turned down a proposal.. then someone turned me down. Well, who said life is NOT fair? Then.. I am about to do that again to someone, soon or, am i? Yeah, why do i kept shutting-off my heart? Should i just wait till my heart recover or give it a chance? Everything happened for a reason, rite? So..is this the reason?