Friday 12 December 2014

Hilang Kad Pengenalan : 5 Kali???!!!!!!!

Hari ni dah masuk hari ke empat since aku report kehilangan ic. Rerasa macam dah agak lama.. so aku decide nak hangkut si tecit ke JPN. Jarak dari JPN ke opis aku tak jauh pun, malangnya on my 1st attempt aku sesat kejap. Lagi malang bila akhirnya aku berjaya sampai ke JPN selepas jenuh mencari parking yang jauh nun di hujung hutan kot, baru la sedar yang purse aku tertinggal kat opis. Uwaaaaaa... rasa marah sangat dengan diri sendiri waktu tu.

Since hari ni je la peluang yang sesuai untuk aku setttlekan, aku gagahkan juga kembali ke opis ambil purse & balik semula ke JPN. Ahamdulillah , dapat parking betul2 depan JPN. Sampai kaunter, terus amek no. Alhamdulillah juga ada 18 orang je lagi no. before mine.

Kali ni tak tunggu lama sangat, dalam 20 minit je. Office tu kata since this is my 5th times kehilangan, JPN perlu buka fail siasatan  & i wont be able to apply for new ic selama sebulan T_T. Next kena isi 2 borang, 1 borang untuk permohonan cabutan kad pengenalan & 1 lg x ingat. Pastu kena photostat report polis & kena attach gambar. Nasib baik ada kiosk tuk potostat dan bergambar dalam tu so.. tak la letih nak menapak mencarik.

Lepas da selesai, officer tu bawa aku dan si tecit ke bahagian penguatkuasaan untuk soal siasat kehilangan. Aku tak la kena marah sebab malang tak diminta aku kehilangan kali ni. Macam2 officer bahagian penguatkuasaan tu soal. Dia tanya pasal family, nama suma adik beradik, tempat tinggal etc. Pastu dia tanya history pasal kad pengenalan sebelum2 ni. Last soalan dia, dia tanya adakah aku setuju yg kehilangan kali ni adalah disebabkan oleh kecuaian diri sendiri which of course la aku tak setuju.

Makanya sesi aku berakhir kat situ je while untuk kes Hannah, kena bawa ke bahagian kelahiran & bukan dekat bahagian kad pengenalan. Maybe sebab dia punya tu my kid kot. 

Lagi sebulan baru ble apply kad pengenalan T_T