Showing posts with label Eating2. Show all posts
Showing posts with label Eating2. Show all posts

Sunday 5 July 2020

Parteyyyy Lagi Lagi



Ini hari buat steam boat dah hotpot lagi. Punya sadapppppp la hoiiii. Paling senang la nak buat kan.. seswai untuk orang malas. Beli je paste tomyam campak dalam air panas. Cucuk bebola tu rendan je dalam kuah. Yang hotpot tu gaul je dengan kunyit dan perap sekejap sebelum goreng. Paling malas oder je dari Aeon yang dah ready marinade. Ayam, kambing dan daging.. semua ada yang siap perap. Yang sotong tu paling layannnnnn.. 

Saturday 4 July 2020

Lets Hotpot & Steamboat

Hari ni kita parteyyyy lagi dengan steamboat dan hotpot. Tengok je la muka mak buyung yang gumbira tu. Berbaloi-baloi beli hoiii periuk tu dengan harga RM159 which is half dari harga asal sebab yang ini display set. Tak kira la display ke bukan.. bila hati dah mahu apa pun dah tak peduli. Ahakssssss


Wednesday 1 July 2020

Lets Parteiiii

Hari ni kitaorang buat makan-makan sempena hari pertama PKPP. Menu hari ni steamboat, manisan dan buah-buahan. Konyang sampai ke petang hoiiii!! 

Tuesday 23 June 2020

Friday 12 June 2020

Mari Berpopia

Lepas sesi hangin seround dengan si kecik yang asyik main tepon je, teringin pula makan popia tadi.. marilah kita buat sendiri sebab bekalan sardin tin ada banyak lagi. Popia la kuih yang paling senang nak buat sebab ko boleh letak apa saja inti dalam tu sesuka hati. Aku suka ayam atau sardin. Ini kali aku pilih sardin. Potong bawang dan goreng, campak paste cili, campak sardin dengan makarel goreng dan cili sos then lepas tu adjust rasa. Kalau nak sedap, kena manis sedikit baru naik rasa lepas digoreng nanti. Kalau aku, suka yang ada kuah sket supaya tak rasa dry masa makan.

Pastu potong la sayur yang ada.. aku buh sengkuang je sebab xde lobak. Time menggulung tu anak aku datang.. tanya boleh ke dia tolong. Nak ambik hati le tuh πŸ₯°πŸ₯°

                                                     

Thursday 11 June 2020

1st DIY Shell-Out

Tadi tetiba teringin sangat nak makan shellout. Tengok kat grab kol 11 baru buka. Lepas tu harga dia sendiri mau ingat la range dari RM200 ke atas. In term of harga tu oke acceptable la kot cuma masalahnya antara yang ko bayar tu tuk benda yang bukan aku makan sangat pun contohnya jagung ke, pahat ke.. kepah ke... brokoli ke. Semalam pula kebetulan ada oder bekalan seafood dalam peti.. bila fikir-fikir balik try masak sendiri la lagi senang kot. Makanya aku goreng celup tepung semua sotong, udang, ketam dan cendawan tiram since itu je pun yang aku akan makan kalau g makan shellout.. boleh je rebus tapi kitaorang lebih suka yang goreng-goreng. Untuk sayur aku add on salad, cendawan butang dengan potongan tomato je.. jadiklah kan.

Untuk kuah, ini yang paling penting sekali sebab kalau kuah ko out, maka the whole set tu fail rasanya. Since ini 1st time masak makanya ikut la citarasa sendiri. Aku cincang bawang putih dan goreng dengan daun kari dan sikit rempah kari tuk bagi wangi.. lepas tu tuang cili kering, tomato, kunyit idup (aku jadi hantu kunyit idup sekarang.. semua mesti ada kunyit hidup) dan bawang-bawangan yang dah diblender. Adjust masam masin manis.. selesai! Maka inilah hasil dia tuk 1st timer... aku tabur hidang atas alum foil..

                                 

Lepas dah siap masak, aku send gambar kat laki aku as umpan suh dia balik lunch. Dia kata laaagi sedap dari makan kat shellout πŸ‘»πŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ Kan hakak dah kata.. bab masak ni hakak memang berbakat cuma malas je.. ahahahahaha

Monday 8 June 2020

Bubur Kacang Musang King

                          
                       

Since banyak benar durian musang king di peti.. kita bikin bubur dulu. Adoi sedap sangat la memanggggggg. Sedap memang sedap tapi harga sepinggan ni kalau ko makan di luar memang tak boleh bawak runding. Belum kira gula lagi.. hohoiiii. Potong kaki

Sunday 7 June 2020

Teringin Nasi Lemak Sabah

Teringin sangat nak makan nasi lemak bungkus yang selalu makan di Sabah. Aku tak tahu la kenapa tapi ada 2 benda di tanah malaya ni yang tak kena dengan selera aku, which is nasik lemak dengan roti canai! Sepanjang belas tahun aku duk sini belum jumpa lagi yang aku rasa sedap dan mesti ada je yang tak kena. Tak roti, kuah dal nya tak kena, takpun karinya hampeh.. nasi lemak pun macam tu juga. Seingat aku la.. last aku rasa nasik lemak yang menepati deria lidah aku selain di Sabah is di Labuan.. hohouiiu

Apa yang spesel nasi lemak sana Sabah?? sebenarnya biasa je pun tapi aku memang suka. Makanya kita cuba try test masak nasik lemak kuning pula la ini hari. Sedap ke? Mestilaaaaaaaaaaaaaa πŸ€ͺ

                               


Saturday 6 June 2020

Musang King Seulas RM30

                                       
Petang tadi mengidam durian lagi makanya terus la ajak laki hakak p mencari. Tak sabar punya pasal, makan dalam kereta pun jadik laaa. Ini harga makan seulas macam harga 2 set McD oke! Tak tahu bener atau laki hakak kena chong tapi harga sebijik ni RM150+. Kononnya sekilo RM 59.. makanya menjadikan berat durian ni sebijik lebih 2 kilo la tapi dalam tu ada isi 5 ulas je! 5 ulas je oke!!

Friday 5 June 2020

Periuk Baru Beraksi

 
Akhirnya periuk gue yang baru suda tibe!!! Yeayyyyyy.. ini adalah hasil mengepaw laki hakak lepas si kecik buat hal suruh hakak tengok channel Wow Shop. Anak hakak memang suka sangat tengok WS la GS la.. siap promote lagi tu. Adoiiiii terjebakkk hakak.

Best ke? Best gilerrerre.. harga tuk 2 pot ni dalam RM379. Dapat 2 mangkuk bertutup kecik yang comey dan free kuali tu. Ala2 spesis LaCrussette la konon tapi yang ini LaCocotte. Op kos la lain both LCr dan LCt ni.. material berbeza sebab yang LCr tu guna cast iron yang ini cast alum so ringan sikit. Warna chantek so boleh hidang je terus dari dapur. 

Thursday 4 June 2020

Raya PKP 2020 Lagi

         

Akhirnya semalam set rendang daging mangkuk tiffin kiriman Chef Wan dah sampai.. ayayayaya.. kita rayayayayaya. Sedap ke? Pada aku dengan harga RM109 tak masuk kos delivery dengan tax cam oke2 la sebab ko dapat mangkuk tingkat skali. Rendang dia daging seketui.. rasa biasa je.. lemang kureng sbb berderai. Yang lain tu bahulu, rempeyek, dodol, ketupat palas dengan serunding. Kalau order mangkuk tingkat ni dekat Shoppe mau RM99 jugak la yang 3 tingkat tapi ini kali bayar dalam RM125+ dapat makanan sekali so kiranya oke la.

Saturday 30 May 2020

Masak Ayam Tak Jadi

Hakak ni pemalas masak tapi skali masak konpem ko menjilat jari πŸ‘»πŸ‘» Tapi ini kali hakak masak tak jadi.. aarghhhh stressssss! Konon nak buat ayam bakar Noxxa tapi malas nak tunggu ayam defrost maka padan la muka ayam masak diluar tapi masih mentah di dalam. Nasik pun tak jadik sebab pakai beras biasa. Kiranya hari ni semua serba tak jadi.. aaaaarghhhhhhhh

                                               


Friday 29 May 2020

King Of Fruit

                                       

King Of Musang dengan harga segram amas.. hohoiiiiiiii. Demi mengidam lakiku pasrah kan jua membeli semalam. Bersungguh-sungguh dia dengan adik ipar aku membeli sebab adik aku pun sama juga mengidam. Yang ni gred A kununnya.. biji kecik isi tebal. Ada satu tapau lagi gred B.. yang itu rasa sama je cuma isi tak setebal yang gred A.

Siap la mencanak gula aku hari ni πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»

Thursday 28 May 2020

Mengidam Durian Dapat Moci

Semalam tiba-tiba mengidam durian musang king la pulak. Masa lalu balik dari hospital nampak la kelibat durian yang nan memanggil-manggil. Tapinya dah balik umah baru sibuk nak minta laki belikan. Nasib preggy kalau tak memang mengada sangattt. Suh laki hakak p cepat takut kedai tutup, tak pegi2. Dia keluar rumah dah lewat makanya tutup sudah kadai. Punya takut hakak sedih, merata la dia round nak carik ganti durian. Tak dapat yang betul, keturuan dia pun jadik la. So ini keturunan durian yang berjaya ditemui laki hakak..

                

Mochi dah eskrem potong musang king.. hohoiiii

Wednesday 27 May 2020

Mengidam Mee Tarik

                                 

Punya lama menunggu akhirnya mee tarik berjaya juga masuk perut. Tak hengat dah apa nama menu yang ini tapi kalau berkunjung ke kedai Mee Tarik Warisan kat belakang rumah hakak ni memang tak pernah oder menu lain hatta sekali pun. Yang ni ada daging.. mahvelesssss oiii 

Tuesday 26 May 2020

Raya PKP 2020 Day 3

                                
Untuk day 3 laksa kembali beraksi dengan tambahan popia sadap. Sadap oiii popia hakak tu 😝 Buh sadin dengan sengkuang.. layanzzzzz

Tadi kitaorang ke MV.. saja nak ke Aeon cari baju. Since saiz perut dah berubah kenala cari pakaian baru. Gini le keadaan dekat MV tadi.. meriah juga.

                                        
Before dapat tembus ke mall kena saring dulu depan pintu masuk MV dan amik suhu. Lepas tu ble la masuk dan kalau nak masuk kedai-kedai tu kena repeat benda yang sama. Kalau10 kedai ko pegi 10 kali la ko kena isi maklumat peribadi ko, ambik suhu dan pakai hand sanitizer. Since masih PKPB, kitaorang bergilir shopping sementara salah sorang tunggu dengan si kecik dekat keta. Hari ni aku masuk beberap kedai.. mula2 tu Aeon cari baju lepas tu dah alang-alang berdekatan aku termasuk la pula dekat Mothercare dan terbeli la pula baju baby. Malangnya tak tahu jantina lagi so beli la yang neutral. 

Lepas tu termasuk pula The Face Shop beli pencuci muka. Nasib birthday month maka dapatlah diskaun 30%. Biasa pencuci muka hakak tu memang takde offer jadi tunggu birthday baru beli. Next termasuk pula Clarins. Hari tu dah habis beratus beli online.. kali ni nak pegi redeem hadiah je. Malangnya produk yang nak di redeem tu takde stok la pula. Habis kat situ ingat nak pegi Machine tengok i-watch.. skali panjang beratur ya rabiii. Orang Malaysia ni memang kaya raya kot.. beli gajet macam beli ikan lagaknya. Pastu turun ke bawah pula nak ke parking.. ingat nak singgah Harvey Norman skali kat situ pun beratur panjang yang amat. Adoiii xpahammm..

Monday 25 May 2020

Raya PKP Day 2

                                      
Menu day 2.. ada yang baru dan ada yang modified. Hari ni masak baru nasi tomato dengan telur tomato. Rendang daging tu dah bertukar jadi rendang hitam si hitam manis dan yang ayam tu dah jadi rendang ayam carik cili padi. Ahakssss.. nasib baik ada banyak daun limau purut.. wangi rendang hakak.

Sunday 24 May 2020

Raya PKPP 2020

                                
So inilah hasil air tangan hakak. Seperti dijanjikan.. laksa, rendang2an, kuah kacang dan nasi impit. Rasa dia? Op kozzz la sedap bah! Laksa tu produk periuk Noxxa. Ikan tu hakak letak je dalam Noxxa dalam 60 minit.. so da tak payah susah-susah nak ceraikan tulang  time nak blender sebab memang hancur terus. Sementara tunggu selesai rebus ikan, hakak masak bahan lain siap-siap. Standard la segala keturunan bawang, cili kering or cili padi dan belacan diblender dan rebus. Lepas tu campak la daun kesum, bunga kantan, petis, asan keping, gula dengan garam. Boleh juga masak dalam Noxxa tapi dah alang-alang menunggu ikan selesai direbus.. baik proceed je masak bahan yang lain. Sambil-sambil tu boleh la potong cili, salad, limau, rebus telur, potong sengkuang dan apa-apa saja la yang kome suka nak bubuh. 

Apa yang ble buat laksa ko sedap? Pada hakak personally petis dan belacan tu la selain pemilihan ikan dan wangian daun. Kalau dua benda tu takdak, laksa terasa plain je. Apa-apa pun terpulang le cita rasa masing-masing kan. Since lambat bangun tadi, lepas tu ikan pula masih beku lagi makanya lambat la hidangan hakak siap sebab boleh-boleh laki hakak p masukkan terus ikan belum siang dalam peti hari tu! Makanya dalam kol 12 cam tu baru la selesai. Adoiii lapar sudaaa baru siap semuanya. Lepas tu baru dapat tangkap gambar raya. Ini tahun kita tangkap gambar raya paling savage... 

                               

Amacam? Hahahahahahaha.. apa la dosa laki hakak tu sampai kena pandang slack. Nak guna function timer tapi tak pandai.. merasa la ko kena tangkap gambar banyak kali sampai berjaya 😝

Baju raya tahun ni tak dapat nak sarung. Selalu orang tak dapat pakai baju sebab dah gems kan tapi hakak pula sebab dah slim. Miahahahahahaha... beli saiz besar konon nak muatkan perut skali bahu semua jatuh. Time PKP ni tak dibenarkan cuba try test baju kat kedai maka pakai agak-agak serba tak kena la jadiknya. Since hakak mengalami mual tak lalu sangat nak makan. Jadinya berat badan pun turun. Baju yang sebelum ni tak muat time pregnant hampir 4 bulan boleh masuk dan perut pun xketat. Cuba la bayang betapa gems nya hakak πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»

Saturday 23 May 2020

Malam Raya PKPB 2020

                                   

Since esok dah nak raya.. kita masakkkkk duluuuu. Walaupun raya kali ni sendiri-sendiri saja namun sekurang-kurangnya makanan harus la meriah kan. Bukan apa, kesian dekat laki hakak. Selalu raya dapat la merasa mak dia masak lemang & rendang dan kakak eh masak laksa kuah kacang bagai. Tapi tak hapa, bini dia pun pandai jugak masak cuma malas je πŸ€ͺπŸ€ͺ

So menu kali ni rendang ayam, rendang daging, nasik impit, kuah kacang dan laksa. Seumur hidup, kiranya ini kali ke empat la ni buat kuah kacang. Serius x tipu bah kalau kaw! Kalau masak rendang biasanya kisar saja la semua then masak tapi kalau kuah kacang nak kena goreng dulu semua bahan baru kisar. Lepas 4 kali masak kuah kacang ini kali yang terbaikkk.. hahaha 
                                  
 
Si kecik pun nak juga join memeriahkan raya ayah dia.. siap berbaju kurung bagai. Maknya? Kalau dah sibuk memasak tu bau bawang je laaaa.. Lepas siapkan bahan tadi baring dulu luruskan belakang. Padan la muka mak buyung rajin tak sedar diri yang badan hakak ni dah tak segagah sebelum ni

Wednesday 20 May 2020

Almost Raya


Sikit lagi nak raya hoiii.. hari ni kita masak daging la pula. Mentang-mentang la rajin walaupun buyung. Alhamdulillah pregancy yang kali ni aku banyak tenaga dan rajin bebeno tambah-tambah bab masak.