Showing posts with label Entertain Me. Show all posts
Showing posts with label Entertain Me. Show all posts

Sunday 18 February 2018

Midvalley Time


Cam setema pulak baju aku tu dengan deco CNY dekat Mid Valley.. ahaksss. Hari ni giliran berkunjung ke Mid Valley.. macam biasalah.. MV ni memang tak pernah lenggang. Sentiasa je orang ramai berpusu-pusu. Masa opis aku dekat sini pun hari-hari memang tetap meriah mall ni, tak macam mall lain yang padat pada masa-masa tertentu je like lunch time or weekend. Ong ada banyak baik la sini..

Wednesday 14 February 2018

Layan Katun

 
Dah lama gila aku meninggalkan aktiviti menonto anime.. akhirnya berpusing juga cd anime aku hari ni. Aku ni memang ketahuan penggemar sports anime dan ini is one of my favorite, Cross Game. A story about friendship dan football. Memang layan la..

Thursday 28 December 2017

T_T

Alaaa.. melepas ahkak nak pegi sebab ahkak tahun ni nak sambut tahun baru kat Melaka. Ahkak memang suka lampu2 ni.. T_T Tak pe.. inshaAllah next time kalau ada lagi boleh la pegi

Sunday 24 December 2017

Krismis di Mid Valley & Garden Mall

Kalau semalam ke KLCC, hari ni kita enjoy Christmast dekat The Garden Mall dengan Mid Valley. Ini tahun MV bertemakan stesen ketapi santa while GM pula bertemakan salji. Aku suka yang GM punya sebab all white walaupun MV punya lebih happening.

Since esok masih cuti, kita buang masa sebuang-buangnya. Lepas jalan-jalan cari hal, kitaorang lepak lelama dekat The Borders, GM. Borders dekat GM used to be bigger but now dah kocik. Nasib baik Starbuck masih ada dalam tu dan become better sebab ble minum kopi sebla rak buku.

Ini kali si Hannah dapat hadiah krismis, spelling board games dengan harapan moga pandailah kamu membaca nak. Kalau tak kena hantar tuisyen membaca pula sebelum masuk darjah satu.. hoho

             

Wednesday 20 December 2017

Eating Spree

Hari ni hari melepak sedunia.. lunch di SPM, dinner di SVM. Pagi kasi hibur mamme, petang kasi hibur Hannah main lego free. Geram juga kat si Hannah, kat umah bukan main banyak lego tak mahu dia main tapi bila g ToysRUs or kedai lego bukan main lagi dia nak main. Eiii la anak!

Saturday 16 December 2017

Cuti-cuti Melaka Lagi


Ini kali kita cutiiiiii!! Cuti mana? Melakaaaaa lagi!

Hari tu cuti belah aku, ari ni cuti belah my asben pula. Dalam kol 4 kot sampai Melaka, saja bertolak lambat sket sebab Melaka ni kitaorang dah cover habis dah pun.. so g santai-santai je. Kitaorang duk Herald Boutique Hotel. Luar umah kedai, dalam tiptop cam hotel 3/ 4 star while my family amik apartment kat kawasan berdekatan.

Pas mandi, comel2.. kitaorang p melepak dekat apartment tu. Bagi budak-budak mandi kolam, makan semua.. kol 11 lebih kot baru kuar ke area Tamingsari. Distance dari apartment tu ke Tamingsari 4.4 KM je tapi perjalannya lebih 30 jam oke!! Kol 11 malam tu!! Punyalah jem Melaka.

So ini kali si Chemba akhirnya kena naik gak beca.. Hello Kitty la op kos! Ahkak? ahkak pulak dengan mak ngan adik2 ipar menikmati pemandangan malam dari Menara Taming Sari. Cantik ke? biasa je. Kalau nak lawa naik time senja kot baru lawa.

Wednesday 13 December 2017

Me The Next X-Mener

Pernah tengok cerita X-Men? op kos la pernah kan! Aku pun pernah tapi ini adalah antara cerita yang aku tak ble digest sangat. Faham-faham gitu je.. hahahaha.Pagi tadi aku tangkap gambar kat keta dapek shoot muka macam ni.. tetiba aku teringat X-Men. Ada kaitan ke??? miahahaha


Monday 4 December 2017

SMULE Murah Weii!!!

Hari tu aku ada bagitau betapa hanginnya aku dekat SMULE kan. Alaaa.. apss karoke kat phone tu. Kalau pakai android aku bayar murah dalam RM35 setahun tapi iphone cas sampai RM419.90. Now aku dah jumpa cara nak guna apps tu tapi bayar murah, which is cuma RM27.99 je setahun. Nah aku belanja kome lagu yang aku nyanyi petang semalam. Muhuhahaha..



Pardon dengan nyanyian aku yang ada off note tu sebab aku actually tak reti sangat nak nyanyi lagu si Christina Peri tu.

Ok, back to how. Kalau kome beli VIP membership dari android/ google market, VIP membership tu tak boleh transfer ke SMULE yang kome donlod dari ios market. Instead, kome kena apply for new membership for RM419.90 setahun ye kalau nak nyanyi 1 lagu pun. So, what I do is beli VIP account dari https://www.smule.com/en/s/billing/pricing/w246. Kat sini siap ada option nak sebulan or setahun dengan rega RM6.99 sebulan or RM27.99 setahun. Then, account ni valid pada iphong dan android phong korang.. log in je. For those yang masih ada active subcription macam aku, aku tak nak amik risk so aku subscribe baru dan stop subcription lama. Or else, tunggu je subcription lama tu tamat tempoh then stop. Pastu subcribe jadi VIP semula through website kat atas nun.

Friday 1 December 2017

Rusa Krismas 2017


Macam tahun-tahun sudah, aku mesti akan ke Pavillion untuk tangkap gambar krismas deco. Malangnya tahun ni macam tak berapa cantik la pulak hiasan dia.. tapi takpe lah.. yang penting si Hannah happy. Dah letih melawat rusa, kitaorang pegi cari makan. Actually kat Pavillion ni aku pun tak tahu nak makan kt mana walaupun tempat makan banyak. Nak pegi food court semak sebab orang ramai.. p mana-mana pun ramia orang so seperti biasa juga aku masih nak makan sedap tapi selesa dan tak crowded, so Tony Romas la jawabnya. 


Ini kali aku pilih Steak House Burger. Aku dah pegi beberapa outlet TR tapi dekat Pavillion ni worst kot. Kalau kat MV, front counter dia muka ketat tapi servis bagus.. yang kat Pavillion ni pula semua muka ketat, except sorang dua kot. Kalau pelayan Melayu memang macam tu la.. eksen tu memang tak tinggal. Dan tak pernah lagi sepanjang aku ke TR dorang lupa nak hantar hidangan dessert dengan entree si Hannah.

Apa yang aku suka pasa TR ni actually? 1st, kids ear for free ye. Ada entree, main course dan dessert untuk budak range dari pizza, fish & chips dan 2 lagi menu kot. 2nd, sedap ! 3rd, selesa dan biasanya tak crowded.

Wednesday 1 November 2017

Gambar Cermin

Selalu tengok orang tangkap gambar reflection kat cermin elok je.. yang aku duk ke kanan ke kiri tak jugak ngam-ngam. Tulah kau, bila demok macam itu la. Angle sini lemak, angle sana lemak.. bila nya tak de lemak!

Saturday 28 October 2017

Thor Ragnarok

Pagi tadi we oll bangun awal. Plan asal nak ke open day Brainy Bunch tapi last-last tu kitaorang route Genius Aulad. Why GA? Actually tak confirm pun lagi walaupun dah bayar deposit. We still want to keep our option open.

Kalau others maybe ada limited option, kitaorang pula showered with many options which is very confusing oke. BB, GA, LC, Al-Baghdadi, tadika islam, tadika gomen dan beberapa lagi tadika yang semuanya dalam kawasan area rumah. Lebih 10 kot pilihan yang ada.. huhu. For us, yang jadi main pilihan op kos la tadika yang offer day care sekali so tak yah la fikir transit bagai. Then, english medium supaya si Hannah tak hilang ke’orangputihan dia. So we all survey GA, BB dan Little Caliph. In term of yuran, LC paling murah kot dan BB paling mahal. Malangnya LC dah penuh.. 

So 2nd option yang ada GA je laaaa.. daycare RM580 sebulan.. LC kata yuran dorang dalam 400+, BB pula dalam RM630 sebulan. Itu sebulan.. belum masuk pendaftar awal.. mau2 juga la RM2k bayar masa enroll termasuk beli baju bagai, yuran pendaftaran one time, deposit 2 bulan oke!

Lepas selesai urusan kat GA, kitaorang p tengok Thor Ragnarok. Ramai gila orang hari ni!! Apa-apa pun.. Thor thorbaikkkk!!!!
Lepas tengok Thorbaik, g makan dekat area umah pastu jalan lagi. Kali ni kita p...  Jalan TAR!! OMG.. nak dekat maghrib kot orang masih lagi berpusu-pusu macam ap je kat JTAR tu. Kompius ahkak!! Tujuan? Nak p beli tudung satin je selai.. garu kepala je laki aku.. susah payah tempuh jem alih2 beli selai je.. hahahaha

Monday 9 October 2017

Tengok Movie Lagi

Kalau hari tu tengok Cars, sabtu lepas my sis and my family bawa si kecik dua orang tu g tengok cerita ini pulak..
Best sangat!!! I loike.

Masa beli tiket online aku apply for Movie Club member. Bayar RM30 je, then ko dapat 2 tiket free + 1 set popcorn. Pastu time birthday dapat lagi sekali sepasang tiket ngan set popcorn tu. Bebaloi2!  

 


Wednesday 4 October 2017

Hannah And The Chimpmunks

Tengok wayang?

Ish! Ish! Tak la. Tangkap gambar depan wayang je.. hehe. 

Semalam pagi si Hannah ikut pegi ofis sebab pengasuh dia cuti balik kampung, makcik meninggal. Kebetulan si Chemba ada miting dekat HQ.. so singgahkan si Hannah to my office. Tengahari tu g lunch dekat SPM.. jalan punya jalan sampai TGV. Macam biasa la si Hannah, asal nampak replika ke gambar je.. ready2 la dia pose.

Friday 29 September 2017

Lazy Friday

Selalunya friday adalah hari rewang. Ada kawan ke, tadak kawan ke aku kalau nbak rewang aku rewang je. Tapi hari ni aku malas gilos nak keluar. So duduk la kitaorang diam2 dekat opis ni. Padam lampu, on akon, bancuh kopi 3in1, letak kaki atas kosi then baca buku. Heavennn!!!

Sunday 24 September 2017

Resort World Genting Card

Finally dapek la kad setelah bertahun jadi member. Masa lepak kat Sky Mall malam jemaat tu aku berhajat juga nak g collect kat kaunter dalam mall tapi tapi q dia panjang ya rabbi. Walaupun kat situ ada disediakan kaunter di 2 level, kaunter kat level bawah ngan atas sama je ramai.. kalah orang q tuk original cake yang tengah viral tu.

Esoknya masa dekat GPO, kebetulan terlalu depan service counter dan kaunter pula kosong. Ingatkan memang kat bawah tak ramai orang la kot.. alih2 tengah tunggu brother kaunter tu kuarkan kad, da berduyun orang q belakang kitaorang. Thank god!!

Apa yang best tang kad ni? Actually xde apa pun sangat tapi ada la ble dapat sikit diskaun & free parking dekat GPO.

I tell u the best way tuk dapatkan kad ni.. time jenjalan kat mall tu ade je promoter yang approach kome nak bagi kad tu. Cuma bezanya kalau print kat kaunter dia letak nama kome, kalau apply through promoters kad memang ble dapat terus tapi xde la nama. Itu je.. tak yah kekecoh sangat aihhh!!

Saturday 9 September 2017

Tren lagi


Wajah gumbira nak ke mana? Op kos la naik tren lagi. Dan op kos la ke Pavilion lagi. Ari tu pegi sini deme ni tak wujud lagi, kali ni meriah pula dengan si rimau kenit ni.



Sunday 3 September 2017

Sampah Malaysia

Balik dari kampung tadi terus ke rumah my sis tuk jumpa my makcik yang datang kl hantar cucu dia. Lepas makan2 & serang my house.. kitaorang kononnya nak pegi tengok projek sungai, blue pool yang launched baru-baru ni. Dengan harapan ada lah light show ka apa ka.. yang blue cuma ini..

Kecewa! Actually dorang buat memang cantik, malangnya malam ni bukan rejeki kitaorang

Nice kan?! Cumanya aku agak kecewa bila nampak ini


Baru je buka, belum apa2 lagi orang kat KL ni dah tunjuk belang dorang. Wawasan dah jadi wawasan 2050, tapi sampah sendiri pun tak reti2 nak buang! In a positive side, maybe la kot orang tu nak 'bgtau kat pengurusan tempat tu tolong la provide tong sampah banyak2.. tapi come on la! Pandai makan minum, pandai la buang sampah. Kalau takde pun tong sampah, apa salahnya jadikan rak motor or keta as tong sampah sementara until jumpa tempat untuk buang. 

Yang urus tempat ni pun satu. Ini Malaysia la! bukan Jepun. Kat Jepun walau payah nak nampak tong sampah, rakyat dia tak buang sampah merata-rata. Tapi ini Malaysia.. yang ramai mentaliti dorang mentaliti 'tuan besar'. Dengan pemikiran bahawa nanti ada la kuli batak tolong buangkan sampah dorang tu. Patut bukan sampah yang kena buang or bakar dekat incenerator.. orang2 yang terer buang sampah ni pun patut kena masuk tong sampah sekali dengan sampah2 dorang tu! Sampah betulll!

Wednesday 30 August 2017

Hulk Pun Nak Tengok Suka SEA

Aku ingat aku sekeluarga je yang eksaited nak tengok penutup sukan Sea sebab nak tunggu PM announce esok cuti.. rupanya mamat ni pun menyebok gak!




Wednesday 2 August 2017

Free Kids Pool!



Tadi masa scroll facebook feeds, nampak la post pasal free swimming pool for kids somewhere dalam KL ni. Oh! This pool dekat Taman Pudu Ulu rupanya.. dekat la kalau nak pegi. Nanti dah cuba aku story!

Thursday 20 July 2017

Ododoiii.. belum pun 1 Ramadhan dah ada dah jual sekut raya ni. Semangat betul Jusco ni nak niaga raya ye.