Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Tuesday 29 September 2020

Ariani Ariani


Amacam? Mengancam kan harga sebenar tudung Ariani ni. Kalau aku cakap aku punya koleksi shawl diamond cukup la tuk 44 hari berpantang dengan Ariani.. ko boleh kira la berapa hebat aku invest dekat Ariani.. muhuhahah.. tapi itu kalau kira harga asal ka. Aku tak pernah lagi la beli dengan harga asal.. gilos apo!!

Aku perasan strategi jualan Ariani ni dorang letak price tag banyak itu tapi harga jualan half price.. sale nanti half price lagi. So bagi aku yang memilih kualiti berbanding fashion, aku cuma akan beli time sale. Kalau yang utamakan fashion tu dorang tak lalu le pandang koleksi lama.. mesti mau yang baru keluar punya. Aku ni pula memang spesis tak amik port fashion or style apa yang tengah in at the moment.. asal murah dan menepati kualiti yang aku mau.. aku oke je. Tudunh 298? Memang gilos la kalau aku beli kan.. ahaksss. Dari beli selai tudung dengan rega itu baik le aku beli 3 lai baju kurung saiz xxxxl.. ahaksss. Pada aku actually memang worth sangat la beli Ariani sebab tudung tak jarang dan boleh pakai labuh.. patuh syariah. 

Saturday 26 September 2020

New Anak Fruit


Ini koleksi terbaru anak buah aku.. eh!eh! Macam anak patung pula acik panggil koleksi.. hahahaha. Masuk yang ini aku dah ada 6 anak buah belah aku dan 7 belah si Chemba. Belah aku yang adik beradik semua pompuan anak buah boy mendahului buat masa ni.. 4 vs 2.. belah si Chemba pula yang cuma ada sorang je adik beradik pompuan dikuasi oleh geng gegel. 

Si kecik ni lahir 24hb, baru hari ni acik dia berkesempatan nak pegi tengok. Sama macam acik nanti, mak dia ni pun kena induce 38 minggu sebab bacaan gula x cantek. Acik ada lagi 4 minggu nak keluarkan geng kamu.. tungguuuu oke

Thursday 20 August 2020

Huawei Haagen Daaz

Tadi kami ke Midvalley cari jam si Chemba. Kalau aku beli jam, masuk kedai berapa minit lepas tu dah selesai tapi laki aku ni 5 jam baru cukup. Adoiiii!!! Padahal nak beli satu jam je, bukan 5 pun. Dia cari jam Huawei yang bateri konon tahan seminggu tu. Masuk keluar kedai, ada je tak kena. Last-last dia beli dari kiosk kat tepi tangga je.. cheh! Kitr dah la mak buyung.. nasib baik dia upah eskrem mahal. Tau berapa harga semua ni.. RM70++ hooiii.. baik la makan nasik!

Thursday 2 July 2020

Mari Tukar Aircond Panas Itew


Hari ni kitaorang ke SenHeng bagi merealisasikan impian untuk menukar aircond dalam bilik tido yang panas nak manfus. Konon nak ambik yang biasa sebab inverter tak mencapai kesejukan yang dimahu skali kitaorang beli yang jenis dual inverter pulak. Tak pahammmmmmmmmm kan!! Sempat juga paw si Chemba belanja ini barang baekkkk punya.. pas ni kita steamboat dan hotpot kat rumah.. kita parteyyyyyyy




Wednesday 13 May 2020

New Pet

                                                
                                 
Akhirnya pet yang ditunggu tiba jua.. inilah dia robotic vacuum yang hakak oder dari Lazada dengan rega RM399. Apa yang benda alah ni boleh buat? Vacuum la.. apa lagi. Ok ke? Ok la untuk rumah kecik dan pemalas macam hakak ni. 

Benda alah ni full charge dalam 4 atau 5 jam.. tapi masa operasi dalam 45 minit je. Takat kaper dan lantai inshaAllah dia boleh settle tapi jangan la expect dia buat deep cleaning dan function cam vacuum yang bersaiz besar tu. Takat sampah dan habuk tu boleh la dia tapau. 

Secara overall? Aku rasa berbaloi beli sebab memang sesuai dengan kegunaan dengan rumah aku ni. Paling seswai untuk orang malas!

Wednesday 6 May 2020

My Very 1st Selpie With Si 11

                                     

Komen? Oke oke la.. yang ni kena letak auto baru lawa sket.. ahakss

The thing i like about iphone is the camera. Aku suka how iphone camera can capture detail of your skin, your real skin. Aku tak suka gambar yang smooth cam kena edit dan nampak fake. Aku suka kalau muka ko berjerawat or ada biji-biji or whatever flaw you have captured dalam ur photo esp selfie. Pelik tapi benar! Aku memang jarang sangat sangat edit gambar-gambar selfie sebab takut kalau orang jumpa ko diluar tak ble cam 👻👻

Thursday 26 December 2019

Waterproof Kah?



Akhirnya sampai suda waterproof case untuk phone hakak. Ok ke? Belum la test lagi tapi so far nampak macam ok la. Hakak order dari China la op kos.. denga harga RM 99.. harap berfungsi dengan baik la ya.

Wednesday 25 December 2019

Cuti Krismis

Inilah view dari bilik kami.. malam memang santek la. Walaupun menara KLCC tu just hanyalah bangunan semata tapi tak tahu what makes me happy everytime i look at it especially waktu malam. Kalau lepak area KLCC ni teringat Tokyo.. adoi rindu!

Walaupun view dapat separuh je KLCC.. masih kira oke la tu.. kalau ada duit lebih nak duduk sebelah KLCC tu, dekat Mandarin Oriental Hotel pula. Kena kumpul duit la lepas ni sebab rate bilik kat situ dalam RM400++ oke T_T

Sunday 22 December 2019

22.12 Kenduri Kawen


Hari ni kami ke PJ menghadiri majlis khawin, sedara si Chemba. Lawa kan baju yang 2 orang tu.. dapat lah sedondon satu family beli dekat butik Ashura. Aku memang suka beli baju dekat butik tu walaupun selai baju si kecik tu murah RM10 hengget je dari baju aku oke! Kalau dah berkenan aku beli kaler je lain, pattern semua sama je.. hahaha.  

Thursday 5 December 2019

Fire Fire

Hari ni abam bomba datang pejabat aku. Yes ini kali bukan fire drill melainkan adalah kebakaran sebenar. Nasib baik kejadian kecil-kecilan je.. hohoiii

Wednesday 4 December 2019

Program Tamat Jumpa Angkasawan

Program hari kedua aku jumpa angkasawan negera. Dulu ensom rasanya, sekarang dah tak. Oppsss! Pandangan peribadi oke. Pastu ternampak Azhar Sulaiman yang nak naik ke opis dia. Budak-budak ni apa lagi, wefie la op kos. Hahaha.. bukan main masing-masing.

Tuesday 3 December 2019

Staycation @ Komune Living KL

Hari ni tibalah hari program, Hari Teknikal Negara dan aku yeklah salah sorang urusetia. Tah macamana tah boleh terlibat.. nasib baik pejabat aku cuma urus pendaftaran je. Itu pun ada juga pengalaman kami terjumpa diva oke.. agaknya dia tak puas ati cara kami handle pendaftaran, dia sound awak tahu ke saya ni siapa.

Perghhh!! Dia ingat kami ni memang penjaga kaunter profesional agaknya..  sombong tak hagak-hagak. Malas la nak bising kan sebab kami urus pendaftaran je, geng lain yang urus usherer dan VIP. Kami ni engineer, engineer ni lah manusia yang paling sempoi dan paling tak kesahkan orang selagi ko tak buat onar runtuhkan bangunan, salah design, cause building system failure dan seangkatan. Adoiii.. macam ni pun ada.

Selain pameran teknikal, ada jugak la dijemput tokoh-tokoh untuk knowledge sharing. Ada antara tokoh yang dijemput tu retis kegemaran aku suatu masa dulu. Ketepi! Ketepi! Gergasi sudah kembali! Dari 92 hingga 7 tiba... apa lagi, KRU la. Abang Norman saja yang hado tapi ok la. Siap tangkap gambar lagi oke! Muhuhahahaha.. 

Program kami ni berlangsung 2 hari so malam ni aku stay di hotel depan venue majlis which is Komune Living. Konsep hotel co-living concept space. Ada bilik hotel, co-working space, community spaces & facilities inclusive of self servis dobi, bilik iron, cafe, gym dll. Siap vending machine jual nasik lemak kalau kome kelaparan. Kat atas ada infinity pool mengadap menara TM. Aku ambik bilik Thinker Studio 2 dengan harga RM87.77 semalam termasuk breakfast. Biliknya agak kecik tapi smart. I dont have any complaint about the hotel, the only turn off yekla perjalanan dari venue majlis ke hotel yang cuma 1km took me 1 hr oke. Nasib baik aku tumpang member, kalau tak nanges la kena tekan brek sejam sebab jem nak mampos!


Wednesday 27 November 2019

Elle Shawl In The House


Tadi jalan-jalan Sogo.. tiba-tiba terbeli pula shawl Elle ni. Skrang ni Elle pun ada jual shawl oke! Ok ke? Pada aku so-so la. In term of quality jahitan tu bersepah gak la dekat seam tu.. tak berapa kemas. So masa beli tu kena cek betul2 make sure seam kemas supaya bila pakai nanti takde la terkelepet ke apa ke. In term of kain.. yang aku beli ni matte satin rasanya tapi cam tak lawa plak.. ahakss. Cuma senang la nak bentuk. Kaler dia mostly riking.. aku beli 3 lai sebab offer. Boleh la tuk tambah koleksi.

Tuesday 26 November 2019

Tapak Rumah Baru?



Kononnya ada projek baru area rumah aku ni. Maka sebagai kakak kawasan aku pun pergilah meninjau. Tanah sekengkang kera inikah yang bakal menjadi tapak rumah baru kami? Kalau ada rezeki la kot. Mesti hot stuff ni since it is gonna be sandwiched between LRT station dan shoplot. Tapi kat situ ada HTC.. hohoiii.

Friday 26 July 2019

Nenek Datang KL

Hari tu Hannah pulang kampung, ini kali nenek pula datang KL. Ini kali teman nenek shopping sebab esok nenek dah nak balik kampung. Tengok la muka gembira nenek tu dapat shopping.. hohoii.





Thursday 6 June 2019

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya 2019.. semoga raya tahun ni membawa kegembiraan dan kebahagian yang berpanjangan buat aku dan keluarga.. inshaAllah. Tahun ni turn raya pertama di kampung.. op kos la happy. Aku kalau raya wajib balik dua-dua, tak de penggiliran sebab pada aku selagi mak ayah masih idup.. try la balik macamana pun keadaan. Perasaan orang tua kita masa raya tu berbeza dengan hari lain oke.. even sekejap pun jadik laa..

Tengok anak aku tu.. bila diamat-amat dah besar rupanya dia. Lagi berapa tahun dah remaja pula.. pastu dewasa.. da kawen esok tah balik tah tidak dia time raya dan tah sampai raya bila aku laki bini masih ada. Aduh! Jauh benau befikir. Apa-apa pun ini hari kita rayaaaaaaaaaaaaa!!!

Saturday 1 June 2019

Balik Kampung

Hari ni hari balik tanah airku.. tengok sajalah betap gumbira wajah si kecik tu naik flight. Sampai KK singgah la melepak kejap di bandar KK before balik kampung. Astaga.. KK ni da ken hijack Korea ka sampai signboard tourism pun suda tukar bahasa dia. Tapi memang aku perasan juga la ramai Korean melancong ke Sabah ni especially di area Warisan Square ni. Maybe sebab ni la kali signboard pun bertulisan Hanggeul suda.

Saturday 18 May 2019

Tudung Baru Gue

Cun tak tudung hakak? Ahaksss.. muka tu jangan caya sangat sebab Note 9 memang pandai 'amik hati' owner dia. Yang mengerutu pun boleh lawa dibuatnya 🤣

Dalam banyak-banyak brand tudung, brand Hajra ni je yang masih ada shawl yang xde piping tepi tudung tu. Malangnya in term of quality kureng sket dan kena pilih betul-betul masa beli tu takut ada jahitan yang tak cantik. Dari segi design dia aku suka sebab bukan bunga-bunga. Tapi sekarang ni takde pilihan sangat.. shawl banyaknya ada piping dan design berbunga.. as long kain ok dan senang bentuk.. halal je la beli

Saturday 27 April 2019

Kawen Anak Kawan

Hari ni kami ke pejabat. Tapi bukan la nak pegi bekerja di hujung minggu tapi nak menghadiri majlis khawin anak kawan aku kat dewan opis. 

Wednesday 17 April 2019

Melaram Bedak Baru

Hari ni aku beli bedak baru, brand Chriszen yang Nelydia Senrose jadi duta tu. Apamatcam? Sun tak ako? Muhuhahaha.. yang penting hujung mata mesti mau tajam ok!