Showing posts with label Osaka Kyoto Nara. Show all posts
Showing posts with label Osaka Kyoto Nara. Show all posts

Friday 12 May 2017

The Story About Dotonbori

 


Dotonbori/ Dotombori tu apa? Dotombori tu is satu area dalam Osaka, Japan. Ini kata si Wiki pasal Dotombori
"Dōtonbori or Dōtombori (道頓堀, pronounced [doːtomboɾʲi]) is one of the principal tourist destinations in Osaka, Japan, running along the Dōtonbori canal from Dōtonboribashi Bridge to Nipponbashi Bridge in the Namba district of the city's Chuo ward. Historically a theater district, it is now a popular nightlife and entertainment area characterized by its eccentric atmosphere and large illuminated signboards"

What is so famous about this area? Kalau ke Osaka, aku cadangkan kome duk la area ni. Happening wa sakap lu! If you are looking for food, shopping dan entertainment, this is the right area to stay. Apa yang paling aku suka pasal. Dotonmbori is area dia lively dan colourful at night dengan lampu neon. Dan yang paling menonjol sekali pada aku, not the food! Walaupun food adalah tarikan utama tapi aku tertarik dengan display restoran dorang dekat sini. Dari makanan laut, sampai ke lembu pun dorang gantung oke! Tak caya?


Crab kat atas tu bukan sebarang crab, tangan dan mata dia ble gerak oke! Dan saiznya lebih kurang 6 meter +-.

Sepanjang berada disini, memang la Dotombori ni tak pernah sunyi. Meriah dengan food fiesta, to be specific.. street food. Kau peminat takoyaki? Memang sini la tempat kau. Osaka ni lah tempat lahirnya takoyaki tapi bersabarlah dengan harganya. Kalau di Malaysia boleh dapat 3 biji takoyaki dengan harga RM5++, bersedialah dengan harga tako yang mencecah RM4 sebiji disini bergantung kepada tukaran matawang semasa! Berbaloi bayar mahal sebab sedap? Personally aku rasa Malaysia punya lagi sedap! Suit to lidah aku yang bercitarasakan makanan Malaysia perhaps. Tapi trust me, Malaysia punya lebih sedap.. itu pun kalau ko beli from the right shop la.

Kena ingat juga, tang halal tu aku tak jamin. Macam kitaorang, memang tak berani la minta sos dia. Masa mula2 sampai tu aku tersilap. Aku google kat tenet halal tako dia tunjuk satu kedai ni, Creo-ru. Aku pun take for granted sebab eksaited maa, sampai2 Dotonbori terusss oder.? Habis dah kitaorang lahap semuanya 10 bijik, tiba2 tertoleh dia ada menu babi. Babi siut! Walaupun menu babi jual kat dalam dan tako dorang jual dekat spesel kiosk dekat luar.. how confident are you yang masa penyediaan bahan tu dorang tak guna pekakas yang sama. Since dari tu aku hati2.. mana yang tertelan tu dah jadi tahi so tak boleh dah nak buat apa. 

Ok. Back to Dotonbori. Apa lagi boleh buat di sini selain makan? Shopping la semestinya! Kat sini macam2 ada.. japananse shop, western type shop macam H&M, Forever 21.. semua ada. Ko pusing je Dotombori tu, singgah p Shinshaibashi Suji.. kompom ko pitam keletihan. Apa yang penting janganlah kau lupa bawa duit yang banyak. Kalau kau tanya aku apa kedai pevret aku visit dekat sini.. aku akan cakap Edon dan Donki. Kat Edon boleh beli Gundam.. RM32 ble dapat dah oke, depends on model while di Donki pula cuci2 mata tengok barang2 dekat Jepun ni. Apart from that,
kalau kau nak tengok japanese theather, kabuki pun boleh.. singgahla ke National Bunraku Theathre or  Shochikuza.
Kalau kau nak tahu detail apa yang kau boleh buat di sini.. aku suggest kau google he Dotonbori tourism. Salah satu yang aku jumpa is this.

The thing pasal melancong ke Osaka is, susah nak dapat buku travel guide dia di kedai-kedai buku Malaysia ni. If buku pasal Tokyo, Kyoto tourism guide mudah didapati tapi Osaka punya aku rasa the only source refer internet je sebab memang boleh kata hampir tiada. Kalau ada pun, sikit je covered dalam the whole book about Japan. Hari tu pun aku dapat dari Japanses section, Kinokunya oke! 

Kesimpulannya.. kalau p Osaka kau tak p Dotonbori.. jangan la kau balik Malaysia cakap kau dah sampai Osaka!

Sunday 7 May 2017

Glico Man The Sign Of Osaka



Jikalau ke Osaka, Ke Dotombori terutamanya.. kalau tak snap sekeping gambar dengan si Glico man ni kiranya macam tak complete la trip Osaka korang.

Tapi apa dan siapa sebenarnya Glico man ni? Actually sign ni adalah papan iklan neon yang dipasang dekat Dotombori pada 1935. Lebih sepsifik, lokasinya di 2 Chome-4 Dōtonbori, Chūō-ku, Ōsaka-shi, Ōsaka-fu 542-0071, Japan dan berhampiran dengan Ebisubashi bridge yang menyeberangi Dotombori River.


Apa yang diiklankan? Pernah dengar or makan cekelat Pocky? Itu adalah salah satu produk company ni, Ezaki Glico Co Ltd yang juga beribu pejabat di Osaka. 

 Since kitaorang duduk area Dotombori selama 4 malam, memang tiap malam la singgah melepak sekitar sini. Kalau malam signage ni akan bertukar2 color. Masa aku snap dapat tangkap yang biru dan unggu je.. tak sure ada color lain lagi tak. Ok. Apa yang gempak or kecah sangat pasal si Glico man ni? Sign je pun kan? Ya. Whatever! You nak u pegi la tengok.. tanak sudah. Simple :)

 Back to si Glico man, masa ke Tsutenkaku hari tu pun ada juga mamat ni. Sibuk je dia.. kat mana ada kitaorang kat situ la ada dia. Dah la pose sama je, asyik berlari tapi tak sampai2.. hahaha. Sorry Glico man!


Thursday 20 April 2017

A Story About Takoyaki

Masa kat Dotombori memang hari-hari la makan takoyaki ni. Yelah, si Wiki pun kata Osaka la tempat takoyaki ni bermula. Kiranya macam tempat lahir deme la. Reganya dekat sana range dari 900 yen - 1000 yen untuk 10 bijik. Kalau convert duit mesia mau dekat 4 hengget oke sebijik! Sedap? aku rasa biasa jek.

Yang atas ni aku beli kat tesco. RM5.50 ble dapat 3 bijik oke! sedap lagi! So, syukurlaaaa kat mesia lagi murah. Tak yah le kome g Osaka nak makan menda alah ni ye.

Friday 14 April 2017

Sesi mengawankan gambar

Banpaku Kinen Koen Sakura Garden
Temmabashi area - O River
Gion
Banpaku Kinen Koen Sakura Garden
Banpaku Kinen Koen Tulip Garden
Red Horse Osaka Wheel from Banpaku Kinen
Koje aku hari ni mengasi biru awan Osaka yang tak lawa. Apa tidaknya, masa kitorang dekat sana tu hujan sesajer sepanjang2. Langit sentiasa la mendung kalaupun tak hujan so memang tak merasa la dapat shot gambar awan cantik. Tapi bila save gambar yang dah edit guna apps Cam Clouds ni, pixel gambar kecik la plak. Ahhh!! Napala aku tak creative cam potograper2 or tukang edit yang power2.

Tuesday 11 April 2017

Osaka Part 1 Day 5

 Itinerary Hari Ini
Nippombashi St to Tengachaya St
Tengachaya St to Kansai International Airport
KIA to KLIA2
KLIA 2 to TBS
TBS to home

Balikk la.. apa lagi!!!

Monday 10 April 2017

Osaka Part 1 Day 4

Itinerary Hari Ini
Nippombashi St to Sakaisuji Hommachi St
Sakaisuji Hommachi St to Bentencho St
Bentencho St to Nishikujo St
Nishikujo St to Univercal City St
Universal Studio
Universal City St to Nishikujo St
Nishikujo St to Osaka St
Umeda Sky Building 1000y
Umeda St to Minami Ibaraki St
Minami Ibaraki St to Banpaku Kinen Koen
Banpaku Kinen Koen Japanese Garden 200y
Tulip Garden
Lalaport
Red Horse ferris wheel 1000y
Banpaku Kinen Koen St to Minami Ibaraki St
Minami Ibaraki St to Nippombashi St
Dotombori

Hari ni planningnya nak ke USJ ngan Banpaku Kinen Koen. Moh le kita ke USJ...

Sampai2 kat station pun dah rasa excited.
Pas kuar, kirang decide nak stop breakfast dulu. USJ ni ok gak kalay takat nak tengok2, unlike Disneyland Japan sebab before nak masuk dalam park pun dah ada cam shopping area bertemakan US. Kalau Disneyland kome kena masuk dalam baru le merasa.













Since eksaited sangat, ada gak hati nak beli tiket masuk tapi bila tengok yang nak beli tiket pun ramai ya ampun, tak kose la ahkak. makanya duit tu kitorang spend beli gundam je satu  kat kedai Edon nun, ADa la satu souvenier dari USJ. Muhuhahaha.

Dari sini kitorang ke Umeda Sky Building lak. Apa ada sini? ntah la. Orang kata kalau g Osaka tak sampai sini cam tak complete so kitaorg g je la. Kat sini ble nampak view Osaka dari atas. Cantik ke Osaka dari atas? tak la cantik macam Tokyo or Seoul.















Dari Umeda Sky Building, kitaorang gerak ke Banpaku Kinen Koen lak. Kat sini pun best.. sakuraaaa!!!1