Thursday, 24 April 2014

Seoul : Tips Merancang Itinerary

Takat nak g seoul, takyah le pakai pakage pelancongan. Tak berbaloi langsung! p sendirik la. Moh ahkak kongsi tips p melancong under sendirik punya planning. Murah lagi memudahkan sebab tak terikat dengan jadual orang & bole skip2 tempat yang kome tak gemar cam temple ke hapa ke.. kannn!! Ngeri tau tengok yang ikut pakage pelancongan tu. Before pemandu pelancong lepas kan kome dari bas tuk p merewang, siap2 da depa bagi time kol berapa nak kena kumpul balik. Ahkak kalau cam itu, cukup le idok gemar. Sukati la nak p lama mana kan! Dia ingat orang ni kambing ke hapa ke. So, ini la serba sikit tips again & again yang ahkak nak share

1. Tarikh
Ok. Mula2 op kos la kena tahu tarikh kan! Kalau mesia ni 1 musim jek, tapi ketahuan Seoul ada 4 musim. Dec-Feb musim sejok aka winter sonata, Mac-Mei musim bunga2 aka spring, Jun-Ogos panas aka summer & Sept-Nov musim luruh aka autumn in my heart.

Ahkak da merasa autumn & late winter. Ahkak g berautumn tengah bulan 9. Time tu ahkak g sorang. Kalau da namanya autumn, op kos la romatik sebab sejuk2 panas gitu. Tapi kalau g winter, umang aiii.. sojuk nak arwah. 3 lapis seluar pun still sejuk mejuk lagi padahal ahkak pegi tu pertengahan bulan Februari, almost the end of winter. Ahkak rekemen pegilah masa musim bonga or musim panas sebab waktu matahari terbit & tenggelam ala2 sama kat mesia.. somewhere around bulan 4 ke awal bulan 9. Kalau idak 5.30 or 6.30 da golap. Kalau golap apo pon xdo! So, before pegi cek2 la website macam http://www.timeanddate.com/ ka tuk tengok jadual.

P autumn pon best jugak, sejuk + dapatlah view autumn kaler yang very ceria & kalau nak pegi merasa main ais.. pon rekemended jugak. Tapi pilih le otel yang ada heated floor cam hotel yang pernah ahkak duduk http://hoegicoopresidence-seoul.h-rez.com/ Hoegi Coop Residence. Lantai panas memang la sangat membantu dan menyamankan di saat gigil!

2. Tiket Flight
Tang ni tak yah cakap banyak. P mai p mai.. naik je le AirAsia. Kalau takat RM1500++ return sekepala tiket g Korea tu kira murah la tu kalau compare airline lain. Ahkak pernah dapat yang RM600+ return & ahkak percaya ada yang pernah dapat murah lagi dari tu kot.

3. Hotel
Pilih la dari Agoda ka, Booking ka.. tak pun AirasiaGo. Yang ni ahkak biasa guna le. Kalau nak book tanak bayar dulu.. kat Agoda & Booking boleh buat cengitu. Book je banyak2.. make sure kalau x jadik nak duduk kena tekan la button cancel kat web depa before due date supaya tak kena charge. Kalau tak silap kat Booking.com you can book for free tapi kalau Agoda cam dia da siap2 cas kat kredit kad.. kiranya cam deposit la tapi kalau xjadi duduk otel tu.. depa akan kreditkan balik duit tu dalam kredit kad kita.

Ada banyak jenis otel, kalau nak ala2 rumah.. pilih le apartment yang ble masak & cuci kain. Yang ni senang idup! Pastu location.. pepandai le kome. Kalau suka area yang happening sket.. pilih le kat myeongdong ke or iteawon ke kalau nak international.. or kalau suka pasar & sopping.. area Namdaemun or Dongdaemun memang on! Tapi bole gak pilih yang jauh sket tapi easy acsess ke tempat2 yang hot yang kome da list dalam itinerary. Dan kalau p musim sojuk.. heated floor is a must. Baru ble tdo nyaman2.

Pastu, jangan main pilih suka suki jek. Ini tipis fenting ni oke! Otel depa bukan macam otel kita.. no pet allowed. Ada setengah otel depa bagi kalau nak ajak binatang peliharaan tidur bersama. So, pilih la otel yang tak ble bawak pet. At least tau le kita bilik yang kita duduk tu free from nate haram ye!

3. Pengangkutan
1st, toksah pikir2 sangat. Konfemkan je le subway a.k.a ketapi bawah tanah laju-tak-le-selaju-shinkasen adalah pengangkutan utama kalau nak melancong kat Seoul. Rasanya hampir semua tempat pelancongan ble di akses dengan subway. Orang kat seoul ni suka jalan bawah tanah oke! So, sebab itu le ahkak suh kome carik otel sebla subway kalau boleh! Apa yang penting kena belajor le baca subway map depa. Walaupun idak le se berselirat cam Tokyo.. still! kompiusing.

Tambang? No worry. Kome beli jek Oyster card.. eh! Itu kat London. Beli T-Money card. Kad ni ala2 taouch and go & rasanya kat bas pon bole guna kot. Touch2 then go go lah. Kalau duit habis, sila top-up je. Kalau kome dekut takut banyak baki kat kad tapi kome dah nak kena balik mesia.. toksah le ghisau. Nanti kome return jek kat apot dapat le balik duit bakinya. Rega? Yang ni ikut distance. Dia akan cas rega dari point A ke point B je.. so kalau kena tukar 8 kali train pun.. as long as kome follow laluan yang ada sign "transfer to line" sekian2 dia tak amek kesah. Rega tetap kena cas tambang standard antara dua point tu je. Janji jangan exit dari station or gegatai tangan swipe kad T-Money kome kat exit gate.

Kalau tanak guna T-Money? takdak sapa kesah aih! Boleh je. Kome beli la tiket kat machine tiket everytime nak travel. Macamana nak beli? 1st p belajar bahasa Inngeris dulu sebab bahasa yang satu ni depa ada as option tapi bahsa melayu tadak ye tuan puan. Rega tiket pon sama juga cam cas guna T-Money, as long kome tak kuar dari station or punch the tiket dekat exit gate untuk bertukar dari train ke train, tambang tetap banyak itu jugak & tiket yang kome beli tu valid la lagi.

Lagi skali, beware of nate haram. Kekadang ada gak depa hangkut anjing kiut2 dalam train. So.. p duduk jejauh. Tapi anjing depa ni idak le depa main lepas je. Biasanya depa ikat or letak dalam handbag cam Paris Hilton ngan anjing dia.. hahahaha. tetiba lak nama ahkak Paris naik.

4. Food
Ala. Kalau kome tak de duit berguni2 cam ahkak yang miskin comey ni.. hmm! Tak yah le p makan kat restoran. Buat susah2 aje! Beli jek nasik pre-cooked depa. 2 minit masuk microwave da ble makan. Then beli le sayur2 or buah2. Lauk pauk tu bawak le makanan tin dari mesia. Kalau kome banyak duit.. sila kan le google halal restoran kat Seoul. Banyak gak yang halal especially kat Itaewon & dekat2 area masjid kat situ.

5. Solat
Kalau nak seribu daya, tanak banyak dalih. Kat Itaewon ada masjid besar. Musollah pun ada tapi kena google la. Kalau idak, padang pon boleh. Cari le tempat2 yang diyakini bersih. Yang penting kita dengan tuhan. Kalau tak pun, balik otel je kejap.

So.. inilah contoh itinerary masa ahkak g berwinter ngan c Chemba & Hannah yang baru 5 bulan jadik lam perut ahkak.. ahaks!



Monday, 21 April 2014

Almera Dan Air Pasang Kat Jalan Raya

4.30.. macam biasala ahkak nak balik rumah pas seharian di ofis. Time tu hujan lebat tapi disebabkan duk bertapa lam bilik yang tertutup makanya tak la tahu hujan tu selebat mana. Sampai2 lobi tengok lebat gila babas.. macam ada orang amik baldi siram2 kat tanah. Air hujan turun ala2 terhuyung hayang sebab angin kuat. Tengok2 air dah hampir dah nak masuk lobi. Gagah jugak la berpayung walaupun kasut boots ahkak setinggi 3 4 inci nun dah lencun. Kuar2 jek parking.. depan sket nampak 2 3 buah keta stop belah kiri. Air agak dalam. Ingat nak gamble pecut straight skalik tetiba teksi yang stop kat belah kiri jalan tu gatai nak gerak gak. Pastu keluar suka suki tak tengok kiri kanan.. hampir nak ram keta ahkak. Pulak tu bodo.. dah tau banjir keta ko semput tak yah la jalan. Tunggu je la. Ini tak.. jalan sket stop jalan sket stop. Masuk air la pulak keta aku ni nanti.. bodo piang punya orang!! See.. bila ahkak dah menyumpah!!
Tapi air memang dalam gak la.. rasanya tenggelam tayar kot. Distance xsampai pun 100m kot tapi memang scary la. Ahkak tawakal je.. doa2 moga keta tak stop kat tetangah jalan. Alhamdulillah berjaya la sampai ke rumah. Risau gak kot2 mati keta. Now risau sebab takut effect kat enjin. Nak bukak belek2 enjin tak dan plak. Susah kalau jadi cam ahkak ni.. sapa2 yang responsible menyebabkan ahkak derita 5 hari bekerja tu ahkak doakan moga2 dia pun diuji dengan kesusahan semoga kesusahan tu memberi kalau tak banyak.. sikit kesedaran pun jadikla!

Thursday, 17 April 2014

Anak ku...

Si kecik yang baru berusia 10 bulan 3 hari.. Anak yang baik dan tak banyak kerenah. Seolah2 faham akan kesukaran yang mamme hadapi dalam mengurus kehidupan seharian. Cukup dengan hanya melihat kelibat mamme ada berdekatan.. pandailah dia membawa diri dan main sendiri2. Cukup dengan membuatkan susu on time, tiadalah terdengar bunyi tangisan.... Itulah Hannah mamme...

Sunday, 13 April 2014

Weekend Kitchen

Breakfast
Lunch

Saturday, 12 April 2014

Cerita Tentang Susu Lagi

Siyan si comey mamme ni.. pas muntah sedas kat umah tadi, bawak dia kuar p beli lunch & susu. Now dah tido dengan lenanya dalam keta. Kalau time kici2 baby dulu dia ni jenis tak mau tido lam keta.. now mungkin dah selesa kot duk kat seat dia tuh. Baiknya anak ahkak ni.. dia cam tau2 jek itulah seat dia, so dia tak la merengek nak dukung bagai lam keta. Dia duk jek diam2 kat seat dia. Mana tak duk diam kalau kat depan dia ada ipad n mainan bagai.

So now anak ahkak dah berbalik kepada susu Enfalac A+ dia. Let me recall balik history susu si anak

S26 Gold - Birth to 2 month
Tukar sebab buat najis si kecik keras dan berketul cam taik kambing. Si anak sembelit & cry2 time yak

Enfalac A+ Rumusan 1 - 2 month to 6month
Tukar sebab susu mahal! Dekut kan!! Masa consume memang kulit cantek, yak2 cantek.. baby tadak ploblem

Anmum Rumusan No2 - 6month  - 8 month
Tukar sebab after almost 2 bulan minam dia yak yak 4 5 kali sehari ala2 cirit tapi tak la pulak nangis. Tengok dia cam biasa jek. Takut dia alah pada lakosa.

Similiac Rumusan Khas laktosa free - 8 mont - 9month+
Hannah ok jek minum this susu cumanya yak ijau & taik keras. Tapi taklah sampai sembelit or crying2 time yak.. yang ni maybe sebab makanan dia kot. Cumanya kulit pipi dia jadik cam ada ruam2 sket.

Enfalac A+ Rumusan No.2 - 9month+ - now
Masih consume. Yak ketul tapi tak sembelit & kaler kunin. Si kecik suka minum.. masih tengah evaluate how it is.




Friday, 11 April 2014

Bila Hari-hari Kena Puji Cantik

Emm.. poyo tak tajuk hari ni? Hahahaha.. tapi betul. Orang perempuan ni tak lari dari aktiviti memuji dan dipuji.. last2 jadik mintak puji.. hahahahaha. Cam ahkak, hari2 ada jek pujian. Contohnya.. eee... cantiknya lipstik or cantiknya tudung or or cantiknya baju or or or cantiknya kasut or or or or cantiknya handbag.. tapi tak pernahla kena puji cantiknya awak! Harharhar.. itu pujian gegel to gegel. Tapi now ada lak dak laki yang pandai memuji ahkak.. siap thumbs up kalau hari tu ahkak pakai ngam sui sket. Masuk bakul angkat sendirik kah? Aaa? Perasan? Hahahaha. Budak2 lagi.. baru early 20 kot. Anak ikan kah? Tadak kaitan oke! Hahahaha.

Apa yang ahkak cuba nak sampaikan yeklah.. orang laki zaman skarang ni pun concern gak kengkawan pompuan dorang pakai apa. Tudung lawa, kasut lawa, handbag berubah.. suma dorang perasan. Tak tau la kalau yang ni happen dekat opis ahkak je kot sebab kat opis lama memang le dak laki dia jenis alert ngan fesyen. Pondan? Harharhar.. semua engineer oke! Gatai? Mulut manis? Ka gatai2 mulut saja nak cakap sebab tadak benda dah nak cakap? Boleh jadi jugak! Apa2 pun.. yang pastinya ahkak menerima semua pujian dengan hati terbuka.. lagi skali Har! Har! Har!

Thursday, 10 April 2014

Who Doesnt Like Rain?

Who doesnt like rain, right? Especially on a long hot day and i my case.. Water disruption due to low water reserve in the dam as quoted by sabas! I love rain.. It brings calm and a fresh mood yet it happened everyday now. I am not fond of it! It made me stress instead of the calming effect. I cant go and pick up my kids because we dont have shelter or covered porch in the building. So I have to wait in the car.. An hour if i must.

Tuesday, 1 April 2014

Yoga Baby

Dak kecik ni tah mana tah di belajar buat pose gini. Ahkak pun sapsen tengok dia tetiba balik umah praktis yoga. Maknya yang tuha ni tak pernah mengajar oke! Tah la mana lak dia tiru ni. Nampak gaya boleh hantar kelas yoga kot dari kici. Muhuhahahaha

Sunday, 30 March 2014

Meriah kan rak buku ahkak.. cam padang lembu gitue! Ahkak beli kat kedai pevret ahkak, DIY la op kos. Reganya 4 lembu besau 4 lembu kici baru RM3++ jek. Not 3 hundreds la, I mean three ringgits oke! Hah! murah. Ahkak beli 8 lembu kici & 8 lembu besau tuk diternak kat rak buku.

Saturday, 29 March 2014

Surface crazy!

Ada dua jugak kan! Actually yang satu tu Surface 2, beli sempena early present befday c Chemba yang coming dalam 2 minggu lagi & yang satu lagi tu ahkak punya.. yang tu 1st model. Tapi memandangkan si Chemba ada sejarah hitam ilangkan tab yang ahkak adiahkan dia 2 kali, 2 KALI oke! So ahkak hijack yang baru then bagi dia pakai yang ahkak punya jek. Muhuhahahahahaha... kejam tak!

As owner Ipad, Ipad mini, Samsung Tab & Surface, I can say Ipad mini & Surface is the winner. Ipad mini is best tuk everything related to tenet, emel & for the use untuk baca e-book, plus senang nak carry for everyday use. Surface, sangat best for those yang selalu berkawan baik dengan MsOffice esp Words & Excel. Though as a tablet it can be considered to be quite bulky while as a laptop it didnt have the capacity & power to be one sebab Windows RT ni restricted. Tak bley download macam Windows biasa,instead kena download dari market. Tapi pada ahkak, surface adalah sangat memenuhi keperluan ahkak in many ways. Bebila rasa nak buat presentation, pap! siap guna power point. Bebila nak tulis surat or buat kira2..pap! siap taip then cucuk jek kat mana2 printer yang support Windows RT tuk print.. tak payah pun install driver printer. Dan ble terus cucuk ke projector bebila rasa nak buat presentation. Tapi among all, the best part yelah Surface ni ble baca pen drive & external hard drive! Ini la part yang paaaling manang.

Walaupun tak ramai peminat Surface Microsoft ni.. it is ok. I am one of your supporter. Keep up the good work!

Monday, 24 March 2014

Tayang Gigi & Mata Bulat

Ahkak perasan mata itam anak ahkak ni kalau silap gaya gambar nampak besar. Teringat masa mengandung dulu, ahkak suka sangat dengan stuffed animal yang bermata besar, kiut ala2 mata si Puss In Boots kunu. Bila tengok jek.. alapak cair. Nak beli takut mata anak ahkak jadi gitu konon. Hah! Ada gak la sikit kenen ni agaknya

Sunday, 23 March 2014

Si Brown Dah Ada Biskut

Inilah yang ahkak manang time membeli belah di Big Bad Wolf, biskut si Brown.Semalam da perabis duit tak hengat.. hari ni kenyang lah kot makan buku.. huhuhu

Saturday, 22 March 2014

So this is me, fat yet happy. Muhuhahahaha. But I am not going to talk about how fat I am today. I just want to show off, that I didnt wear the wrong pair of boots today. Hihihi.

This is me before going to Big Bad wolf. Before I got all dizzy yet I still want to finish book hunting. Buying a book is like a drug to me, though I rarely read them. I buy books almost every month!

Friday, 21 March 2014

This Is What I Wear This Morning

Pagi tadi kelam kabut kuar umah, sampai2 ofis ini le jadiknya. Makanya hari ini dalam sejarah ahkak memakai boots sebla cekelat seblah itam ke opis. Still.. ahkak pakai jugak dengan muka tabah seolah2 takdak apa2 berlaku. Kalau dulu masa skola rendah, kalau lain dari yang lain & kena ejek kawan2 kompom rasa nak terjun sungai tapi since ahkak sekolah menengah ahkak sedar, nobody die kalau kena ejek or kena ketawakan. And takde masalah lain pun pada diri sendiri kalau takat terpakai baju terbalik, terpakai tudung terbalik, terpakai kasut sebla lain sebla lain or badan ada bau hamis sikit selain dari MALU. Choiii! Takat malu bukan ble buat mati pun so I accepted myself for all those silly and shameful things I have done or occurred to me. I am proud of myself of sticking to being positive tapi malu kena ada la.. cumanya biar berpada-pada.

Thursday, 20 March 2014

Pose Terbaik Bayi 9 Bulan

Speechless ahkak tengok pose si kecik ni time layan upin dan ipin. Sikit punya khusyuk la sampai gini posenya..

Wednesday, 19 March 2014

Hannah's Favorite Story

Yang ini adalahstory kegemaran Hannah. Kalau kat ipad dia akan terpesona amat la kalau nampak gingerbread man tu belarik2 sambil nanyi

Can you run yes I can
Can can can can can
Can you run yes I can
I am the gingerbread man

Crocodile crocodile
Ow Ow crocodile
I'm going to eat you
I'm going to eat you
Eat eat eat eat you
Owwwwwwwhhhh!!

See, ahkak pun sampai hapal lagi dia. Tapi part yang paling ahkak ngan c Chemba soka yeklah part "owwwwwwwhh!!" gedik tul gingerbread man tu. Hahahahaha

Tuesday, 18 March 2014

Topi baru lagi!

Topi lagi.. kawaii tak Hannah?! Hihihi. Op kos la kawai. Hari tu nengok kat One Baby World rega selai topi ini dalam 24 hengget kot.. beli kat pasar tani baru 10 hengget jek. See.. jimat 14 hengget.

Pink kan maria!! Hihihi.. biasa anak ahkak ni jarang pakai pink. Since I am a fan of black and red so she is always wearing dua color tu la. Ada gak yang tegur, awat la anak pompuan ko ni merah sokmo. Ahkak kalau beli baju light color, putih especially.. bila kaler da tak cantik kat dustbin le jawabnya baju tu. Baju anak ahkak da berapa lai masuk dustbin. Ahkak ni kalau dah tak mau memang takde la nak simpan.. terus buang jek. Kalau umah besar xpe la nak buat stok bagai.. kalau takat umah kecik.. tak yah le nak buat kenangan bagai, buat semak je dek non. Makanya baju si kecik ni banyaknya dark kaler. Kalau ada yang light2 tu kompom beli kat Mothercare sebab baju Mothercare jek yang tak lekat stained susu kat leher.

Monday, 17 March 2014

Hannah Kawai Dengan Topi Baru

Ha??
Hahhhh!???
Hahahaha!
If only she could speak already, I believe what she is saying is.. comel tak Hannah mamme?! Oke. Speculation of a mother! Kalau beli kat kedai mahal kot topi ni tapi beli kat pasar tani baru 7 hengget. Comey kannn!! Barang Hannah mostly ahkak beli kat pasar jek. Baju tido, baju gaun, reben & topi bagai. Even jeket pun ahkak beli kat pasar jek. Kalau ada baju branded pun kompem auntie dia yang bagi. Ala.. takat barang baby.. how long do you think you are going to use it. Lagipun, it is good untuk menyumbang ekonomi pada peniaga pasar.

Quality? Ok, part ni memang kena compromise la or kena pandai pilih. If you are lucky enough, boleh dapat baju berkualiti dengan rega 10 hengget jek like jacket. I bought two or three jacket from mother care.. each with a price of almost RM100 yet my daughter was unable to wear it now since she outgrow it. So, rugi 300 oke!

Sunday, 16 March 2014

Main masak2

Aksi semalam.. time ni dah dekat kol 11 malam tapi si kecik masih main masak2. Tak tahu le.. sejak masuk umur 7 bulan dia dah mula tidur lewat. For baby her age patut tidur dalam 14 hr sehari at fraction 11 jam tidur malam & 2++ hr nap. Kerjanya nak main dan memanjat je sekarang. Uwaaaaaaaaa.....

Saturday, 15 March 2014

Lapauuuuuuuuu!!!!!!

Uwaaa... lauk da masak tapi nasik ku masih menggelegak lagi. Uwaaaa... laparrrrrrrr.

Thursday, 13 March 2014

Ahkak Pegi SPA oke!

Last week ntah macamana ntah tersinggah SPA kat area umah, skalik ada la package murah urut badan @RM38 hengget je sejam. Murah gila tu.. sejam lama tuu. Makanya ahkak pun sign up la package urut sejam @38 hengget, sauna@ 19.90 dan scrub@ 45 hengget.. which is sangat murah compare to original package @200++.

Makanya hari ni ahkak pun g la SPA. Fiorst 20 min ahkak sauna. Kalau kat Celebrity Fitness gym duluk ada bilik saunatapi yang ni ada box jek. Duik lam tu, yang ble kuar kepala jek & area badan jek la yang kena panas. Tu pun idaklah panas semuanya sebab duduk so area perut n belakang tak kena sangat. Still, panas jugak la. Then kena scrub. Best kena scrub, habes satu badan ahkak suh gesek. Lama gak la.. then mandi. Pas mandi baru la urut badan. I was lucky sebab budak yang urut tu urut jkenis kampung. Oii.. sakit kottt! Nasib baik dia slow down sebab paham ahkak ni g SPA, bukan urut bidan kampong. Stat kol 5.15, kol 7 stengah baru selesai. Siyan anak ahkak tinggal lama kat umah pengasuh.. sorry ye nak ye..

Wednesday, 12 March 2014

Ayam! Ayam! Ayam!

Kali ni itam la perut ahkak anak beranak makan lauk bakar. Mana taknya. sate ngan sayap ayam ni both masak berbakar. Huhu.. tapi nak jugak makan! Ahkak ingat ahkak jek yang beli makanan rupanya si chemba pun sama. Tu yang meriah lak dinner malam ni.

Saturday, 8 March 2014

A Chronologi Of Cili Padi Tree

Mamme & Dadde going chilli tree hunting @pasar tani on Saturday
Chilli padi tree grow at the window
Dadde harvesting the chilli padi
Tadaaaaa.. end product --> Masak lomak cili padi lobster terbaikk!!!

Friday, 7 March 2014

Nasib baik nampak cam lawa gak hang ipad kat leher si melman ni.. kalau idak mau terbang duit aku RM139 kat Machine tuk beli casing teddy bear yang ble sumbat ipad mini dalam tu. Comey la memang tapi mahai.

Makanya ipad yang ini tuk si Hanah & yang itam tuk mamme. Ironinya bila dah ada ipad sendiri aku tak bagi pun ipad ni kat si kecik, instead aku bagi dia buku.What de?!

Thursday, 6 March 2014

For the first time since day 1 hantar Hannah ke rumah pengasuh, she cried nak ikut mamme this morning. Tak pernah2 before this... Tetiba lak hari ni dia tak moh kat pengasuh dia. Hannah! Hanah! Hari ni ahkak ada kursus, since tempat kursus tu direct access to lrt.. Tu yang ahkak naik lrt je. Time jaman2 naik lrt dulu which is 3 4 tahun lepas, ahkak naik time subuh2 tuk g kerja makanya idaklah bersesak2 dalam lrt. Pagi tadi ahkak naik dalam jam 8.15, peak hour. Makanya ahkak telah tercabul seorang pak haji gara2 nak gak masuk dalam gerabak yang dah memang sedia padat. Muhuhahahahahaha..

Kursus hari ni penceramahnya orang Dewan Bahasa. Patut kursus penulisan minit mesyuarat tapi ada lak slot kuiz imbuhan. Daripada 32 soklan yang cuma ada pilihan betul atau salah imbuhan yang ada, i got 19 je betul. Almost separuh tu salah.. Gila hapa. Rata2 yang datang kursus tu near the engine yo tapi suma pun result kebey kurang je. Haru tol!



Wednesday, 5 March 2014

Letih oh! Jadi Ibu

Memang! Memang letih jadi seorang ibu. Aku baru anak satu, macamanalah kalau anak 3 4 orang.. terutamanya ibu yang beranak setahun seorang.

Hari kerja kena kerja. Seawal jam 5.30 dah kena bangun untuk cuci botol anak then masak, blender & siapkan bekal makanan untuk si anak . Semata-mata nak jimat masa, sambil2 gosok gigi & cuci muka sambil2 tu jugaklah masak. Mandi sah2 tak kenyang, paling lama 5 minit je kot mandi pagi. Lepas siap2 pakai baju, solat, calit sikit foundation terus kejutkan anak. Cek2 dulu kot2 yak2 ke si kecik tu, kalau yak kena tukar dulu. Kalau tak.. proceed untuk hantar ke rumah pengasuh. Before sampai rumah pengasuh, kena bertarung dulu cari parking. Kalau nasib baik ada la parking dekat, kalau takde.. terpaksalah eksesais.

Time kerja, sebab bos ramai makanya input banyak. Mentang2lah macai.. kenalah mengikut perintah. Nasib baik dapat bos2 baik. Ada masa kalau bos2 takde, selang2 la menanggung kerja jadi bos besar, bos kecik. Kadang2 ada jugak terima hamburan rakyat gara2 tak dapat nak telefon bos. Benda semua nak cepat, lewat atur pemeriksaan salah, lewat mohon peruntukan salah, lewat ingatkan orang suruh bagi maklumbalas pun salah. Sampai petang badan & kepala pun dah letih untuk terima cabaran seterusnya iaitu menjadi suri rumah.

Balik kerja kena jemput anak & lagi sekali kena bertarung parking. Sampai2 rumah, letak je anak atas lantai terus prong prang prong prang dekat dapur. Tu baru part kena masak untuk anak makan malam, belum masuk kena masak untuk diri sendiri. Habis masak terus bagi anak makan. Alhamdulillah pengasuh akan mandikan si kecik tu before aku datang ambik dia. Kadang2 kalau makan comot, terpaksalah mandi lagi sekali. Habis makan, kena layan dia. Ada kalanya ok ada kalanya nak melekat sepanjang masa. Time anak dah khayal bermain barulah boleh kemaskan dapur & bekas mandi dia. Lepas tu kemas la apa yang patut or makanlah apa yang ada sambil2 lepak dengan si anak. Tu pun kalau si anak tak meraung. Kena mood dia baik dia main atas tilam je, kena mood lasak.. habis satu rumah dia rayap.. belum kes cuba2 nak berdiri sebelah tangan. Pukul 8 mata si kecik masih celik, pukul 9 masih celik, 9.30 masih celik, 10 pun maaasih celik. Pukul 10.30 baru lah dia dapat tidur. Itu pun lepas 4 5 pusingan menangis sebab lampu kena tutup & dia tak dapat main or sebab nak susu or sebab tak dapat nak main lah kebayakannya. Lepas si kecik tidur kena sediakan baju & beg dia untuk esok. Kena letak siap2 depan pintu supaya esok tak kelam kabut. Kena cuci botol2 dulu sebelum lelap. Kalau larat sempatlah baca buku sebaris dua.

Pukul 12 pagi nangis nak susu.. kadang2 pukul 4 nangis lagi nak susu. Kalau dapat tidur balik ok lah, kalau tak.. tunggu la sejam lagi untuk dia tidur. Paling tak tahan kalau si kecik tu jaga sambil sengih2 dengan senyuman manja & lompat2 eksited sebab dia nak MAIN! Oke! MAIN!

Pukul 5.30 dah kena jaga, ulang semula rutin hari kerja. Ini baru rutin hari kerja, rutin hujung minggu laaagi sengsara. Tapi bagi seorang ibu semua tu tak de halllll!! punya. Tiada yang lebih penting melainkan menjalankan tanggungjawab menjaga amanah Allah yang masih kecil & belum tahu apa2.

Monday, 3 March 2014

Husand Of Mine


Laki ahkak ni makin tuha makin menjadi perut dia. Nasib baiklah ahkak dapat laki yang memahami ahkak & tak marah pun kalau ahkak kutuk dia. Dan dia tak pernah sekelumit pun kutuk ahkak, ahkak je suka mengacau dia. Ahkak bersyukur sangat jumpa husband macam laki ahkak. Dia taklah perfect, malasnya kadang2 ya raabii! tapi dia sangat bertimbang rasa. Tak pernah pun minta ahkak masak itu ini, hatta minta tolong ambilkan air pun tak pernah. Ahkak jek suka ngada2 mintak amek air la.. mintak masakkan magi lah. Kalau ahkak masak, sikit pun dia tak pernah komplen. Habis licin semuanya. Kalau ahkak malas nak masak, siap tanya lagi ahkak nak makan apa nanti dia belikan or masakkan. Laki ahkak terrer jugak bab masak memasak & rasa masakan dia boleh tahan sedapnya.
Memandangkan dia kadang2 je rajin nak tolong kemaskan rumah & basuh pinggan.. makanya most of the time dia ada kat rumah, dialah yang jaga si kecik. Ahkak siapkan air mandian & makanan.. makanya dialah yang akan mandikan & bagi si kecik makan.

Kesian juga dekat dia sebab ahkak tahu dia pun letih. Tapi dah namanya hidup berumah tangga.. susah senang mestilah lagi erat bersama. Mula2 dulu memang agak susah jugak nak terima. Masa bujang selama 31 tahun, semua pun sendiri punya hal. Sendiri makan sendiri cuci, sendiri sepah sendiri kemas. Bila dah khawin, lain2 makan & lain2 sepah tapi sendiri2 cuci & kemas tu agak mencabar jugak. Ada masa-masa rasa macam nak marah. Tapi bila muhasabah, sikit demi sedikit mula lebih postif. Daripada marah2 dalam hati sebab ahkak memang jenis tak reti nak bebel & marah depan2, ahkak mula agihkan tugas yang mampu diterima oleh si suami. Sikit demi sikit. Lama2 alhamdulillah rasa lebih positif.

Pada ahkak, kesilapan yang selalu ahkak buat ketika terbit rasa marah pada seseorang, tak kira lah hal kerja or yang berkaitan dengan kehidupan seharian adalah kegagalan berkomunikasi. Ahkak salah bila ahkak berharap orang lain juga punya kesedaran sivik yang tinggi, alert pada persekitaran & punya rasa tanggungjawab macam ahkak, makanya ahkak cuma marah2 dalam hati & mempertikai awat la benda kecil tu pun ko tak tahu nak buat or tak perasan. Disitulah silapnya. Bila ada rasa marah, berkomunikasi lah kalau itu yang terbaik. Tapi tak semua orang mampu berkomunikasi ketika marah, hatta selepas marah pun ahkak tak boleh membincangkan kemarahan tersebut tanpa menimbulkan semula rasa marah yang dah reda.

Sebenarnya, ahkak paling tak suka komunikasi post-kemarahan, tapi ahkak jugak tak lah bodoh untuk biarkan diri sendiri dibelenggu rasa marah & tak puas hati sorang2 padahal orang yang kita marahkan tak sedar pun yang kita marah. Lagi buruk kalau orang tu sedar kita marah tapi dia buat tak tahu. Boleh stress dibuatnya. Makanya untuk pastikan ahkak masih dalam mode neutral dalam menjalani hidup ni, ahkak belajar jadi seorang yang lebih memerhati. Kumpul dulu data2 & info yang berguna then baru atur strategi. I always told my self being angry is stupid, unless you do not mind being red all the time.
Now since dah jadi isteri & ibu, banyak yang masih perlu ahkak pelajari. Alhamdulillah ahkak dapat seorang suami yang super supportive & romantic. Yer! Mu husband is soooo romantic I told you. Bukan romantik yang buaya darat tu oke and I dont think he realized that he is a romantic person & a gentlemen... and I never told him this secret of mine ;p

Sunday, 2 March 2014

Dubu-Dubu Lagi

Alkisahnya peristiwa terbeli ipad semalam tu berasal dari keinginan ahkak nak makan menda alah ni kat Dubu-dubu. Miahahahahah... Sebelum2 ni kalau pegi Dubu-subu cuma pandai order Bulgogi jek sebab tak berani nak cuba menu lain. Tapi last Wednesday time lepak dengan ibu, dia order Spicy Calamari a.k.a sutung & Honey Mustard Chicken Wing. Sedap oke! Walaupun bersambal tapi masih crispy.

Kalau order set come with banchan a.k.a side dishes consist of sayur2an. Korean cooking ni memang healthy cooking. Sebab tu kalau orang korea hampir suma kurus2 lidi. Bukan cam kita kat mesia ni.. Contoh faling dekat ahkak la.. Muhuhahahaha

Saturday, 1 March 2014

Sama Tapi Tak Sama

Oke.. Ada 2 kan. So ini yekla lanjutan daripada aktiviti berebut ipad mini dengan Hannah tiap2 malam. Makanya tadi terpergi midvali.. Tu yang terbeli ipad mini ni. Rata2 dah pegi semuanya jual model baru. Ahkak tanak la model baru tu. Hanya kerna retina apa ke benda ntah tetibon letak harga 1.2k kunun...choii!!! Nasib baik Machine kat Mid Vali masih ada stok model lama.. Dapat la dalam RM949 which is 50 hengget cheaper daripada yang satu lagi ni.

Memula ingat nak beli Samsung for kids tu tapi cam mahal lak.. RM799. Cam tak verbaloi..kalau beli ipad ble transfer purchase. Whatever yang ada dalam akaun itunes ble copy ke any new apple gadget.  Memandangkan I already spent so much kat Apple market so memilih untuk beli Apple gadjet adalah lebih menguntungkan in my case.

Kenapa beli gadjet padahal sebelum ni beria2 kunun nak restrict anak dengan gadjet? Well.. Bila fikir2 it is all up to how we manage your kid actually.