Monday, 9 October 2017

Tengok Movie Lagi

Kalau hari tu tengok Cars, sabtu lepas my sis and my family bawa si kecik dua orang tu g tengok cerita ini pulak..
Best sangat!!! I loike.

Masa beli tiket online aku apply for Movie Club member. Bayar RM30 je, then ko dapat 2 tiket free + 1 set popcorn. Pastu time birthday dapat lagi sekali sepasang tiket ngan set popcorn tu. Bebaloi2!  

 


Sunday, 8 October 2017

Happy Meal Toys Sold Out!!!!

Adik aku kata based on previous experience dia masa HM toys hunting, kalau McD kat area2 kitaorang ni kehabisan stok mainan.. Dia ke MV sebab kat situ inshaAllah masih ada stok. So berbekalkan azam dan keinginan yang kuat nak dapat keta lotus sebijik, aku pun bersungguh ke MV. P McD bawah, p McD atas.. hampas je dapat sebab toy yang aku mau sold out.

Sakit hati punya pasal.. aku pun p ToysRUs.. dan aku akhirnya keluar dengan wajah paling happy dow sebab ini...
Aku dapat Hotwheels Batman set ni for RM48 hengget je. Aku rasa happy gilos sebab biasa kalau set2 yang glemer cam Batman ka, Superman ka.. dalam RM90+ gak.

Sudah ada Batman car.. siapa perlukan HM lagi!!!

Saturday, 7 October 2017

Happy Meal Toys Quest

Start this week McD Happy Mea kuarkan toys kat atas nun. Aku kalau bab keta memang tak ble tahan, makanya semalam habis koje aku pun ajak la si Chemba g cari keta lotus tu. Sampai2 dekat kaunter drive through McD Cheras, adik kat kaunter tu kata habis. Kecewa oke!! Terus tak jadi oder. Namun masih gigih lagi tuk dapatkan benda alah tu, aku suh si Chemba route p McD Leisure Mall.. hampeh! Pun habis jugak. Hangin punya pasal.. tak beli langsung apa2 kat McD walaupun awalnya bekobar2 nak makan fries.

Hari ni pulak.. adik aku try p MV nak carik menan jugak. Belum sempat sampai parking, Mid Valley pula terbakar. Dan adik aku kat Kontan pun cakap, hare sebijik pun tadak da mainan tu. Aaaarhhhhhgggg... hanginnnnnn!!!!

Friday, 6 October 2017

Tv Ku Retak Seribu



Petang semalam alkisahnya budak opis aku nak datang collect tv aku yang rosak ni. Aku nak bagi je kat dia sebab asben dia pandai bab repair2 ni. Kalau boleh baiki, boleh la dorang guna. Dah setahun kot terdampar, baikla bagi pada yang boleh guna.. ye dok!

Aku masa rosak tu memang nak buang je terus sebab aku da beli baru tapi si Chemba tak kasi. Sayang katanya.. kot2 boleh repair. So aku pun simpan bawah katil.. beralaskan tilam. Sekali tadi masa lap2 baru perasan.. dah pecah dah rupanya tv tu. Alahaiiii.. sayang betol. Sudahnya kat sini je...

Thursday, 5 October 2017

My Name Is Bond

Cun pula no pass aku, 007 owh!

Since semalam aku hadir seminar SOSH. Kat mana? Kat dewan opis je pun. Kalau program dekat training center kitaorg dekat Melaka nun memang tidak la aku nak pegi. SOSH tu apa? Macam yang tertulis kat pass tu la, seminar on occupational safety and health towards sustainability agenda. Frankly speaking, aku rasa cam topik yang disampaikan oleh para penceramah cam tak kena langsung dengan tajuk seminar. Dalam ramai2 penceramah, yang menarik minat aku cuma ceramah dari doktor pakar orthopedik sebab dia citer pasal slip disc, epidural dan perut buncit.. ahaksss

Masa sesi soal jawab crowd tanya dia macamana nak elakkan perut buncit. Doktor tu kata dia pun tenga cuba.. hahaha..

Wednesday, 4 October 2017

Hannah And The Chimpmunks

Tengok wayang?

Ish! Ish! Tak la. Tangkap gambar depan wayang je.. hehe. 

Semalam pagi si Hannah ikut pegi ofis sebab pengasuh dia cuti balik kampung, makcik meninggal. Kebetulan si Chemba ada miting dekat HQ.. so singgahkan si Hannah to my office. Tengahari tu g lunch dekat SPM.. jalan punya jalan sampai TGV. Macam biasa la si Hannah, asal nampak replika ke gambar je.. ready2 la dia pose.

Tuesday, 3 October 2017

Driver *i*ut BABI

Masa ko memandu mesti ada jumpa golongan driver *i*ut BABI ni kan.

1. Driver tapir. Keta gempak tapi memandu ya rabi, slow dari siput babi.
2. Driver lapar. Makan jalan orang kau apa hal!
3. Driver kecoh! Kelam kabut nak masuk lane padahal boleh je masuk kemudian & tak cause orang belakang jem.
4. Driver mabuk, tak tahu nak p kiri ke p kanan mabuk!!
5 Driver perahsia. Dia takut sangat orang tahu dia nak pegi mana kalau signal.
6. Driver buta. Lampu dia ya rabbi, terang nak mampus boleh suluh seluruh jalan raya! 
7. Driver buta warna. Kalau trafik light dah hijau tu jalan la cepat2. Kau ingat kau sorang je nak lepas!
8. Driver songsang main belakang. Sabar sikit tak boleh! Dah nama kau duk belakang, kau tunggu je la giliran kau nak p depan. 
9. Driver pemalu tekan brek. Kalau ko tekan brek at least kasi aware orang belakang. Padan muka kau la kalau bontot keta kau kena cium.
10. Driver bangang. Kalau keluar dari simpang tu tak yah laju2. Kalau kau mati sorang aku tepuk tangan, itu kalau kau mati sorang la. Kalau kau matikan or cederakan orang lain, bangsat namanya.

Monday, 2 October 2017

Whitehead Killer


Apakah?

Hahaha.. zoom dekat idung ea. Pastu tengok ini pulak



Ada beza tak?

Ini yekla hasil selepas sesi memicit whitehead semalam. Gile licin terus idung aku yang berketak selama ni. Aku ni spesis yang tak pernah buat facial.. harus la kat muka ni ada macam-macam kategori khazanah.. haha. Gila feel bila whitehead tu keluar.. geli pun ada.

Saturday, 30 September 2017

Makeup In A Pencil

Tadi adik aku ajak g tengok Ninjago, bawak bebudak tecit p berhibur tapi aku malas la pulak. Plan hari ni cuma duk rumah, berlindung dari panas mentari. Sambil-sambil tu aku nak story pasal eyeshadow aku ni. Kalau pakai jenis compact, selalu je bercapuk tapi pakai spesis ini memang terbaik la especially pada those yang suka smokey eyes. Brand nya The Balm, sepensil ni rega asalnya RM80++ kalau tak silap tapi kalau member kedai SASA, aku dapat dalam RM70 la sebatang. Jenis ni tak payah nak blend2, tenyeh je da lawa dah.

Friday, 29 September 2017

Lazy Friday

Selalunya friday adalah hari rewang. Ada kawan ke, tadak kawan ke aku kalau nbak rewang aku rewang je. Tapi hari ni aku malas gilos nak keluar. So duduk la kitaorang diam2 dekat opis ni. Padam lampu, on akon, bancuh kopi 3in1, letak kaki atas kosi then baca buku. Heavennn!!!

Thursday, 28 September 2017

Hantu Penumpang?

Hari ni kat ofis ada haktiviti menyambut birthday budak2 ofis. Menu hari ni, ayam Kenny Rogers + Kek Secret Recepi. Tapi bukan itu yang aku nak story actually. Aku nak story betapa badan aku hari ni ada hantu menumpang kot. Mana tidaknya, tengahari dah makan bersungguh-sungguh, petang tu pula kitaorang p Ikea. Aku siap oder chicken cordon set siap dengan fries, + meetball, + Chicken wings + extra fries. Kau rasa betul tak badan aku ada hantu ke aku ni memang hantu makanan? ke? ke?

Wednesday, 27 September 2017

My Oh My Blue Corporate Shirt

Amacam, biru tak mak ngah?! 
Haaa.. tu la pasai. Sejak2 jabatan aku tukar baju g biru ni, haru aku rasa. Pasaiapa? Pasai blue is not my color, except a very dark blue. Nampak macam ok je? Mata kau, bukan mata aku!

Tuesday, 26 September 2017

Tengok Wayang Woiii!!!

Dulu masa bercintu wayang saja kerjanya.. tapi lepas dah ada anak belum pernah lagi la merasa g dating kat pawagam berdua. Tadi kursus aku habis awal, since hari tu aku dapat free tiket tgv masa sopping kat SPM.. inilah masanya nak redeem. Tengok citer Kingsman... ahakssss.

Best ke? Syok la juga. Syok sebab dapat balik awal, dapat tengok wayang free, dapat dating dan dapat temgok Kingsman. Kalau ada Hannah tak dapat nak baws p tengok sebab citer ni tuk 18 above je. Hannah pula demam lagi hari ni.. adoila.. baru je deman last month, ni demam lagi.. huhu

Monday, 25 September 2017

Annoying Chat

Kau pakai tak whatsapp, line, wechat or seangkatan? Aku ada pakai whatsapp and it is annoying sebenarnya especially kalau those yang rajin buat group dan invite kau. Nak left salah, tak left menyampah. Aku ni memang ketahuan bukan penggemar ‘chat so memang annoying la pada aku. Group kerja je ko ada group bahagian, group tak de bos dalam tu, group projek projek projek..  group kawan ada group kawan u, group kawan skolah menengah, skolah rendah.. group family ada group adik beradik, group cousin mousin belah kau.. pastu belah laki kau. Group lain like insuran dan pelbagai lagi group. Serabut!!!  Most of the time aku archive je semua conversation, tak read langsung. Nak whatsapp laki aku pun aku payah apa lagi nak whatsapp orang lain. Semak!

Sunday, 24 September 2017

Resort World Genting Card

Finally dapek la kad setelah bertahun jadi member. Masa lepak kat Sky Mall malam jemaat tu aku berhajat juga nak g collect kat kaunter dalam mall tapi tapi q dia panjang ya rabbi. Walaupun kat situ ada disediakan kaunter di 2 level, kaunter kat level bawah ngan atas sama je ramai.. kalah orang q tuk original cake yang tengah viral tu.

Esoknya masa dekat GPO, kebetulan terlalu depan service counter dan kaunter pula kosong. Ingatkan memang kat bawah tak ramai orang la kot.. alih2 tengah tunggu brother kaunter tu kuarkan kad, da berduyun orang q belakang kitaorang. Thank god!!

Apa yang best tang kad ni? Actually xde apa pun sangat tapi ada la ble dapat sikit diskaun & free parking dekat GPO.

I tell u the best way tuk dapatkan kad ni.. time jenjalan kat mall tu ade je promoter yang approach kome nak bagi kad tu. Cuma bezanya kalau print kat kaunter dia letak nama kome, kalau apply through promoters kad memang ble dapat terus tapi xde la nama. Itu je.. tak yah kekecoh sangat aihhh!!

Saturday, 23 September 2017

Celup tepung ke cucur tepung

Semalam turun dari genting singgahla dekat Food Court area rumah. Lepas ikat perut kat genting sebab merasakan tak berbaloi berbelanja makan, maka berkobar2 la oder udang celup tepung dan sotong celup tepung dengan membayangkan ini....


Alih-alih yang kau dapat ini...
Tak tahu la nak marah ke apa ke. Ke memang orang kat KL ni kalau kau minta celup tepung dia celup sungguh2 dalam tepung sampai jadi cucur!

Friday, 22 September 2017

Genting 2nd Day

Lepas subuh, aku kemas-kemas dan readykan benda untuk masak. Pagi ni aku nak masak megi goreng so first yang aku kena buat is rebus megi la op kos. Bahan-bahan lain aku just potong bawang dan cherry tomatothen buka kerang tin. Tu je ;P

Pas sarapan, kemas barang terus cek out. Nasib baik la hotel ni guna machine check in dan check out, tak yah nak q sangat kat kaunter. Thank god juga kat tower 3 tu tak meriah macam dekat kaunter utama, so tak de la bersesak-sesak. Lepas simpan bag kat keta, kitaorang decide nak turun ke Genting Premium Outlet naik cable car. Boleh je turun terus bawa keta tapi kesian pula Hannah tak merasa naik cable car.

Makanya kitaorang pegi la ke Sky Avenue, naik tingkat 4 untuk ke Genting Sky Way. Tiket one way berharga RM8, dan boleh beli guna mesin juga. Masa kitaorang turun tadi masih tak ramai orang so heaven la naik cable car bertiga je. Yang best naik cable car genting ni sebab sejuk, memang fefling ala kat obersea la.

Muka eksaited
Di bawah pulley gergasi
Readyyyy....
Kabus tebalnya


Dah sampai bawah.. panas dow kat bawah ni! Gempak juga la GPO ni, rasanya macam lebih besar dari JPO. Rasenya semua outlet dah buka kot, tapi yang panjang Q cuma dekat Coach je.. yang lain tu ko boleh keluar masuk sesuka hati, janji ada duit. Hahahahaha. Aku beli apa? Aku bukanla peminat barang berjenama dan aku pula tak de duit so tengok-tengok je la.. hahaha

Letih meronda, last2 tu terdampar dekat Starbuck. Plan asal nak balik atas so si Chemba boleh solat dekat atas. Alih2 masa turun tadi nampak masjid yang berdekatan dengan GPO, so lepas solat jumaat le baru naik atas balik. Sambil2 tu tunggu my sis.. trip kali ni kitaorang je yang tidur semalaman whilst dorang pagi ni baru naik atas.

Kalau masa turun bertiga, masa naik berenam. Op kos la yang paling gumbira si Hannah sebab kali ni ada geng, abang adam..

Thursday, 21 September 2017

Genting Aku Datang

Akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu. Hari bercuti ke genting. Macam havoc je kan, sekali genting je.. hahaha. But antara banyak-banyaj tempat kat Malaysia, genting is one of my favorite place. Top 5 kot sebab sejuk + ada mall + ada theme park. Ada lagi tempat tinggi lain kat Malaysia ni yang juga sejuk macam kundasang ranau, Bukit Tinggi dan Cameron Highland tapi deme tadak mall dan theme park. Kau tahu kan aku ni hantu mall dan theme park! Dan sejuk! Sebab tu tiap kali plan nak g singapore, terbeli tiket p seoul dengan alasab seoul sejuk. Hahahahaha

Kol 4.30 thump print terus gerak naik sebab malam ni kitaorang tidur genting. Yeayyyy... nak book hotel kat genting time weekend jangan mimpi la. Either penuh atau mahal. Kalau weekdays ble dapat bilik basic RM60 je sebilik kat First World Hotel. Tapi aku amik bilik yang up sket, RM80 semalam. Yang up sket tu ada kettle bagai dan flat tv, yang basic tu tadak ye. Dan kalau nak tahu this is teh World Largest Hotel ye.. banyak gila bilik. Last time aku duduk kena yang jauh dari lift, masak nak jalan tapi kali ni alhamdulillah sebab bilik selang 5 pintu je dari lift

Masa naik tadi jalan clear, weather bagus. Alih2 lagi 2 km nak sampai atas angin kuat diikuti hujan dan kabus tebal. Harem tak nampak apa sebab kabus memang tebal sangat. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Cek ini sangat mudah sebab ble guna mesin, cek out pun macam tu juga. Nasib kitaorang baik kali ni sebab bilik yang aku book tu dekat Tower 3 which is blok baru. A bit far from the mall dan attaraction tapi ok la. Belum lagi labuh punggung dekat tilam, aku terus capai periuk bagai. Periuk oke! Tapi bukan lah periuk besar pun.. hahaha. Yang ala2 kettel je pun tapi ble masak. Aku buat sardin goreng sebab nak makan dengan roti. Gila kau nak makan kat bawah time2 gaji belum keluar ni, kompom2 menangis nak bayar.

Lepas makan, memula ingat nak keluar terus tapi dah dekat sangat maghrib. Orang time awal muharram p masjid kau pula p berhibur... hahahaha. Sapa kata p berhibur boleh lupa diri? ahaksss. Pas settle doa awal dan akhir tahun dan solat maghrib semua2, kitaorang pun memulakan explorasi. So ini yekla pemandangan yang kau nampak while on the way dari hotel ke mall.. masih kekal seperti sebelum ni.

Kalau dulu ada indoor theme park, now dah tak de dah, dan dah been replaced oleh shopping complex yang quite big juga, Sky Avenue. Rasanya baru tahun ni kot buka dan kedai pun masih belum fully occupied lagi. Aku rasa ini sempena pembinaan Fox Theme Park la kot, they expect bigger crowd sebab international park la katakan.


 Kat sini memang banyak tempat makan tapi kau tak tahu nak makan apa sebab kau muslim. Kau tahu kan main attaraction di sini yekla casino so this is not a place for us la kiranya. Banyak gila tempat makan, malangnya non halal. Kat bawah ni, bukan main lagi tulis Malaysia Food Street tapi non-halal. KFC? dulu ada sekarang dah tadak. McD? Kononnya ada tapi tak nampak bayang.. huhu

Dan kat sini, expect la rega makanan dia almost double rega makanan di bawah. Tadi aku beli nasi ayam tuk Hannah, nak menangis oi keluar duit RM20++ tuk nasik yang dah la tak sedap.. ada hati tak mau bagi sup dan chili.

Wednesday, 20 September 2017

Toys R Us Bankrap?

Baru-baru ni terbaca somewhere kat news Toys R Us filing for bankruptcy. Omo! Jadi teda la dapat beli menan lepas ni.. teda la boleh guna ini kad tuk beli menan murah???

Tapi semalam keluar paper yang Toys R Us mesia tak teribat dalam plan tu. Izit? Really? Chincha???




Tuesday, 19 September 2017

KL View From Office

Inilah view dari bangunan baru Jabatan aku. Superb kan! Ini view dari jamban ye. Kalau la aku yang koje kat opis ni silap2 kat jamban saja melepak sebab aku kan memang suka view from tempat tinggi. Ahaksss!

So hari ni aku sambung audit lagi. Malangnya dalam banyak2 penemuan, penemuan aku je yang memang tak boleh elak dari bagi non conformance.. aka NCR. Pastu penemuan aku juga antara yang banyak dalam observation. Apakah? Masa nak closing tadi semua auditor bagi la ucapan masing-masing. Bila sampai turn aku, aku kata tak de apa. Sekali pengarah yang chair meeting tu kata, ha, takde? Ke nak mintak masuk cawangan. Berdekah2 semua orang gelak.. adoiiii.. dah la semua bos2 dan yang urus penempatan pun ada dekat situ.. harapnya  tak berlaku begitu le.. hohoiiiii

Monday, 18 September 2017

Audit

Hari ni macam tahun-tahun sudah aku dok terlibat dalam audit kualiti.. kali ni aku audit 'parent cawangan aku, mekanikal. Strategi nya jangan cakap banyak nanti kang tak pasal-pasal kena masuk cawangan. Aku ni since day first dalam servis tak pernah masuk cawangan dan bekerja disekeiling para jurutera mekanikal. 2 cawangan yang aku ditempatkan dari 1st jejak kaki dalam perkhidmatan merupakan cawangan multi disiplin which aku rasa lebih mudah nak bergaul. Ye ke? Ke aku yang ada confident issue sebenarnya?