Friday, 22 December 2017

Dating Day

Hari ni hari dating sedunia.. pagi tadi dating time sarapan, petang pula dating dekat library. Ahaksss! Sepanjang 9 tahun aku koje inilah kali pertama jejak kaki dekat library jabatan ni oke! Cuba tengok date last orang pinjam buku tu.. atoookaiii!! orang jikiar ni memang spesis yang tak suka g library agaknya.

Thursday, 21 December 2017

Pengalaman Ke Dolly Dim Sum

Kalau ikut review, Dolly Dim Sum ni halal tapi tak de pula JAKIM certification. Yang aku nampak dalam menu dia tadak la piggy dengan alkohol. So, aku terai la sekali sempena pembukaan outlet baru deme dekat Sunway Putra Mall.

Mana gambar makanan? tadak sebab da lapar gila tadi so tak sempat nak snap... hahahahaha... kalau nak tengok menu boleh la pegi kat website deme http://www.dollydimsum.com/. Menu yang kitaorang try kali ni Royal Golden Fried Rice berega RM25 kalau tak silap, pastu 2 dumpling dengan rega RM10 sepinggan + teh. Itu je? Haaaa.. itu je la. Nak terai je kan... muhuhahahah. So macamana? sedap gak laaaa.

Wednesday, 20 December 2017

Eating Spree

Hari ni hari melepak sedunia.. lunch di SPM, dinner di SVM. Pagi kasi hibur mamme, petang kasi hibur Hannah main lego free. Geram juga kat si Hannah, kat umah bukan main banyak lego tak mahu dia main tapi bila g ToysRUs or kedai lego bukan main lagi dia nak main. Eiii la anak!

Tuesday, 19 December 2017

Fire ! Fire

 
Hari ni ada fire drill dekat opis. Tak suspen sebab ada yang bocor rahsia ada scheduled fire drill. Kalau tak mau ada yang kelam kabut terjun bangunan sebab ingat betul-betul kebakaran. Hoho! Udah le api pun tadak.. nasib ada abang bomba bikin cemas sikit2.

Monday, 18 December 2017

A Told Story Of Herald Boutique Hotel Melaka

Since MIL aku ajak p Melaka on short notice, memang tak banyak la option hotel yang ada esp time cuti sekolah ni kan. Secara overall pada aku hotel kat Melaka ni masih murah. Hotel decent pun ble dapat below RM100 tapi kalau dah namanya cuti skol, sila la bertabah dengan harga yang diberi. Thank god kitaorang dapat book hotel ni through Traveloka dengan rega RM115.37 without breakfast.

Hotel ni beralamat di 571-ABC, Plaza Melaka, Jalan Hang Tuah / Jalan Gajah Berang, 75300 Malacca. Kalau tengok dari luar memang cam biasa je, hotel kat rumah kedai tapi bila masuk bilik rasa gumbira sebab bilik dia cantik dan bersih. In terms of location tak berapa la nak up sangat tapi tak jauh la dari pusat bandar, dalam 4 KM je. Aku rekemen la duk sini, rekemen sangat!

Hotel ni baik gila, siap bagi ko kupon parking lagi tuk day ko cek in dan sampai kol 12 the next day. Kat Melaka Saturday, Sunday dan PH pun ko still kena bayar parking from 8am sampai  6pm.. hampeh tol! Walaupun tak mahal, RM5 la jugak sehari.









Ini gambar area luar hotel yang aku amik dari tenet. Kat area tu ada kedai-kedai jual baju dan gerai-gerai makan chinese. Kat area belakang tu ada kedai buku dan Seven E kalau tak silap.


Sunday, 17 December 2017

Melaka Day 2

Dekat jam 12 check out, pastu g aparment yang my family sewa. Tunggu dorang plak check out. Tadi before cek out, dah siap-siap breakfast semua. Hotel yang kitaorang duduk nun area chinese kot so tadak restoran melayu/ mamak. Thank god ada KFC 24 jam..

Lepas semua dah cek out, pelan asalnya nak menuju ke area Tamingsari lagi sekali tapi kali ni nak naik cruise. Since kitaorang not a fan of Melaka River Cruise sebab seram dengan air sungai dia.. si Chemba route ke Mahkota Parade. Makan mee tarik warisan sedas pastu gerak ke Klebang whilst yang lain melancong ke A Famosa Fortress dan muzium. Lepas maghrib baru la semua berkumpul dekat Klebang before masing-masing bergerak pulang.

Saturday, 16 December 2017

Cuti-cuti Melaka Lagi


Ini kali kita cutiiiiii!! Cuti mana? Melakaaaaa lagi!

Hari tu cuti belah aku, ari ni cuti belah my asben pula. Dalam kol 4 kot sampai Melaka, saja bertolak lambat sket sebab Melaka ni kitaorang dah cover habis dah pun.. so g santai-santai je. Kitaorang duk Herald Boutique Hotel. Luar umah kedai, dalam tiptop cam hotel 3/ 4 star while my family amik apartment kat kawasan berdekatan.

Pas mandi, comel2.. kitaorang p melepak dekat apartment tu. Bagi budak-budak mandi kolam, makan semua.. kol 11 lebih kot baru kuar ke area Tamingsari. Distance dari apartment tu ke Tamingsari 4.4 KM je tapi perjalannya lebih 30 jam oke!! Kol 11 malam tu!! Punyalah jem Melaka.

So ini kali si Chemba akhirnya kena naik gak beca.. Hello Kitty la op kos! Ahkak? ahkak pulak dengan mak ngan adik2 ipar menikmati pemandangan malam dari Menara Taming Sari. Cantik ke? biasa je. Kalau nak lawa naik time senja kot baru lawa.

Friday, 15 December 2017

Air Fried Fries

Ini rupa air fried fries, guna Tefal air fryer. Rasa dia agak sedap gak tapi kalau nak nampak lawa kena buh minyak lebih sket. Kalau tak goreng tak lawa. Aku plak suka tambur tepung gandum, bagi ada serdak-serdak sket.

Thursday, 14 December 2017

Baru Ku Tahu...

Aku actually dah bertahun kot ada periuk letrik ni.. beli masa si Chemba duk Kontan dulu. Persediaan kalau-kalau gas habis kat umah. Kiranya selagi ada gas, selagi tu la tak guna. Makanya jarang la guna kan! Selama aku guna, aku tak pernah tahu temperature adjustment dia ada banyak variasi lagi apart from auto function yang ada kat button nun. Puiiii! No wonder la aku goreng ayam ari tu kecut ayam aku sebab jenuh nak adjust suhu. Suhu tinggi kuali berasap, suhu rendah ayam aku plak tak masak-masak. Hampeh!

Wednesday, 13 December 2017

Me The Next X-Mener

Pernah tengok cerita X-Men? op kos la pernah kan! Aku pun pernah tapi ini adalah antara cerita yang aku tak ble digest sangat. Faham-faham gitu je.. hahahaha.Pagi tadi aku tangkap gambar kat keta dapek shoot muka macam ni.. tetiba aku teringat X-Men. Ada kaitan ke??? miahahaha


Tuesday, 12 December 2017

Rancangan Pevret Si Hannah

Aku belajar sampai dapat degree, koje injiniur pun tak dapek duit banyak ini Ryan oi! Ini la budak yang Hannah duk tengok hari-hari.. nak muntah mak melayannya.

Koje budak ni main je 24jam! Pastu main sepah-sepah tak reti kemas. Pastu jadi role model si Hannah, dia pun sama nak baling mainan dia then tanak kemas. 

Monday, 11 December 2017

Hannah Muslimah

Ini hadiah ayah si Hannah balik umrah.. lucu ada, comel pun ada. Hehehe.. Tengok je la muka si comel yang terbakar sebab mandi kolam weekend tu.

Berapa lama tudung ni tahan dekat kepala dia? Hmm.. dari hotel, g makan then sampai rumah masih melekat lagi dekat kepala.. kira lama la kan? hahaha. Kalau pakai reben dan ikat rambut dia memang langsung tak mahu, pakai tudung elok je.. kelazzz kau nak, muslimah sejati. Amin!

Sunday, 10 December 2017

Lakiku Si Botak

Ini laki siapa ni oi? Siapa punya laki?!!! Ini laki gua la yang gua tak jumpa 2 minggu since last sunday dia pegi umrah!! Botak dan buncit.. muhuha hahaha. Jangan mara cinta ;p

You cant explain love and most of the time it is not about how beautiful and handsome your face is. Ada yang bini lawa, kena betray juga. Ada laki hensem, bini cari lain juga. Dan kadang-kadang spouse yang kena tinggal tu jauh lebih lawa/ encom dari yang baru/ skandal deme. Why?? Because love is something you wont be able to explain. If you clicked with someone, siapa pun kita or bagaimanapun rupa kita now or then wont matter anymore. Tapi laki aku tu walaupum botak dan buncit, di mata aku still encom. Muhuhahaw. Fattah amin pun aku tak pandang yaw.. ahahaha

Saturday, 9 December 2017

Kawennn

Hari ni kitaorang ke Bandar Mahkota, nak menghadiri majlis khawin anak pengarah kitaoramg. Amacam? Ploles tak makeup ahkak? Ini real oke, iphong neber lie! Ahaksss.. tapi i lied to iphong by adjusting my face angle sampai buli nampak kurus dalam gambar. Kalau dulu ada si popo kompom terus ploles la muka kau tapi si ipong ni memang tak akan menipu. Pasrah je la selalunya menerima kenyataan yang muka kau tu, memang muka kau la.

Oke.. pas makam kenyang-kenyang, ada hati lagi nak p makan sate samuri kat kajang. Time kitaorang sampai dalam kol 3 lebih. Alhamdulillah dipermudahkan dapat parking kat dalam tu, betul-betul depan meja makan je. Sedap sangat ke sate samuri tu? For me biasa je taste dia tapi harga mang terbaik lagi la kalau compare sate kat mamak bising or Satay Sation. Sate ayam dan daging cost the same, RM0.98 secucuk. One thing yang aku suka is sate dia all daging, takde lemak langsung. 
Pas makan 4 cucuk sate, tak mampu dah nak hadam. Kitaorang pun balik umah dan tapau sate tuk berjamu dengan si adam and the gang.

Friday, 8 December 2017

Cuti Dash Box

Kol 8 semalam aku gerak pulak ke next transit, Hotel Barry Inn Salak Tinggi. Apsal nak cek-in 2 hotel satu malam? Aku tak berani nak drive dengan si tecit pepagi buta ni dari Cyberjaya ke KLIA 2 so lepak je la kejap dekat Salak Tinggi. At least si tecit ble tdo kejap before ke airport. Kol 8 gerak dari Cyberjaya, cek in Barry Inn dan dinner. Kol 1.30 cek out dan terus ke KLIA2. Tengok2 si chemba lom kuar-kuar lagi, singgah plak makan donat dekat Petronas KLIA.. itu ini kol 4 kot sampai Dash Box semula.

Aku tak dapat tdo la pulak sepanjang pagi tu.. huhu. Tunggu la sampai kol 8.00 si Hannah jaga tuk sambung aktiviti berenang. Ingatkan sejuk air pool tu tapi tak.. nasib baik. Kalau tak mau sakit perut sejuk-sejuk p berenang. Kol 12 cek out time, kitaorang kuar dalam 11.30. Next destination ke Bawal Power dekat Area Sport Centre, Cyberjaya tuk lunch bawal yang power. Power ke? aku makan ikan keli dia memang power ah.. bawal tu aku tatau!






Thursday, 7 December 2017

Cuti-Cuti Dash Box Yaw

Hari ni dengan esok aku amik cuti sempena kepulangan si cinta dari umrah. Since aku malas nak drive dari umah ke KLIA pepagi buta so aku decide to stay somewhere. Dah stay hotel, alang-alang kena la berlibur sekali so aku decide nak lepak transit dekat Hotel Dash Box, Cyberjaya.

Sampai DB dalam kol 2 lebih tapi receptionist tak bagi check in untul 3 pm so kitaorang p la merewang kejap kat dalam. I must say thank you to those yang develop tempat ni. Hotel ni terletak dekat Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kawasan dia nak kata besar sangat tu tak la tapi the pool is the centre of this place. For those yang amik bilik dekat rumah kubah tu, ble parking belakang pintu bilik masing-masing oke! Each rumah kubah tu ada 3 bilik, 2 dekat bawah tu Studio room while dekat atas tu Deluxe. Boleh pilih nak mengadap garden or pool. Untuk makluman, kawasan ni tak berpagar langsung yer. Yang duk bilik studio tu best la sebab ble parking depan pintu bilik tak yah nak naik tangga bagai dan ble terus lompat ke pool jek!

Rate untuk bilik twin cheapest aku dapat dalam RM120+ through Traveloka. Yang studio tu dalam RM190 dan deluxe tu RM200++. Kalau nak bekfas mahal la sikit. Bilik twin tu basic sangat, tv pun tadak dan it is a cabin. Pada aku ok je, elok la tak de tv. Nak g cuti buat apa tengok tv, ye dok! Nak air panas or sejuk dia ada watercooler. Disinin juga ada cafe, hispter sangat la tempat ni. Dia ada cabin tuk reception, meeting room, gym dan kedai souvenier. Selain tu ada juga ballroom, surau dan toilet.

Pool dia tak dalam sangat, yang dekat dengan ballroom tu sangat cetek tuk baby la kot. Ada 2 slide, satu dewasa satu tuk budak tapi kali ni slaide budak tutup for renovation. Thank god! Kalau tak jadi hal pulak nak melayan si Hannah main.

For those yang nak bercuti tapi malas nak drive jejauh, sila la kemari. Recomenned! Sikit komen aku cuma toilet tak berapa bersih dan receptionist dia apsal la rigid sangat. Bagi je la orang cek in sebab ramai orang kot masa tu. Boleh je dioa bagi cek in dan kunci collect jam 3 or benarkan masuk bilik jam 3. Apa daaa!!

Pool view
Ball room view
Studio & deluxe room
Cafe
Twin  room

Happy Mader & Dote
View From Entrance
Check-In Counter

Wednesday, 6 December 2017

Hancus Diet

Hancusss diet aku weiii!! Semalam dah le dah melantak sushi dengan kenny roges, hari ni pula melantak nasik beryani dengan kek secret resepi. Adodoiiii!!!

Kalau semalam tu saja cari pasal, hari ni celebrate birthday bebudak ofis.