Thursday, 7 December 2017

Cuti-Cuti Dash Box Yaw

Hari ni dengan esok aku amik cuti sempena kepulangan si cinta dari umrah. Since aku malas nak drive dari umah ke KLIA pepagi buta so aku decide to stay somewhere. Dah stay hotel, alang-alang kena la berlibur sekali so aku decide nak lepak transit dekat Hotel Dash Box, Cyberjaya.

Sampai DB dalam kol 2 lebih tapi receptionist tak bagi check in untul 3 pm so kitaorang p la merewang kejap kat dalam. I must say thank you to those yang develop tempat ni. Hotel ni terletak dekat Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kawasan dia nak kata besar sangat tu tak la tapi the pool is the centre of this place. For those yang amik bilik dekat rumah kubah tu, ble parking belakang pintu bilik masing-masing oke! Each rumah kubah tu ada 3 bilik, 2 dekat bawah tu Studio room while dekat atas tu Deluxe. Boleh pilih nak mengadap garden or pool. Untuk makluman, kawasan ni tak berpagar langsung yer. Yang duk bilik studio tu best la sebab ble parking depan pintu bilik tak yah nak naik tangga bagai dan ble terus lompat ke pool jek!

Rate untuk bilik twin cheapest aku dapat dalam RM120+ through Traveloka. Yang studio tu dalam RM190 dan deluxe tu RM200++. Kalau nak bekfas mahal la sikit. Bilik twin tu basic sangat, tv pun tadak dan it is a cabin. Pada aku ok je, elok la tak de tv. Nak g cuti buat apa tengok tv, ye dok! Nak air panas or sejuk dia ada watercooler. Disinin juga ada cafe, hispter sangat la tempat ni. Dia ada cabin tuk reception, meeting room, gym dan kedai souvenier. Selain tu ada juga ballroom, surau dan toilet.

Pool dia tak dalam sangat, yang dekat dengan ballroom tu sangat cetek tuk baby la kot. Ada 2 slide, satu dewasa satu tuk budak tapi kali ni slaide budak tutup for renovation. Thank god! Kalau tak jadi hal pulak nak melayan si Hannah main.

For those yang nak bercuti tapi malas nak drive jejauh, sila la kemari. Recomenned! Sikit komen aku cuma toilet tak berapa bersih dan receptionist dia apsal la rigid sangat. Bagi je la orang cek in sebab ramai orang kot masa tu. Boleh je dioa bagi cek in dan kunci collect jam 3 or benarkan masuk bilik jam 3. Apa daaa!!

Pool view
Ball room view
Studio & deluxe room
Cafe
Twin  room

Happy Mader & Dote
View From Entrance
Check-In Counter