Thursday, 8 February 2018

Ke Muadzam Kitaaa

Hari ni sesi melawat kawasan dengan my bos kecik. Merentas 3 negeri dari atas ke bawah semata-mata nak berjasa kepada rakyat. Inilah tanggungjawab kami sebagai penjawat awam.. Destinasi hari ni ke Muadzam Shah.. bertolak dari KL ke Muadzam lalu Negeri Sembilan.. balik ke KL pula dari Kuantan ke Selangor ke KL.. tabah la boss kena drive sendiri.. muhuhahaha. Pelan asal pegi bertiga tapi staff kitaorang tu cuti emergency pula nenek dia meninggal.

Tuesday, 6 February 2018

Ke PPUKM Kita

Pagi ni aku laki bini ke PPUKM. Si Chemba kena buat CT Scan whilst aku pula g amik ubat yang dah nak habis. Bukan nak tunggu masuk bilik doktor je ramai orang, nak amik ubat pun umangg aii.. No sekarang 0390, nombor aku 0473.. ramai tu! Udah le tu, nak amik no giliran pun kena beratur panjang. Tapi pada aku kaunter ubat dorang ni agak efisen juga sebab dorang buka banyak kaunter.

Tadi g cafe PPUKM.. dah lawa la pulak cafe dia skarang.. kalau dulu before renovation kantin memang menyedihkan le aku tengok. Kalau nak lawa sket kena g sebla A&E. Now dah lawa  am setup restoran.. keep it up PPUKM!

Sunday, 4 February 2018

Makcik Beli Tudung

Tadi si kecik ni duk bising.. dia nak tudung. Dah dapat toys pun dia nak juga tudung macam mamme katanya. Adoiii.. makanya terpaksa la kitaorang gagahkan diri ke jalan TAR carikan tudung tuk dia. Dapatlah berapa lai dekat Muadz Textile dengan rega less than RM10 selai.

Friday, 2 February 2018

Dentist Visit Dan Jalan Midvali

Pagi ni ke Klinik Pegigian Tanglin.. dah kalau laki bini gigi sakit, sini le tempatnya. Masa sampai tadi agak payah gak nak dapat parking.. kena jalan jauh sket. Oke la menapak dari tak dapat parking langsung. Klinik gigi dia kat belakang sket.. aku dapat masuk cepat walaupun nombor lewat dari si Chemba.. miahahahaha. Maybe sebab aku ni masuk kategori geng Young Stroke Patient so dapat le cepat. Masa sampai tu doktor tanya aku ada makan ubat ke or ada sakit ke.. tu yang tahu tu. Urusan aku kejap je tapi nak kena menunggu si Chemba.. tengahari la juga selesai.

Tengahari tu g amek si Hannah bawa g office.. petang terus g jalan-jalan Midvalley. Sempena tahun baru cina ni, kena la lawat shopping complex tuk enjoy deco yang dibina sempena CNY. As expected, deco di Midvalley adalah cantik. Apart from enjoying the view.. aku dapat bunga dari someone tadi. Etttt!!! Bunga tu orang kedai bunga bagi for free.. marketing purpose la kot. Apa2 lah.. janji free.. ye dok!


Thursday, 1 February 2018

Happy Birthday Pak Teh


Hari ni si Hannah sambut birthday Pak Teh dia.. kali ni kita sambut dengan carrot cake la Pak Teh ye!

Dalam banyak-banyak kek kat Secret Recepi, yang ini kegemaran gue. Selain ini, chocolate cheese dan indulgance juga gue gemar. Tapi now kencing sudah ada manes, kita try la avoid makan manes-manes sangat T_T

Wednesday, 31 January 2018

Hari Gym

Hari ni setelah sekian lama.. pakaian gym beraksi. Amacam, ada macam inspektor danial tak? Miahahahahaha. Lama dah kot tak jejak kaki ke gym.. nasib baik masih hingat macamana nak guna threadmill.. haha. Wowwee la gym sebab now dah wujud dah leg press machine.. ayayaya

Tuesday, 30 January 2018

Rezeki Jangan Ditolak

Tadi bos kecik aku ajak g makan.. yehuuuu makan free. Since dia dari hari tu teringin nak merasa steam boat Seoul Garden maka untung lah kami kami ni sebab dapat makan free.. wuhuuuu. Makan sampai munta dengan rega RM38 sorang.. lom masuk air RM4.70 sorang oke. Nasib baik puas ati sebab udang banyak. Aku pun dari hari tu gak teringan nak cuba tapi everytime nak terai je perut dah penuh. Memang rejeki aku la ni hari ni.. alhamdulillah & tq boss!

Saturday, 27 January 2018

Semalam Yang Hangat

 

Semalam kitaorang menghabiskan masa menyerang Ikea  & Mytown lepas koje. Tetiba teringin nak g Ikea... ahakss. Tujuan utama pegi makan je. Makanya menu hari ni ayam apa ntah dengan beef rib. Pastu sambung lagi dekat Starbuck. Since aku ada Ambank kad, dapat le buy 1 free 1 punya promosi. Yang gumbira op kos la si kecik tu!

Friday, 26 January 2018

Nampak wajah gumbira ini anak? Ini alkisah beberapa saat sebelum peristiwa drama air mata.. hahaha. Tadi aku yang hantar dia naik atas, since pagi ni kitaorang laki bini ada mesy di putrajaya so dapat la gerak lambat sket. Masa keluar kereta bukan main gembira, sampai tangga skool dia da lain macam. Naik pun slow.. sampai skool dia start berdrama. Nangis sambil kata nak kawan, means nak aku temankan dia. Aku kata mamme nak g keje ni.. hannah masuk ye. Pastu dia masuk then duduk kat tepi pintu sorang2 sambil bergenangan air mata. Tak sampai hati siut! Aku panggil dia & peluk.. pastu baru dia cool down. Nasib baik ok, kalau meraung tu jenuh nak memujuk.

Thursday, 25 January 2018

Hari Bertemu Menteri

Hari ni ahkak laki bini kena p majlis amanat menteri. Huntung la laki ahkak dapat salam dengan menteri. Mana tau satu hari nanti dapat kenan jadi menteri ke.. muhuhahahahaha

Wednesday, 24 January 2018

Drama Pagi Sekolah

Ini le keadaan nya setiap pagi, si kecik riang ria ke skool. Tapi yang tak tahu drama setiap pagi yang berlaku sebelum kejadian gembira ni.. hahaha. Setiap kali kejut dia bangun dan mandi, time tu la keluar drama swasta dia.. dia akan menangis dan kata nak tidur, nak tidur. Setiap kali tu jugak ayah dia akan bertarung kena tendang si kecik time nak tanggalkan baju dia tapi lepas mandi pula different story, muka dia akan berseri2 dan senyum manis ya ampun. Hahahahahaha

Tuesday, 23 January 2018

Hari ke 10 Sekolah Dah Pandai Baca

Si Hannah masuk skool full day, kiranya pagi skool petang pula day care. Selepas 10 hari bersekolah, si Hannah dah pandai baca.. alhamdulillah. Berbaloi-baloi ayah dia walau susah payah hantar gak dia masuk 'U. Kenapa masuk U? gila kau.. nak masuk pre-school pun kena bayar dekat RM3k oke before enroll! Dah macam yuran U tu!

Day care si Hannah ada program reading readiness. Kiranya yuran RM580 bulan-bulan tu da termasuk la semua sekali. Dorang akan dibekalkan dengan buku-buka bacaan. Aku tengok program dia goes two way, tackle English dengan BM sekali dan si Hannah dah boleh baca apa yang ada dalam buku tu. Mula-mula I thought dia hafal so aku cuba tulis apa yang ada dekat buku kat paper lain, she managed to read it well juga. Alhamdulillah... Emak kau ni dulu 4 tahun setengah apa pun tak tahu lagi kot... hahaha. Umur 5 tahun hafal nombor pun tunggang langgang... hahahaha

Jadik mak bapak nowdays agak mencabar jugakla. Kalau anak darjah satu tak pandai baca, takut ketinggalan je padahal jaman aku dulu, time tadik tu main je time sekolah rendah la baru nak belajar kenal huruf dan nombor tu sungguh-sungguh. Macam my sis, siap hantar anak dia yang baru nak enroll darjah satu pegi tuisyen membaca sebab lepas tadika masih belum boleh membaca dengan lancar. Bukan adik aku je, aku rasa ramai jugak parents yang hantar anak tuisyen. Patut ke anak darjah satu pergi tuisen, aku ada baca jugak orang bincang pasal ni. It is up to the parents pada aku. Lain anak lain tahap perkembangan dorang. No kids are the same.. kalau anak kau pandai maka bersyukurlah. Kalau anak kau slow, help them or get help. 

Macam si Hannah ni agak unik jugak budaknya. Anak orang petah cakap tapi ABC dan nombor bukan semua budak boleh kenal dengan baik by year 2.. dan si Hannah one of them. Cakap tak pandai, by tak pandai tu memang tak pandai betul. Umur dekat 4 tahun pun masih tak lancar dan cakap yang basic je. Tapi umur 2 tahun ABC dan nombor dia dapat kenal dengan baik so mudahla kot cikgu dia nak ajar dia membaca sebab part mengenal tu dah settle. 

Alhamdulillah sejak masuk sekolah ni baru nampak ada sedikit perkembangan dari segi speech dia walaupun dia tak petah macam budak-budak her age. Now dah pandai baca doa makan.. semua doa dia bacakan doa makan... hahaha. Naik keta baca doa makan, lepas solat baca doa makan.. hahahaha

Monday, 22 January 2018

Muka Selepas Nutox

Oke.. ini muka aku yang suci bersih dari sebarang skincare dan kosmetik. Hari ni dah hari ke 22 kot aku menjadi pengguna Nutox. So aku memang rekemen sangat la Nutox ni walaupun Nutox tak bayar aku buat iklan. Rega pun affordable, serum dia ble dapat dalam RM55 henget time offer. Kalau guna over-the-pharmacy punya produk, memang ada advantage la sebab mana-mana farmasi ada jual. Lagi baik kalau tempat yang ko pegi tu ada banyak option like Guardian, Aeon Wellness dan Watson so ko boleh kunjung semua kedai tu tuk compare harga. Trust me, lain Guardian pun ada lain harga dan promosi ye.

Contohnya masa aku beli serum kat Guardian SPM, spend RM20 baru ble beli serum dengan rega RM55 tapi aku g Guardian mana ntah, tak de offer langsung. The cheapest aku jumpa is RM55 dekat Watson rasanya. The best aku pegi dekat Aeon Wellness SVM, buy RM100 dapat one very nice purse. Apart from that, rega some of the item kat situ pun lebih murah dari Watson dan Guardian macam cleanser for oily skin dan cc cream dia.

Saturday, 20 January 2018

My sis punya flight tengahari so weolls hantar la dia ke KLIA 2. Maka tercapai la cita-cita si Hannah yang asyik duk sebut nak p airport. Tah apa la yang dia suka sangat pegi apot.. aku pun tak tahu. Pas letih melepak dekat McD, kitaorang pun balik dan menyiapkan projek sotong kurita si Hannah ni..

Amacam? Sun tak? Sun la! Sun la! Harap-harap dengan adanya kaki sotong ni berakhirlah derita ahkak laki bini kena paw beli pensil kaler jek everytime. Tadi dekat KLIA 2 berkira-kira juga nak beli ke tanak ke cekelat M&M ni.. nasib baik beli. Merasalah juga si Hannah sotong kurita pensel kaler.. ahaksss. 

Friday, 19 January 2018

Thank You Nutox

Hari ni jumaat.. kalau dah namanya jumaat memang hari jalan-jalan cari hal time lunch sebab friday break lama sket. Kali ni ahkak teman my fren g SaSa. Ahkak ngan geng ahkak ni rajin gak g SaSa, tapi lepas gi SaSa mesti SaSau sebab duit habis... hahahaha. Since ahkak dah ada cinta hati si Nutox, so tak de la tergoda lagi nak beli kosmetik & skin care. Ini muka ahkak dari siang, touc-up lipstik dekat SaSa je kasi up itu merah bibir. Kiranya dari selesai make-up jam 7.30 pagi sampai 12.30 tengahari muka ahkak masih nampak sun kan?!... miahahahahah. Muntah la.. apa-apa pun tq Nutox. tq Face Shop!

Ini tadak pakai beauty filter or software apa oke.. tau la si Iphong ni memang jujur tak reti tipu. So far masuk hari ke 20 memang puas hati sangat dengan Nutox. Ahkak pakai morning and night, full set. Nak kata muka bertukar jadi kulit selicin telur tu idok la. Muka masih macam biasa, cuma tak nampak kusam dan kering.

Monday, 15 January 2018

Hannah Art Story

Alahai.. pandai dah anak aku ni mewarna sekarang ni. Saja la nak melodramatik sket, esok dia dah besar adala benda yang nak disimpan jadi kenangan. Aku memang spesis yang tak pandai nak melukis or mewarna, lukis ayam pun tak jadi. Hahahahaha

Saturday, 13 January 2018

Osaka Sakura

  
Aktiviti hari ni bawak auntie si hannah jalan ronda KL naik MRT. Ini kali destinasi terpilih is op kos la, Pavillion. Op kos la si Hannah gumbira sebab ada Osaka katanya. By Osaka tu dia maksudkan bunga sakura tu haa... adoiii la anak. Pas makan dan jalan-jalan cari hal dekat Pavilion, ajak plak si Chemba ke McD sebab ahkak mengidam nak minam iced latte.


       

Friday, 12 January 2018

Just Another Day Of Mine...

Tadi g collect my sis dekat TBS. Akisahnya TBS ni tak la jauh mana pun dari rumah tapi jem ya rabbi. Tambah pula hari ni jumaat, memang jem la sangat. Yang gembira tetap si Hannah sebab dapat bejalan. Before ke TBS singgah dekat SVM makan Dubuyo sementara menunggu bas my sis sampai. Dekat TBS beli pulak donat bagai.. 

Wednesday, 10 January 2018

Mari Melabel : Baju Sekolah

   
Aku now dah boleh consider myself as super labler la kot sebab asyik melabel je koje nya. Hari tu label rak, pastu beg.. now baju skolah la pulak. Mana tak jadi gila label.. ini lepas kejadian tudung si Hannah goes missing. Aku punya bengkek la.. aku cakap kat handler skool selagi cikgu tak jumpa tudung si Hannah, selagi tu la si Hannah tak bertudung. Walaupun dah beli tudung baru aku masih tak bg si Hannah pakai. Muskil tol kalau tudung pun ble hilang ni...

Tuesday, 9 January 2018

Day 7 Guna Nutox

     
Nutox kata pakai 7 hari ble nampak muda.. aku tak tahu nak cakap la.. yang pasti ini wajah terkini lepas hari ke 7 bergiat dengan konsisten memakai set produk Nutox consist of pencuci muka, toner, serum, moisturizer dengan eye cream. Pastu finishing dap dap Face Shop anti darkness cushion dengan calit lip balm je. So far memang puas hati la produk ni.Nutox pun best, face shop anti darkness tu pun best sebab selalu muka aku nak ke tengahari tu cam gelap je.. ini kali tak dah. Yang best sebab tak nampak macam pakai apa2 dekat muka sebab dap sikit2 je.

Monday, 8 January 2018

Sunday, 7 January 2018

Peminat Suju

Kemana tumpah kuah kalau tak ke nasik, ye dok. Bersama-sama le kita minat SuJu ye Hannah ye.

Bukan main lagi si Hannah menari kalau pusing lagu ni. Siap suh ulang banyak kali oke sebab dia belum puas nak dengar. Anak ahkak ni memang hebat, ada good taste in music. Lagu sedap-sedap je dia nak dengar.. antara lagu kesukaan dia lagu ni, lagi D.J Khalid, Cold Play dengan Maroon 5.

Saturday, 6 January 2018

Artis KPOP turun Malaya

Yeayyy.. school holiday. Gumbira si kecik ni tak payah pegi skool. Hari ni sesi melawat mall.. auntie dia belikan baju, nampak cam ala2 K-pop girl plak anak ahkak. Oi! jangan nak K-pop sangat ye!

Friday, 5 January 2018

Her 2nd Day.. Survived

Comel tak? memang... memang comel. Ini kejadian petang, happy sebab da balik skool. Pagi tadi ayahnya hantar, meraung nak kawan & tanak g skool. Berdrama swasta la dia sama ayahnya.. anak oh anak!

Thursday, 4 January 2018

Her 1st Day at Skool

Anak aku dah sekolah T_T

Hari ni hari pertama di skool. Since her father ada mesyuarat hari ni, I went to send her alone dan ambil cuti purposely for this. Dalam pukul 7 lebih sampai skool.. pas 5 minit, dah selesai dah urusan penghantaran si Hannah ke skool. Si Hannah naik atas dan aku pula termanggu kat pintu sebab brain aku gagal nak proses what happened.

As a first timer, I thought kena la tunggu bagai.. ye la.. budak baru 1st time masuk skool kot.. op kos la tak biasa lagi. Mana tau ada kes melalak sampai keluar anak tekak, harus la mak bapak eh tunggu. Macam tu la yang aku expect, alih2 5 minit je dah selesai.. hohohoiii.

Sudahnya aku lepak kat mamak bawah, mengharap ada panggilan telefon ke apa ke. Dah berapa round aku menyuap, sampai sebu dah perut.. last2 aku decide batal je la cuti hari ni dan masuk koje.. huhu.


 Kalau pagi tadi bekobar-kobar.. balik skool cengini hah rupanya.. layu! hahahaha... masa ambik dia tadi, tetiba nampak ahkak dia menangis. Tanya la cikgu dia, dia menangis cam ni ke sepanjang hari.. cikgu dia kata baru je nangis ni. Oke.. sedih la kot sebab the whole diri mamme ngan adih tinggalkan dia kat tempat asing. So nak pujuk punya pasal, bawak la g lepak2 dekat tasik. Dia makan macam orang kebuluq.. pastu minum lagi susu susngguh-sungguh.

Adoiii.. penat sangat kah kau nak or tak makan ni tadi?!!!

Wednesday, 3 January 2018

Mari Melabel : Beg

Kalau itu hari aku label rak makanan, ini kali label beg pula. Ini bukan tulis marker oke, ini gigih emak menjahit oke! Hari tu dah belikan si Hannah beg sekolah, beroda bagai. Alih2 sekolah dia kata beg beroda di haramkan... hampeh! Sudahnya kena la belikan beg baru. Bukan 1, tapi 2! sebab 1 nak buat beg baju day care. Yang nangis tetap emak la sebab duit terbang T_T

So esok bermula la journey persekolahan si kecik ...semoga semuanya dipermudahkan. Amin!!

Tuesday, 2 January 2018

2 Heroes

Ini 2 worang hero, anak buah aku. Belah aku tadak anak buah gegel, si Hannah one and only daripada 4 orang cucu my mom. Ini 2 nama Amsyar sama Akel.. si cumil. Pasni harapnya turn si Hannah la pula dapat adik boy.. ahaks. Dapat kembar pun baik juga.. kalau si Hannah sorang, 3 tahun baru body aku baik..kalau kembar tak tahu la berapa tahun pula nak recover.. hahaha. Apa-apa pun semua tu ketentuan Allah :) Doa2 la ahkak dapat 1 lagi baby yerr