Saturday, 3 March 2018

Kiki Day 4

Hari ni team dah complete so kitaorang pun meneruskan aktiviti seterusnya yang menjadi nadi utama percutian kali ni, Kundasang. Lepas breakfast kitaorang terus gerak naik. Destinasi pertama cek in dulu dekat Kinabalu Pine Resort. Lepas tu terus bergerak ke ladang lembu, Desa Dairy Farm. Lepas ladang lembu p tengok rabit pula.

  
  
  
  
 
Masuk DDF ni kena bayar. Masa nak masuk or keluar dari sini kena lalu dekat laluan air bertakung tu tuk cuci tayar. Tempat ni memang best la! Ala-ala kat Newjiland yaw. Tapi kalau dah nama ladang lembu bertahan je la dengan bau lembu yang semerbak. Kawasan dia agak luas, consist of kandang, tempat pemprosesan susu, cafe, kedai jual eskrem dan padang ragut. Cumanya masa kitaorang sampai tu aku tengok orang lebih ramai dari lembu.  Nasib baik jumpa segerombolan lembu-lembu yang tengah bermalasan. Dapat la tangkap gambar. Actually seluruh kawasan DDF ni berpagar tapi ada satu port yang kome ble panjat batu and dapat shoot baek punya. Recommend ke? Sangat! 

Dari sini, kitaorang gerak pula ke Arnab Village yang terletak dalam 17 km dari DDF. For those yang tak sayang kereta boleh la kemari sebab jalan masuk dia ya ampun.. seram! Kat gambar tak dapat nak menterjemahkan keseraman sebab kecuraman melampau.. tapi memang seram nak bawa kereta. Memula nak turun jalan kaki je tapi last-last hentam je la bawa kereta. Apa yang ada dekat sini? Kalau dah nama dia arnab village, op kos la arnab. Recommended tak? Not really unless ko peminat tegar rabit or tak de apa aktiviti lain nak buat. Kalau spesis penggeli, memang tak disarankan la sebab taik arnab tu dah memenuhi kawasan tanah oke!
 
  
  
  
   

Balik dari sini, terus aku mandi sepuas-puasnya.. hahahaha. Nampak sangat aku ukan peminat rabit! Plan asal lepas dari sini nak ke tagal fish spa, skali tutup daaa. Makanya esok je la kami ke sana. Since sepanjang petang hujan lebat, lepak bilik je laa. Nasib baik masa dinner dah renyai-renyai.. kalau tak berlapar le jawabnya. Kitaorang ambil hotel + dinner, so takde la pening nak cari dinner dekat luar. Food dia agak sedap wa sakap lu!


Friday, 2 March 2018

Kiki Day 3

Hari ni cek out hotel Celyn dan cek in dekat One Borneo. My mom n sis fetch kitaorang. Sebelum cek in, kitaorang merewang dulu ke Tuaran. Destinasi pertama ke Jambatan Tamparuli. Akhirnya selepas puluh tahun duk menyanyi lagu jambatan tamparuli berjaya juga jejak. Sampai sana siap Smule lagu jambatan tamparuli.. baru real kan!

Lepas jambatan, kitaorang ke Kiulu pula. My mom nak mengimbau kenangan bersama arwah bapak masa dia mengajar dekat SMK Kiulu time dorang baru khawin. Punya jauh.. huhuhu. Singgah dekat Kiulu Water Rafting pastu ke pekan kiulu. Pas tu balik le. While on the way singgah ke pekan koboi dan pantai plak dekat Sabandar Koboi Town dan pantai. G tangkap gambar je.. tak masuk pun pekan koboi tu. Pastu baru la cek in hotel.. adodoiii panat! Sudah la hote dia mengecewakan. Macam gah, tapi kettle air panas pun mo kena cas RM6 kalau mau pakai. Apa kah!! Dah le lampu malap.. bikin stress sebab apa pun tak nampak.


  
 
 

Thursday, 1 March 2018

Kiki Day 2

Kalau semalam puas melepas rindu dekat pija & fetucini Little Italy, ini hari kitaorang cuma melepas rindu dekat sayap ayam je. Pagi ke Imago naik Grabcar, malam pula dinner dekat Anjung Senja.. pun naik Grabcar juga walaupun jarak ke sana jalan kaki pun sampai sebab ada construction dekat belakang tu. Kalau ke Anjung Senja tu op kos le nak p makan sayap ayam.

Orang kata kalau pegi Sabah rugi kalau tak makan seafood sebab kat sinun harganya murah tapi aku laki bini tak dela penggila sangat dekat seafood. Biasa-biasa je.. lebih sedap sayap uiii!!!


Wednesday, 28 February 2018

Monday, 26 February 2018

Potograpi Katanya

  
Gara-gara dengki dengan iklan iphone X yang digembur-gembur ble buat black background ni dengan ekselen.. aku pun nak juga try. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga apps yang boleh menjadikan dengki aku tu direalisasikan. Aku edit guna apps Phocus.

Saturday, 24 February 2018

Hotel Hunting

Sempena percutian keluarga kitaorang ke KK dan Kundasang.. makanya sibuk le aku nak mencari hotel. Bekobar-kobar nak ke Kundasang ni sebab dah lama sangat tak pegi.

Friday, 23 February 2018

Lunch Anime


Biasanya friday rest aku and geng akan merewang-rewang di KL jadi juara shopping tapi hari ni datang pula angin malas nak jadi juara. Sudahnya aku tutup lampu dan layan anime je. Yang ini citer pasal basketball pula, Kuroko No Basket. A story of basketball si Kuroko.. as watak utama. Yang ni pun layan juga..

Thursday, 22 February 2018

Hannah & Adih

Anak aku now dah pandai solat oke! Berbaloi-baloi hantar dia masuk ‘U.. hahahaha. So far now si kecik ni dah pandai ikut pergerakan solat, pandai baca ayat dengan 2 suku kata dan paling terror baca doa makan. Alhamdulillah.. moga istiqamah la hendaknya ye nak..

Hospital Daaaa

Hari ni tibalah hari appointment yang ditunggu-tunggu. Tunggu sebab saspen! Saspen sebab kena buat endoscopy oke. Apakah? Kena masuk hos dari tekak nak tengok perut. Ini gara-gara clininc ENT release aku sebab dah makan ubat pun tekak aku masih tak baik gak so dorang dah tak tahu nak buat apa. Makanya aku kena hantar ke clinic surgery. Kawan aku yang dah buat prosidur ni kata dia kena endo dalam keadaan sedar so ia adalah sangat tak selesa dan sakit. Kalau before ni kitaorang agree ultrasound leher adalah yang paling tak best compare to MRI, dia kata endo lagi teruk. Seram la pulak...

Bagi menjalani prosidur endoskopi, aku kena puasa. Kalau tak puasa kang penuh makanan dalam perut mana nak nampak cause of the problem kan. Sampai klinik op kos la kena register.. lepas register aku kena ‘soal siasat’ why aku nak kena buat endoskopi. Lepas tu dorang pasangkan branula kat tangan untuk masuk ubat katanya. I think tuk sedate la kot. Dah letih menunggun pas pasang branula, aku kena panggil & suh baring dekat katil. Pastu aku cam samar- samar apa berlaku. Aku sedar cam ada benda dalam perut aku dan aku mengerang sebab macam ada rasa sakit. Aku sedar ada ramai orang bercakap2 tepi aku tapi dalam keadaan yang samar dan aku tak berdaya. Maybe kesan sedate la kot. Sakit ke hos masuk kat tekak? Tak sakit sebab aku actually tak sedar pun cuma ‘masih boleh merasa’ walaupun cam samar-samar dan antara sedar tak sedar. Sampai habis kot procesure tu aku masih ‘sedikit sedar’. Lepas tu aku kena tolak ke waiting area.. nak tunggu jaga kot. Rasa sekejap je kot aku hilang mamai tapi orang kat seblah katil aku tidur cam sedap je. Bila jaga dia tanya, dah sudah ke? Dia tak sedar langsung kot masa kena masuk hos tu? Muskeel plak aku tapi takde la aku bother nak tanya, menyibuk je!

Doktor kata aku ada hiatal hernia type 1 dalam perut yang dah tertolak or menolak perut aku and cause perut aku longgar. ‘Longgar tu la yang menyebabkan cecair perut naik sampai tekak and efek tekak. So aku ditegah dari minum kopi dan seangkatan. Gila kau tak boleh minum kopi.. adoiiii! 

So apa komen aku untuk endo? As for me aku masih rasa endo ni waaaayyy better than kena buat ultrasound leher. Dengar ultrasound jangan ingat dia buat ala-ala cek perut orang pregnant ye. Yang itu dia golek-golek je tapi kalau ko kena kat leher.. tau le tinggi rendah langit betapa sakit dan tak selesanya.

Tuesday, 20 February 2018

Sunday, 18 February 2018

Midvalley Time


Cam setema pulak baju aku tu dengan deco CNY dekat Mid Valley.. ahaksss. Hari ni giliran berkunjung ke Mid Valley.. macam biasalah.. MV ni memang tak pernah lenggang. Sentiasa je orang ramai berpusu-pusu. Masa opis aku dekat sini pun hari-hari memang tetap meriah mall ni, tak macam mall lain yang padat pada masa-masa tertentu je like lunch time or weekend. Ong ada banyak baik la sini..

Saturday, 17 February 2018

Chill What

 
Nampak sedap? Op kos! Op kos! Dan late resepi aku ye.. bukan si Chill Chill punya menu.. pinjam cawan je.. miahahaha. Lately ni aku gila latte. Nak minum 3in1 dah tak boleh sebab sugar level dah sipi nak kencing suwit.. so aku minum susu dengan kopi je la. No more sugar sugar T_T

Friday, 16 February 2018