Wednesday, 7 March 2018

By Kiki

Sampai je rumah tadi, perkara pertama yang aku buat is tukar sarung kusyen dengan yang aku baru beli dekat Kaison. Lawa tak? Aku suka! Aku suka! Berbaloi-baloi hangkut dari Sabah oke? Rega sarung tu selai RM17 je. Nasib baik ada option murah.. kalau beli dekat Niki Caine or yang seangkatan, selai ni bole mencecah RM49 oke! 

Monday, 5 March 2018

Kiki Day 6

 
Hari ni kitaorang bertolak balik kampung. Untuk kali ni, semalam je tidur di kampung.. esoknya dah nak fly balik KL. Model kat gambar tu eksaited sebab dapat hadiah plant dari abang sepupu dia. Tang kepala tu sauk masa dekat Kaison Putatan. Walaupun kat KL pun now dah ada Kaison still nak singgah yan Sabah punya sebab Sabah punya cam lebih meriah.. ye keh? Eh!

Sebelum cek out hotel, singgah sarapan dekat mamak kat bawah. Tengok itu roti ada baanyak tinggi oh!

Sunday, 4 March 2018

Kiki Day 5

  

  
   
 

Hari ni 2nd kMi di Kundasang.. kiranya hari terakhir le.. pepagi bangun g tangkap gambar dulu pastu baru la siap-siap mandi dan sedia g sarapan. Kat hotel ni ko nak makan apa time sarapan kena maklumkan sesiap malam sebelum. Lepas sarapan terus la cek out dan meneruskan percutian ke Tagal fish spa.

  
  
Best le fish spa? Aku tengok orang yang masuk tu macam best je semua. Mak aku yang mula2 tak nak pun jadi eksaited. Aku? Malas nak join. Seram plak aku tengok saiz ikan kelah tu besar-besar. As long geng seronok, aku pun seronok gak. Si Hannah pun mula-mula tu menjerit-jerit takut bila ayah dia letak kat sungai.. dah nak balik tu baru nak seronok. Kat sini kalau nak masuk kena ikut turn. Group ko akan diberi nombor giliran dan setiap satu sesi 15 minit je. Rega tiket RM5 sorang dewasa & RM2 budak kalau nak rendam kaki. Kalau rasa nak mandi dengan ikan pun boleh, kena bayar RM10.  Best ke kesimpulannya? Best & recomended la tuk korang pegi.

Lepas dari TFS, kitaorang terus turun dari Kundasang. Takut gelap.. nanti payah pula tak nampak jalan. Sebelum tu singgah dulu dekat pekan Ranau tuk adik aku punya sesi muntah. Minah tu memang senang mabuk. Malam ni kitaorang duk dekat Manja Hotel, area Imago.. esok baru balik kampung.

Saturday, 3 March 2018

Kiki Day 4

Hari ni team dah complete so kitaorang pun meneruskan aktiviti seterusnya yang menjadi nadi utama percutian kali ni, Kundasang. Lepas breakfast kitaorang terus gerak naik. Destinasi pertama cek in dulu dekat Kinabalu Pine Resort. Lepas tu terus bergerak ke ladang lembu, Desa Dairy Farm. Lepas ladang lembu p tengok rabit pula.

  
  
  
  
 
Masuk DDF ni kena bayar. Masa nak masuk or keluar dari sini kena lalu dekat laluan air bertakung tu tuk cuci tayar. Tempat ni memang best la! Ala-ala kat Newjiland yaw. Tapi kalau dah nama ladang lembu bertahan je la dengan bau lembu yang semerbak. Kawasan dia agak luas, consist of kandang, tempat pemprosesan susu, cafe, kedai jual eskrem dan padang ragut. Cumanya masa kitaorang sampai tu aku tengok orang lebih ramai dari lembu.  Nasib baik jumpa segerombolan lembu-lembu yang tengah bermalasan. Dapat la tangkap gambar. Actually seluruh kawasan DDF ni berpagar tapi ada satu port yang kome ble panjat batu and dapat shoot baek punya. Recommend ke? Sangat! 

Dari sini, kitaorang gerak pula ke Arnab Village yang terletak dalam 17 km dari DDF. For those yang tak sayang kereta boleh la kemari sebab jalan masuk dia ya ampun.. seram! Kat gambar tak dapat nak menterjemahkan keseraman sebab kecuraman melampau.. tapi memang seram nak bawa kereta. Memula nak turun jalan kaki je tapi last-last hentam je la bawa kereta. Apa yang ada dekat sini? Kalau dah nama dia arnab village, op kos la arnab. Recommended tak? Not really unless ko peminat tegar rabit or tak de apa aktiviti lain nak buat. Kalau spesis penggeli, memang tak disarankan la sebab taik arnab tu dah memenuhi kawasan tanah oke!
 
  
  
  
   

Balik dari sini, terus aku mandi sepuas-puasnya.. hahahaha. Nampak sangat aku ukan peminat rabit! Plan asal lepas dari sini nak ke tagal fish spa, skali tutup daaa. Makanya esok je la kami ke sana. Since sepanjang petang hujan lebat, lepak bilik je laa. Nasib baik masa dinner dah renyai-renyai.. kalau tak berlapar le jawabnya. Kitaorang ambil hotel + dinner, so takde la pening nak cari dinner dekat luar. Food dia agak sedap wa sakap lu!