“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Saturday, 14 April 2018
Sambut Birthday Adih
Sempena birthday adih yang ke 17, kitaorang pun buat la sambutan kecil-kecilan. Kalau last year ada rezeki sambut di Osaka, ini tahun sambut dekat Malaysia je. Destinasi pilihan aku KLCC.. jadik la kan. Kali ni aku choose untuk duduk di Corus Hotel. The best about this hotel is sangat dekat dengan KLCC. Dengan rega RM250+ dapat katil king. Cam katil honeymoon gitu.. ahakss! Malam buat sambutan kecil dekat cafe hotel then p melepak dekat Suria KLCC tengok fountain show.
Tuesday, 10 April 2018
Demammmmm
Result darah pun tak de show yang pelik-pelik walaupun ada reading yang tak cantik. Tm
Monday, 9 April 2018
Demam Lagi
Alkisah hari ni, si kecik demam lagi. Adoiiiiiii!!!!
Ayah dia takde, g kursus so tinggal le kami berdua. Petang tu aku bawa dia g makan dekat SVM. Dia mengadu sejuk so aku belikan le jaket pink tu. Kebetulan pula aku memang dah lama nak belikan dia jaket. Sampai umah je badan dia start panas.. padahal baru je sangat demam T_T
Saturday, 7 April 2018
Pegi Orang Khawin
Hari ni kitaorang lelawa g majlis khawin anak geng karas aku kat opis. Anak dia khawin 2 orang serentak & khawin dekat dewan opis. Lepas g majlis khawin, kitaorang g melepak pulak dekat SPM. Tengok la si Hannah tu, bukan main lagi happy.
Friday, 6 April 2018
Sambutan Birthday Lagi
Thursday, 5 April 2018
Hantu Keropok Lekor
Wednesday, 4 April 2018
KGT Khas
Hari ni PM announce orang gomen akan dapat satu Kenaikan Gaji Tahunan Khas bulan 7 nanti. Ayayayaya.. kiranya tahun ni dapatlah 2 kali kenaikan gaji. Maybe sempena pilihan raya kot.. ahaksss. Kalau menang dapatlah, kalau tak maybe tak dapat la kot.
Lunch time tadi malas pulak nak makan kat cafe so aku g SPM dengan si Chemba. Kat SPM tu kalau part makan memang tak le meriah mana, tapi still better than SVM. Kitaorang lunch dekat Secret Recepi. Aku kalau g SC, selalu aku suka makan mee kari dia. Mahveles!! Si Chemba pula suka chicken chop dia. Dulu time ada laksa sarawak, rajin juga makan dekat SC. So far SC punya food tak mengecewakan..
Tuesday, 3 April 2018
Cuti
Hari ni aku ambik cuti since i dont think i am feeling any better than yesterday. Dari duk tidur & tunjuk muka sememeh, baik la aku cuti. Just to clear, post ni aku tulis not on this day ye.. ahaks!
Monday, 2 April 2018
Calon Simpanan Naik Pangkat
Tadi aku dapat emel mengatakan aku tak berjaya naik pangkat tapi jadi calon simpanan so kalau ada kekosongan within 6 bulan ni boleh la naik. Masa interview tu pun dah yakin tak dapat sebab kekosongan ada 3 4 je kot. Lagi pula ada batch atas aku yang belum naik. Tapi yang aku nak tergelak tu naik pangkat pun ada calon simpanan.. adoiiii!! Tak tahu nak marah ke nak gelak. Kalau tak dapat kata je la tak dapat.. tak payah la nak simpanan bagai. Hahahaha..
Friday, 30 March 2018
Demam Laagi
Wednesday, 28 March 2018
Demam Lagi
4 hari ni si Chemba p outstation. Dalam keadaan si Hannah demam ni, aku berdoa-doa la moga takde apa-apa. Tadi time si Hannah nak susu, baru perasan susu dia habis & laki aku tak beli stok plak dah. Arghhh stresss!! Kalau sihat budak ni boleh je p bejalan.. huhu. Nasib baik la sekarang ni semua pun boleh shopping online, order je lah suh Happy Fresh hantar.
Tuesday, 27 March 2018
Kursus
Hari ni aku g Melaka, kursus sampai esok. Kalau la tak kerana kursus 5 hari setahun tu wajib, memang malas sangat la nak p kursus. Tambah lagi pusat latihan kitaorang jauh nun dekat area Afamosa resort nun. Kali ni penginapan ada disediakan tapi aku tak rela nak duduk dekat asrama tu sebab tadak tv. Ada ke patut tadak tv! Bukan nak tengok sangat pun tv tu tapi entah le labu.. rasa weird plak tak de tv. Hahahah
Friday, 23 March 2018
Bingsu Malaysia
Thursday, 22 March 2018
Wednesday, 21 March 2018
Laksa Sarawak In The House
Godek-godek dapur terjumpa paste laksa sarawak ni.. nasib baik tak expired lagi makanya kita buat laksa la hari ni. Aku first time belajar makan laksa sarawak masa kerja di Labuan. Time tu geng makan aku suka g Tiara Resort, kat situ la mulanya. Dedolu dekat Secret Recepi pun ada jual tapi malangnya dah discontinue. Cari-cari yang sedap, hampir semua tak sedap kat semenanjung ni. Takkan nak cari sampai ke Sarawak pula kan.. so buat sendiri je laaa. Walau resepi derhaka yang penting family aku suka.. kannnn.
Pada yang tak biasa makan, mungkin tak ble terima sangat laksa sarawak ni. Kengkawan aku kat opis dorang kata macam ada rasa majun.. tang mana pula rasa majun tu tak tahu la aku. Yang aku tahu sedap je.. anak aku yang memilih makan tu pun gemar je..
Si Kecik Demam
Tadi skool call si Chemba, si kecik demam. Alahaiii.. kesian si kecik. Makanya tengahari tu kitaorang balik p ambik dia. Pastu singgah farmasi beli ubat, then bawak je la p opis. Kalau nak p klinik pun kompom2 doktor pun just bagi ubat bagi turun demam je. Harap-harap demam dia kali ni kejap je la.. huhu
Tuesday, 20 March 2018
Didi & Fwens
Wednesday, 14 March 2018
Sunday, 11 March 2018
Anak Solehah Mamme
Malam ni nak ke rumah auntie si Hannah, ada makan-makan. Bukan main lagi siap dengan baju kurung. Sebelum tu sempat lagi dia solat.. siap zikir oke! Alhamdulillah pergerakan solat tu semua dia hafal. Moga istiqmah dan jadi anak yang taat pada Allah dab agama ye nak ye.
Saturday, 10 March 2018
Jalan Midvali Lagi
Friday, 9 March 2018
Skool Tutup
Hari ni skool si Hannah tutup sebab kes air tadak. Since aku baru je lepas cuti dan kerja melambak, aku hangkut je la anak ni pegi opis. Kalau spesis opis aku yang closed opis dan tak deal dengan oublic directly oke la.. kalau idak pening juga nak fikir mana nak letak.
Lunch time tadi kitaorang ke Jalan TAR. Suh adik aku bawa my mom shopping & nanti balik kerja kitaorang fetch je la. Lepas kerja direct p KLCC. Saja la jalan-jalan bawa my mom p makan. Alhamdulilah rumah my sis tak putus bekalan air. Kalau tak, mau menyesal mak aku ikut p KL.. huhu
Thursday, 8 March 2018
Mood Kerja Tadak Mari
Wednesday, 7 March 2018
By Kiki
Monday, 5 March 2018
Kiki Day 6
Sebelum cek out hotel, singgah sarapan dekat mamak kat bawah. Tengok itu roti ada baanyak tinggi oh!
Sunday, 4 March 2018
Kiki Day 5
Hari ni 2nd kMi di Kundasang.. kiranya hari terakhir le.. pepagi bangun g tangkap gambar dulu pastu baru la siap-siap mandi dan sedia g sarapan. Kat hotel ni ko nak makan apa time sarapan kena maklumkan sesiap malam sebelum. Lepas sarapan terus la cek out dan meneruskan percutian ke Tagal fish spa.
Best le fish spa? Aku tengok orang yang masuk tu macam best je semua. Mak aku yang mula2 tak nak pun jadi eksaited. Aku? Malas nak join. Seram plak aku tengok saiz ikan kelah tu besar-besar. As long geng seronok, aku pun seronok gak. Si Hannah pun mula-mula tu menjerit-jerit takut bila ayah dia letak kat sungai.. dah nak balik tu baru nak seronok. Kat sini kalau nak masuk kena ikut turn. Group ko akan diberi nombor giliran dan setiap satu sesi 15 minit je. Rega tiket RM5 sorang dewasa & RM2 budak kalau nak rendam kaki. Kalau rasa nak mandi dengan ikan pun boleh, kena bayar RM10. Best ke kesimpulannya? Best & recomended la tuk korang pegi.
Lepas dari TFS, kitaorang terus turun dari Kundasang. Takut gelap.. nanti payah pula tak nampak jalan. Sebelum tu singgah dulu dekat pekan Ranau tuk adik aku punya sesi muntah. Minah tu memang senang mabuk. Malam ni kitaorang duk dekat Manja Hotel, area Imago.. esok baru balik kampung.
Subscribe to:
Posts (Atom)