Monday, 10 December 2018

Masuk Wad Day 1


Tibalah hari yang dinanti, hari masuk wad! As per scheduled, hari ni aku kena masuk wad untuk buat sleep study dan test before proceed dengan pembedahan 2-in-1 aku which is laparoscopic fundoplication untui hiatus hernia dan laparoscopic sleeve gastrevtomy untuk obesiti.. yesss.. obesiti oke! Hahahaha. Aku yang masui wad, si kecik tu yang happy makan makanan hospital. Sedap agaknya pada dia.. ahaha

Macamana boleh detected ada hernia tu? Asalnya aku batuk tak henti selama sebulan. Masa tu takut la kalau kalau kena tibi so I went for check up dekat KK Tanglin. Lepas dah disahkan clear takde tibi, tapi still jugak so batuk I was advised to refer to ENT. After a year dengan ENT dan condition aku masih sama which is swollen tonsil on and off walaupun da pakai spray hidung, I was discharged sebab doktor ENT kata maybe the cause is not dari saluran atas which is hidung instead dari bawah, salur pemakanan. It could be acid reflux so kena refer pula ke Klinik Surgery. Aku bagitau doktor aku memang gastrik so I was suggested to undergo endoscopy examination, yektu masuk camera through mulut tuk tengok condition perut aku. Dari situ la nampak ada hiatal hernia. Doktor kata kena buat pembedahan so aku ikut je la. Since aku gemuk dan obes, doktor dari Klinik Obesiti  suggest pula aku buat skali tuk perut so itu lah alkisahnya.

How to qualify untuk buat sleeve gastractomy ni? Untuk qualify bukan la suka-suka je untuk yang nak kurus. There were parameters yang kena ambik kira such as BMI dan lifestyle ko. Kalau BMI exceed 30, ada sakit due to kegemukan ko yang melampau tapi body ko still ok & boleh go through operation dan ko dah exercise plus diet tapi still tak turun berat, than ko layak la. 



Sunday, 9 December 2018

Bye Arte! Bye Penang!


Dalam jam 11 kami check out. Next destination is Komtar. Since aku memang gemar tempat tinggi, kami naik sampai ke The Top untuk lunch di restoran Coco Cabana kat atas tu. Nice juga lepak atas ni tuk makan dan santai-santai. Lepas dari Komtar kami ronda-ronda Penang seround then baru bertolak balik ke KL. Perjalanan dari Penang smooth je. Dalam jam 11 lebih kami sampai rumah. 

Last ke Penang masa zaman bercinta cintun dengan si Chemba rasanya. Itu pun pegi atas urusan kerja. Kira trip kali ni mengimbau la kenangan masa tu. 

Apa-apa pun esok kita masuk wad duluuuu!!!

Saturday, 8 December 2018

Hello Arte! Hello Penang Day 2


Sebelum keluar jalan-jalan cari hal dekat Penang, kami sarapan dulu di rumah dan op kos la sesi mandi pool untuk kanak-kanan dan bapak kanak-kanak. Dalam jam 10 lebih baru kami keluar. 1st destinasi Nasi Kandaq. Aku bukanlah peminat mamak, apatah lagi nasi kandaq tapi layan je la. Tak lengkap trip ke Penang kalau tak makan nasi kandaq kata orang. Lepas melantak, kami ke Penang Street Art. Kat sana singgah lagi melantak. Kali ni melantak cendol je. 

Dari situn, kami ke Bukit Bendera. Ramai gila orang hoiiii! So kami amik yang fastlane.. at least cepat la sikit. Antara tempat yang paling aku suka, inilah dia. Bukit Bendera. Teringat plak masa ke The Peak, Hong Kong. Takde la lama pun kami dekat atas tu, lepas tangkap gambar dan makan-makan kami turun balik. Kalau ikut aku, memang aku boleh je lepak lama-lama atas tu. Hohoiii. 

Dari situ kami meronda Padang Kota Lama. Singgah makan dekat Esplanade. That was the most regretted place I went seumur hidup. Dah la kotor, lepas tu sepanjang dekat sejam kami di sana sebab lama bebenor menunggu makanan.. takde orang pun bersihkan meja lepas orang makan. Kalau kat KL memang kena kecam la perangaiiii macam tu. Pemalas nak mampus pekerja dia. Penang sorga makanan? Puiiiii!!! Kalau gitu perangai orang berniaga di Penang ni, tak payah sebutla. Nasib la adik ipar aku bersungguh-sungguh nak makan di sini, kalau tak memang tidak la aku jejak. So next time, kalau tak berubah juga hopefully tutup je la tempat ni. 

Friday, 7 December 2018

Hello Arte! Hello Penang



Lepas solat jumaat kami bertolak ke destinasi percutian kali ni which is Pulau Pinang. While on the way singgah kejap dekat hentian RTC Perak tuk lunch dan beli apa yang patut. Dalam jam 8.30 kami sampai ke hotel. Actually bukan hotel, kami menginap di apartment orang je di Arte Serviced Apartment yang terletak di Gelugor. 

Masa nak check in guard tak bagi masuk. Yelah, residen kan. Mana boleh simply-simply bagi masuk. So kena pula tunggu dekat luar while si Chemba urus. Aku actually memang tak gemar sewa atas orang ni sebab leceh nak berhubung bagai. Kalau sewa hotel terus ke kaunter je. Hati da panas tapi terubat jugak la bila tengok apartment cantik. Kat sini ada lift direct ke kediaman masing-masing. Meaning ko cuma share lift tu dengan orang lain tingkat, tapi yang sama tingkat tak. Best kan!

The best part is kami duduk satu leve dengan pool so keluar je terus sampai pool. Dan pool dia sangat cantek! Kat sini juga ada area tuk BBQ bagai. Terbaikk la!

Thursday, 6 December 2018

Nenek Nak Sopping Bah

Hari ni aku bawak my mom shopping. Kalau my mom shopping dekat KL ni op kos la tujuan utama di Jalan TAR dan antara tempat kegemaran dia Mu'az Textile. Tak tahu apa cerr hari ni, kosong je kat Jalan TAR hari ni. Dari sini, kami ke tempat kegemaran mak aku yang seterusnya.. Kenanga Wholesale. Dalam jam 5 baru sampai rumah. Adoiii makkk.. letih! Nasib baik tak pegi 1 lagi tempat kegemaran dia, GM Klang. 

Tuesday, 4 December 2018

Monday, 3 December 2018

Saturday, 1 December 2018

Nasik A'rab Lah

Hari ni kita makan nasi arab lah! 1st time kemari.. nice juga tempatnya. Malangnya aku ni bukanlah penggemar nasi arab dan masakan arab ni so tak reti nak gred sedap ke idok kat restoran ni.

Tuesday, 27 November 2018

Saturday, 24 November 2018

Ronda KL

Tadi dinner dekat Food Truck, tapi hati gatei tak nak balik rumah terus. Si Chemba ajak ronda KL so kalau ronda KL biasa kami akan pusing depan Pavillion tu. Konon la nak menikmati kemeriahan 'Shibuya Crossing' KL. 

Wednesday, 21 November 2018

Mari Jual Phone


Iphone 7 gue udah bersedia untuk dijual. Hopefully ada la orang yang sudi menjaga kamu ya. Banyak jasa kamu sang telefon, especially tang kamera cumanya bateri kamu menyakitkan hati maka pergilah, aku sudi melepaskan kamu 😩

Tuesday, 20 November 2018

Swimming Atas Berjaya Times Square



Inilah tujuan kami bercuti di BTS ni, bawak si kecik swimming. Swiming pool dia yang terletak dekat level 15 ni memang besar, stretch dari wing residen ke wing hotel. Bangunan tinggi kat depan tu wing hotel. Both ada direct acess ke BTS mall. 

Monday, 19 November 2018

Staycation @ Berjaya Times Square Apartment



Hari ni kami bercuti 8km je dari rumah.. ahakssss. Kami memilih untuk ke Berjaya Times Square. Dekat BTS mall ni ada hotel dan ada residen. Since hotel mahal, kami bercuti ala Air BnB di salah sebuah residen dekat sini book through Agoda dengan harga RM151 semalam. Masa nak check in kena jumpa orang dekat lobi then dia akan bawa naik ke bilik dan kena bayar deposit RM200. 

Ok ke tidak? Tak ok la pada aku, cuma view memang cantik sebab kami dapat yang menghadap masjid. Biliknya tak terjaga dan tv pun masih tv gemuk gedempol. Tak lalu nak tengok 😛 Dalam bilik ni ada 2 katil, 1 queen dan 1 lagi single.