Monday, 8 December 2014

Hilang Ic Lagi Dan Lagi Dan Lagi!!!!!

Hari ni buat kesekian kali aku kehilangan ic lagik. Kali ni ic si tecit pun hilang skali. Huhuhuhuhu... uwaaaaaa

Aku pun tak paham apsal la aku ni pelupas sangat or cuai sangats. Aaarghhhhhhh!!! Stress

Friday, 5 December 2014

Aku, Si E-z & Sogo

Tadi geng rakan sebaya a.k.a si ibu a.k.a si E-z roger.. tanya nak g Sogo tak. Mula2 malas nak pegi, tapi last2 ikut juga menapak. Hajat hati malas nak beli apa.. skali masuk Uniqlo. Apa! T-shirt long sleeve offer Rm39 hengget selai???!!! ok. Angkut 3. Pastu g tengok kasut. Siut! banyak la pulak dorang jual boots. Maybe sebab winter kot. Biasa2 kalau pegi pun memang tak jumpa sangat boots. Kalau ada pun payah2 nak jumpa saiz 41. Ini kali ada banyak oke! Banyak to, I mean lebih dari 10 jenis yang ngam dihati. Ahkak apa lagi, mula2 rembat boots biru Carlo Rino.. pastu rembat plak 1 lagi mid boots. Fuh! jatuh miskin la ahkak macam ni!!!

Apa matcham????
Kalau citer pasal saiz 41 ni, ahkak pun tak paham. Adakah kaki ahkak ni saiz giant ke or apa ke. Masa ahkak ke London hari tu, payah2 nak jumpa saiz ahkak oke! Kat Oxford Street hari tu sampai 3 kedai Aldo ahkak masuk tapi haremmmm takdak saiz ahkak. Or omputeh dah borong semua?!!!!

Thursday, 4 December 2014

My Story Of Harajuku District, Shibuya

Deme ni, time aku nak ke sini deme sume pun yebok juge. Ingatkan ini ramai, tengok2 kat dalam laaagi ramai macam harem. 3 kali datang Tokyo, kali ke tiga baru dapat tembus oke! 

Apa yang ada dekat sini? Harajuku is a district in Shibuya ya sepanjang dari JR Harajuku St sampai la ke Omotesando St. Antara yang famous dekat sini yelah Takeshita Dori.. biasa kalau orang muda macam we olls ni 😛 refer Harajuku, street ni la yang we olls maksudkan. TD ni shopping street for youngsters.. it is just one straight street yang penuh kedai kiri kanannya. Kalau nak tengok cosplay budak2 remaja Tokyo, di sini la tempatnya but sangat sangat sangat crowded.. memang pening! Kalau xde tujuan tak yah la kemari ye. Better go Omotesando cuci mata window shopping. 

Wednesday, 3 December 2014

My Story Of Omotesando, Shibuya

Kalau ke Tokyo, one of must lepak area yekla road between Omotesando Station & Meiji Jingumae Station sepanjang 1km. Kalau nak ke Harajuku, aku prefer turun dekat Omotesando St & jalan sampai la ke Meiji Jingumae St tapi kalau nak lepak2  & ambil angin petang aku prefer ke Harajuku dulu kemudian baru ke sinin.

Apa yang ada dekat sini? shopping? Yes kalau kau kaya, no kalau papa macam aku. Among things yang aku selalu buat disini yekla melepak & people watching. Sepanjang jalan ada place untuk kome melabuhkan munggung + ada free wifi area. Kalau datang time nak masuk maghrib, romintik wa sakap lu esp kalau datang time autumn. Sajuk2 gitu. Most of the building dekat Tokyo ni boleh kata design kotak je tapi kalau nak enjoy view bangunan2 yang lawa, sila la ke mari.Among building yang lawa like bangunan Hugo Boss & Todds ni.
Crowds? Pergh, memang ramai. Kadang tu bersesak-sesak. Tapi pegi mana-mana pun dekat Tokyo, memang sesak tu lah view utama yang kome akan nampak. Kalau kat mesia cengitu, haarammmm la aku nak pegi. Ahahahaksss
Kalau sampai ke mari boleh la singgah dekat Kiddy Land, kedai menan. Macam aku ni, cuma mampu tengok je la sebab menan depa ni memang mahai sunggoh! Tapi kalau nak beli ori Hello Kitty, Gundam, Rillakuma, Doremong or apo2 yo lah yang berasal dari negara matahari terbit ni, invest la sikit kan ;p Kedai ni ada 4 or 5 tingkat kalau tak silap aku. Sume mainan oke!


Tuesday, 2 December 2014

My Story Of Shibuya Crossing



Gila kan!!??! So many people macam ada keramaian but no! Ini adalah view biasa yang kome akan nampak dekat Shibuya Crossing. Kalau ke Tokyo tapi tak menjejakkan kaki kemari, memang tak lengkap la pelancongan kome tu. Ahaks!

Apakah Shibuya Crossing ni? Selalu kalau dalam Hollywood movie, dorang suka shoot dekat sini untuk menggambarkan Japang. Kata si wiki it is a pedestrian crossing system that stops all vehicular traffic and allows pedestrians to cross an intersection in every direction, including diagonally, at the same time. Dia punya crossing ni dari kiri kanan depan belakang semua boleh cross.  Ini ghopenya kalau kosong.

Lepas je melintas, aku perasan tetiba orang yang ramai yang tadinya gila bebeng ramai yang sama-sama melintas macam dah tak ramai tapi once traffic stop & orang ready nak melintas semula, alih2 berbondong2 semula orang. 3 kali kemari, 3 kali juga aku bingung mana datang yang ramai-ramai ni.

Crossing ni terletak di Shibuya. Kata si wiki juga The name "Shibuya" is also used to refer to the shopping district which surrounds Shibuya Station, one of Tokyo's busiest railway stations. This area is known as one of the fashion centers of Japan, particularly for young people, and as a major nightlife area. Kat sini memang area shopping kiri kanan depan belakang. A mall like Shibuya 109, 109 mens, Shibuya Hikarie etc. Kalau nak jumpa anjing Hachiko yang femes dengan kesetiaan kepada tuanya yang tidak berbelah bagi, kat sini la tempatnya. As overall, Shibuya ni besar kawasannya tapi kalau orang kata g Shibuya tu referring to this area actually, which revolve around Shibuya Station. This station can be reached kalau kome naik JR East, Private Railways & Subways. Antara subway yang ada yekla Ginza, Fukutoshin & Hanzomon.

Where is the best place to enjoy the view? there are cafe like STarbuck or L'Occitane but dont. Pegi mana-mana di seluruh Tokyo adalah sangat ramai orang. By ramai sangat I mean memang banyak gila babeng & bersesak2. We may enjoy the view for free here.

This is a link bridge between Tokyu & Shibuya Mark City, carik je kompom jumpa la tu. Kalau rajin, dah alang-alang berjalan, boleh je kome jalan kaki sampai ke Omotesando  to enjoy architectural view of Tokyo  then terus ke Takeshita Dori, Harajuku.

Monday, 1 December 2014

We'll Never Go To Burger Byte Bandar Sri Permaisuri Again!

Petang tadi lepas shopping barang dapur, c Chemba ajak makan dekat luar. Ok, ahkak pun menurut je la. Mula2 nak makan kwetiau, skalik tak bukak lagi. Since kat situn ada kedai Burger Byte, si Chemba kata moh le kita try Burger Byte. Ok.

Memula masa nak duduk kitaorang nak duduk kat meja panjang. Kerusi dia jenis kerusi berpenyandar so bole la Hannah berdirik2 or duduk2 or baring. Asalnya adik pelayan tu tak bagi sebab reserve katanya padahal kedai baru je pun bukak & macamla kitaorang nak duk situ berjam2 kannnn! Pastu dia kasik, tapi kitaorang tak nak la duk situn sebab da jumpa spot lain. Pelayan tu hantar menu n kata nanti order dekat kaunter ye.

Ok. Faham. Tapi bila tengok menu tak paham. Kita nak la tanya apa yang ada dalam menu tu sebab nama setiap satu menu bukan main canggih tapi maklumat tak lengkap dan gambaq pun tak semua ada. Panggil sampai 6 7 kali kot tak dengar2. Panggil kuat2 suda, lambai pun suda.. Tak tau la bongol ke pekak ke or apa ke. Last2 kitaorang cabut. Budu! Buang masa jek.

Sudahnya balik rumah masak mee goreng sendirik Laaagiii sedapppppp!!! Kannn??!!

Friday, 28 November 2014

My Story Of Minato Ward

Minato ward terletak di belah bawah kanan Chiyoda ward. Among yang pemes disini yekla Roppongi area, half of Odaiba (half lagi belong to Koto ward). Minato ni ada banyak districts, all togehther ada 31 consist of Akasaka, Atago, Azabudai, Azabu-Jūban, Azabu-Mamianachō, AzabuNagasakachō, Hamamatsuchō, Higashi-Azabu, Higashi-Shinbashi, Kaigan, Kita-Aoyama, Kōnan, Minami-Aoyama, Minami-Azabu, Mita, Moto-Akasaka, Moto-Azabu, Nishi-Azabu, Nishi-Shinbashi, Daiba, Roppongi, Shiba Kōen, Shiba, Shibadaimon, Shibaura, Shinbashi, Shiodome, Shirokane, Shirokanedai, Takanawa dan Toranomon. Tapi yang si wiki kata notebale cumafew je kot inclusive of Odaiba, Shinbashi, Roppongi, Toranomon, Aoyama, Azabu, Hamamatsuchō, Tamachi


Apa yang ada di sini? Kebanyakan embassy beroperasi di sini, pulau buatan kegemaran hamba Odiaba juga terletak disini selain Tokyo tower, Roppongi Hills dan Hamamatsucho Station, terminal for the Tokyo Monorail to Haneda Airport.

Hotel disini? Hmm.. i'll advise no kot.

Thursday, 27 November 2014

My Story Of Chuo Ward


Kalau kedudukan Chiyoda ditengah Tokyo, Chuo pula di belah bawah kanan adjacent to Chiyoda. Antara major distric di Chuo is Nihonbashi, Kayabachō, Ginza, Tsukiji, Hatchōbori, Shinkawa, Tsukishima, Kachidoki, Tsukuda. Yang famous di ward ni i believe is Ginza, Tokyo's most expensive shopping district, housing large stores such as Matsuya, Matsuzakaya, Mitsukoshi, Wako, and Printemps, as well as the famous Kabukiza theater.

Dekat sinin juga letaknya Tsukiji Fish Market, famous for those yang nak makan fresh sushi & nengok tuna giant. Kalau tak silap there is a plan for this market relocation.. huhu. Selain tu, Hamarikyu Garden juga terletak disinin.

Hotel? banyak hotel dekat area Nihombashi. It is quite cheap duduk area ni tapi tak happening sangat. Nihombashi ni actually tak jauh pun dari Tokyo Station, especially kalau dekat Nihombashi Station area. Last time kitaorang duduk area Nihombashi ni somewhere dekat Suitegumae Station sebab dekat dengan Tokyo City Air Terminal (TCAT). Kalau pun sampai tengah malam, boleh jalan kaki terus ke hotel.

Wednesday, 26 November 2014

My Story Of Chiyoda Ward

Antara 23 special wards of Tokyo, Chiyoda nilah yang paling centre dan paling kurang padat due to kata si wiki Imperial Palace, Hibiya Park, National Museum of Modern Art, and Yasukuni Shrine take up approximately 22% of the total area. Many government institutions, such as the National Diet, Prime Minister's Official Residence, and Supreme Court juga terletak di sini.


Atas Chiyoda is Bunkyo ward, famous for Tokyo Dome, atas belah kanan is Taito ward famous for Asakusa & Ueno, atas belah kiri is Shinjuku ward famous for Tokyo Metropolitan Building while bawah kiri is Minato ward famous for Roppongi & odaiba dan bawah kanan pula is Chuo ward, yang femes dengan Ginza & Tsukiji.

A must visit? yes! Kemari la kalau nak nengok Tokyo Station, the busiest station in Japan in terms of number of trains per day kata si wiki. Station ni arkiteknya memang cantik. Masa September 2012 kitaorang g, masih tengah renovation lagi dan kononnya siap pada 1 Oktober tahun yang sama. Dari station ni boleh la kome jalan kaki merata sampai ke garden diraja Imperial Palace or sampai ke Hibiya Park. Ready je la tenaga sebab boleh tahan jauh la juga. It is also crazy sebab kome boleh naik train dari beberapa station yang link together dengan Tokyo Station like Otemachi St, Nijubashi-mae St, Yurakucho St, Hibiya St, Giza St dan Higashi Ginza St. Crazy, isnt it?!

Hotel area ni? Hmm.. not recommended sebab tak happening & most of the hotel yekla hotel mahal oke. So, tak yah. G cari tempat lain je.

My Story Of Taito Ward


Ok. Tak pemes kan Taito ni. Aku pun blur. Yang paling sinonim dengan Taito ni yekla district Asakusa dan Ueno la op kos. Selain 2 ni ada 3 lagi district which is Ameyoko, Yanaka dan Asakusabashi. Taito ni famous for temple & shrines, parks, musem dan juga zoo.

Antara shrine yang famous is Sensoji & Kaminarimon di Asakusa. Dekat area ni lah letaknya famous souvenir shopping street, Nakamise Dori. Antara tempat yang aku rekemen kalau kome nak cari hotel, duk la area Asakusa. Kalau nak shopping sampai muntah, disinilah tempatnya. Hari hujan pun tadak hal sebab ada covered shooping area called Shin Nakamise shoppping mall sepanjang 380m. Di sini juga terletakya oldest theme park di Tokyo that has operated since 1853, Hanaysihki! Kalau sorang kawan aku tu, tempat pevret dia Don Quijote, aka Donki. Macam-macam ada dan buka 24 jam oke!

Ueno pun a must visit juga. Kepada peminat Hard Rock Cafe, disinilah tempatnya. Selain tu attraction lain juga seperti Ueno Park, zoo dan Ameyayokocho street market. Kalau nak cari kebab halal, ada deme jual dekat Ameya yokocho ni.

Tuesday, 25 November 2014

My Story Of Showa Kinen Park

So apa matcaam? cantik kan? Ok some of these pict yang ni bukan gambar ahkak tapi masa kitaorang pegi tu lebih kurang macam ni la jugak. Showa Commemorative National Government Park as nama penuh eh, is a national government park in Akishima and Tachikawa, Tokyo. Nama je Tokyo, boleh tahan jauh la jugak naik train... ahaks! Kalau dari Asakusa kemari, dalam 50++ km la naik keta.

Camana nak kemari? Station terdekat yeklah JR Nishii-Tachikawa line Ome. Dari sini ble jalan kaki ke dalam & masuk through gate Nishii Tachikawa. Ada 3 entrance which membayangkan how big the area is. 3 gate yektu Niishi Tachikawa, Tachikawa & Sunagawa. I advise kalau nak balik, keluar ikut Tachikawa Gate & ble naik tren dari sini. Kat stesen ni ada shopping area.. ada Isetan etc Actually at three gates dekat dengan tren station, cumanya yang paling dekat is Nishii Tachikawa gate.  This is the map of the park, boleh rujuk website depa. Google jek, kompom jumpa.
Cantik memang la cantik tapi sila bayar ye kalau nak masuk. 410 yen adult & 80 yen budak 6 tahun ke atas & 210 yen senior citizen. Kalau masuk dalam group of more then 20 orang (age more then 6), lebih murah which is 290 yen adult & 850 yen budak 6 tahun ke atas & still 210 yen senior citizen. Kalau nak drive kemari, ada 2 ribu kot parking & yang paling banyak dekat Tachikawa Gate @1775 normal car. Ni tak kira bus & motor lagi kay.. semua ada.

Apa yang ada kat sinin? op kos la view! Antara yang aku suka is gingko tree right before Tachikawa Gate, yang ni lawa time autumn. Kat dalam park ni ada Cherry Blossom, kalau datang tem spring boleh la Hanami. Ada juga swimming pool oke to enjoy esp summer. Janganla kata kome tak tergoda.


Berapa lama nak kena spent kemari? maybe half day or full day la kot. Half day pun actually dah memadai tapi kalau nak lawat the whole park, kena spend 1 day la juga considering perjalanan dari Tokyo kemari pun dah berapa minit kan.

Kat sinin juga katanya ada mist forest, cua google.. santik ke tak..

Best time to enjoy? Of kos la samada Spring atau Autumn.