Friday, 30 March 2018

Demam Laagi

Hari ni memandangkan si Hannah masih demam, petang aku bawak la dia ke klinik. Since dah demam lebih 3 hari, op kos la kena ambik darah. Kelakar gila masa nak ambik darah tadi.. dia ble belari dalam bilik kecemasan tu sebab taknak kena ambik darah. Hahaha.. meraung bukan main lagi dia. Nasib baik la result darah dia takde yang pelik-pelik. Doktor kata ada some reading yang tak cantik maybe due to dia demam. Hopefully baik le kamu ye nak..

Wednesday, 28 March 2018

Demam Lagi

4 hari ni si Chemba p outstation. Dalam keadaan si Hannah demam ni, aku berdoa-doa la moga takde apa-apa. Tadi time si Hannah nak susu, baru perasan susu dia habis & laki aku tak beli stok plak dah. Arghhh stresss!! Kalau sihat budak ni boleh je p bejalan.. huhu. Nasib baik la sekarang ni semua pun boleh shopping online, order je lah suh Happy Fresh hantar.

Tuesday, 27 March 2018

Kursus

Hari ni aku g Melaka, kursus sampai esok. Kalau la tak kerana kursus 5 hari setahun tu wajib, memang malas sangat la nak p kursus. Tambah lagi pusat latihan kitaorang jauh nun dekat area Afamosa resort nun. Kali ni penginapan ada disediakan tapi aku tak rela nak duduk dekat asrama tu sebab tadak tv. Ada ke patut tadak tv! Bukan nak tengok sangat pun tv tu tapi entah le labu.. rasa weird plak tak de tv. Hahahah

Friday, 23 March 2018

Bingsu Malaysia

Oke, ini memang sedap. Perisa mango dengan coconut, dekat Bbq Chicken. First time seumur idup try makan bingsu dekat Sulbing Hongdae. The best about bingsu ais dia adalah snowy, tak macam abc kita kat Malaysia ni tapi yang tak best tang harga dia. Satu pinggan ni dalam RM20 hengget ye tuan puan. Kau fikir la sendiri nak spend RM 20 makan ais ke makan nasik!

Thursday, 22 March 2018

Wednesday, 21 March 2018

Laksa Sarawak In The House


Godek-godek dapur terjumpa paste laksa sarawak ni.. nasib baik tak expired lagi makanya kita buat laksa la hari ni. Aku first time belajar makan laksa sarawak masa kerja di Labuan. Time tu geng makan aku suka g Tiara Resort, kat situ la mulanya. Dedolu dekat Secret Recepi pun ada jual tapi malangnya dah discontinue. Cari-cari yang sedap, hampir semua tak sedap kat semenanjung ni. Takkan nak cari sampai ke Sarawak pula kan.. so buat sendiri je laaa. Walau resepi derhaka yang penting family aku suka.. kannnn.

Pada yang tak biasa makan, mungkin tak ble terima sangat laksa sarawak ni. Kengkawan aku kat opis dorang kata macam ada rasa majun.. tang mana pula rasa majun tu tak tahu la aku. Yang aku tahu sedap je.. anak aku yang memilih makan tu pun gemar je..

Si Kecik Demam

Tadi skool call si Chemba, si kecik demam. Alahaiii.. kesian si kecik. Makanya tengahari tu kitaorang balik p ambik dia. Pastu singgah farmasi beli ubat, then bawak je la p opis. Kalau nak p klinik pun kompom2 doktor pun just bagi ubat bagi turun demam je. Harap-harap demam dia kali ni kejap je la.. huhu

Tuesday, 20 March 2018

Didi & Fwens

Time jenjalan dekat SVM tadi dorang si Didi ni ada sempena mempromosikan movie baru. Dah ada show free, tengok je la kan. Si Hannah plak eksen.. dia buat muka tak eksaited pastu kata dia tak minat Didi. Sabar je la! Ye lah tak minat tu.. huhu. Pasang video bukan main layan lagi.

Wednesday, 14 March 2018

Team Biru

Hari ni kami sekeuarga bertemakan biru dan kuning. Ok, ini tadak kaitan antara hidup atau mati dengan mana-mana parti politik ye. Hahaha.. kalau aku oakai tudung kuning cam si Hannah tadi boleh dah tangkap gambar family sedondon ;p

Sunday, 11 March 2018

Anak Solehah Mamme


Malam ni nak ke rumah auntie si Hannah, ada makan-makan. Bukan main lagi siap dengan baju kurung. Sebelum tu sempat lagi dia solat.. siap zikir oke! Alhamdulillah pergerakan solat tu semua dia hafal. Moga istiqmah dan jadi anak yang taat pada Allah dab agama ye nak ye.

Saturday, 10 March 2018

Jalan Midvali Lagi

Hari ni air masih takde. Nak menghilang stress, kitaorang pun p la melepak dekat MV. Lepak lelama dekat Starbuck dalam Borders tu haa.. pus ati. Tengok tangan si Hannah tu. Nenek dengan aunti dia bagi gelang.. aku yakin sangat sebulan le tak tanggal tu. Yang kelakar tu dia pun pandai eksen. Bila nampak bebudak sebaya dia mula la dia tunjuk gelang dia & goyang2 tangan. Mak jemah sangat kau nak!

Friday, 9 March 2018

Skool Tutup

  

Hari ni skool si Hannah tutup sebab kes air tadak. Since aku baru je lepas cuti dan kerja melambak, aku hangkut je la anak ni pegi opis. Kalau spesis opis aku yang closed opis dan tak deal dengan oublic directly oke la.. kalau idak pening juga nak fikir mana nak letak.

Lunch time tadi kitaorang ke Jalan TAR. Suh adik aku bawa my mom shopping & nanti balik kerja kitaorang fetch je la. Lepas kerja direct p KLCC. Saja la jalan-jalan bawa my mom p makan. Alhamdulilah rumah my sis tak putus bekalan air. Kalau tak, mau menyesal mak aku ikut p KL.. huhu

Thursday, 8 March 2018

Mood Kerja Tadak Mari

Lepas bercuti lama.. sampai-sampai je opis ko dihidangkan dengan surat tinggi ini, ko rasa??? Udoh le kat rumah takde air.. huhu. Tang keje tu aku tak merungut sebab dah memang kerja aku so buat je la kan tang tadak air tu vavis sangat sebab yang tu kerja orang. Time-time mak ngan adik aku datang ni la pulak ko takde air ye! Nasib baik rumah my sis ada air so dapat la hantar dorang ke sana.

Ini le keadaan nye dekat rumah aku.. kalau semalam masih ada air hari ni dah habis langsung. Makanya kena la dorang ni beratur ambil air. Alhamdulillah gak semalam aku sempat simpan air buat bekalan 4 5 hari.. huhu



Wednesday, 7 March 2018

By Kiki

Sampai je rumah tadi, perkara pertama yang aku buat is tukar sarung kusyen dengan yang aku baru beli dekat Kaison. Lawa tak? Aku suka! Aku suka! Berbaloi-baloi hangkut dari Sabah oke? Rega sarung tu selai RM17 je. Nasib baik ada option murah.. kalau beli dekat Niki Caine or yang seangkatan, selai ni bole mencecah RM49 oke! 

Monday, 5 March 2018

Kiki Day 6

 
Hari ni kitaorang bertolak balik kampung. Untuk kali ni, semalam je tidur di kampung.. esoknya dah nak fly balik KL. Model kat gambar tu eksaited sebab dapat hadiah plant dari abang sepupu dia. Tang kepala tu sauk masa dekat Kaison Putatan. Walaupun kat KL pun now dah ada Kaison still nak singgah yan Sabah punya sebab Sabah punya cam lebih meriah.. ye keh? Eh!

Sebelum cek out hotel, singgah sarapan dekat mamak kat bawah. Tengok itu roti ada baanyak tinggi oh!

Sunday, 4 March 2018

Kiki Day 5

  

  
   
 

Hari ni 2nd kMi di Kundasang.. kiranya hari terakhir le.. pepagi bangun g tangkap gambar dulu pastu baru la siap-siap mandi dan sedia g sarapan. Kat hotel ni ko nak makan apa time sarapan kena maklumkan sesiap malam sebelum. Lepas sarapan terus la cek out dan meneruskan percutian ke Tagal fish spa.

  
  
Best le fish spa? Aku tengok orang yang masuk tu macam best je semua. Mak aku yang mula2 tak nak pun jadi eksaited. Aku? Malas nak join. Seram plak aku tengok saiz ikan kelah tu besar-besar. As long geng seronok, aku pun seronok gak. Si Hannah pun mula-mula tu menjerit-jerit takut bila ayah dia letak kat sungai.. dah nak balik tu baru nak seronok. Kat sini kalau nak masuk kena ikut turn. Group ko akan diberi nombor giliran dan setiap satu sesi 15 minit je. Rega tiket RM5 sorang dewasa & RM2 budak kalau nak rendam kaki. Kalau rasa nak mandi dengan ikan pun boleh, kena bayar RM10.  Best ke kesimpulannya? Best & recomended la tuk korang pegi.

Lepas dari TFS, kitaorang terus turun dari Kundasang. Takut gelap.. nanti payah pula tak nampak jalan. Sebelum tu singgah dulu dekat pekan Ranau tuk adik aku punya sesi muntah. Minah tu memang senang mabuk. Malam ni kitaorang duk dekat Manja Hotel, area Imago.. esok baru balik kampung.

Saturday, 3 March 2018

Kiki Day 4

Hari ni team dah complete so kitaorang pun meneruskan aktiviti seterusnya yang menjadi nadi utama percutian kali ni, Kundasang. Lepas breakfast kitaorang terus gerak naik. Destinasi pertama cek in dulu dekat Kinabalu Pine Resort. Lepas tu terus bergerak ke ladang lembu, Desa Dairy Farm. Lepas ladang lembu p tengok rabit pula.

  
  
  
  
 
Masuk DDF ni kena bayar. Masa nak masuk or keluar dari sini kena lalu dekat laluan air bertakung tu tuk cuci tayar. Tempat ni memang best la! Ala-ala kat Newjiland yaw. Tapi kalau dah nama ladang lembu bertahan je la dengan bau lembu yang semerbak. Kawasan dia agak luas, consist of kandang, tempat pemprosesan susu, cafe, kedai jual eskrem dan padang ragut. Cumanya masa kitaorang sampai tu aku tengok orang lebih ramai dari lembu.  Nasib baik jumpa segerombolan lembu-lembu yang tengah bermalasan. Dapat la tangkap gambar. Actually seluruh kawasan DDF ni berpagar tapi ada satu port yang kome ble panjat batu and dapat shoot baek punya. Recommend ke? Sangat! 

Dari sini, kitaorang gerak pula ke Arnab Village yang terletak dalam 17 km dari DDF. For those yang tak sayang kereta boleh la kemari sebab jalan masuk dia ya ampun.. seram! Kat gambar tak dapat nak menterjemahkan keseraman sebab kecuraman melampau.. tapi memang seram nak bawa kereta. Memula nak turun jalan kaki je tapi last-last hentam je la bawa kereta. Apa yang ada dekat sini? Kalau dah nama dia arnab village, op kos la arnab. Recommended tak? Not really unless ko peminat tegar rabit or tak de apa aktiviti lain nak buat. Kalau spesis penggeli, memang tak disarankan la sebab taik arnab tu dah memenuhi kawasan tanah oke!
 
  
  
  
   

Balik dari sini, terus aku mandi sepuas-puasnya.. hahahaha. Nampak sangat aku ukan peminat rabit! Plan asal lepas dari sini nak ke tagal fish spa, skali tutup daaa. Makanya esok je la kami ke sana. Since sepanjang petang hujan lebat, lepak bilik je laa. Nasib baik masa dinner dah renyai-renyai.. kalau tak berlapar le jawabnya. Kitaorang ambil hotel + dinner, so takde la pening nak cari dinner dekat luar. Food dia agak sedap wa sakap lu!