Thursday, 30 April 2020

30.4.2020 Mengidam Rojak Mee Mama

Kalau hari tu mengidam kuih, ini kali mengidam rojak mee my mom la pulak. Makanya usahalah mak buyung ini memasak rojak beliau sendiri. Ini lah hasilnya mak buyung mo tapau untuk sorang lagi mak buyung. Walaupun x 100% dapat rasa kuah rojak my mom, jadiklaaaa daripada tiada. Cumanya kena take note.. kalau sejuk kacang tu akan memekat so berpada-pada la masa letak kacang tu. Pastu kacang kalau mo sedap jangan sangai.. goreng jak dengan minyak. Laaagi nyaman sebab nanti pun masa masak kuah ko bubuh minyak juga.

Lagi satu, kalau nak sedap before blender bahan-bahan kisar tu goreng dulu bagi masak. Lebih wangi dan kawww gitue. Kalau my mom punya kuah rojak mesti ada sikit kari untuk bagi wangi.. memang menjilat jari woiii!!

Monday, 27 April 2020

27.4.2019 Kuih Talam 1st Timer

Tah apa mimpi tetiba teringin mo makan kuih talam.. aka kuih lapis. Since ada pewarna makanan di rumah ni.. marilah kita bikin kuih talam. Thank god jadik la juga walaupun rasanya so-so saja. Yang penting manisnya kurang dan texturnya cair di mulut. 

Monday, 20 April 2020

Mee Time

Antara makanan kegemaran kami seisi keluarga dan yang aku mahir la nak masak, mee goreng. Tapi kalau makan selalu konfem tak lama sakit ni.. ahaksss. Dari makan mee goreng, baik la makan nasik je sebenarnya sebab mee kuning tu dah memang ketahuan tak elok sangat tuk kesihatan.. pastu dalam campuran mee tu kompom ada pelbagai penambah perisa terutamanya kicap dan sos kan.. semua tu gula gula gula. 

Tuesday, 14 April 2020

Potong


Amacam.. ok ke rambut si kecik ni hakak kerjakan? Boleh laa kan sementelaah tak boleh nak keluar ke salon ni kan. Nasib baik rambut lurus dan nipis.. senang nak potong. Rimas betul tengok rambut dia panjang sebab dia tak pandai jaga. Paling tak tahan kalau bangun tidur rambut dia terkena air liur.. busuk ya rabbi! 

Wednesday, 8 April 2020

Pink Book Day3


Macam semalam, hari ni sama la juga. Tapi sakit hati sebab tunggu sikit punya lama tak naik juga nombor. Kesabaran dah macam nak sampai hujung dah, aku bagitau si Chemba kalau kol 11 nombor aku tak naik juga aku memang balik je. Alih2 seminit nak masuk jam 11 nombor aku naik. Chehhh!! 

Kalau semalam dah interview panjang dengan doctor, hari ni repeat lagi dengan doctor lain. Eiiiii.. sabau je la!Next appointment lagi 2 minggu. Kiranya aku macam takde keje la lepas ni sebab berderet la appointment klinik aku. Maka selepas 3 hari, berjaya la aku selesaikan urusan membuka buku pink akhirnya..

Pada yang nak jadi ibu tu, beranak la time muda2. Jangan cam aku, penyakit dah banyak ni memang mencabar. Kalau 1st pregnancy, sebulan sekali je datang klinik. Jumpa doktor pun berapa bulan skali tapi kali ni setiap kali visit wajib jumpa doktor. So kalau jumpa doktor, faham-faham je la berapa lama masa yang akan diperlukan. Kalau g swasta dengan condition aku skarang ni takat sebulan sekali oke la.. tapi kalau hari2 kena datang pitam oi!

Tuesday, 7 April 2020

Pink Book Day2


Hari ni repeat benda yang sama macam semalam. Lepas dah jumpa misi, kena jumpa doctor. Before tu kena amik darah. Sampai 5 botol haaa!!Time jumpa doctor tu la baru doctor scan. Oke! Konfem dah preggy makcik kali ni. Due date asal hujung Oktber tapi bila scan cam lewat seminggu cam tu so new EDD awal Nov. Nasib baik tahun yang sama.. kalau sampai tahun depan hakak dah 40 oiii!! 

Aku datang antara yang awal, time keluar dari klinik tu tadi tinggal berapa kerat je dalam tu. Sabau je la! Mula2 jumpa misi, then g amik darah, then jumpa misi balik, then jumpa doctor.. nasib baik tak payah jumpa misi balik da lepas tu. Tapi malang skali kena jumpa misi dan doctor balik esoknya… aarghhhh stressss. Nasib baik PKP.. kalau hari biasa apa nak jawab dekat bos ni.

Monday, 6 April 2020

Pink Book


Hari ni aku ke KK bukak buku merah. Asalnya nak ke klinik belakang rumah je sebab nak cek betul ke pregnant. Kot-kot la benda lain. Sekarang ni penyakit ada macam-macam jenis, boleh jadi false positive. Skali klinik tu kata kalau nak cek dorang boleh bagi yang test kit je since sekarang PKP so tak menerima pesakit. Kalau takat bagi kit baik aku g Watson je. Pusing2 cari klinik lain semua pun tutup. Sudahnya pegi KK yang terdekat je la. 

Sampai KK, orang op kos la ramai macam biasa. Since ini time PKP sorang saja yang dibenarkan masuk unless ko bawa orang tua atau budak sebagai penjaga. Masa masuk tu kena beratur, scan suhu dan kena sign declaration form yang mana menyatakan ko tak pernah keluar negara, tak pernah ada contact dengan PUI, takde batuk dan selesema bagai. Once semua ok, baru dibenarkan masuk. Kalau sebelum ni ko boleh masuk ikut banyak laluan, kali ni dorang tutup dan buka hanya satu laluan akses ke Klinik Ibu & Anak. 

Sampai-sampai terus ke kaunter dan bagitau misi tu saya nak cek pregnancy. Misi tu kata nak bukak buku merah ye? Jawab ye je la.. kompiden je misi-misi ni yang aku datang nak bukak buku.. ate kalau x pregnant camana citer?? Okla, pastu tunggu giliran. Mula2 op kos la kena jumpa misi. 1st misi yang aku jumpa tu kata since aku ni banyak nau masalah, dia nak kena assign aku kat misi lain. So next misi yang aku jumpa cam otai la kat sana. Since aku banyak hal, dia yang akan jadi misi aku.. oke! Since dah petang, aku kena datang semula esok T_T