Saturday, 10 April 2021

Camping Sempena 40 Tahun

Hari ni kami merealisasikan hasrat kami berpiknik. Ini gara-gara banyak sangat layan si Chemba tengok channel camping dekat YouTube. Lokasinya belakang opis je.. dekat Taman Tugu. 1st time oi kami sampai sini, selalu lalu lalang je tak pernah singgah. Sebelum keluar tadi sempat singgah beli kek befday si Chemba sempena ulang tahun ke 40 dia 2 hari lepas. Walaupun dia tua sebulan dari aku memang tak de la aku panggil abang.. hahaha. Kadang2 siap kau aku je kitaorang ni. Bila kawen dengan kawan, memang tidak la panggil abang. 

Masa kami piknik ni meriah juga dengan family yang bawa anak-anak picnic dan beriadah. Kawasan luas so takde la rapat dengan orang. Ada juga yang buat sambutan birthday macam kami cuma dorang buat lebih meriah dengan hiasan2. Nak kes sini parking la agak limited. Kami tawakal je parking tepi jalan tadi. Nak dirikan khemah rasa macam tak sampai hati.. si adik je la yang ada khemah.

Sunday, 4 April 2021

Minta Chef Wan Masak

Hari ni malas nak masak so kita oder je dari dapur Chef Wan. Menu hari ni Daging Puteri Manis, Ayam Panggang Pencok dan nasi kerabu. Kalau nak oder, google je De Wan. Itu nama restoran dia. Dalam 2 jam inshaAllah berisi le perut kome dengan hidangan dapur Chef Wan. Set yang aku oder tu set bento.. set daging skali dengan acar, telur asin dan nasi tomato RM29, ayam tu pula RM27. Lapar sangat sampai lupa nak ambik gambar set ayam tu.

Sedap sangat ke? Aku kalau kena tanya soklan ni aku akan tanya apakah maksud sedap sangat tu sebab masing-masing ada citarasa sendiri. For me sedap la sebab rencah dia agak kuat.. dan rasa manis dan masin tu balance.  For asben aku dia kata not for him sebab rencahnya kuat nau. Hohoiii!

Tuesday, 30 March 2021

Hadiah Baju Baru

Hari ni adik dapat hadiah dari Sabah.. auntie dia kirimkan. Sekarang ni baju2 semua beli online je la. Nak g kedai pun takut. Kalau tak de cobit mesti aku da bersiar-siar dekat Kenanga sebab kat situ ada macam-macam jenis baju pun ada. Sekarang ni paling berani pun pegi Mid Valley je sebab proper sikit. Kat situ tak banyak pilihan. Selalu Mothercare je pilihan yang paling berbaloi tapi kena tunggu sale la. Memang kat Jusco tu ada tapi untuk harga lebih kurang or murah sket je dari MC time MC sale.. baik beli di MC. Tapi aku bukanla orang kaya.. kalau tak sale 50% ke atas memang tidak la aku beli.. muhuhahaha. 

Monday, 29 March 2021

Bayi Sado

Sabtu petang hari tu kami melawat si comey a.k.a anak buah aku. Asyem muka dia sebab tak kenal kot siapa la agaknya yang datang dan dukung aku ni.. hahaha. Kalau bukan jaman cobit memang habis la dak ni kena peluk. Time2 PKP ni memang seram nak dukung. 

Tengok badan dia.. sado! Ini geng kuat makan ni macam anak teruna aku. Kalau si adik tu asyik makan je kerja dia. Makan kuat, susu pun kuat.. pantang nampak ko makan tajam je mata dia pandang ke makanan tu. Siap tak berkelip oke! Hahaha.. risau juga demuk je nacam mak pak dia ;p

Sunday, 28 March 2021

Biryani Bhai

Hari ni kami ke area OUG.. tak pernah sampai ke mari sebelum ni walaupun tak jauh mana pun dari area rumah. Tujuan utama nak beli stroller si kecik dekat kedai My Lovely Baby. Udah la nak cari parking payah, skali nak naik kedai beratur panjang la pulop. Aihhh!! Time aku datang ni le sekampung pun nak datang kedai ni! So we decided g makan saja la dulu. Since ada baby ni kitaorang very particular nak cari tempat makan. Kena make sure kedai tu ada aircond dan meja jarak2 baru kitaorang berani masuk. Pusing punya pusing nampak kedai Beryani Bhai ni.. hentam saja la labu. Parking mudah sebab ada provided parking khas untuk customer.

Menarik juga menu yang ada. Kami cuba beryani tandoori. Sedap ke? Hmmm.. rasa dia very the strong. Taste ok tapi not to our liking la.

Saturday, 27 March 2021

Explore Tasik Titiwangsa




For the first time kami sampai ke sini, Tasik Titiwangsa. Actually tasik ni tak jauh pun dari opis kami.. cuma tak pernah jejak je sebab area runah pun ada tasik so tak bother sangat. Tak sangka cute juga tempat ni. Rasanya hari tu tutup untuk renovation sekejap. Kami actually tak sure nak masuk dari mana.. rasanya ada banyak pintu masuk tapi tutup kot PKP ni. So aku tengok dekat google mana jalan paling dekat nak ke tasik dan binaan Pergola tu sebab itu pun sebenarnya tujuan utama kami. Google cakap lalu dari planeterium. Memula saspen juga sebab nampak macam tutup je jalan tu tapi yang tutup cuma kereta.. yang jalan kaki boleh lalu. So kami parking dekat area restoran Hornbill dan jalan kaki ke sana. Kami lalu dari opis DBKL.. nasib tak tutup kalau tak nanges la nak kena pusing balik untuk masuk dari main gate. Nak turun tu boleh tahan curam jugak la.. nasib mak tak tergolek dog!

Turun2 terus tasik. Tasik dia biasa je.. tapi yang comey kat situ ada ala2 lanskap Jepun dengan pokok bonsai. Memang lawa! Kami tak joging pun.. jalan je menikmati pemandangan. Nasib dah bawak bekal roti dan air.. boleh la piknik sambil2 tu. Lepas piknik kami ke area Pergola. Kawasan Tasik Titiwangsa ni memang luas.. tinggal ko saja la banyak tenaga ke tidak nak pusing. Letih keluar peluh manja, kami balik. Masa turun tadi takut tergolek, masa nak naik balik ke gate ya rabbi mintak nyawa. Nasib si Chemba jadi booster tolak aku naik kalau tak memang tak larat nak naik. Nampak nau gemuk!

Penat naik bukit.. lapar la pulop. Since dah park dekat area tempat makan harus la singgah makan kan. Nasib baik buka restoran ni. Tak tahu pula ada tempat lepak best dekat area opis aku ni. Walaupun makan takde la best mana tapi restoran tu cozy dan unik. Rasa macam makan dalam hutan kalau ko pilih untu duduk di beranda. Kat dalam tu ada  je aircond tapi kat luar tu angin sepoi-sepoi la. Dari atas boleh nampak view menara KL dan mengintai taman burung kat bawah. Orang kata kalau nasib ko baik, kadang2 hornbill tu datang melawat ko makan. Nasib tak datang pula masa kami kat situ.. kalau tak mau menjerit aku. 

Menu yang disediakan tak la banyak sangat tapi agak meriah juga. Ada western dan local. Dapat la makan Laksa Sarawak. Harga? jangan expect murah la ye tapi takde la nak kata mahal sangat-sangat. Aku rasa fair la untu konsep restoran macam ni. 


Friday, 26 March 2021

Sakura Malaya

Tadi masa aku nak balik dari koje ada satu encik ni turun sekali dengan aku. Encik ni wings sebelah opis, lain bahagian. Borak2 sket.. dia tanya aku ni protege ke. Aku blur apakah so aku tanya lah apa maksud dia.. dia kata awak budak praktikal ke? Omg aku yang 40 tahun lagi gemuks masih ada yang ingat aku budak praktikal.. terussss hati aku berbunga-bunga macam gambar tu. Hahahahahaha... 

Sekarang ni malaysia musim bunga.. kalau tak dapat   tengok sakura, layan musim bunga kat malaysia pun ok dah. Bunga kaler pink cam sakura cuma kelopak dia besar dan bunga tak penuh sangat. Malangnya penanaman pokok tak tersusun macam kat Kedah.. kalau tak mesti dah lawa fefiling ala jepun korea kan.

Thursday, 25 March 2021

Baby Food Processor Boleh Masak Bubur

Akhirnya food maker si adik sampai.. yeayyy. Jenuh aku mengodek Shoppee semata-mata nak cari food processer yang boleh masak bubur sekali. Alhamdulillah dapat la yang ini. My sis beli dekat Mothercare dalam RM400+ tapi yang ini half price je. Ok la.. rasanya anak aku pun ni je sorang last ;p Food processor ni boleh masak bubur, boleh steam dan blender. Gila tak happy kan semua dia boleh buat. Kalau nak masak bubur, ada stainless steel basket disediakan. Buah boleh steam dalam cup blender tu je. Kat seblah tu ada tangki air untuk steam. Kalau masak bubur 20 minit je. Memang sangat memudahkan sebab bubuh je beras, sayur dan ayam dalam bekas bubur tu. Tungu masak 20 minit then blender. Seswai sangat la musim PKP ni. Takut nanti taska tutup lagi.. kalau ada gajet yang memudahkan ringan sket kerja mak ni.

Tuesday, 23 March 2021

Mak Skolah

Hari ni aku pakai baju serba putih.. rasa cam muda remaja plak. Miahahahahaha.. Nampak macam adik beradik tak? hahaha... Si kakak alhdamdulillah sekarang dah pandai uruskan diri sendiri. Sebelum tidur dia da siap-siap kemas beg buku dan sediakan baju untuk esok. Kalau aku bangunkan dia tak liat nak bangun dan pandai dah pegi mandi sendiri. Teringat tahun lepas.. asal bangun pagi mandi je macam-macam drama dia. Tak sangka besar dah anak aku ni. Walaupun kadang-kadang keluar juga angin tak dengar kata, tapi most of the time dia ni rajin menolong kat rumah. Rajin la kemas bilik, bersihkan rumah dan jaga adik dia. Kalau aku upah telefon dia punya rajin tu terus jadi 2 kali ganda.. hahaha. 

Budak-budak zaman sekarang ni kalau takde telefon tak idup la agaknya. Kalau masa kelas PDPR aku dengar suara dia sayup je tapi kalau main game dekat phone tu bukan main lagi bertempik. Eiii laaa anak..

Sunday, 21 March 2021

Explore Hutan Menara KL



Kalau hari cuti op kos la jalan kan.. so hari ni kami decide untuk beriadah di area Menara KL. For those yang tak tahu dekat Menara KL ni ada hutan simpan, KL Eco Forrest Park.. kat situ boleh la kekonon masuk hutan sebab memang dalam hutan pun. Tapi jalan tu agak curam so kena hati2 especially yang gemuk dan bawak baby macam aku.. hahaha. Aku tak tahu berapa jauh ke dalam track dalam tu tapi kami ambik shortcut naik jambatan gantung untuk balik semula ke tempat masuk.

Kalau nak masuk kena bayar RM10 sorang untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Dekat dalam tu denai jungle tracking dan jambatan gantung. Tapi nak naik tu rasa jugak la macam nak fingsan naik tangga. Tinggi kot 3 or 4 tingkat rasanya. Mintak nyawa la juga sebab badan dah la berat.. bawak lagi si adik memang mintak nyawa la. Tapi sampai atas tu rasa berbaloi je dapat tengok pemandangan hutan dan menara KL. Kami pegi sekejap je... takut crowded especially kat jambatan tu. Ramai la budak2 muda sibuk nak begambar bagai. Rasa nak tolak jugak la sorang-sorang kalau berselisih bahu tu.. hahahahah.. sibuk je ;p 

Area menara KL ni happening juga.. ada few attraction selain ko naik atas menara tu tengok view KL. Dulu ada formula one punya simulation.. nampak macam dah tutup plak. Last kami datang sini hari tu masa sesi makan2 dekat restoran 360. 

Thursday, 18 March 2021

Apa kerja anak aku ni? Haha.. ini namanya nak cuba try test. Car seat ni claim ble pakai sampai besar sebab head height adjustable so kita cuba la juga. Ok la.. dah verify memang boleh adjust tinggikan. Harap boleh la hero mamme pakai lama sket. Beli yang takde isofix so kena la pula beli isofix belt tuk ikat bagi tak bergerak-gerak. Aku beli deka Shopee la op kos.. kalau beli dekat kedai boleh buat purse aku menangis dengan harganya. Beli online option paling mudah dan murah sekarang ni.

Wednesday, 17 March 2021

Tuala Nano?

Apakah ini?

Tuesday, 16 March 2021

Sunday, 14 March 2021

Senaman Day


Sempena weekend, kami pergi bersenam dekat tasik. Si Chemba pegi joging dekat area tasik dengan kakak dan aku bawak adik. Walaupun boleh riadah tanpa mask op kos la tak berani nak buka mask. So buat aktiviti ringan je la dan make sure jauh dari orang. Si adik kami letak dalam stroller yang ada plastik & pasangkan kipas. Bukan main best sampai tertidor dia aku bawak slow jogging. Best agaknya terbuai-buai. Dah senaman op kos la lapar.. singgah pulak dekat Old Town belakang umah.. hahaha.. takde maknanya senaman tu tadi. 

Aku rasa Old Town ni macam dah melampau mahal.. portion tak besar pun rega bukan main lagi. Actually dah lama tak pegi tapi saja nak try sebab branch ni baru buka. Lepas ni memang tidak la masuk Old Town.. baik lagi pegi Secret Recepi. 

Saturday, 13 March 2021

Geng Adias Merah

Tengok la geng adidas tu.. bukan main happy lagi nak pegi berfoya-foya. Hari tu dah beli baju merah tuk kakak dan adik masa ke outlet di KLIA, baju mamme dan adih baru beli dekat MV.. miahahaha. Best sangat ke pakai Adidas? biasa je pun.. saja nak pakaian seragam so since Adidas ni ada saiz untuk semua orang so pakai la Adidas. Kami anak beranak bukan la jenis yang mementingkan jenama. Kami pakai apa saja asalkan selesa dan sedap mata memandang. 

Masa ke outlet hari tu ada offer 40% or 50%.. tak ingat dah. Baju adik tu tak sampai pun RM30. Kalau biasa2 mau RM99 rasanya selai. Baju kakak tu pun sama.. yang tu kain memang tebal siap ada hoodie tak sampai RM40. Tapi kena beli dekat outlet la. Or else boleh je beli online.. boleh dapat juga 40% off tu. Sometimes up to 50%.

Sunday, 7 March 2021

Geng Adidas

Hari ni geng adidas beraksi di MV. Tengok yang kecik tu bukan main lagi posing. Ingat kami je nak berfoya-foya sekali raaaamaaai dah yang beratur nak scan MySejahtera. Kalau ke MV op kos la destinasi makan kami di Warong, dekat pintu masuk dari jejantas KTM. Pevret menu, maggi sup. Hahahaha.. macam tak boleh masak sendiri je kan. Dah la harga semangkuk tu dekat RM5 juga magi dengan telur dan sayur seketui. Tapi sekarang dah takde menu magi tu.. ada indomie je. So makan je la apa2 yang ada untuk mengalas perut. Suka pegi sini sebab lapang. Tambah2 lepas aku komplen hari tu.. oopsss

Saturday, 6 March 2021

Misi Mencari Adidas


Hari ni kami ke MV.. kononnya ada promo Adidas so 40% off. Op kos la taknak lepas peluang kan. Hari tu dah beli online, kali ni beli dekat kedai pula. Hasil tuaian hari ni dapatlah tshirt selai sorang. Lepas beli belah, op kos la singgah minum pula. Dah ada baby ni memang tak de la larat nak merayau lelama ke hulu ke hilir.. pegi mana yang perlu je. 

Friday, 5 March 2021

Lunchtime

Tengahari tadi tak tahu nak makan apa.. malas pula nak pegi mall so kami amik si kakak dan makan dekat area rumah. Tempat yang menjadi pilihan kami Jom Laksa, belakang rumah je. Kat blok kedai baru ni dah meriah dah sekarang. Ada Jom Laksa, Old Town, Boat Noodles, Ayam Gepuk Pak Gambus, Subway, Jom Dimsum, Marry Brown, My Kori, Dayang Sarawak dan few lagi kedai makan. Building baru kan.. so parking pun proper. Ada underground parking dan kebanyakkanya kosong so takde la pening kepala nak fikir mana nak parking dab it is free. Kedai2 makan disini pula aircond dan mematuhi SOP jarak.. rasa selamat la sikit nak pegi makan. 

Antara banyak-banyak kedai ni biasanya kami suka ke Jom Laksa ni je. Dayang Sarawak aku pangkah walaupun food ok dan cozy, aku menyampah perangai budak2 pelayan tu tak profesional. Customer makan dorang bising2 kat belakang tu. Kuat plak tu. Lagi satu Boat Noodles.. tapi yang tu tak ble pegi selalu sebab perut aku tak tahan pedas.

Tapi tulah.. kadang tu memang memanggil juga la BN ni. Sebab tu petang tadi kat sini la kami dinner. Hahaha.. Apa yg aku suka? Aku tak tahu apa nama dia.. yang kuah daging ada banyak keropok2 tu pevret aku. Tapi masa order tu aku minta dorang asingkan serbuk lada dia supaya kurang pedas.. tapi still pun masih pedas oi 🥵


Tuesday, 2 March 2021

Adik Balik Taska


Kalau semalam tangkap gambar pegi taska, hari ni tangkap gambar adik balik taska pula. Tengok adik tu steady aje muka dia. Dah besar sket nak kena bawa dia naik stroller. Takut baju mamme kotor plak bila dukung macam ni. Tau la zaman-zaman cobit ni kan.. kena banyak berjaga-jaga. 

Sebelum balik tadi, kami da siap-siap pegi makan dulu dekat Jom Laksa. Mak malas masak, cenggitu la gaya dia dapur dekat kedai ;p. Kalau pegi Jom Laksa tu op kos la aku dengan kakak akan order roti ular kegemaran kakak. 

Monday, 1 March 2021

Hari Pertama Taska

Hari ni hari pertama adik ke taska. Dia nampak steady je.. mamme ni je dalam hati takde sapa tau. Mampu doa banyak-banyak je semoga adik baik-baik je dekat taska nanti. Taska adik buka jam 7 paling awal, no earlier than that. So kami sekarang lewat sikit la masuk opis sebab lepas hantar adik kena hantar kakak pula ke sekolah. 

Last kena collect adik jam 6.30 petang. Nasib baik juga taska adik bawah rumah je.. takdelah susah lagi nak kena singgah mana-mana. Sekolah kakak pula odw ke pejabat jadi mudahlah untuk kami anak beranak. Since adik belum makan lagi, bawa susu je la dengan pakaian dia. Susu dan diapers boleh simpan dekat taska.. baju je la yang kena bawa hari-hari

Sunday, 28 February 2021

Sampan Bayi


Hari tu masa ronda dekat Aeon dah nampak dah benda alah ni. Masa tu malas nak beli dulu sebab kaler tak cantik tapi since di adik ni tidur agak lasak sampai ble jatuh dari tilam dia dan kami plak badan dah macam gajah.. takut terhimpit maka kami decide beli je lah. Harga kalau beli dekat Aeon dalam RM139 tapi online Shoppee boleh dapat dalam RM99. Tilamnya nipis, seswai la kalau nak co sleep. Datang sekali dengan kelambu.. kalau rumah banyak nyamuk memang seswaiii

Saturday, 27 February 2021

Mata Siapa Lebih Bulat

Hero aku yang sorang ni agak bulat matanya.. kalau kakak anak adih yang ini memang geng aku. Muhuhahaha.. orang bilang berbaloi kena putung sebab yang keluar ikut muka mama 😅 dia ni bukan takat mata je sama.. itam bawah mata tu pun  nak juga sama dengan mamme. 

Friday, 26 February 2021

Owl In The House

Ini la dia, diffuser Yong & Living. Cute kan? Yang ni ble dengar bunyi pantai, bunyi burung.. boleh la buat fefiling di pantai or hutan. Ada lampu boleh tukar kaler juga.. memang kiut. Aku beli share dgn my sis.. dia amik diffuser jenis lain. Apa yang best Y&L ni? Tah la.. orang cakap best so kita cuba la try test.

Thursday, 25 February 2021

Jumpa Bayi Comel

Hari ni pegi collect YNL diffuser dekat my sister so dapatla jumpa baby cumil.. nasib cobit.. kalau tak memang dah gigit2 la pipi anak buah aku ni. Walapun dia dengan adik lahir beza sebulan je.. berbeza nau dorang. Adik ringan nau.. dia ni pula boleh tahan berat. Rambut nipis pipi pau.. odoii gerammm