Tuesday 29 October 2013

Na Na Na.. Kungfu Fighting

Habit baru si Hannah, makan kaki! Ada ka. Tak cukup makan tangan, kaki pun di makannya. Tah le sapa punya tabiat ni.. rerasa ahkak takde kot. Yo yo jek kan.. silap2 ahkak laaaagi teruk kot time kecik.. hihi

Monday 28 October 2013

Model Lap Loren

See mother, lawa tak hannah jadik model lap loren.. menangis model2 Ralph Lauren tercabar.. miahahahahah! Time beli ingatkan da cukup panjang, rupanya anak ahka ni nimang panjang sampaikan pendek jugak sudahnya suar tu.

Sunday 27 October 2013

Universiti Untuk Hantu Katanya..

Best cartoon movie ever! Miahahahhahaha. Suka sangat this movie. Memula terjebak, c Chemba la ni amek copy dari member dia kat opis. Time ni la pulak gatai hati nak terai test sanggih tak tv kitaorang, makanya c Chemba cucuk ler pend drive kat tv nun. Skalik gambor lawa jek walaupon guna pendrive k! & citer best.. ahkak apa lagi, dan2 terusss g carik dvd ni kat kedai. Ray biru oke! Ahkak ni ketahuan tak kan tengok derr citer2 yang gambornya tak lawa ni & tak kesah nak spend duit tuk dvd sampai sanggup beli ori blueray semata2 nak puas hati. Tapi hari ni nimang ahkak puas hati sungguh walaupun tengok dari pend drive jek.. buekk!!!

Saturday 26 October 2013

Soli! Soli! Soli!

Haaaaaaaa.. akhirnya dapat gak ahkak kasut nih. Kasut yang ahkak beri gelaran 'kasut super junior'. Miahahahaha. Ahkak rasa 2 bulan kebelakangan ni je ahkak dah habis raban dah tuk kasut. Hari tu melayang dekat seraban lebey, ni kali melayang lagi 6 ratus lebey. Kasut super junior tuh reganya 390 okeh.. boot lagi satu tu murah sikit tapi cukup la memiskin kan ahkak. Hohohoho

Kasut tu nampak jek cam kasut besa.. tapi dalam dia adalah heel. Biasa orh korea la yang suka design kasut cenggitu, ble tinggi dalam diam gitue! Pasni mendongak la c hannah tengok mamme.. miahahaha

Friday 25 October 2013

Thursday 24 October 2013

Hannah 1st Passport

Yeayyyy.. Si coney dah ada pasport!! So dah bole la ikut mamme & dadde ronda-rondi Tokyo. Hoop! Hoop! kelakar  muka dia.. hahaha. Empat lima kali imbas ada pula iras2 muka ahkak dalam gambar pasport time baby dulu.

Wednesday 23 October 2013

Spot The Similarity

Apa matcam.. pandai kannn maria masak! miahahahaha.. buekkkk. Pandai la sangatttt.. da kalau namanya balik2 timun, balik2 timun. Gara2 laki ahkak la peminat tegar timun. Alhamdulillah le ahkak dapat laki yang tak banyak songeh & romantik pantastik ko memang debabom. Hahahaha..

Laki ahkak memang superb! senang nak jaga dia sebab most of the time dia jaga diri sendiri... miahahahahah...Kalau kena laki yang bila kawen dia ingat dia tuan & nak kena layanan 1st kelasss kunun.. sorry sorry la jawabnya. Aku kawen lain jek la.. miahahahaha.

Tuesday 22 October 2013

Tadi aku g site orang.. tetiba teringat masa kat LA. Rindu sangat time kat situn. Idak la macam kerja kat jikiar ni. Stress manjang. Uwaaaaa!!!

Monday 21 October 2013

Tido! Tido! Tido!

Ahkak pun aktuali tak paham mana anak ahkak ni belajar tdo cenggini.. aish! Rasa2 ahkak tadak habit ni .. & ahkak pun tak pernah plak nampak c Chemba tdo tiarap. Anak ahkak ni since umor 2 3 minggu kot da nampak habit tido mengiring dia ni.. skarang tukar tiarap lak.Ponin den! risau kang lemas jek

Sunday 20 October 2013

Bapa krooh kroh Anak krooh kroh

a.k.a bapa borek anak rintik. Ni yang orang kata kemana tumpahnya kalau bukan ke nasi, ye dok!

Saturday 19 October 2013

Mencari Almera

In the quest of looking for new car.. Ahkak ngan c chemba drop by la dekat Nissan Sungai Besi. Jumpa lagi apek hari tu which ahkak ngan c chemba kureng gemor dengan layanan dia. So.. Bincang punya bincang, udahnya makin menyampah plak ngan apek tu makanya ahkak ngan c chemba decide tuk balik umah dulu tenangkan fikiran.

Kol 5 gitu kitaorang decide nak g another showroom plak, kat Pandan Indah. Thank god salesman kat sana ok. Laki ahkak tu nimang pantang ngan salesman yang kureng2 ni. Kata dia duit kita yang nak keluar makanya kita ni la raja. Betol! Betol! Betol!

Almera.. Sangat spacious. Dah lawat Perodua for Alza & Proton for Preve. Cantik tapi agak sempit compare tu Almera.  At first cadangnya nak amek Grand Livina. Saiz both keta ni sama je actually, yang different seater as Livina ada 7 seat + 20k more expensive. Almera basic-auto start from RM69K++ jek. I dont need to mention or compare the engine, the handling or performance what so ever as my main concern is just to have another car that is functional. Kalau amek kereta tempatan, we will be paying for higher interest compare to imported car. The cheapest interest for Nissan dalam 2.48% kot whereas expect 2.9 or 3% for keta tempatan.. Rasa2 2.7% paling rendah kot. For me, ahkak lebih rela bayar keta mahal compare tu interest keta tu pula yang mahal. As for Proton.. berkenan gak ngan Suprima. Nampak lam gambar cam huduh tapi bila tengok, cun oh! Malangnya mahal sangat, almost 80k.

So.. Tunggulah kesudahan quest ahkak dan c Chemba mencari Almera nih..

Friday 18 October 2013

Thursday 17 October 2013

Mengintai Kereta Baru

Hasil kemenangan semasa melawat Nissan, Proton & Perodua. Pemenangnya belum ada ye!

Wednesday 16 October 2013

Mandarin.. I Bulum Give Up Owh!

Dah lama ahkak tak study mandarin. Rasanya total spending ahkak tuk belajar mandarin ni raban2 gak kot. Investment on basic kelas hari tu dalam 700, buku2 jangan cakap la banyaknya. Belum kira self-learning kit. Apa yang ahkak pandai? huahuhahua.. setakat perkenalkan diri & very basic jek.

Cakap cino ni bukan senang oke, walaupun apa yang disebut tu sama.. maksudnya berbeza. Cam kita sebut mama dalam pelbagai nada like maaamaa ke ma! ma! ke maksudnya tetap sama, mama. Tapi kalau mandarin tak macam tu, one words could mean a different2 things.

Tuesday 15 October 2013

Demi Sebatang Pen....

Demi pen ni ahkak sanggup travel ke Tokyo lagi oke. Dah beratus kot pen ahkak pakai.. tadak yang ble lawan ni pen. Sangat best! Asal guna jek tulisan mesti cantik.. miahahahah! betul laaa. Pen ni macam pen singgit dua jek kat mesia tapi sepapan dalam 1100 yen kot. Lebih kurang RM8-RM10 hengget sebatang maria!

Memang kalau g Tokyo rasa cam tak mampu jek nak beli souvinier.. dekut lah tuh! ;P

Monday 14 October 2013

Bad Impression Lagi - Imigresen

Lepas lunch-date kat opis tadi, kitaorang balik umah collect hannah kat rumah pengasuh & terus ke imigresen.. orang tak ramai time tu. Tunggu2 tadak orang entartain.. skali dah berapa minit tunggu baru lah sorang officer laki ni tanya. Dia panggil member dia kat kaunter depan yang incharge urusan pasport sabah sarawak. Rupanya minah tu sibuk berborak. Bikin panas plak dibuatnya.

Bila cek2.. minah tu kata collection pasport dah tak boleh buat, dah tutup. Time tu dah kol 4 kot. Ahkak apa lagi.. hangin pun mari lah. Yelah, bukan ko senang2 nak keluar ofis g bersiar2 time kerja. Agak2lah orang lain pun ada komitment. Pulak tu, anak kena bawak gak. The parents tak ble collect sendiri. Ahkak paling angin tu bukan apa, dorang bagi nombor phone tapi bila call tak pernah nak angkat. Beratus kali kot ahkak dail dalam minggu ni semata2 nak tanya dah boleh collect ke belum. Ahkak pun hangin sampai bagai nak pecah lak pintu ahkak tolak. Muka pun da macam cipan, hati sakit!

Last2 si Chemba settle ngan officer laki tu. Nasib mamat tu baik & siap bagi hp number lagi suh call direct. Kalau semua officer kerajaan macam ni kan bagus. Sejuk gak hati rakyat marhaeins.

Sunday 13 October 2013

She Is 4 Month Young Today

Besar dah anak ahkak ni rupanya. Alhamdulillah sepanjang 4 bulan lepas dia tak pernah demam lepas jarum. Cumanya batuk & selsema jek. Terasa kejap je masa berlalu..

Saturday 12 October 2013

When I Was A Kid 2

I love this book, simple & easy reading. Nimang seswai tuk i yang senang hilang tumpuan kalo kena baca banyak2. Huhu.. Bought this dekat MPH.. as usual la, menambahkan lagi beban kat rak buku. jangan sampai runtuh lantai umah udahle

Friday 11 October 2013

Thursday 10 October 2013

The Chepest Flight From KL to europe

Kalau rerasa nak g europe to say "From KL with Love".. the cheapest way adalah naik Qatar Airways or Emirates. If you dont mind having to stop at Doha, Jeddah or Dubai. Rugi ahkak beli tikit MAS tu hari, kalau tahu ble singgah at those place yang termasuk dalam list places yang ahkak memang teringin sangat nak jejak kaki. I bought my KL-Paris ticket 2 or 3 months ago kalau x silap.. as of today for flying at the same date masih boleh dapat RM5098 jek kalau naik Qatar Airways. Cheaper lagi! I was also making mistake sebab tak beli flight turun kat Paris then balik ikut London as it would cost much more. So terpaksa naik France Air.. for an added RM1000.. huhu

Tu pun nasib baik buat booking through Skyscanner.com.. so dapat la murah. Kalau book directly from Air France, it would cost RM300 expensive sebab kena bayar tuk cas kredit kad bagai. Plan asal nak naik eurostar, train laju dari Paris London.. 2 jam 15 minutes jek da ble sampai. Tapi sebab penjualan tiket tak start lagi, malas la nak tunggu plak. Kang lagi mahal.. naya ahkak.

As of today.. total belanja ahkak da reach below

KL-Paris-KL (2 adults + 1 infant ) : RM 6,055.00
Hotel @Paris : RM 1,017.75
Paris-London (2 adults + 1 infant )  : RM 1,010.35

Total RM8,083.10 pokai T__T

Wednesday 9 October 2013

Bos bagi hadiah!!!

Bos g Sabah balik sini belikan ahkak n the gang ikan bilis ngan udang kering. Malu nak g ucap thanks kat bos sebab ahkak ni orang Sabah. Pasar KK tu pun rasanya seumur hidup sekali je kotttt jejak. Tu pun time pegi ngan c Chemba honeymoon kat KK ari tu.. miahahahahahahahaha

Tuesday 8 October 2013

Dendam Masih Berbara

Update! Update! as of today dendam ahkak pada acik kantin masih menyala oke.. miahahahah. Bak kata si pajrel, ahkak bangun lebih awal dari ayam semata2 nak buat sarapan ni oke... hahahahaha. Cipannn!

Idakla awal sangat actually sebab ahkak ni memang sangat terror bab masak & berkemas semula less than 30 minutes. Ahkak kalau masak kalah kot Jamie bersepah tu.. sebab ahkak lagi sepah. Hahahaha.. Ini menu bekal ahkak sebab ahkak suka makan cincai jek. Tuk seband ahkak complete meal la, sayur sama telur mesti ada. Mesti mau kasi yang tiptop tuk asben maaa.. ahkak makan nasik sajork pun takpe. Janji seband perut besar maaa.. baru manyak gumbira.

Sunday 6 October 2013

Mini Stroller

This is the one that I was talking about yesterday. I google jek this image. Thank you mr Google. walaupun cakap cino, u can see la the weight cuma 3.8kg. This one is suitable for newborn I guess as it provide laying function compare to other mini stroller.

Another best part is.. all the roda ble ditanggalkan so it can be converted as seat kat umah. For baby yang lom pandai meronta should be oke la. I bought this for RM120 jek kat lelong + delivery.

Saturday 5 October 2013

Guilty Pleasure & Cerita Stroller

Tak cukup lagi cupcake hari tu.. up lagi kalori ngan chocolate indulgence & fiber oat cake kat Secret Recipe hari ni. Lihat kopi ahkak tu.. kopi tu adalah sangat sedap sebab pekat dan manis. Air tangan sendirik oke! Bukan senang nak dapat rasa cofee yang best. Though I am a frequent customer kat Coffee Bean & Starbuck, ada satu tempat jek yang ahkak iktiraf the cofee adalah sedap second to my coffee (miahahahah) yektu kat kopitiam sebla kedai serbaneka News kat midvali tu. Try the cold one... memang sadap. Just nice.

Hari ni jalan2 midvali lagi bawak Hannah & stroller kenit dia. I said I hate stroller rite, tapi this stroller yang ahkak bili kat lelong made me fall in love. This is Hannah's second stroller  la ni. Stroller hari tu pun oke, 8kg jek tapi still I considered berat la. This one udahla kenit, senang plak nak lipat. Kalau masuk keta, tak yah lipat pun actually.. letak jek kat kerusi belakang tu.. memang sah2 muat kat BWM, eh! BLM je laaaaa... miahahahah. So imagine la how small kan.

Lagi satu yang best, it is so lightweight.. less than 4 kg. Bole angkat 1 tangan sahaja naik tangga oke. So I dont have to restrict to have to use the lift all the time which is lembab & full sokmo. I can use the escalator and avoid angry-stare from people sebab I cuma guna 1 portion of the anak tangga jek. Soooooo easy. Above all, yang paling ahkak gemar about this made-in-china stroller (the world is made in China oke!) yekla it allows one hand operation. Be it tuk buka & lipat or time strolling with the baby inside. Sangat convenience sebab movement roda dia sangat smooth. Tolak satu tangan jek while satu tangan lagi bole la nak capai gincu ke, perfume ke, baju ke kat kedai nun hah! ;p

Thursday 3 October 2013

Kalori up! Kalori up!

Sedapkannnn rupa dia.. op kos! rasanya pun memang sedap. Ahkak memang cukup gemar beli kek cokelat kat pasar kat opis ni. Memang verbaloi bayor 4 hengget tuk cup cake & 10 ringgit for the cake. Kalau dulu pasar cuma tempat nak beli makanan, now ahkak da upgrade beli baju pula. Miahahahahah.. beli baju baby la tapi.

Pasar kat sinin adalah sangat menarik sebab ada banyak baju baby yang multibrand cam disney, carter dll. Kena pandai carik la sebab kuantiti adalah limited & kena carik kain yang elok la. Cam jaket ble dapat dalam 15 hengget paling mahal. Jeket lawa pulak tu. Ahkak beli kat Mothercare mau dekat 100 oke! murah amat la kalau 15 hengget. Ala... baju budak, apa sangat la nak beli yang brand kan. Takat beli kat Jusco, elok lagi kualiti yang beli kat pasar. Ahkak shopping kat mothercare tu pun sebab rompers yang rarely can be found ngan baju jaket tuk winter. Kalau idak.. tak hengen ahkak nak tabur lebey 600 kat situn.. dendam ni! dendam! Tapi dendam yang tak berapi la macam dendam ahkak ngan acik kantin... miahahahaha

Wednesday 2 October 2013

Godek2 kotak, tetiba c Chemba terjumpa tentative masa kitaorang g seoul winter ari tu. Yang ni version mudah sebab laki ahkak ni selow sikit bab nak merancang perjalanan. Sokmo lah tak tahu, eiiiii! So ini version ahkak bagi khas tuk dia spaya dia tahu nak g mana. Cam ahkak takyah itinerary pon xpe sebab ahkak memang da tau nak g mana, atenye Seoul tu kan kampung ahkak. Miahahahahah.. munta!

Tapi itulah advantage yang kita gain kalau plan sendiri the trip sebab you will be studying quite hard, trust me. Google sana sini, baca buku sana sini, baca blog orang sana sini.. tengok map town & transport ratusan kali kot. Tell me kalau buat macam ahkak buat tu kome tak apal2 jugak geografi the place yang kome nak pegi, memang samting rong samwer la kaple kome tu.

Tuesday 1 October 2013

Hannah Orang Sabah Bah!!!!

Kelakar kan muka dia.. hahahahaha. Tadi dahla kena jarum. Siyan dia. Nangis jugak tadi tapi bukan sebab kena jarum tapi sebab dia tak puas ati kena duk diam2 atas kerusi.. heheh. Dari KKIA terus ke Imegresen Jalan Duta. Memula pegi kat kaunter daftar. wah! ada kaunter khas tuk ibu mengandung, golden citizen ngan baby laaaa... sioknyaaa!! Taklah ahkak mengamuk ngan Imegresen macam ari tu.. miahahahah.

Tunggu tak sampai 5 minit jek, nombor naik. Bla bla bla.. officer tu tanya ahkak ke c Chemba yang nak sain passport Hannah ni nanti, so ahkak kata ahkak. Ahkak pun terus gak tanya macamana nak tukar anak ahkak ni jadik warga Sabah. Dia kata kalau cenggitu ahkak kena g kaunter khas lagi satu, kaunter rujukan Sabah Sarawak. So, for those yang kawen ngan orang semenanjung yang rasa2 nak anak dia jadik warga Sabah spaya tak la budak tu diiktiraf 'pelarian' kat Sabah & cuma ble duk senang lenang kat Sabah 3 bulan jek.. (oopssss jangan mare!).. g la imigresen tukar budak tu jadi warga Sabah. Banyak advantage dia jadik urang Sabah ni. Cam Hannah, ic KL menten tapi warga Sabah. So kalau dia kerja gomen sok, hopefully dia ada banyak option la. Kalau kerja swasta.. tak dapek la nak nolong!

Monday 30 September 2013

Hannah Bananna Comey Mamme





Balik kerja surela penat kan.. tapi itulah saat yang paling ditunggu-tunggu setelah seharian di pejabat. Tambah-tambah skarang dah ada Hannah kat rumah kannnnn.. Kol 5 c Chemba collect ahkak kat opis. Sampai umah, dia terus g amek Hannah kat umah pengasuh & ahkak pulak terus ke dapur.

Alhamdulillah  sebab rumah dekat dengan ofis, tak lah buang masa kat jalan raya. Biasanya before kol 6 ahkak da siap da masak & mandi. Pastu ada la masa nak spend dengan c kecik. Syukur sangat sebab c Chemba seorang suami yang sangat bertimbang rasa. Dia kata kalau ahkak tak masak pun tak pe, takat dua orang apa sangat la kan nak makan kat luar. Tapi ahkak bekeras gak nak cooking2. So, time ahkak cooking2 c Chemba akan layan Hannah. Hopefully macam tu idaklah anak ahkak tu terasa cam anak terbiar. Dah la rasa bersalah sebab g kerja & tinggalkan dia suh orang jaga. Hati ibu mana yang tak rasa pedih ok!

Alhamdulillah anak ahkak baik sangat. Letak jek kat bouncer tu terus dia diam2 & senyum2 sambil tengok tv. Siren tangisan dia cuma berbunyi kalau nak susu je.

Sunday 29 September 2013

Kasut Pertama Hannah!

Ini kasut pertama Hannah.. eh! ini yang kedua. Kasut pertama Hannah kasut Reebok warna biru.. bukan pinky gegel oke! Anak ahkak konsepnya tak ble ayu2 sangat.. tapi tak ble ganas2 sangat. Every black mesti ada pink & every pink mesti ada black.. tak bole dominan gitew.

Friday 27 September 2013

Rest in Peace Yoh!

Ok.. nobody died actually. I was just talking about my resting corner at home. Hari tu jenjalan kat mv, skalik terbeli kerusi urut kat OTO. whoop! whoop!.. selala sangat guna imbuhan "ter" ni kan ;p Tetiba je terbekenan nak ada kerusi urut kat umah. Kalau beli kerusi urut yang gabak gedempol, kang tak de plak tempat nak sumbat kat umah. Lagipun mahal sangat, rega sebijik cam rega keta pun ada. Bak kata adik ipar aku, kalau keta rega banyak itu koman2 ada warranty 5 tahun enjin tapi kalau kerusi nun.. setahun jek kot.. tak verbaloi.

Actually this chair seswai tuk opis.. ble tegang2kan leher, tumbuk belakang, vibrate2 punggong & compres2 kat pinggang. Kalau ahkak letak kat opis kang berbulu lak bos ahkak sebab kerusi ahkak lebey vogue dari tokey.. miahahah.


Thursday 26 September 2013

Muka Comey Liur Meleley..

Kannn.. napa eak baby banyak sangat air luir meleley.. Habis menitik2 kat baju & muka time dukung. Makanya ahkak pun belikan la sapu tangan comey banyak2. Kalau kat mothercare ni, mau 50 hengget ke atas kot.. tapi kat DIY 11 hengget jek banyak ini. Kainnya pon lembut & menyerap air. Bule dikatakan barang2 baby almost semua la over priced, esp baju. Ahkak pun tak paham. Pedehal kainnya sekengkang kera je, tapi rega nya.. masya Allah.

Wednesday 25 September 2013

Kerapu Mirror Masak 5 Rasa

Apa matcam.. sanggih kan nama resepi ahkak. Ikan kerapu mirror oke! Ahkak ni tataw beli ikan, kalau beli pun tataw.. siang apatah lagi kannnn. So, kerja membeli & menyiang memang kerja c Chemba. Ahkak tawnya masak je.. miahahahaha. Tu pun syukurla reti gak masak daripada idak langsung ;P Kalau masakan orang ada 3 rasa, ahkak punya ekstra 2 rasa. Masam, masin, manis, pedas, pahit oke!

Tuesday 24 September 2013

Microsoft Surface, Daebak!

Ahkak da pernah pakai tablet samsung, pakai ipad & ipad mini.. I said this one complete my every wish for an ipad or tablet. You can use a mouse & the usb function macam yang kat desktop. You can attach a device cam pendrive & really transfer file without restriction. Thouh tak la se heavy duty macam lappy or desktop.. at least you have in between. Half desktop, half tablet. It is perfect for me, way perfect. There is another version yang cam desktop tapi mengenangkan ahkak da ada 2 ultrabook yang berusia tak sampai dua tahun & tadak sapa pun guna kat umah tu, buat apa nak tambah yang ke tiga kannn..

Ahkak suka ipad mini, esp the size & email apps dia sangat best. This one quite heavy, dalam 600+ gram kot. Tapi bila nak wat kerja cam kat ms excel, selalu tak puas. I invested on keyboard & apps yang ala2 excel, bukan murah2 oke tapi still, unsatisfy as it did not function macam time kita wat kerja kat desktop. Tapi Microsoft surface ni dah pre-loaded dengan ms words, ms excel, one note & power point. Licenced oke! Email apps dia pun superb macam apple. Dahla ble baca pen drive & external hard disc.. ada keyboard yang tak yah la nak cas2 bagai & tak yah susah2 nak on bluetooth baru ble stat taip. I say Microsoft Surface ni memang perfect!!

Sunday 22 September 2013

Apa Khabar Ipad Mini Mamme?!

Bila da ada anak.. well.. inila jadiknya. Memandangkan mamme ad gadjet baru... nampaknya mini pipid ni akan jadik buku c Hannah la kot. Ahkak berkenan gila dengan apps ni. Ada story book dan lagu2. Tapi yang paling best, grafik dia adalah sangat lawa....


Saturday 21 September 2013

Unexpectedly Bought....

Hari ni c Chemba nak tebus hari2 yang dia tak de dengan bawak ahkak g jalan2. Malas nak g jejauh, g Midvali jek la. Kata parking free kannn!! Konon nak bekfas cum lunch, skalik shopping sunggoh2 beli baju c Hannah. Siap beli carpet ngan set minum panas bagai kat Jusco.. miahahahaha. Nipis poket ahkak!

Tapi yang paling menekejutkan (Amaran! Kesalahan tatabahasa), ahkak terbeli.. tadaaaaaaa

Before this....
..... now this

Friday 20 September 2013

Gara2 Dendam Kismat Pada Macik Kantin Masih Membara...

Hari ni dadde balik.. yeaayyy!! Tapi tengah malam baru sampai umah.. huhu. Xpe la.. janji hari ni dadde balik. Ayeeee!!! Dalam banyak2 hari tinggal berdua dengan mamme, baru hari ni Hannah meragam sket. Ahkak pengasuh dia pun cakap dia cam emragam sket.. asyik nak dukung je. Malam tadi nangis2 baru dapat tdo. Perut dia tak elok agaknya or sebab dia tahu dadde balik kot malam ni.

Walaupun mamme terkontang kanting sorang diri tapi tak sekali2 memadam dendam kismat dan hangen puting beliung yang bertiup di hati ahkak terhadap acik kanteen. Miahahahaha.. makanya ahkak masak gak tuk bekal sarapan pagi walaupon kelam kabut. Gila cam charlie Chaplin ahkak terkejar2 takut tak sempat. Jimat duit ahkak 3 hengget!

Thursday 19 September 2013

Day 3rd, Survived!

My lil angel memang anak yang sangat baik. Kalau semalam dia behave, hari ni pun dia behave. Pagi tadi ahkak dukung g umah pengasuh, balik tu baru nek stroller. Malam2 pun dia tak meragam. I guess dia da stick to rutin bangun dua kali je time tido malam. Around kol 9 dia tdo, kol 1.30 to 3pm dia akan bangun tuk minum & between kol 4.30-6 dia akan bangun lagi skali & alhamdulillah senang nak tidokan dia balik. Pas minum dia akan senyum2 dengan mata kuyu dia.. tepok2 ponggong sket then tido la c comey mamme.

Gumbiranya chenchomot!

Wednesday 18 September 2013

Hari2 Tanpa Dadde T_T

First skalik nak cakap, uwaaaaaaaaaaa aaaaaa aaaaaaaaaa!!!!! Hari ni hari kedua c Chemba kena outstation g sabah sampai Jemaat. Makanya terkontang kanting la ahkak dengan c comey mamme.
Selama ni dadde yang hantar & amek Hannah dari rumah pengasuh so mamme ble masak2 & siap2 kat umah. Pagi smalam dadde hantar, mamme yang amek. C Chemba da risau gila bule ke wife dia ni survive. Dia da siap2 book nak hantar g umah his parent tapi cadangan beliau telah ditolak mentah2. Hohoho.. Bila dia tanya will I be ok, I just answered.. u don’t worry. I am a mother! Poyo le tuh!

Kalau c Chemba, he opted to carry Hannah dengan carrier tapi mamme yang cuba menyelamatkan pinggang & kaki menggunakan stroller g collect Hannah. Makanya riang gumbira la anak ahkak riding the stroller. Umah ahkak ngan umah pengasuh tu seberang jalan jek tapi penat jugakla nak menapak. Quite dangerous juga sebab jalan tu sentiasa sebok.

Balik umah c Hannah senyum2 jek. Pandai sangat dia.. dia macam faham jek mamme sorang2 jaga dia.

Hannah Mamme Penghibur Hati Yang X Lara T_T

Tuesday 17 September 2013

Tidur Di Maaaanaaaa??!!!

Pandai tol anak ahkak ni bermesyuarat ngan kawan2 dia.. kan!! Hahaha.. I am glad jugak kitaorang decide tuk beli katil ni. Sometimes dia tido bawah tiak mamme or dadde, sometimes dia tdo kat katil ni. At least dia ada her own space. Actually kalau nak save, boleh beli playpan jek. Ringan & senang nak tolak keluar masuk bilik esp for those yang duk apartment & umah kici cam ahkak ni T_T. This is for those yang planning nak co-sleep dengan anak la. Macam Hannah, this katil set cost almost RM900 & dia ada bed-pan cost dalam RM159. Berapa ble jimat kalau beli play pan tu je kannn.Yelah.. kalau da ruang tamu ngan bilik tak sampai 5 langkah je ponn da sampai kannnnn... Tapi ahkak malas nak sorong tarik, jadik keje plak. So we decided to let the play pan kat ruang tamu tuk nap or tuk content dia time kitaorang occupied ngan keje2 kat umah tu hah.

Ahkak memang suka dia ada katil sendiri sebab dia ble tdo sendiri or tdo ngan kitaorang anytime. Biasanya half sleeping time dia spend dekat katil ni, another half lagi duk bawah tiak kitaorang. Luckily ahkak berkeras tak nak introduce buai dekat dia. This kind of katil pun tahan sampai umur 4 or 5 tahun. Kuat owh ni! I think this is a good investment jugak unless katil mok pok dia king size.. tak yah le beli katil lain tuk baby kannnn...

Monday 16 September 2013

Clarks madness!

One more missing in action..
Banyak kannn kasut ahkak maria!! Tah le bila kasut ahkak yang brand Clarks ni pandai beranak pinak. Ingatkan botol si Hannah jek yang pandai buat cenggitu. Last year beli sepasang kasut ni, kunun nak cuba terai test la. Pastu last Thursday plak beli sepasang kat gara2 kasut BATA COMFIT YANG BELUM SAMPAI ENAM BULAN ahkak pakai koyak while on the way to LRT kat Sogo nun (alasan!). Tadi time jenjalan kat midvali.. terbeli lagi dua pasangg.. miahahahahahaha.

Actually ahkak bukan la minat sangat brand Clarks ni. Sepasang kasut tu paling murah dekat tiga ratus oii! Pitam oke. Ahkak memula beli for the sake kununnya this is a good brand, so I believe that it wont 'eat my leg. For an almost RM400 shoes, mesti la ahkak fikir it is agood investment la kot for my leg kan. To tell the truth, not really. It depends on our leg & usage juga. I used to wear brand2 lain yang kununnya bagus macam Scholl, Skeetchers, Snow apa ntah, Rockport yang collaborate ngan Adidas which is mahal nak mampos gak cam Clarks. Kalau takat Sogo, Jusco & Metrojayara.. ahkak rasa tak de brand yang dijual kat situn yang ahkak tak cuba lagi. Some tu tapak dia tahan tapi body material cepat rosak, some body material oke tapi tapak cepat hancuss. Taula kalau yang pakai kasut ni saiz gajah.. op kos la kejap jek kasut2 tu jahanam.

Bila pakai Clarks, nak kata selesa sangat berjalan tu idak la juga tapi ok la. It depends on the leg sebenarnya. For heels, since badan ahkak ni berat.. ahkak kena pakai yang flat.. yang orang panggil wedges ke apa ke. Those type of shoe memang seswai la tuk support weight orang2 yang gemok2 comey cam ahkak ni tapi this type of shoe less flexible & senang jatuh terpeleot ketepi. Pastu kalau heels yang terlalu tinggi kat belakang pon tak comfortable jugak sebab terasa cam bukan kaki yang bawak ahkak tapi ahkak plak yang kena bawak kaki tu.. i mean rasa cam berat jek kaki nih. Ada plak jenis yang tinggi kat tapak depan & kat belakang rendah sket.. this type of shoe kalau ahkak pakai kompem kaki cramp. So tuk yang gemok2 comey cam ahkak ni, kalau verangan nak pakai heels.. elok la amek heels yang ala2 wedges. Tapi tapak depan tu biar tebal & tak jauh beza sangat dengan tinggi tapak belakang. Elok tapak yang lebar & lembut so it would be flexible to wear.. kalau idok merasa la kaw sakit belakang la, sakit tumit la, sakit tulang kaki la, sakit tulang selangka la.. eh! ada kaitan ke dengan tulang selangka.. miahahahahahw

Oh lupa nak komen. Tuk kasut tinggi ala2 gladiator kat atas nun. Agak selesa la nak pakai sebab tapak lebar. Cuma tak leh pakai jalan jauh & banyak sebab tapak depan ngan belakang beza tinggi almost 3".. so kurang selesa sket. For sandals tu.. sangat2 comfortable. Gila lembut tapak dia. Bukan cam Crocks.. ewee! don like. Tapi main reason ahkak nak jugak kena pakai Clarks ni yeklah sebab material dia tahan compare to brand lain. Kalau compare bata, cam langit ngan bumi. Tapak da sedap, alih body material cam harem. Belum 6 bulan kot pakai.. da rabak.. eiii!!

Sunday 15 September 2013

Mak Bapak Dia Gila Termometer!

Bila mok pok dua2 near-the-engin yang tak boleh dipisah dengan alatan ni time koje.. kat umah anak la pulak yang jadik mangsa cek suhu. Miahahahahawwww

Saturday 14 September 2013

My Hannah Banana


Baaaa Chakkkk!!!
Comeyyy kannn Kak Ton! Wahahahaha... Ini budak kici comey now sudah pandai makan tangan sambil sinyum2. Sudah pandai gelak2 & borak2 sorang diri.. Dia suda pandai nangis sebab tak bley tiarap. Alhamdulillah dia tak meragam sangat exsep bila nak susu & tido.. sometimes bila dia bosan. Chaiiiiiyanggggg dia!!!

Friday 13 September 2013

Thursday 12 September 2013

Makcik Kantin.. jaga kaw!!!

Haaaa.. tau berapa rega nasik lemak ni? 2 hengget da oke! Kalau last year ble lagi dapat sengget setengah. Nasib baik la tadak option lain.. balun jek la. Sambal pun tak sodap.. eiiiii! Tapi bila terkenang jek makcik kantin kat opis nun, rasa sakit hati tol ngan rega makanan yang tetiba jek naik mencanak2. Rasa nak bakau plak cafe dia.. miahahahahahawwww

Wednesday 11 September 2013

Makcik Kantin! I Isytihar "Perang"


Ayam tak masak T_T
Rugi 4 hengget T_T
Tau berapa rega makanan ni.. 4 hengget oke! Takat bihun kosong ngan ayam goreng da rega itu.. dah la ayam dia mentah. Eiiii!!! nak marah ni.

Masuk2 keje hari tu dah perasan rega makanan cam mahal. Hari tu amek ayam ngan nasik ngan sayur nenas, kena RM5.50.. oke. Next time amek benda yang sama ahkak kena RM6.50 plak. Tebakar laa ahkak.. kalau kedai dia kat restoran ke tak pe la. Ni kat kantin opis jek! Heiiiiiii!!!! marah ni. Nak tanya awat mahai sangat kang, kuar plak api dari mulut ahkak ni..

Wednesday 4 September 2013

Mari Main Masak2

Menu semalam...
Menu ini hari!
Apa matcam, rasa2 bule ka ahkak masuk master chef ni??!!! Kalau takat sayur balik2 timun.. jangan berangan kan jadi master, help chef pun kompem2 x layak kottttt.. Miahahaha. Tah kenapa lately ahkak rajin nor ke dapur sampai laki ahkak pon sapspen. Kalau dia sapspen.. ahkak ni super sapspen.. miahahaha.

Tuesday 3 September 2013

Bekham wait for me!!!!

Aaa.. setelah sekian lama ahkak verangan nak jumpa si Beckham, Beyonce, Brad Pit, Angelina Jolie and the gang... ini kali la bule jumpa dia dekat Madame Tussauds Tokyo. Walaupun skader patung lilin.. oke la bah tu dari tak da!

Monday 2 September 2013

Sunday 1 September 2013

Raya Belom Habis Belom Habis Lagi...

Hari ni turn ahkak g beraya umah my sis pula. Time balik tu hujan lebat.. guruh la pulak. Punya tekejut la si Hannah time guruh berdentum.. menangis2 dia. Sampai ke malam menangis len macam. Biasanya kalau letak kat bed dia, senyap la.. malam ni tak mau pulak dia tido. Sudahnya ahkak angkat letak sebla ahkak.. jenuh main2 & nagngis2 anje jap.. baru la dia tido lena sampai kol 3 pagi. Esok nak hantar g umah pengasuh..

So, esok first time la tinggalkan Hannah kat tangan orang. Sebelum ni mak or adik yang jaga.. kali ni hantar kat pengasuh. Hanya tuhan je tahu perasaan ahkak. Rasa nak je nangis. Rasa nak je berhenti kerja, or at least cuti tanpa gaji. Tapi ahkak kena juga ambek kira pasal kewangan. Taulah, duk KL ni kalau takat one provider for the family rasanya tak mampu kot. Nak bayar sewa rumah, kereta, upah pengasuh, keperluan baby & keperluan harian.. gaji sorang je memang la tak cukup.Ahkak pula masih tak konfem jawatan.. itu pun jadi masalah juga. Ada almost 100 orang dalam batch ahkak yang bersaing nak naik pangkat. Alhamdulillah ahkak tergolong dalam 30 orang first daripada 100 orang yang dapat merasa naik pangkat awal. Kalau ahkak ambil cuti tanpa gaji.. hilang senioriti. At least kalau konfem gred skarang ni kira dah stabil la sikit. Siyan Hannah.. mamme harap Hannah bertahan ye sayang…