Wednesday 6 September 2017

Ke site kita

Pepagi tadi bos ketuk bilin tanya aku free ke tak. Aku kata aku tadak apa2 hari ni makanya ke Putrajaya la aku di bawanya. Yang geram tu tanak pula dia roger awa2.. makanya berbaju kurung dan kasut tinggi la aku ke site


First time dapat tengok how tangki HDPE been erected. Aku belanja some picture of the inside of the tank.



Tuesday 5 September 2017

Terjebak Ariani

Semalam lepas hantar family my makcik ke hotel, kitaorang singgah la ke Jakel Mall. 1st time oke! Ahaksss! Since ini first time datang, kitaorang pun tak de idea nak park so park la dekat Semua House then jalan kaki ke sinun.

Kenapa g Jakel Mall? Adik aku bagitau Arani ada offer. Aku ni bukanlah peminat tudung branded.. tudung aku mostly bawah RM10.. ahakss. Saje je la pegi tengok kot2 murah sangat. Well.. agak murah la jugak. Tengok punya tengok, terbeli pulak 2 lai. Hahahaha.. rega asal selai RM128, tapi dapat RM40 selai. Oke laaaa..

Monday 4 September 2017

Hello Zoo Negara

For the first time seumur hidup aku jejak kaki ke Zoo Negara.. ahakssss!!! Itu pun sebab nak bawak family makcik pegi lawat zoo.. kalau tak mungkin tak sampai. What surprised me is harga tiket dia. I thought zoo negara, tak la mahal sangat kot. Around RM20 macam tu, logik la. Sekali... amik kaw!!
RM44 dewasa oke dan RM16 kanak-kanak. RM44 tu!!! Zoo Negara Malaysia tuu! Sabar je la aku. Kalau gini rega memang sekali seumur hidup je la aku sampai sini nampaknya. Apa2 pun, enjoyyyy the memories ya!

So ini yelah kawasan pintu masuk. Kalau ikut distance dari KL, ble tahan jauh jugak la nak ke mari. Aku rasa maybe jem kot yang buat terasa macam lama je salam keta tadi. Kat sini op kos la ada parking, kalau tak silap dalam RM10 sekali masuk kot. Parking dia dekat demgan kaunter tiket.

Zoo ni nampak macam tak la besar mana. Antara binatang yang aku jumpa is si tapir, rimau gemuk, jirapa, zebra dan burung-burungan. Gajah kami tak lawat tadi. Tiket masuk ke mari bersekali dengan tiket giant panda ye. Kiranya tak payah la beli separate ticket.


Kalau binatang lain berpanas terik dan berlumpur bagai, si panda pula duduk dalam ekon oke! Ada 3 ekor panda dekat sini tapi lupa pulak nama deme. First time tengok giant panda wei! Memang comel la panda ni.

  
So lepas dari zoo, gerak ke Putrajaya pulak. Aku pun actually tak pernah lepak dekat Masjid Merah ni.. dan tak pernah tahu siap ada food court bagai kat sini.. ahaksss



Kalau masa sampai kitaorang gagah berjalan kaki.. masa balik naik tram ka apa ka nama ni. Bukan free ya tuan puan.. sekali naik kena RM5 sorang. So kalau pegi zoo ni siap sedia la duit kocek at least RM100 sorang, plus makan minum dan tiket transportation ni. 
Kiranya bagi aku this is the first and last la kot aku jejak zoo negara.. unless rega tiket jadi RM20 or RM25 paling max.. baru la aku datang

Sunday 3 September 2017

Sampah Malaysia

Balik dari kampung tadi terus ke rumah my sis tuk jumpa my makcik yang datang kl hantar cucu dia. Lepas makan2 & serang my house.. kitaorang kononnya nak pegi tengok projek sungai, blue pool yang launched baru-baru ni. Dengan harapan ada lah light show ka apa ka.. yang blue cuma ini..

Kecewa! Actually dorang buat memang cantik, malangnya malam ni bukan rejeki kitaorang

Nice kan?! Cumanya aku agak kecewa bila nampak ini


Baru je buka, belum apa2 lagi orang kat KL ni dah tunjuk belang dorang. Wawasan dah jadi wawasan 2050, tapi sampah sendiri pun tak reti2 nak buang! In a positive side, maybe la kot orang tu nak 'bgtau kat pengurusan tempat tu tolong la provide tong sampah banyak2.. tapi come on la! Pandai makan minum, pandai la buang sampah. Kalau takde pun tong sampah, apa salahnya jadikan rak motor or keta as tong sampah sementara until jumpa tempat untuk buang. 

Yang urus tempat ni pun satu. Ini Malaysia la! bukan Jepun. Kat Jepun walau payah nak nampak tong sampah, rakyat dia tak buang sampah merata-rata. Tapi ini Malaysia.. yang ramai mentaliti dorang mentaliti 'tuan besar'. Dengan pemikiran bahawa nanti ada la kuli batak tolong buangkan sampah dorang tu. Patut bukan sampah yang kena buang or bakar dekat incenerator.. orang2 yang terer buang sampah ni pun patut kena masuk tong sampah sekali dengan sampah2 dorang tu! Sampah betulll!

Saturday 2 September 2017

Selamat Hari Raya Haji

Salam Hari Raya Haji buat semua muslimin dan muslimat :) Macam biasa la bila Raya Haji, balik kampung laki. Kali ni pula cuti memang panjang, dari 31 hb sanpailah 4hb.. heaven! Thans PM bagi cuti free isnin nanti sempena kecemerlangan atlet2 Malaysia dalam sukan SEA

Hari ni aku dengan Hannah tunggu rumah je sementelaah si Chemba adik beradik balik kampung tengok orang sembelih korban. Aku tak join sebab sekarang ni tak boleh jejak masjid.. hiks. Since semalam pun duk rumah sajo.. petang ni si Chemba bawa jalan makan eskrem McD dekat Jusco.. jadiklaaaa

Wednesday 30 August 2017

Text, Dont Talk

Godek2 ebook, terjumpa buku ni. If you can relate to this, then kita sama ging. If you dont and you think i should just baling dekat anjing my phone then u r something2 and u and i bukan ging!

I so hate phone conversation. Text, dont call me! I hate it when people call me. It feels like i am obligue to answer their 'demand' of me to talk to them. Call me if it is a matter of dead or alive, alas, please just do text me.

Hulk Pun Nak Tengok Suka SEA

Aku ingat aku sekeluarga je yang eksaited nak tengok penutup sukan Sea sebab nak tunggu PM announce esok cuti.. rupanya mamat ni pun menyebok gak!




Tuesday 29 August 2017

Uniqlo Online

Selalu sangat browse online, last2 terbeli pulak dari uniqlo online. For those yang tak tahu, yes ada uniqlo online. Oder je, nanti deme hantar. Macam aku, 26hb aku oder, hari ni sampai umah. Parcel aku dorang hantar pakai Gedex.

Ini le yang aku oder.. seluar drape. Kalau beli kat kedai RM49.90 dengan saiz up to xl je tapi kalau oder online ble dapat dalam RM29.90 selai plus size sampai XXL. Masa aku oder tu ada offer free delivery for first time oder. Kalau tak silap oder lebih RM80 ble dapat free delivery. Kalau orang plus size macam aku ni kira memang seswai sangat la beli online. Udah le tak yah susah2 nak g kedai dan bersesak2 dengan orang, pulak tu ada saiz besar dan delivery pula free. 

Monday 28 August 2017

Sunday 27 August 2017

Autumn In KL

Sebelum2 ni kalau melancong esp ke Jepun atau Korea, aku akan pilih musim autumn. Warna dedaunan di musim luruh tahan lebih lama dari kembangan sakura semasa musim bunga memberi lebih masa untuk memilih waktu ke sana. Tiket flight juga masih boleh dapat yang murah, tak seperti tiket musim bunga yang lebih mahal. Tapi nampaknya di KL pun ada musim luruhnya sendiri. Ini gambar yang aku ambil semalam, masa on the way dari rumah ke MRT Taman Midah..


Saturday 26 August 2017

Hannah Love Osaka

Mulakan ari dengan kek lapis Sarawak. Terbaikkk la kek lapis Warisan ni, esp perisa masam manis dia. Memang sedap. So apa plan hari ni? Hari ni kitaorang nak bawa Hannah ke 'Osaka' naik MRT.

Plan pagi ni parking dekat stesen Taman Midah yang katanya dekat dengan my house. Ikutlah kata si Waze, jalan la ikut HUKM then pusing2 dalam kawasan perumahan Taman Midah before sampai dekat stesen dia. Adik aku kata ada jalan baru ikut Hospital Rehab tapi aku saja nak ikut jalan yang Waze tunjuk. Dalam 15 minit sampaila kitaorang kat parking bertingkat MRT. Sampai2 gate, ada brother tahan.


Dia bagitau kalau nak parking kena pakai Touch & Go je.. puhh!! Nasib baik kad tu ada isi. Memula ingat nak parking bawah je, last decide naik atas je la terus. Parking ni separated dengan stesen, dihubungkan dengan elevated ramp. So cari punya cari, yang direct ke ramp tu is parking kat tingkat 5. Seram tak tengok ramp dia? Hahaha. Harus la seram. Tingakt 5 kot! Happy la naik MRT ni.. rindu pula dekat Tokyo T_T Stesen dia canggih la wa sakap lu. Tengok je la wajah eksaited kitaorang ni ha






Masa sampai kat Stesen Bukit Bintang tu hujan. Si Hannah siap dengan baju hujan, lagi la buat aku rasa rindu gila nak p Tokyo.. uwaaaaa
Kitaorang keluar kat exit Lot 10. Jalan punya jalan, singgah dekat Fahrenheit.. makan dulu dekat Food Court. FC dia by Parkson, Makan2. Aku memang suka set up FC Makan-makan by Parkson ni, interior dia cantik dan cozy walaupun kedai tak banyak. Seperti expected, memang cantik. Makan pula sedap. Unlike Makan2 kat SVM yang penuh dengan bangla, kat sini food outlet tak banyak tapi takde la penuh muka bangla.

Before gerak ke Pavilion, singgah kedai buku Book Excess yang host Big Bad Woft tu. Op kos la kena singgah lagi ni time  balik karang. Sampai Pavilion, si Hannah dah merengek nak Osaka. Bawa la p Tokyo Street.. p tengok pink flower konon..




Ingatkan tertipu la dia da sampai Osaka.. sekali dalam keta nak balik rumah tadi dia meraung kuat. Adih, nak airport.. nak aeroplane.. nak Osaka.. aaaarhhh sudahhhh!!!