Monday 31 May 2021

Si Merah Dah Tiba



Alhamdulillah urusan membeli kereta dah selesai. Sales Advisor tu bagitau kalau kereta tak keluar hari ni kena tunggu lepas PKP la gamaknya. PKP pula kompom la tak tahu sampai bila. Sejak beranak dua ni rasa cramp sangat naik sedan.. da berbulan intai model keta ni tapi tak konfemkan dengan SA tu tapi bila kaler merah keluar tak fikir panjang dah.. terus konfemkan. Urusan dari booking confirm sampai kereta keluar tak sampai sebulan pun. Keta lama pula tolak dekat adik.. since dia pun dah kerja. Tapi kerja sambilan.. nak beli kereta takut komitmen ada tapi tak ble nak bayar so aku suggest dia sambung bayar je kereta aku yang lagi setahun setengah nak habis. 

Since esok dah start PKP tak tahu sampai bila, hari ni hari terakhir la kami boleh bersiar2. Tak ke mana pun.. bawak budak2 pusing2 je je naik kereta.



Sunday 30 May 2021

Monday 24 May 2021

Sunday 23 May 2021

Friday 21 May 2021

Thursday 20 May 2021

Wednesday 19 May 2021

Tuesday 18 May 2021

Monday 17 May 2021

Projek Ganti Wallpaper


Selesai projek mengganti wallpaper dapur untuk bahagian atas tu.. next nak ganti dekat meja pula. Since nak pindah juga pun nanti, takde la buat renovation. Bertahan je la kejap lagi sampai pindah. Tapi tak nak la nampak huduh so kita buat la sesuatu.. tak giteww??

Sunday 16 May 2021

Saturday 15 May 2021

Raya Ke-3

Memandangkan ketiadaan ayam di rumah ini, maka terbantut la haktiviti merendang. Jengok dalam peti cuma ada udang dan drummet ayamas. Pastu jengok grab apa yang menarik.. tetiba cam nak makan nasi lemak Old Town. Tapi sebungkus kosong yang cuma ada papdom, bilis, sambal dan telur je dah RM12.. baik la masak sendiri. Finally...

Lepas melantak, kenalah buat haktiviti mengeluarkan peluh. Teringat wall paper dapur dah sampai so aku pun ganti la wall paper baru dekat kitchen kabinet yang dah buruk tu. Ingat nak oder wall paper kaler item tapi kena tunggu lama so oder je la apa yang ada.. buruk plak bila dah pasang.. hentam je la

Sedar2 dah dekat pukul 3. Jengok grab lagi apa yang best nak oder. Macam nak makn spaghetti tapi mesti tak sedap.. maka masak la lagi sendiri.. muahaha.. 

Friday 14 May 2021

Raya by MO


Pagi ni sarapan puas2.. lepas tu begambar jap.. mandi2, makan, rilex dan makan lagi.. macam tu lah aktiviti kami hari ni. Last time late check out sampai jam 1 tapi kali ni MO bagi sampai jam 2 petang. Maybe sebab orang tak ramai kot.. tak tahu la. Thanks MO.. we’ll sure to visit again. Since pkp la pkpu la.. tak pegi pun tengok pool & enjoy all the facilities. Even restaurant pun tak boleh dine in. Huhu..

Thursday 13 May 2021

Raya Rumah Raya MO

Pagi tadi 1st time aku bangun awal sebelum subuh nak readykan bahan tuk memasak oke. Biasanya half hidangan macam rendang daging dan nasi impit yang boleh tahah lama aku akan masak malam dan half lagi lepas solat macam mee kari, laksa dan rendang ayam. Tapi malam tadi aku letih sangat sampai tak larat nak masak so kenalah bangun awal. Since yang ada dalam peti cuma udang, daging dan sikit ayam.. dapatlah masak rendang daging, nasi impit, kuah kacang dengan mee kari. Kuah kacang tu pun nasib ada balance kacang yang aku goreng masa teringin makan rojak hari tu. Nasi impit pun balance2 lepas masak hari tu juga. Adoiiii... 

Before jam 9 aku siap masak, pas tu mandi dan solat raya berjemaah. Hari ni dengar khutbah raya dari pacik saja la since pacik tak boleh g masjid. 

Lepas kenyang melantak.. kitaorang rehat-rehat. Tetiba rasa macam takde apa pulak nak buat. Takkan nak tidur makan je sepanjang hari maka aku puk buat kerja gila revive balik plan asal raya di Hotel Mandarin Oriental. Tengok harga untuk bilik menghadap twin tower masih ok so kami proceed je la. Maka selepas mengira duit raya aku plus duit raya si kakak adalah mencukupi untuk menampung kos penginapan kami di MO, tanpa berlengah terus packing. Dah siap packing baru book.. macam tu pun boleh.. hahaha. 

Wednesday 12 May 2021

Day Before Raya

Belum pernah lagi rasanya a day before raya aku masih bekerja.. huhu.. hari ni pecah rekod. Ye lah.. nak balik kampung tak boleh, nak jemput orang datang raya pun tak boleh maka ala kadar saja lah. Dekat jam 3 di Chemba call bagitau taska ada call dia tanya bila nak ambik adik sebab hari ni taska last pukul 2. Kelam kabut la kami anak beranak balik pegi ambik adik. Lepas ambik adik, pegi la ronda nak beli ayam. Ingat nak oder grab tapi tengok ayam dekat Hero Market dah sold out. Singgah Ayamas, pun habis juga. Nampaknya tak de la rendang ayam si Chemba pagi raya sok. Aku suh p beli before ni dia duk kata peti penuh. Nasib laa.. 

Lepas tu pegi pula cari lemang. Ada 10 gerai lemang area rumah aku ni tapi semua pun untuk yang tempah je. Nasib baik ada 1 gerai yang jual.. kalau tak menagis la laki aku tu. Sapa suruh suka sangat buat benda last minit. 

Tuk berbuka hari ni aku goreng mee, buat coleslow dengan rojak buah.. tu pun nasib baik baik aku paksa dia beli juga mee masa ke Cold Storage tadi. Kalau ikut laki aku balik koje baru dia nak beli. Popia pun balance yang tak goreng semalam. 

Tuesday 11 May 2021

Menu Berbuka Orang Malas Masak

Hari ni malas gila nak masak so hari ni beli sayap dan masak nasi je. Beli sayap dekat semenanjung ni walaupun claim yang jual tu orang Sabah tapi haremm memang tak sedap. Kalau tak ayam kecut or ayam out.. sos pula kelaut. How I miss sayap sabah 😭

Monday 10 May 2021

Koleksi Menu Puasa

Memandangkan puasa dah nak berakhir, simpan sini menu hidangan kami sekeluarha berbuka puasa. Ada harinya lapar sangat sampai lupa tangkap gambar.. hahaha. Takde la hari-hari aku masak sebab aku bukan la rajin sangat orangnya. Masak pun tak la pandai mana.. cukup la buat mengisi perut. Ahaksss.. dalam banyak2 aku memasak time puasa, masak masa berbuka dekat Mandarin Oriental paling akan aku ingat. Duduk hotel 5 star tapi dekut nak bayar makan.. hahahaha. 

Sunday 9 May 2021

Mee goreng & Rojak For Berbuka

Menu berbuka hari ni berasaskan mee, mee goreng dan rojak mee.. tamaha kann!! Popia tu op kos la x ble tinggal.. kegemaran si Chemba. Kalau makan popia tak ingat dunia laki aku tu.

Tuesday 4 May 2021

2 Beradik

Macam ada cerita pula dua budak kecik ni.. hehe.. dak adik ni belum pandai duduk lagi. Kalau duduk jatuh ke belakang tu biasa tapi dia ni jatuhnya ke depan sebab dia duk obses nak tengok kaki kalau didudukkan..

Friday 30 April 2021

Beli Masjid

Sampai sudaaaa.. special blind. Kalau tahun ni tak dapat pegi masjid sembahyang raya.. ni worries kita bawa masjid ke rumah. Walaupun gambar je.. jadiklaaa fefiling solat dekat masjid. Ahaksss.. saspen juga masa order tu sebab takde review. Thank god.. barangnya sampai dengan selamat.   Comey kan? Harg benda alah ni ikut saiz.. lagi besar op kos la lagi mahal. 



Thursday 29 April 2021

Tak Sabar Nak Raya

Hari ni aku merendang.. baru half way puasa oke! Nampak nau dah tak sabar nak raya.. walaupun maybe tahun ni raya di rumah saja tapi raya tetap raya.. kannn! As always la.. merendang guna Noxxa memang kejap je masak rendang daging. 

Wednesday 28 April 2021

Bunga Besi

Since rumah da tukar konsep hijau, kena la upgrade deco pula kan. Nampak bunga besi tu orang jual dekat Shoppee aku pun tergoda nak beli. Kejap je da sampai.. yeayyyy. Dah malam, kita buat improvement sket tanbah lampu.. tadaaaaaa!! 

Monday 26 April 2021

Projek Rempah

Tadi si Chemba singgah Daiso maka berjayalah aku mendapatkan stok bekas rempah yang banyak ini. Apa matcam? Ngam kan gantung bekas tu dekat base katil & susun banyak-banyak.. nampak kemas. Rega sebijik macam biasa la rega Daiso RM5.90.. kalau beli banyak mahal la juga kan 😛

Letih mengemas, aku masak simple saja petang ni. Sambal bilis, pajeri dengan ikan goreng menjadi menu kami berbuka untuk hari ini. Aku kalau sebut pajeri je pun air liur dah kecur.. memang peminat pajeri sejak azali. 

Sunday 25 April 2021

Friday 23 April 2021

Mari Tukar Dinding

Da tak ble tahan sangat dah tengok dinding rumah yang comot tapi wabak malas melanda, paling senang jawapannya tukar je la wallpaper. Kalau sebelum ni konsep merah, kali ni guna konsep hijau pula. Tadaaa.. hijau suda. Bukan la senang nak jadi gini oii.. nak tarik wallpaper lama tu macam menarik apa je. Giler power gam wallpaper tu.. no wonder la dalam Shopee aku tengok iklan wallpaper tu siap ada orang bergantung tapi wallpaper masih melekat. Bayangkan aku yang gemuk ni pun wallpaper tu masih tak tercabut. Geram betul! 

Wednesday 21 April 2021

Main Masak-Masak


Tadi godek-godek rak buku, terjumpa pula buku Chef Wan yang aku beli lama dulu. Aku bab membeli buku resepi memang menang tapi masak tak pernah nak ikut resepi.. hahaha. Aku buka2 la buku tu.. rupanya resepi menu yang dia jual dekat restoran dia ada je dalam buku tu. Aku cuba masak tak resepi dia? op kos la tak.. tak kuase.. hahaha. Tapi tergoda jugak la tengok gambar makanan sedap-sedap dalam tu so aku pun masak. Jangan ditanya apa aku masak, aku campak ikut suka  je.

Monday 19 April 2021

Hasil Tuaian Estee Lauder

Inilah hasil tuaian di Estee Lauder butik semalam. Damage? Dalam RM200 dapat kit makeup yang ada eye shadow dan blusher. Dapat lip gloss, lipstik, serum dan eye cream. Pastu dapat beg skali tapi beg tak tahu dah letak mana dah.. ahakss. Boleh la bergaya dengan makeup baru raya nanti walaupun raya di rumah je. Siyan kan 😭

Sunday 18 April 2021

Photoshoot Di Mandarin Oriental Lagi


Hari ni kami sambung lagi sesi photshoot baju raya. Tak dapat pose lawa berlatar belakangkan KLCC sebab telampau dekat sangat. Hahaha.. takpe la. Yang penting dah berjaya padamkan bucket list nak duduk semua hotel dalam hotel dekat KL ni. Lepas sesi photoshoot, kami ke KLCC. First time p hotel tak visit pool langsung.. tangkap gambar pun tidak, Nampak sangat sindrom ketuaan kan. 

Pegi KLCC termasuk pula Estee Lauder.. terbang duit hoiii! Tadi aku beli set sekali dengan beg skali ada amoi cina ni tegur aku. Amoi tu dari China rasanya sebab dia cakap dengan aku pun cakap cina. Dia tanya aku suka ke beg aku tu.. aku pun jawab la sorry i like it dalam bahasa cina. Tu je pun aku reti.. hahahaha. Kagum pekerja Estee Lauder tu aku cakap cina.. hahaha