Saturday 29 April 2023

Pacific Sutera Harbour Kami Datang

Since flight kami esok, aku malas nak terkocoh kacah dari kampung so kami lepak KK je malam ni. Ini kali kami stay di Pacific Sutera Harbour. Thank god tak dapat free upgrade ke Magellan Hotel.. hahaha. Orang lain happy dapat upgrade aku pula sebaliknya 🤣 Sebelum gerak tadi kami sekeluarga with my mom and sisters sempat lunch dekat restoran sup ikan. Mak aku kata sedap. Aku pada awalnya skeptikal juga sebab selain ikan goreng, aku memang tak makan ikan masak berkuah di kedai melainkan ikan tu digoreng terlebih dahulu. Tapi mak aku benarrr kerana sup ikan tu benar-benar sedapzzz. Lepas konyang, dalam jam 3 lebih kami gerak ke KK. Sepanjang perjalanan huja lebat uii.

Dalam jam 5 lebih kami sampai hotel. Last time kami ke sini, hotel tengah renovate kot tu yang kena transfer ke Magellan. 1st time aku lepak hotel ni time si kakak kecik. Masa tu lepak semalam dengan bapa & mama sebab si Chemba dekat KL. Time tu rate hotel memang kayangan la starting at RM500++ kalau aku tak silap dan op kos la bukan aku bayar masa tu sebab aku ikut program.. hahaha. Kali ni aku bayar tapi harganya cuma RM180 je semalam. I consider it toooo cheap lah compare dengan what the hotel offerred. Ada pool besar, ada pantai, tak jauh dari airport dan bandar KK, ada padang golf lagi.. mana nak dapat rate tu. Ketawa oppa bayar harga bilik sebab tu dorang ramai dekat sini. Tapi masa aku check in tadi ada juga oppa kedekut. Mahal nau kata dia 🤣 tak tau la apa masalah dia. Aku rasa dia macam salah book guna rate local kot sebab rate foreigner lagi tinggi.

Sunday 23 April 2023

Sunday 9 April 2023

Le Meridien Putrajaya Kami Pulang




Set berbuka tak ambik, kami ambik set breakfast. Kalau bulan puasa ni jadi set sahur la. All in harga dalam RM390+ skali breakfast. Murah la untuk rate weekend sebab hotel ni biasanya mau lebih RM400 semalam tanpa breakfast. Sahur start jam 4 kalau tak silap tapi kami turun lewat sket dekat jam 5. Wallauweiii.. meriah  gila wa sakap lu! Orang ramai gilos.. tapi makan pun banyak. Terbaikk!! Pas makan lepak-lepak la dekat bilik.. takkan pegi jogging pula kan. Lawa gila view sun rise dari bilik kami.. view malam tadi pun lawa sebab ada lampu-lampu dekat air pancut. 

Kasi chance si Chemba tidur-tidur, aku hangkut si kecik lepak mall lepas dah selesai packing. Punya best berdukung sampai tetido beliau tu. Singgah Alha Alpha sat beli apa yang patut. Aku suka lips serum dia.. kaler lawa kalau buat lipstik. Dah letih berjalan, aku balik hotel round-round kawasan. Masuk dekat kids room.. nice sebab bilik toys dia meriah. Sambil-sambil ble tengok tv dan tengok oran swimming dekat luar.

So bye-bye hotel. I sangat recommend orang stay sini. Definitely will come again.

Saturday 8 April 2023

Le Meridien Putrajaya Kami Datang



Hari ni satu lagi hotel dalam bucket list aku berjaya jejak. Since kami ni tak mampu nak bayar harga buffet yang mahal mengalahkan harga makan seekor kambing untuk kami berempat maka macam biasa la, just lepak hotel dan makan apa saja yang sodap 🤣 Walaupun actually malam ni aku ada jemputan berbuka di hotel berhampiran yektu Marriot hotel tapi aku decline sebab tak selesa ada anak kecik. Kalau takat makan dan tak duduk hotel terus, malas la sebab terkejar-kejar nak solat semua. 

Masa kami sampai tu baru jam 1 tapi hotel allow chekck in awal. Aku ambik bilik Signature Twin Room dan kami dapat view entrance mall. Everything dalam bilik op kos la tiptop sebab hotel baru. Dalam peti ada macam-macam jenis air boleh minum woo. Mau harga dalam RM20 ke 30 hengget kot sebab air The Tapping Tapir tu dah dalam RM 8 sebotol, ada jus lagi.. hohoii. Le Meridien ni best sebab connect dengan IOI Citymall. Tak yah risau nak makan apa sebab kata LG tu banyak makanan. Si Chemba offer nak belanja berbuka di hotel tapi fully book yaw! Kami decide nak berbuka di bilik saja so kami turun la ke mall jap untuk survey. Singgah KFC luk makan. Op kos la bukan kami yang makan 🤣 bagi si kecik tu. Dalam jam 4 camtu baru si Chemba turun balik ke mall untuk tapau set berbuka di Banana Bro. Konyanggggg!! 

Monday 3 April 2023

Hair Cut Day


Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya kami berjaya dapatkan slot untuk potong rambut adik dekat saloon. Emaknya pun tak pegi saloon tapi dia ni saloon pun dekat MV oke. Kami selalu bawa pegi A Cut Above.. sekali potonh dalam RM45 ui! Kali ni mood dia ok. Selalu memang meraung tak boleh bawa bincang. Td amoi potong guna gunting, dia ok lagi. Sekali on je mesin terus meraung. Kesimpulannya dia ok je potong rambut rupanya.. asalkan bukan pakai mesin.

Sunday 2 April 2023

Puasa 2nd Week



Dah masuk 2nd week dah rupanya kita puasa. Sepanjang ni mostly memang beli dekat param je, beberapa kali je pun masak. Hari ni tiber mood rajin mari. Kita kasi masak la…

Saturday 1 April 2023

Thursday 23 March 2023

Day 1st Puasa 2023

Hari ni hari 1st puasa. Lawa pula langit tu. After so many years tak makan berat masa sahur, tadi kitaorang makan nasi ok. Sepanjang aku khawin, kami memang kalau sahur makan kurma je tapi kali ni si kakak start puasa, terpaksa la merajinkan diri masak. Kang tak memasal lapar pula kat skool 😂

Sunday 12 March 2023

Saturday 4 March 2023

Kol 8.30 kami turun breakfast dekat Fairway Coffee House. Untuk mak pak free tapi si kakak kena bayar RM38, rate kanak-kanak. Restoran luas dan pilihan makanan memang meriah.. cuma kami je yang tak larat nak makan.. hahaha. Yang tak best dimsum kena limitkan.. ble amik sorang 2 bijik je.. bila nak amik lagi dah kena tunggu sebab tak siap2 kukus lagi.. ayooo.. untuk rate RM 75 satu kepala.. dimsum pun mau catu ke! Ayoooo…

Lepas makan, kami ke pool. Pool dia besar dan ada slide. Tu yang biru tu puncak menuju kejayaan.. kalau kanak-kanak salah turun dari slide dewasa dan tak reti berenang.. mau lemas. Slide tu ada 2.. tuk dewasa dan kanak-kanak. Tak panjang pun, boleh la buat geli2 main slide. Depth pool kanak-kanak tak dalam mana maka dapat la si adik berjalan2 mengharung air. Pada aku, from point of view as parents dengan anak kecik aku rasa design pool teruk nau. Sapa la arkitek dia ni.. orang yang takde anak agaknya. Ko buat pool budak, op kos la parents akan ada dekat area tu sekali untuk teman dan tunggu. At the whole area pool budak tu, cuma ada 2 tempat menunggu yang sempit la pada aku. Area depan slide ada 4 bench pendek dan kat depan sket ada 2 or 3 kerusi malas. Selain dari 2 tempat tu.. takde langsung ruang untuk menyelat nak duduk tunggu or pantau anak-anak ko dari luar pool.. makanya penuh la ibu bapa dalam pool yang takde la nak kata besar pun. Nasib kami datang awal, masa kami nak blah tu dah penuh dah pool dengan mak bapak yang bawak strollernya duk bertenggek depan laluan masuk pool tu.

Half way anak-anak aku mandi pool.. sejuk la pulak. Aku bawa masuk bilik sauna sat bagi panas badan. Part ni aku suka sebab bilik persalinan dia selesa. Dalam tu ada few shower, toilet, steam room & sauna. Kami mandi kejap je.. cuaca pun mendung sebab tu sejuk sangat. Kol 10 kami naik bilik mandi dan tdo jap.. ngam 12 cek out. Sebelum balik rumah singgah lepak dekat Aeon jap cuci mata sebab duit da habis bayar hotel.. hahahaha