Aku pun tak pasti mengapa tapi hari ni rasa sedih dan susah hati tanpa bersebab. Gangguan hormon? kitar aku lambat lagi rasanya. Mungkin disebabkan mimpi aku semalam.. agaknyala. Dalam mimpi tu aku dapat jawapan untuk persoalan yang tidak pernah aku utarakan pada empunya badan mahupun rakan-rakan. Aku tahu mimpi itu mainan tidur, tapi aku percaya mimpi juga adalah cara jiwa berkomunikasi.
Kenyataan memang adalah sesuatu yang perit untuk diterima sekiranya apa yang terjadi tidak berlaku seperti yang kita harapkan. Namun masa itu mampu membuatkan kita leka dan terlupa akan perkara-perkara sedih. Sememangnya masa itu akan berlalu dengan pantas, tapi aku rasakan masa aku seolah- olah statik..