Wednesday, 27 April 2011

kali ni stay at a nice chalet dekat Rompin Beach Resorttapi pantai kotor! Dan hari ini dalam sejarah juga aku dikejar monyet!! Hampeh punya monyet! Dalam perjalanan kembali ke bilik dengan hati yang tenang lagi girang selepas menikmati keindahan pantai yang telah sekian lama tidak aku hampiri, tiba-tiba seekor monyet menghampiri aku dari tepi. Aku pun terai lah halau cam halau anjing kununnya. Bukannya monyet tu takut, instead dia makin menghampiri. Aku pun apa lagi, mengorak langkah seribu lah! Nasib tak de orang kat situ, kalau tak mellu oh!

Dan hari ni aku tertekan sebab drebar bawak keta penuh berhemah, 80km/hr! Rasa cam nak jer aku cakap kat pokcik tu biar aku je la yang drive. Tak pernah-pernah aku duduk dalam keta dekat 5 jam untuk trip Rompin-KL.