Inilah ghopenya bili Superior yang aku duduk dekat Hotel Grand Margherita.. ok sangat!! Kol 7.45 pagi check out sebab nak gerak ke Poli Kuching kol 8.00. Kalau Poli lain yang aku g lawat semuanya tak la jauh sangat dari pekan/ bandar terdekat, Poli Kuching ni pula memang seswai dengan orang yang sukakan nature sebab jauh nun ke dalam dan dekat dengan Taman Negara Kubah. For those yang suka g hiking or masuk hutan or what ever yang related dengan aktiviti nature, seswaiii sangat!
Habis mesyuarat & lawatan, kol 11.30 kitaorang kena hantar ke Airport.. since my flight kolo 2.35, sempat la shopping kek lapis dekat airport. Bos aku orang Sarawak so dia sambung cuti. Dia kata kalau beli kat airport pun lebih kurang je rega dekat Kuching. Ada macam-macam perisa kek lapis, range dari RM10 sampai la RM50.. yang murah pakai majerin & yang atas RM15 pakai butter kata adik yang jual tu. Walaupun aku bukan la nak kata peminat kek lapis, aku beli la sebijik sebab adik yang jual tu kata kek ble tahan seminggu je. Makanya idok la aku beli tuk adik2 ngan kawang2 opis sebab bulan puasa ni orang tak makan sangat.. kang membazir je cam kat umah aku.. miahahaha ;p