Monday, 26 September 2016

Tudung Buat Si Pemalas


Amacam, sun tak hakak? Hahahah. Bukan la samada hakak sun ke tidak yang hakak nak kongsi, yang hakak nak story cuma pasal tudung pevret hakak ni. Hakak memang malas gila kalau tang iron. Demi nak mengatasi kemalasan, hakak sampai sanggup beli iron besar, iron kecik sekeciknya, iron berat, iron ringan.. iron steam pun hader. Tapi tak bekesan. Sudahnya hakak rasa elok la kalau hakak beli je tudung yang tak payah iron langsung tapi selesa dan sun bila dipakai.

Makanya, hakak jumpa la tudung hakak ni, jenis kain renyuk. Orang kata kain bubble pun tak yah iron, memang tak yah tapi pada hakak shawl bubble tak lawa. Dek kerana kegilaan, hakak ada lebih dari 10 lai tudung ni, macam2 kaler. Rega? kalau p Jalan TAR umang ai mahal. Walaupun idok la semahal tudung Fareeda yang kompom sampai mati pun hakak tak hengen nak beli, tapi RM5 beza selai pun mahal juga. Kalau beli kat Tesco Cheras baru RM10. Kalau beli banyak lagi murah.

Hakak ni kalau tudung, limit paling mahal pun hakak beli RM30. Lebih dari tu memang tidak la. Apa ke gilanya hakak nak spend mahal2 tuk tudung yang saiznya separuh je dari kain baju hakak. Baju hakak pun paling mahal hakak sanggup spend RM50 je, apa ada hal rega tudung nak lebih2 dari rega baju. Kalau cam tu, baik tudung tu buat baju je! Itu hakak la. Kalau kome suka tudung mahal, kome punya suka la kan. Janji bukan hakak yang bayar tudung kome!