Meminjam bermaksud rugi pada kita tapi untung pada bank. So inilah alksiah aku nak share macamana aku berniat nak refinance kereta tapi hajat terbantut.
Selalu aku dengar pasal auto refinancing. Maksudnya ko refinance kereta yang dah habis bayar or tak habis bayar dengan reschedule semula loan berdasarkan baki semasa. Aku saja cuba terai test dengan bank tuuuuttt, agak2 berbaloi. So 1st aku call bank tuuut. Bank kata, interest 3.5, aku dengar cam menarik juga so aku pun bagi la maklumat keta. Proton Saga 2008. Bank kata keta aku layak refinance RM11,500.00 je.
Ok.
Interest RM11,500.00 x 3.5% x 5 tahun = RM2,012.50
Total Loan RM11,500.00 + RM2,012.50 = RM13,512.50
Bayaran bulanan sepatutnya dalam RM226 bagi tempoh 5 tahun
Tapi.
Kena minus
i) Admin fee RM848
ii) JPJ endorsement RM421
iii) 6% sale on price RM867
iv) Motor insurance premium taktau
So bersih RM11,500- RM848 - RM421- RM867 = RM9364
Bersih Cash : RM9364
Perlu bayar : RM13,512.50
Interes % = 13,512.50/ 9364 = 1.443 @ 44.3%
Interest for 5 years = 44.3%/ 5 = 8.86%