Wednesday, 31 May 2017

Hijabista

Hari ni si Hannah sibuk minta pakaikan tudung.. makanya aku pun pakaikan lah dia tudung itam ni. Bukan main lagi di pose bila aku suh bergambar. Alahai anak!

Tuesday, 30 May 2017

Around The House : Lego Idea

Antara cara-cara nak simpan lego, ko tepek je kat dinding.. ahaks! Hari tu kitaorang g Toys'r'Us... bukan main leka lagi si Hannah main lego tampal2 kat base ni. Konon nak la belikan satu base lego ni, umang aiii.. sekeping mau 70 hengget oke! Tak pe! Tak pe! Lelong kan ada. So aku pun carik la kat lelong.. yang 50 x 50 stud ni baru RM29 hengget je. Ingatkan kualiti cikai sebab Lego compatible je.. bukan ori. Tapi kualiti dia pun boleh tahan juga.

AKu beli dua, tepek gam & hempuk kat dinding. Dinding bukan sebarang dinding, dinding kabinet pun jadik oke!

Monday, 29 May 2017

Around The House : Pendekkan Langsir

Apakah?

Oke, ini adalah gambar langsir rumah aku yang asalnya pendek kini dah ngam-ngam. Memula ingat nak potong je bagi pendek tapi cam tak fond dengan idea tu so aku guna alternatif idea.. p Mr Diy beli anting2 yang 10 set RM1.50, then aku anting-anting kan kaki langsir aku cam kat atas tu. Tadaaaaa... siap! Lawa lagi cam ada hiasan lak.

Friday, 26 May 2017

A Day Before Puasa

Tadi by hook or by crook, walau sorang pun..aku gigihkan diri ke Sunway Putra untuk ke kedai Tepanyaki kegemaran aku kat tingkat 4, Teppankyuko. Berapa tempat aku teri, still this is the best in KL! Daging dia potong kecik2, garing kat luar still juicy di dalam. Cuba ko bayangkan! Tapi sila bayangkan hari ni je la.. esok dah start puasa.

Enjooyyy!! Selamat Berpuasa

Monday, 22 May 2017

Pengalaman Tinggal Di Hotel Business Inn Sennichimae

Masa di Osaka hari tu kitaorang duduk dekat Business Inn Sennichimae Hotel yang terletak dekat area Dotombori. Aku book hotel masa tu agak lewat juga, awal bulan 3. Most of hotel dekat Osaka at that time memang dah fully book. Musim sakura la katakan.. tentulah ramai yang datang melancong.

Macamana ble dapat hotel ni? Aku book through Agoda je. 1st yang jadi kriteria pemilihan hotel pada aku op kos la location, mesti dekat dengan subway. 2nd, price. 3rd, pet policy. 4th, child policy. Masa aku book tu aku tengok kriteria 1-3 dah comply, kriteria 4 tu je aku tak sure. Tapi aku gamble juga, book 3 malam dengan kos RM768+ semalam. Beberapa hari lagi nak fly, aku call Agoda untuk cek polisi hotel. Malangnya Agoda pun tak dapat confirm samada perlu bayaran extra untuk Hannah atau sebaliknya. The only cara untuk contact hotel is emel. Malangnya dekat website takde info pasal emel dorang, even google pun tak de. Nasib la Agoda bagi aku emel dorang so aku pun emel la. Thank god hotel reply aku.. free kalau tak pakai extra bed. Dan since AirAsia bagi aku extend satu hari lagi tuk lepak di Osaka, aku pun mintakla tolong lagi satu kali kalau boleh combine booking aku tuk 1 hari tambahan tu.. Alhamdulillah.. dorang layan request aku. So inilah kos yang aku spend tuk duduk di sana 4 malam














Kalau rate Jepun, hotel ni boleh kata murah la.







Thursday, 18 May 2017

The Tree

This is the tree that mark my parking stop every morning, kalau takde orang menyibuk dekat 'official parking' aku ni la. Thanks pokok, you banyak berjasa making sure i park my car nicely.



Wednesday, 17 May 2017

Nasi Ayam Gas Mati

Semalam masa aku bekobar2 nak masak nasik ayam buat kali pertama, gas mati! cipan betul la. Sudahnya terpaksa la aku goreng ayam guna stove letrik. Actually ok je pun kalau guna letrik tapi masalahnya aku punya kuali tu tak ngam ngan. Yang boleh guna cuma kuali stainless steel aku yang berpunggung nipis so memang tak feel la nak goreng ayam.

Gila kecut oi ayam aku!

Tuesday, 16 May 2017

DaebaKing Daebak!

Aku ni ketahuan bukan jenis yang suka benda lawak2 ni. Lagi2 kalau lawak bodo tapi SNL Korea versi translate ke BM oleh Daebaking ni aku layan. Mengekek juga la baca dorang translate ke BM pasar walaupun ada yang cam over tapi ble layanzz la..

Yang kelakar tu, siap ada nama melayu untuk watak-watak korea. Cam kat sebela nun, kali ni si Nickhun jadi 'PTI'.. kesian Hidayah. Dapat boyfren semua cam harem... hahaha

Monday, 15 May 2017

Semalam Hari Ibu Laaa!

Semalam aku kata aku tak aware bila hari ibu kan.. semalam la hari ibu! apa daaaaa! Since ada anak ni op kos la si Hannah yang jadi model kad2 ucapan aku... hahaha.

Aku kalau part sambutan2 or wish2 ni aku tak berapa sangat.  Bila nampak orang buat aku pun ikut je la. Aku bukan jenis gitue. Apa2 hari pun, it is just another day on the planet. So plain boring kan, yes! itu lah aku.

Sunday, 14 May 2017

Hadiah Hari Ibu

Tadi masa aku g hantar my sis ke TBS, tetiba ada awek approach & bagi aku bunga. Nasib awek taw, bukan anak ikan.. hahaha. Ini sempena hari ibu yang aku pun actually tak aware bila. Aku dapat 2 kuntum, sekuntum dah selamat si Hannah patahkan.

Amacam, ada muka keibuan tak aku? hahaha. Ada tak ada, aku dah jadi ibu dah pun. Kalau kurus sikit, silap2 menangis budak sekolah menengah tengok ahkak umur hampir 4 series muda remaja cam dorang.. wakakakakakakakaka


Friday, 12 May 2017

The Story About Dotonbori

 


Dotonbori/ Dotombori tu apa? Dotombori tu is satu area dalam Osaka, Japan. Ini kata si Wiki pasal Dotombori
"Dōtonbori or Dōtombori (道頓堀, pronounced [doːtomboɾʲi]) is one of the principal tourist destinations in Osaka, Japan, running along the Dōtonbori canal from Dōtonboribashi Bridge to Nipponbashi Bridge in the Namba district of the city's Chuo ward. Historically a theater district, it is now a popular nightlife and entertainment area characterized by its eccentric atmosphere and large illuminated signboards"

What is so famous about this area? Kalau ke Osaka, aku cadangkan kome duk la area ni. Happening wa sakap lu! If you are looking for food, shopping dan entertainment, this is the right area to stay. Apa yang paling aku suka pasal. Dotonmbori is area dia lively dan colourful at night dengan lampu neon. Dan yang paling menonjol sekali pada aku, not the food! Walaupun food adalah tarikan utama tapi aku tertarik dengan display restoran dorang dekat sini. Dari makanan laut, sampai ke lembu pun dorang gantung oke! Tak caya?


Crab kat atas tu bukan sebarang crab, tangan dan mata dia ble gerak oke! Dan saiznya lebih kurang 6 meter +-.

Sepanjang berada disini, memang la Dotombori ni tak pernah sunyi. Meriah dengan food fiesta, to be specific.. street food. Kau peminat takoyaki? Memang sini la tempat kau. Osaka ni lah tempat lahirnya takoyaki tapi bersabarlah dengan harganya. Kalau di Malaysia boleh dapat 3 biji takoyaki dengan harga RM5++, bersedialah dengan harga tako yang mencecah RM4 sebiji disini bergantung kepada tukaran matawang semasa! Berbaloi bayar mahal sebab sedap? Personally aku rasa Malaysia punya lagi sedap! Suit to lidah aku yang bercitarasakan makanan Malaysia perhaps. Tapi trust me, Malaysia punya lebih sedap.. itu pun kalau ko beli from the right shop la.

Kena ingat juga, tang halal tu aku tak jamin. Macam kitaorang, memang tak berani la minta sos dia. Masa mula2 sampai tu aku tersilap. Aku google kat tenet halal tako dia tunjuk satu kedai ni, Creo-ru. Aku pun take for granted sebab eksaited maa, sampai2 Dotonbori terusss oder.? Habis dah kitaorang lahap semuanya 10 bijik, tiba2 tertoleh dia ada menu babi. Babi siut! Walaupun menu babi jual kat dalam dan tako dorang jual dekat spesel kiosk dekat luar.. how confident are you yang masa penyediaan bahan tu dorang tak guna pekakas yang sama. Since dari tu aku hati2.. mana yang tertelan tu dah jadi tahi so tak boleh dah nak buat apa. 

Ok. Back to Dotonbori. Apa lagi boleh buat di sini selain makan? Shopping la semestinya! Kat sini macam2 ada.. japananse shop, western type shop macam H&M, Forever 21.. semua ada. Ko pusing je Dotombori tu, singgah p Shinshaibashi Suji.. kompom ko pitam keletihan. Apa yang penting janganlah kau lupa bawa duit yang banyak. Kalau kau tanya aku apa kedai pevret aku visit dekat sini.. aku akan cakap Edon dan Donki. Kat Edon boleh beli Gundam.. RM32 ble dapat dah oke, depends on model while di Donki pula cuci2 mata tengok barang2 dekat Jepun ni. Apart from that,
kalau kau nak tengok japanese theather, kabuki pun boleh.. singgahla ke National Bunraku Theathre or  Shochikuza.
Kalau kau nak tahu detail apa yang kau boleh buat di sini.. aku suggest kau google he Dotonbori tourism. Salah satu yang aku jumpa is this.

The thing pasal melancong ke Osaka is, susah nak dapat buku travel guide dia di kedai-kedai buku Malaysia ni. If buku pasal Tokyo, Kyoto tourism guide mudah didapati tapi Osaka punya aku rasa the only source refer internet je sebab memang boleh kata hampir tiada. Kalau ada pun, sikit je covered dalam the whole book about Japan. Hari tu pun aku dapat dari Japanses section, Kinokunya oke! 

Kesimpulannya.. kalau p Osaka kau tak p Dotonbori.. jangan la kau balik Malaysia cakap kau dah sampai Osaka!

Thursday, 11 May 2017

Gila Jam

Mula-mula beli satu.......

Sekarang ada6 oke!!

Habis dah aku ronda almost semua kedai DIY yang aku senang akses. Berkenan sangat dengan jam ni & bila tepek lagi dengan tulisan gold tu makin lawa plak. So dari DIY Pemaisuri dapat sebijik, DIY Sunway Putra dapat sebijik, DIY Viva mall dapat 4 bijik. Puas ati!!!

Wednesday, 10 May 2017

Bumblebee Kembar

Hari tu masa Happy Meal McD ada Bummble Bee.. aku pun beli Happy Meal. Tapi aku beli 3 Happy Meal so aku dapat 3 Bumbble Bee... hahaha. Ait.. mana sekoq lagi.. ini kesti si Hannah dah kerjain ni..

Tuesday, 9 May 2017

Mengintai Abang Ayam

Apakah??

Actually ini gambar gerai abam jual ayam kukus yang sedap gila dekat area depan umah pengasuh si Hannah. Kalau beli dekat abam ni, si Hannah pun ble habis 3/4 tapau. Apa yang best? Banyak la juga nasik ayam kukus yang aku dah terai kalau di KL ni tapi yang ni memang thorbaik! Cumanya yang aku tak puas ati sebab abam ni datang niaga lewat. Kol 5.30 ke atas baru start padahal kalau itu time kompem la aku dah kebuluq tahap gaban!

Monday, 8 May 2017

DBKL Kalau Saman Siap!

Punyala aku skema tadi nak bayar parking sekali sistem DBKL ni down. Time aku nak bayar ko tanak, kalau kena saman memang nak kena jugak la DBKL ni. Luckily sepanjang aku berurusan dekat bank tadi tak de la saman yang melekat dekat cermin. Selamat kau DBKL.

Sunday, 7 May 2017

Glico Man The Sign Of Osaka



Jikalau ke Osaka, Ke Dotombori terutamanya.. kalau tak snap sekeping gambar dengan si Glico man ni kiranya macam tak complete la trip Osaka korang.

Tapi apa dan siapa sebenarnya Glico man ni? Actually sign ni adalah papan iklan neon yang dipasang dekat Dotombori pada 1935. Lebih sepsifik, lokasinya di 2 Chome-4 Dōtonbori, Chūō-ku, Ōsaka-shi, Ōsaka-fu 542-0071, Japan dan berhampiran dengan Ebisubashi bridge yang menyeberangi Dotombori River.


Apa yang diiklankan? Pernah dengar or makan cekelat Pocky? Itu adalah salah satu produk company ni, Ezaki Glico Co Ltd yang juga beribu pejabat di Osaka. 

 Since kitaorang duduk area Dotombori selama 4 malam, memang tiap malam la singgah melepak sekitar sini. Kalau malam signage ni akan bertukar2 color. Masa aku snap dapat tangkap yang biru dan unggu je.. tak sure ada color lain lagi tak. Ok. Apa yang gempak or kecah sangat pasal si Glico man ni? Sign je pun kan? Ya. Whatever! You nak u pegi la tengok.. tanak sudah. Simple :)

 Back to si Glico man, masa ke Tsutenkaku hari tu pun ada juga mamat ni. Sibuk je dia.. kat mana ada kitaorang kat situ la ada dia. Dah la pose sama je, asyik berlari tapi tak sampai2.. hahaha. Sorry Glico man!


Saturday, 6 May 2017

Hannah & Auntie

Hari ni sesi membawa auntie si Hannah jalan2 sebelum dia balik kampung. Dalam adik beradik aku yang semuanya pompuan seramai lima orang, semua amik course engineering. Adik aku yang sorang ni je la yang meneruskan legasi bapak aku sebagai bakal guru. Kalau ikut adik aku ni pun amik diploma elektrik, tapi masa degree amik pendidikan vokasional letrik kat Kuittho. Sangat rugi sebab dorang tak ble nak jadi engineer due to course dorang dah restrict as education. Dah la tu, keje pun open market.

Kalau masa aku belajar kat situn dulu, those yang nak jadi cikgu or lecturer study engineering then masa master baru amik perguruan. Those yang amik KPM memang fully kena taja la, dah la memang kompom dah ada kerja lepas grad tapi aku ni selalu songsang.. hahaha. Boleh2 aku tak tergoda dengan offer KPM. Ko bayang kan elaun kena tanggung, koje ada lepas ko grad, ko ble jadi lecturer or engineer ikut mana kau suka, kalau ko tanak jadi lecturer ko ble convert je duit yang KPM bagi tu jadi pinjaman. Boleh2 aku terpesona dengan PTPTN.. padan la muka aku, sampai sekarang bayar hutang. Ahaks!

Tapi tak pe, bukan rejeki aku la tu nak dapat free. Yang penting sekarang kalau dah hutang pandai2 la bayar ye!

Friday, 5 May 2017

Hannah Cumilll

Suka aku tengok gambar ni.. dah macam rabbit plak si Hannah sebab gigi depan dia pun besar & sikit ke depan.. hahaha

Thursday, 4 May 2017

Aku Yang Mana Satu?

Aku biasanya jenis yang I want to do it or i'll try to do it sokmo. Nak sampai ke yes i did it tu kadang-kadang payah nak sampai.. haha.