Pagi ni kami bangun awal untuk sarapan. Lepas sarapan tidur la dulu. Dalam jam 11 baru keluar bersiar-siar dekat kedai Warisan Duty Free seblah hotel Adya ni. Beli la coklat sikit buat buah tangan bebudak opis. Lepas shopping balik bilik la tidur lagi.. hahahaha. Dah petang sket baru lepak dekat pantai.
Sampai beach, op kos la kena makan dulu. Kali ni kami makan ringan-ringan dulu, makan pizza je. Lepas makan bagi budak-budak ni main pantai sampai puas sambil menikmati sunset dan abang api. Dah puas main, makan lagi. Macam tu aktiviti kami bermalas-malasan di pantai.