Lepas sarapan, lepak jap menikmati pemandangan pantai cenang. Pastu balik bilik rehat, mandi dan kol 12 kami check out. Memandangkan flight malam, aku book semalam dekat Cenang Plaza Hotel untuk stay sampai kol 8 malam. Lepas check out kami tinggalkan barang dekat lobi hotel untuk ke Water World Langkawi melawat ikan. Lepas tu baru kami cek in di Cenang Plaza Hotel.
Sebelum balik, wajib la singgah ke pantai cenang. Tujuan utama nak pegi makan nasi goreng seafood. Nasi dia sedap oke! Nama kedai tak hengat la pula.. yang tau kedai makan paling ujung. Perut kenyang, hati pun da senang.. dalam jam 8 kami ke airport. Keluar KLIA2 dalam jam 12, meriah bunga api sempena CNY.