Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts

Saturday 24 December 2016

Ikea Story

Muka riang nak ke Ikea
Tadi kitaorang sungguh2 ke Ikea. Pegi awal supaya tak yah berebut2 ngan orang yang time aku g Ikea dorang pun sebokkkk nak g Ikea! Hahahahah.

Tujuan hari ni beli rak kasut nipis.

Since rumah kitaorang kecik dan dah penuh, idea kreatip aku mengatakan kita pindahkan la keta racing si Hannah yang tak pernah berpakai ni naik atas rak buku. Hahahaha... hantam la labu!


Selepas complete installation, ini lah hasilnya...


Tuesday 25 October 2016

Rumah Sempit, Help!!


Rumah aku memang kecik. Memandangkan aku jenis yang suka beli barang dan memenuhkan umah jadi kenalah pandai nak store. So, ini adalah antara cara penyimpanan dan penjimatan ruang yang aku buat ;

1. Hiding in plain sight

Part hiding ini plain sight memang kemahiran aku. Yang penting kena pandai blend supaya nampak macam it really belong there. See head board katil baby si Hannah tu. Somewhere dekat situ juga aku store kerusi boleh lipat dan macam2 barang lag. Kalau kome ble nampak memang la kome terer.


2. Guna perabot boleh lipat

Antara perbaot boleh lipat yang aku suka is meja. Op kos la kedai pilihan untuk membeli meja syle gini yeklah Ikea. Ada jenis yang hang dekat wall, which is my favorite dan ada juga yang foldable & also portable at the same time. Aku memang cukup tak gemar meja kopi, semak! Kalau rumah besar, ok la tapi kalau rumah sempit tu.. tak payah la. So dengan hang meja kopi2 aku ke dinding membuatkan ruang tamu clear dan luas.


3. Guna ledge

Penggunaan ledge juga antara yang aku suka. Walaupun purpose asalnya untuk letak frame gambar tapi aku letak macam2, dari buku ke mainan ke alat solek dan macam-macamla. This one sangat sesuai untuk menyimpan barang-barang yang kecil dan tak berat. Setiap satu ledge boleh tampung maksimum 5kg je.

Aku pasang benda alah ni merata2, dekat belakang pintu.. belakang langsir.. pueh ati la!


4. Guna shoe box sebagai storage

Antara yang paling aku suka jugak yekla shoe box Ikea ni.  Macam2 boleh buat dan simpan. Aku jadikan headboard, tempat simpan buku, mainan, pakaian etc selain untuk simpan kasut. Aku ada 15 bijik box tu saja oke.

For those yang sukakan something yang simple & smart, boleh install this box dekat wall as hiasan & storage at the same time.  3 kotak yang hidden dekat bawah dengan 2 kotak on top aku store buku dan mainan Hannah, yang in the middle tu telekung & sejadah.


5. Maximize kegunaan ruang

Aku memang suka rumah kosong tapi op kos la tak boleh jadi kenyataan kan. Previously aku guna tv kabinet yang rendah. Lepas isi decoder Astro dengan Dvd Player, sikit je lagi ruang yang tinggal untuk storage. Pulak tu ruang storage kecik dan ditambah lagi pintunya kaca, kalau barang kat dalam bersepah nampak la huduh dari luar.

So semalam aku nekad ke Ikea, aku beli 2 kabinet itam tu for the price of RM299 sebijik. Ada 2 para, aku install satu je setiap satu supaya ruang dalam kabinet tu luas. Kat bawah tu aku store buku setimbun dan sebla lagi plush toys Hannah setimbun. Be it tersusun or bersepah ke, at least kat luar nampak kemas... ye dok?!


6. Modify fungsi perabot

Cantik tak kabinet cermin  bawah tu? Mana2 pun kedai kome pegi you won't find one sebab ini hakak yang modified sendiri. Asalnya rak kasut yang aku beli dengan rega RM199, now dah jadi storage mainan si Hannah & buku-buku bersaiz kecik.

Penggunaan cermin juga membuatkan ruang nampak luas. Aku suka cermin tampal Ikea, 4 pieces for RM29.90. Gam dia memang kuat gila. Aku pasang merata-rata dari bilik air sampai le ke kabinet.


Selain kabinet cermin tu, aku beli 2 tv cabinet ikea ni dengan rega RM39.90. Double kan 2... tadaaa.. you got a nice divider. Aku letak in between head board katil si Hannah macam dekat atas tu. Prevously aku devide ruang guna table bar. Malangnya table bar tu besar sangat & tak de peminat sebab we all malas nak duduk tinggi-tinggi. Kat shelf tu macam-macam boleh store.


7. Guna perabut many function in one

Ok, untuk yang ni aku beli console table berlaci yang saiznya tak kecik sangat or tak besar sangat. Fungsinya aku guna as meja makan, meja solek, meja study dan home office. Aku beli kat Tesco Cheras dengan rega RM139 je.. puas ati!

Sunday 18 September 2016

Bertukar!!!

Inilah rupa dining area ahkak sekarang semenjak menerima frame baru... hahaha. Memandangkan ongkos takde nak buat renovation, I tried to be innovative. Thank god masa si Hannah lahir ahkak sanggup juga mengumpul duit demi nak beli katil convertible. Walau tak pernah dihuni si Hannah, akhirnya katil berjasa jua jadi divider. Sanang rasa hati dapat hang macam2 dekat frame katil tu.. hahahah.

Masa jalan-jalan ke Kaison jumaat lepas, terjumpa frame besau ni. Kalau nak cari frame yang santik2, g Kaison je. Harga pun murah. Sekeping besar tu baru RM27 hengget. 

Saturday 10 September 2016

Hannah's Corner

Amacam, ok x? Akhirnya di Hannah ada her own corner hasil mamme menyopping di Ikea Cheras semantara menunggu si cinta kena release dari ward semalam. Sebatang ledge tu reganya RM19.90, panjang 55cm. Kalau ikut dari beli benda alah tu dengan kos almost RM100 untuk 5 batang, lebih berbaloi beli cabinet terus. Baru puas hati nak simpan barang. Sebatang tu pula cuma ble tampung berat maksima 5kg je. Tapi kerana mengenang umah yang bersaiz kecik, kena la jimat ruang.

Thursday 21 July 2016

Gone For Good


Tadi jenjalan dekat Tesco, alih2 terbeli la meja console ni walaupun takdak idea lagi kat mana nak letak actually. Sesampai rumah, tenung2 apa la yang boleh ahkak buat untuk menempatkan si meja. Sudahnya lenyaplah meja bar ahkak yang telah lama berbakti. Gone, for good finally!

So, inilah situasi terkini yang dilaporkan berlaku di ruang dining ahkak sekarang. Frankly, i prefer ada table bar T_T

Saturday 7 November 2015

No More Damansara For Ikea

 

I got this email yesterday. So yes! Pasni takyah dah la kitaorang susah2 drive 20km++ all the way to Damansara for Ikea and bazir duit bayar tol sebab this new Ikea Cheras dalam 5 km jek dari rumah aku.

Apa yang best sangat tang Ikea? Nak kata aku ni peminat barang Ikea, tak la juga tapi memang umah aku ada la perabut2 Ikea. Aku suka g Ikea sebab nak makan karipap. Most of the time itulah sebab utama ke Ikea. One thing about Ikea ni is reliable. They have the catalogue and you know all the stuff in the catalogue were there. Be it cantik or tak, mahal atau tak, berkualiti atau tak, worth it atau tak.. those stuff were always there. So people could go to Ikea to buy what they saw on the catalog as long the product tak discontinue.

Antara perabot yang aku pernah beli dari Ikea like carpets, table bar set, retractable dining table set, foldable table dan tilam. In term of quality, so-so tapi seswai dengan harga. Kalau g kedai perabot harga kadang2 tu ridiculous. So, there are times i believe Ikea is the right choice especially untuk rumah yang mempunyai ruang yang limited macam apartment. Ikea juga introduce space saving perabot macam retractable table yang boleh dibesarkan untuk cater 8 orang instead of saiz normal 4 - 6 orang. Or foldable table yang boleh dibukak masa nak guna & hide masa tak perlu or small size of sofa bed or.. pandai2 la kome survey sendiri. But most of the time, i choose Ikea karipap over its perabot!

Saturday 19 September 2015

Installed Finally

Last khamis aku sanggup cuti dan menghangkut si Hannah ke Ikea demi meja ni. Meja yang telah mengikis RM179 dari bajet ciput aku. Tapi tak pe, janji puas hati. Makanya aku make sure si Chemba pasang juga meja ni by hook or by crook, today.

So, hasil nagging aku.. tadaaaaaaaaa. Lepas ni da boleh la aku menikmati pemandangan luar sambil2 minum kopi di petang hari.

Thursday 3 September 2015

Eiifel To Ma Homie


If i can't go to you, i'll bring you here to me. Maka dengan itu adalah si eiffel ni in my house now. Walau hanya sekeder gambar di shower curtain, jadik laa labu

Monday 3 August 2015

Garden Tiruan

Oke, now dalam rumah gwe uda ada gaden gitue.. ahaks! Penangan merembat di DIY somban semalam. Dengan rega RM2.30 sen selai x 18, dapek la gaden pelsu. Teringin nak memasak ala2 gaden kunu ;P

Thursday 23 July 2015

Toilet Buruk. Bertukar!


Toilet aku yang selama ini membunuh selera kini sudah berseri semula setelah aku balut dengan wallpaper kaison yang reganya RM19.90 per 10 meter. Walaupun murah, jangan disangka ngak kalis air gitu. Sewai dengan orang berselera besar nak umah cantik tapi tak mampu. Boleh la offer temporary solution sementara nak kumpul budget untuk mechantekkan umah.

Tuesday 14 July 2015

Wallpaper Frenzy


Kalau dulu Kaison cuma ada dekat KK.. now da ada dekat tanah semenanjung. With addition cawangan baru di The Mall aka Sunway Putra Mall they name it now.. lebih mudah la aku nak berkunjung ke Kaison.

La ni gila wallpaper! I actually am never a fan of wallpaper tapi this type yang sold dekat Kaison with a price of RM19.90/ 10m lemgth aku suka. Cheap and easy to install. See dinding n pintu bilik aku tu.. terussss berseri. Dan frame gambar yang dekat dinding tu.. also a produk of Kaison.


Friday 24 April 2015

Transform The House Dengan Bajet Ciput

Aku dari dulu lagi memang suka menghias. Walaupun tidak secantik mana, at least senang la dipandang mata. When I first started jatuh minat dengan kerja-kerja menghias & also menjahit, time tu aku masih sekolah menengah so I was out of budget. I wanted to do tapi duit tak cukup. Sudahnya, demi merealisasikan impian I went for alternative as that was the only option yang ada.

Since sampai laa ni, masih gak tak cukup duit dan tak kaya2.. masihla juga I have to be a bit of innovative. Kalau orang simpan duit berkoyan untuk ubahsuai rumah, aku pula lebih senang menabur duit pada syarikat penerbangan dan hotel demi g melancong so I am always out of budget. Selalunya aku akan opt for barang yang murah & make it work dan bereksperimen dengan kegunaan yang pelbagai.

Rumah aku memang penuh dengan barang2 murah yang aku beli esp dari kedai Mr DIY antaranya yang kat bawah ni. Lawa kan lapik toilet aku, kalis air u! baru 4 hengget kot. Tu divider itam merah tu, 4 keping dalam 10 hengget je kot kat Mr DIY.. so berjaya lah aku transform rak buku jadi room divider.. & then tepek cermin Ikea yang aku beli dengan harga RM30 untuk 4 kepings.. selesai masalah aku. Tak yah dah nak kena build dinding bagai tuk separate the ruang or beli divider yang op kos la mahal.

Next one, kabinet dapur tu. Aku berjaya selesaikan masalah kabinet dapur yang tak sengam dengan tema rumah dengan hanya menggantung non-slip mat kaler itam & merah yang aku beli dengan rega RM6 selai kat Mr DIY.

Kesimpulannya, tt doesnt always have to be an expensive renovation, if you look boarder.. banyak barang yang boleh ditukar fungsinya kalau kome cukup bijak mengubah suai.

Toilet sticker
RM10/ 4 pieces divider
RM6/ non-slip mat

Monday 16 March 2015

Hello New House!


Kalau nak pindah lama, nak melengkapkan umah baru kitaorang ni lagi la lama kot. Now ini la rupaya, belumpun half way selesai. Umah ni dah dipasang kitchen kabinet tapi dah namanya umah 2nd hand, apa yang boleh kau harap.. sah2 semua dah xbaru berkilat kilat kan.

As of today, dinding baru half je bercat. Wallpaper pun masih bersisa, stress dow! Maybe umah ni taste orang tuha so kitchen kabinet dia kaler kunin kayu. Aku memang cukup x gemor kaler itu, apa2 perabut yang aku beli pun.. kaler kayu memang aku rejek punya. Since tak de opsyen lain, yelah.. nak pasang kabinet baru tak mampu so aku modified la appearance kitchen kabinet aku jadik itam merah guna pelapik getah. Selamat duit aku doii!

Pastu cat meghah tu plak buat hai. Eiiii!!! Aku pun tak paham. Kitaorang pakai cat ada 6 kaler, semua brand Dulux or Nippon. Yang 5 tu ok jek tapi yang maroon ni buat hal. Bercapuk2 dinding aku dibuatnya. Nak tukar kaler aku malas sebab memang nak kaler ini. Udoh tu kena la cat semula.. alaaaahaiii!!

Sunday 4 January 2015

Before And After

Hari ni nak citer pasal rancangan ala2 Before & After, yang deco2 umah kat Jipun tuh. Cumanya rancangan yang ni idak le masuk tv sebab bukan la hebat mana pun.

Alkisahnya sempena cuti2 tahun baru 2015 hari tu, aku lepak ngan si tecit je berdua sebab dadde dia koje. Pagi tu kitaorang jalan2 Jusco, dalam kol 1 lebih sampai umah si tecit terus tdo. Maka tinggallah si emak ni melayan perasaan sorang2. Bosan2, mula2 try hias sikit2 ruang tamu.. sudahnya... tadaaaaaa! Semua dah kena pindah. Dah la aku ni sakit pinggang & masih ada app dengan fisio, still ada hati jugak nak angkat barang.  Amacam? lapang tak umah aku? Miahahaha. Aku memang suka rumah kosong cam ni. Kalau boleh nak hide semua sekali termasuk la tv, sofa, tilam, meja makan!
Sebelum
Selepas
Pagi tadi plak konon nak g sarapan jek kat Old Town belakang umah, sudahnya lepas sampai ke Ikea dengan anak beranak tak mandi. Hahahahahaha.... lantak kome la kalau kami sekuarga busuk. Yang terhidu kome, bukan kami so no harm pada kami. Hahahaha. Sambil jalan sambil beli.. sauk la kapet kelabu yang rogenye RM49.90 jek kat Ikea. Tadaaaa.. inilah hasilnya. Bantal kuning tu aku beli dekat Viva Home. Ceria oke umah aku, macam2 kaler pun adaaa
Sebelum
Selepas

Tuesday 27 May 2014

Kitchen, Renovated!

Sebelum
Selepas
Amacam, beza tak? Muhuhahahahaww. Alkisahnya si Hannah la ni, suka sangat masuk bawah sinki yang op kos la very de derty. Jenuh bertengkar dengan budak kecik yang masih tak faham apa2 so kebetulan ada la pulak kotak walker dia yang tak terbuang dek ayahnya. Ahkak pom letak la bawah sinki tu. Makanya dapat la cover area tu tapi op kos la huduh. Since the box dah already the right size, ahkak pom pikio la apa yang boleh ahkak buat nak mencantikkan kotak tu.

Tetengah bersiar2 kat kedai pevret ahkak, Mr DIY.. terjumpla la sticker tiles plastik. Yeayyy!! Seterusnya bermulala projek menghias dapur yang huduh. Memula ahkak masukkan kain2 baju yang dah tanak pakai, then selotap the whole box to avoid kotak tu rosak terkena air as this is a wet area. Next ahkak pom tepek2 la sticker. Ini le jadiknya dapur ahkak.

Idok le hebat or cantik mana pun kalau compare dengan umah kome yang buat home renovation & pasang built in bagai. Macam ahkak yang tak mampu nak buat renovation ni, being innovative is the way to go. I bought my kitchen-not-so-cabinet dari Jusco, baru RM39.90 hengget sebijik. Beli dalam 7 bijik baru kos dalam RM279.30. Tepek plastik merah dari Daiso baru RM5 selai.. & tiles ijau itam tu baru dalam 25 hengget.

Tuesday 28 January 2014

Projek Lepas Kerja

Balik koje petang tadi ahkak singgah kat DIY.. beli ka segulung mirror wrap ni dengan rega 22 hengget segulung. Tadaaa... ini hasilnya.. saje amek yang kalerkaler, nampak ceria sket. Ahkak berkenan yang soft kaler tapi nanti tak mencapai objektif la pulak nak menjadikan tetingkap kat umah ni no-see-through. Apa2 pun ahkak puas hati sebab ceria oke rumah ahkak

Wednesday 22 January 2014

Garden Of Home

Amacam, lawa tak garden i. Miahahaha.. See all the vitamins yang tak bermakan. Miahahahah.. Kesian table bar ni, dulu time beli beria2. Mahal kot table ni beli kat ikea. Alih jd kenang kenangan. Jadik tempat simpan barang je lah kaw maria!

Tuesday 21 January 2014

Main2 Drill


Konon nak pasang langsir, skalik penggantung langsir ahkak tercabut. Eiiii la haiiii!!! dari nak rilek2 jadik nyusahkan diri sendiri. Udahle beli drill ni tuk c Chemba.. memang idakla pernah pakainya. Da kalau si Chemba takde, terpaksaler ahkak menderill sendiri. Nasib ler ahkak ni teror. Munta.

 Kalau da namanya mechanical engineer, tak reti nak guna tools idakle ahkak tau! So, ini le hasil tangkapan petang ni. Memulai memang le rasa murah langsir ni, ada yang 39 hengget, ada yang 29 henget selai. Udah kalau 5 ada la jugak dalam 150 ilang. Choiii!! sama jek macam g nilai 3 suh depa jahit langsir. Tapi oke, sedondon dengan tema rumah. Buek!!!! Nipis poket aku


Tuesday 15 November 2011

Ari ni secara official ahkak bergelar makcik!! my sis da melahirkan seorang anak lelaki, selang 30 minit lepas tu, adik my mom pun lahirkan her second baby. Untung la anak sedara aku.. ada kembar lain mak lain ayah.. wahaha. Aku ngan myViF plak plan nak anak 12.. mak ngan bapa tungguuuu... akan kami lahirkan cucu satu team bola.. wahahahaha..

MyViF kata dia da tak sabar nak tengok aku bunting.. rasa nak marah pun ada kan!

Hari ni ofis sunyi.. skarang unit aku da tak sebest dulu. Kira aku ngan c Daus la antara yang paling senior skarang. Da tak der la team yang paling bersatu ati time makan dekat CiKiKi ni.. semua buat hal masing2 T_T