Showing posts with label London Paris. Show all posts
Showing posts with label London Paris. Show all posts

Sunday 14 September 2014

London : The Story Of London Eye

Hari ni saja la nak review pasal London Eye. Nama benda alah ni Londo Eye pun dia, Millenium Wheel pun dia, The EDF Energy London pun dia jugak. Apsal banyak sangat nama, aku pun tak paham. Masa kitaorang pegi ari tu nama dia The EDF London Eye tapi yang terkini depa panggil London Eye jek.

Dengan ketinggian 135 m & diameter 120m, masa mula dibina 1999 kononnya this is the tallest ferris wheel ever erected until Star Of Nanchang, China surpassed the height pada tahun 2006. Walaupun now ferris wheel yang tertinggi adalah High Roller di Las Vegas tapi up to now London Eye adalah masih pemegang rekod di seluruh Eropah. Ada 32 spacious capsul berbentuk ovoidal dengan berat 10 tonnes dan boleh memuatkan 25 orang dalam 1 masa. 32 kapsul ni merujuk kepada borough atau district yang ada di London katanya.

London Eye ni terletak di South Bank of the River Thames, London, Borough of Lambeth, UK antara Westminster Bridge & Hungerford Bridge. Tak jauh dari Big Ben. Kalau nak ke sini boleh la naik tube, turun dekat Waterloo Station. Kalau rajin nak jalan, dari Westminster Station dan lambeth North Station pun boleh akses kemari. Selain kedai jual souvenier, The London Dungeon & London Sealife Aquarium juga terletak dikawasan yang sama whilst kalau nak ke Big Ben @Parliament house, cross jek la sungai through Westminster Bridge.

Masa kitaorg g tu, ahkak dah siap2 beli tiket online di website http://www.londoneye.com/ dengan harga £45.92 untuk dua orang. Kiranya kalau conveert ke RM dalam RM250 la untuk dua orang. Nasib la kat London, kalau kat Mesia rega ini haremmm memang tak naik la ahkak. Ada banyak jenis tiket yang depa jual. Ada combination dengan cruise dan ada pula combine dengan attraction such as Madamme Tussauds dan London Dungeon etc. Pilih le ikut mana kome suka.

Berbaloi? Ok laaaa. Dapat le nengok London dari atas walaupun pemandangan London itself idak la lawa mana pun kalau dibanding dengan Paris, Tokyo or Seoul. Since ferris wheel ni one and only di tengah2 kota London, ok la! Once in a life time experience.

Hungerford Bridge/ Golden Jubilee Bridge, jambatan pejalan kaki
Si Big Ben

Tuesday 2 September 2014

Progres Jalan-jalan Tokyo Itinerary Part 3

As of today ahkak dah berjaya siapkan 1 hari trip jalan2 Tokyo. Menyiapkan itinerary adalah hobi baru ahkak. Terasa bila buat itinerary tu sangat mengasyikkan & layannnnn. Tang buat itinerary ni ahkak memang dah mahir la kot, bergiat since 2011. Masuk ni dah itinenary ke 7 yang ahkak buat. 2 untuk Seoul, 3 untuk Tokyo, 1 London & 1 Paris. Next itinerary ke Seoul & Hong Kong.. yang ni masih dalam progress.

The best part about preparing ur own itinerary yeklah kita akan rasa 'close' dan familiar dengan geografi dan logistik tempat2 yang nak dikunjungi sebab kita buat semuanya sendiri. Apa yang penting dalam itinenary planning ni 1st kena tahu nak duduk area mana & hotel apa. Next baru boleh prepare itinerary start dengan logistik dari airport ke hotel & ke tempat2 yang nak dikunjungi. kalau yang dua tu dah settle makanya the rest is easy. So the key words here is, survey! Use google search, google map & website2 transporation like train, bus etc

Macam ahkak, ahkak suka naik train je. Be it underground or above ground. Senang & reliable. Kalau Tokyo dan Seoul depa panggil underground train depa "Subway", Paris panggil metro/RER while London panggil tube. Whatever they call.. dekat 4 city ni almost semua tempat pelancongan depa ble akess dengan train so takyah pening2 nak fikir hire orang/ transporation.

Tuesday 19 August 2014

Satu Masa DI Eiffel Tower

Dulu pernah la  jugak ahkak kutuk tah apa la yang dorang megahkan sangat dengan Eiffel Tower tu. Romantik kunun.. tah apa yang best pun tak tahu sebab takat menara besi buruk.. romantik apanya!

Ok. I was wrong, totally wrong!

2 Mei 2014 yang lepas ahkak sekeluarga berkesempatan la singgah ke Eiffel Tower, France, Paghii. Konon nak sambut Birthday di sana. I tell you, sangat cantik dan romatik! Yang lawa bukannya tower tu sendiri tapi kawasan disekelilingnya. Dari Champ De Mars Eiffel Tower RER Station kitaorang berjalan ke Eiffel Tower yang letaknya tak jauh pun dari tower tu. Ada beberapa lagi kot stesen RER/ metro yang dekat like Bir Hakiem, Pont De Alma & Ecole Militaire. Sampai-sampai sana, ramainya la umat yang dah berbaris nak naik, as early as 8. Agaknya pukul berapa la dorang ni sampai sini ek. Kerajaan France ni memang superb sebab reservekan kawasan besar sebesarnya untuk monumen ni. Kalau nak ambil gambar Eiffel Tower nih, dari pelbagai angle pun boleh dapat shoot yang cantik. Kalau shoot dari dekat boleh dapat view padang hijau, air pancut, sungai dan taman.

Sampai-sampai di area tower tu je dah terpegun. Public park dengan padang hijau sehijau, sebesar2 dan seluas2 nya.. 780m x 220 m luas. Tak sure la samada orang boleh ke tidak melepak dalam padang tu tapi masa ahkak pegi macam ada pagar2 sekeliling padang2 tu. Besar sangat sampai tak larat nak jalan the whole area walaupun boleh kata 4 hari di Paris, 3 hari berturut-turut kitorang singgah merewang di Eiffel Tower sebab bas hop on-off Big Bus Paris tu stationnya di situn.
View dari Champ De Mars aka padang bosa
View dari Trocadero
View Dari Sienna River
Eiffel tower ada 3 level yang boleh kita naik. Untuk yang rajin boleh la guna tangga naik ke 1st or even sampai ke 2nd level. Kalau yang malas cam ahkak, boleh naik lift yang akan stop di tingkat 2 (tak singgah 1st floor masa naik.. masa turun jek). Then tukar another lift kalau nak naik ke top floor. Kiranya ahkak ni merasa suda la naik sampai top floor, the 3rd level. Tapi before dapat naik op kos le kena ada tiket kan! So, kalau takat nak naik level 1 or 2 tadak hal. Boleh la direct je q di kaunter tiket or beli online tapi  kalau nak naik 3rd level ni payah nak dapat tiket unless beli dengan agent. Cam ahkak hari tu, published rate di website rasmi 9€ untuk sampai ke 2nd floor & cuma 15€ jek ke 3rd floor tapi memang idak le dapat rate tu. Ahkak bayar RM369.57 untuk 2 orang. Congak2 balik ahkak terpaksa bayar 40€ sorang oke semata2 nak naik ke 3rd floor dan hanya itu jek option yang ada... huhuhuhuh.

Ahkak amik ngan agent City Discovery, everything through website cuma one day before nak naik tu kena call untuk reconfirm. Call oke, tak bulih meseg ka.. emel ka. So before nak naik Eiffel kena la berkumpul dulu di 33 Avenue De La Bourdonnais, which is kedai souvenier somewhere dekat2 area tower! Before naik kena dengar taklimat sket pasal sejarah Eiffel Tower, amek tiket then baru ble naik atas untuk trip kol 4 petang yang ahkak dah beli.

View dalam perjalanan dari stesen RER
Chak! OTW kuatr dari RER Champ De Mars Tour Eiffel


Raaamaaai orang beratuq beli tiket naik


Hihi...

33 Avenue De La Bourdonnais
Ketua rombongan tengah bagi taklimat. He is Spanish yaw!
View of Trocadero dari 2nd floor

2nd level ada 2 deck

Cantik gila!

Q nak naik lift dari 2nd level ke top
Hannah say Olla!

Hannah on top of Eiffel Tower!
Yeayyy! Dah turun

Good Job!

Kitaorang naik kejap jek sebab angin kuat sangat. Since tower tu open air, sejuk beku le muka dibuatnya. Ahkak laki bini bole le tahan tapi si kecik meraung la jugak sebab tak selesa. Paling best nak lepak dekat 1st or 2nd floor kot sebab dekat top sempit. Kitaorang tak lepak lama pun, yang lama tu sebab nak naik dan turun lift. Q panjang gilos. Memula plan naik naik atas dulu then lepak dekat 2nd floor tapi tak larat sebab sejuk sangat!

Now bila trip dah berakhir & fikir-fikir balik macam tak percaya pula dah sampai & naik sampai atas Eiffel Tower. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun hujan jek sepanjang kitaorang berada di Paghi.