Sunday, 27 November 2016

Around The World?

Lepas sarapan makanya bermula hari kami merendek. Destinasi pertama is Paris...

Ehh!!
Pas tu London.

Ehhh!!
Pastu Tokyo..

Ehhhh


Semuanya hanya di Jusco Tebrau Mall oke!

Pas lunch seround dekat Tony Romas bawa mak buyung, kitaorang gerak ke Nusajaya. Hello Kitty mu tunggu aku datangggg!!!

Saturday, 26 November 2016

Kota Tinggi Aku Datang!!!!

Hari ni ahkak sekeluarga bertolak ke Kota Tinggi sebab isnin ni ada taklimat tender dekat Pasir Gudang. Alang2 ke Johor, ahkak pun apa lagi amik kesempatan cuti la op kos. Dah terbayang2 dah Hello Kitty Town... ahaksss. Beg owl checked! booking hotel sebla Hello Kitty Town checked! Jajan checked! McD fries checked! Bertolak la kami ke Johor. Ahkak op kos la dengan senang hati berlunjur kaki kat belakang. Walaupun keta ahkak ni tak segah mana tapi tang luas memang la memang superb! Ahkak yang gomuk dan tak la pendek sangat ni bole2 la tidur dengan selesa kat belakang.

Friday, 25 November 2016

Tefal Airfryer In The House

Inilah rupanya air fryer yang hakak kecoh2kan tu... ahaksss. Demi kaw airfryer, sanggup ku redah jem mid vali sampai 2 kali. Tak pasal2 je!

Dah guna belum? Op kos la sudah! Sampa2 ruma terus try goreng kentang. Memang la memang sangat berbaloi pembelian bernilai RM799 - RM149 free gift. Apa taknya, kentang yang ahkak goreng tu dah lama & lembik. Rebus tak sedap, lecek tak sedap, campur makanan pun tak sedap dah tapi lepas goreng dengan airfryer jadi sedap gila wa sakap lu!

Kalau nak fry, guna oil sesudu jek. Kompom sedap la. Better lagi than gorengan minyak sebab kalau goreng kentang biji dalam minyak, memang serap minyak punya. Tapi kalau guna airfryer.. tak yah risau kentang ko banyak minyak or lembik. Ahkak punya ni 1kg muatan je. Kalau goreng kentang dalam 30 minit la. Better late but safe, yo dok?!

Kalau brand philips, kome ble fry jek tapi tak leh tengok apa jadi dengan food korang tapi kalau guna tefal ada kaca tuk intai khabar masakan kome. Frying style ada 2 cara, either guna basket or guna jaring. Kalau guna main basket ada arm.. so tak yah susah2 nak kacau. Kalau guna jaring pun best. Since jaring tu kome letak on top, heat yang dikenakan pada food lebih sekata.

Best? Best sangatttttttt!!!!

Thursday, 24 November 2016

Mid Valley Air Fryer



Apakah motip ahkak ni? A story about kuali kah? Yesss! Banarrrrr

Tadi ahkak gagahkan diri mengisi masa lunch ke MidValley demi nak mengambil air fryer hakak yang dah sampai dekat Harvey Norman. Lupa plak nak cerita, malam Sabtu lepas keinginan membeli air fryer hakak mencanak2 naik. Dah tak boleh dibendung2 lagi dah! Makanya lepas maghrib pergila kitaorang meronda dekat area umah cari air fryer. Dari Senheng ke Samsung ke kedai letrik... takde berkenan. Pastu hakak ajak laki hakak yang 70% keberatan ke Mid Valley. Namun sebab hakak dah buat sesi pekak dan bolayan sebab rajuk, makanya di bawak le juga si isteri ke Midvalley.

Langkah kanan la jugak sebab Harvey Norman tengh buat sale, secret sale katanya. Walaupun pada mulanya teragak2 nak beli ke tak, tambah pula stok takde & Khamis baru sampai, last2 hakak beli la satu Tefal Actifry model baru. Rega asal RM1299 tapi offer RM799 + dapat kuali. Memula tu tak nak beli, g tengok kat Aeon. Memang la memang reganya dekat Aeon RM1299. Makanya hakak kompom je la oder.

Akhirnya berjaya juga hakak memiliki airfryer setelah sekian lama duk mengidam n konpius nak beli yang mana setelah kali kedua percubaan nak masuk Mid Valley. Masa lunch tadi terpaksa patah balik sebab Mid Valley jem gila babas wa sakap lu. Semua parking penuh! Cipan tol. Rupanya ada baby fair.. orang mesia ni ari2 buat baby kot... adoiiii!!

Balik keja cuba lagi. Berjaya la dapat parking dekat P4 The Garden. Thank god! Laju2 ke Harvey Norman, tersinggah Acer (nnt hakak citer).. belaju2 collect actifry hakak. Balik umah belaju2 jugak hakak cuba try test power. Yang ni pun nnt hakak citer.

Belek2 tadi, tau dok berapa rega kuali sekecik itu? RM149 oke! Puhhhh!!! huntunggggg laaaa.
 





Wednesday, 23 November 2016

Matchaaaaaaaa Punya Penangan

Punya sedap ini teh!!! Sedap gilak wa sakap lu. Pasni tak le lagi hakak mengidam nak minum green tea sebab dah ada dijual 3 in 1.

Tuesday, 22 November 2016

Lembah Eksotik

Semalam pas habis lawatan tapak, bos ajak g makan berjemaah dekat restoran eksotik katanya, restoran Lembah Bernam. Perjalanan nak kemari mak uiii yaiii... sempat la lapar 3 4 round. Dekat 50 KM la juga dari Poli ke mari lalu dekat jalan terusan lama. Sepanjang jalan tu rasa best jek sebab memang suasana kampung betul dengan tali air dan bendang. After almost 1 jam, tiba la kami ke destinasi. Salah satu hidangan ni yekla landak oke! Merasa la ahkak makan rendang landak for the first time. So far ahkak da makan landak, rusa, ayam utan.. rabit lom lagi.


Sedap tak? Boleh tahan jugak la. Depends on cooking style yang kome oder la..

Monday, 21 November 2016

Sabak Bernam Wa datang Lagi

Setelah hampir setahun merancang, akhirnya berjaya jugak tender projek kat Sabak Bernam ni. Makanya kol 8 bertolak la kami dari opis. Bapak jauh dari KL! Sampai2 da dekat kol 10.00 pagi. Taklimat sket, pastu lawatan tapak sket.. settle!!

Phyto Collagen, Terjebak?

Apakah yang ahkak terjebak kali ni? Ahaks.. ini bukan terjebak oke. Alkisahnya tadi hakak gatei nak g belikan kawan ahkak susu kambing korma madu kegemaran dia dekat kedai Lubuk Kecantikan. Alang2 beli banyak ahkak pun apply la jadi member sebab cam banyak plak offer reduce price for members. Kalau nak jadik member kena bayar RM75 hengget sumur idop. Mahal oke! Nasib baik la adik tu kata dapat menda alah ni for free gift. Satu ni kalau dijual reganya RM85.. oke laaaa.

ALang2 beli tuk kawan.. beli gak tuk diri sendirik... ahakssss! Kedai tu memang ramai gila orang, sesak! Maybe sebab murah kot. Sape2 peminat produk2 kesantikan ni sila2 la google kedai Lubuk Kecantikan.. macam2 hader.

Beg Cumil dan P1

Tadi hakak g Lowyat, g terminate P1. Thank god prosesnya mudah amat. Memula apply termination dari website P1.. pastu call servis centre plak sebab takut kalau takat apply online kena bolayan. Hakak silap oke! P1 dari semula hakak melanggan sehingga penghujung tak pernah memberi kenangan pahit kepada hakak selaku pengguna.

Masa hakak call, customer service terus buat report termination & bagitau hakak jumlah berapa nak bayar dan cara nak terminate which is hakak kena hantar modem dan accessories dalam tempoh 14 days daripada tarikh permohonan untuk termination. Lupa nak mention, hakak actually masih ada kontrak dengan P1 untuk 1 tahun 1 bulan lagi. Makanya ahkak sepatutnya kena penalti RM300 hengget sebab terminate within 1 month. Kira punya kira, 253 hengget je hakak kena bayar. Habis je cakap tepon, emel dari P1 pun masok confirmkan permohonan online hakak yang hakak buat before hakak call centre. Superb!

Makanya tadi hakak bersunguh-sungguh meredah jem demi nak memulangkan modem. Proses pemulangan pun simple. Just bgtau nak pualng modem, bagi ic & bayar berapa amount yang perlu di bayar.. case closed! Lega gila!!! Tapi yang tak lega tu tersinggah plak kiosk beg dekat Sungei Wang & terbeli 2 ekor beg burung hantu ni. Uwaaaaaaaaaaaa

Sunday, 20 November 2016

Weekend Bukan Di Court Mammoth

Hari ni hakak sekeluarga tak kemana sebab semalam dah membuang masa dekat Court Mammoth. Selain dah beli air cooler, hakak borong meja kecik2 ni sekali. Konon nak style2 Japan tapi udoh rumahnya kecik, meja pun kena yang kecik je la.

Nak cita pengalaman menjejak kaki ke Court Mammoth semalam. Teruk betul kalau hire pekerja Melayu, eksen sombong satu hal.. malas lagi satu hal. Ini laki hakak yang cakapla sebab dia Melayu & I bukan Melayu. Buek!!. Laki hakak kata nasib hakak nak juga beli, kalau ikutkan dia dah lama dah dia angkat kaki. Hakak pun agak heran la jugak awat hakak baik sangat la hai semalam... hahahaha


Saturday, 19 November 2016

Confused Engineer

Ini kome sume tau kan nama dia aircooler. Sebagai mekanikal enginiur, walaupun tak bertauliah secara basicnya hakak tau iklim negara kita tak seswai dipasangkan air cooler. Hakak actually kagum gak dengan marketing sampaikan laku jugak kot benda alah ni dekat Malaysia. Tapi paling hakak kagum dan speesles bila hakak sendiri yang beli oke!

Konsep aircooler ni menyejukkan secara pemeruapan, evaporative cooling. This kind of cooling akan menambah wap air pada udara hence merendahkan suhu. Manakala aircond pula konsepnya menyejuk dan mengering dengan cara mengalirkan angin sejuk kering untuk menyejukan dan at the same time membuang kelembapan daripada udara. Thats why aircond lebih sesuai dengan iklim kita.

Apa keburukan kelembapan yang tinggi? Antaranya kulat mulat dan kita akan rasa tak selesa sebab heat daripada badan tak dapek nak meruap dek kerana udara lembap. Peh tu merasa la jemur baju tak kering2, bau hapak dan sengangkatan.

Kenapa hakak beli? saja. Banyak duit!

Best ke? op kos la tak!

Dah tu kenapa beli? saja. Banyak duit!

Stop! Full Stop.

Friday, 18 November 2016

Hannah @mamme opis

Kejadian hari ini, si comey ikut mamme g opis. Ahakss...

Thursday, 17 November 2016

Otormen In Shoe

Inilah jadiknya kalau anak pompuan main otromen!

Wednesday, 16 November 2016

Bihun Sup Tak Meletup

Nampak sedap kan ;p Cook & clean in less than 5 minutes. Yang ni sup ayam tapi kalau nak sedap goreng dulu ayam tu before buat sup. Sedap wa sakap lu! Masuk bakul angkat sendiri, sendiri maw ingat!

Tuesday, 15 November 2016

Once In A Supermoon

Kemas kan bilik ahkak? macam orang takde kerja... g opis goyang kaki kan? Hahahaha. Sempena program audit Eksa aka Seksa esok la katakan. Kalau tadak audit betimbun la atas meja tu cam meja bangla jual paper. Bagus juga ada audit2 gini ni.. kemas meja ahkak. Tapi kalau meja kosong macam ni, rimas gila sebab macam xde benda plak nak buat. Kalau ada dokumen bertimbun tu, bole la eksyen sikit kat bos yang wa ni banyak kerja.. hahahaha.

Monday, 14 November 2016

Supermoon

Kecoh hari ni ada supermoon, aku pun op kos la tanak ketinggalan. Laki aku bukan main berkobar kata nak g tengok supermoon dekat bawah umah sekalinya kol berapa tadi dah terbongkang. Makanya ini sahaja la view supermoon yang aku nampak dari rumah. Bukan senang oke nak tengok angle ni sebab grill umah aku tak bleh bukak. Puiii!!

Sunday, 13 November 2016

Jusco Pre Pose

Amacam, serupa ke muka kami? Ahakasss!! Anak ahkak yang dah kembali putih lepas sun burn teruk hampir almost setahun memancar2, ahkak juga yang gelap gulita. Ahkak ni sedari kecik selalu kena ejek indian sebab ahkak itam legam. Kat Sabah orangnya biasa putih2 tapi ahkak itam. My mom berkulit a bit dark tapi tak itam whilst my dad memang dah macam cina, putih. So kitaorang adik beradik dah jadi belang-belang. Ahkak, yang no 3 & no 5 itam whilst yang no. 2 dan no. 4 putih. Hahaha

Hari ni kami nak g Jusco.. opps, Aeon! Buat apa? Saja jalan2 cari hal sebab semalam dah seharian bertapa dekat rumah.

Saturday, 12 November 2016

Weekend Di Rumah Gue

Inilah aktivitisi tecit sempena weekend ni. Main je kerjanya. Pas main pandai study oke! Sampai tetidur la main buku.

Friday, 11 November 2016

30 Mbps

Apakha ini? Ini yeklah gambar kat Tokyo ke Osaka ke ni. Sejak2 tenet umah ahkak berkelajuan 30Mbps, apa lagi... opkos la Youtube HD sokmo. Nengok la video pasal Tokyo sebab dah rindu sangat nak ke Tokyo lagi. Nak pegi dah tak mampu, makanya mampu tengok video travelog orang je la.

Unifi Akhirnya

Setelah bersungguh-sungguh menepis godaan memasang Unifi, akhirmya terpasang jua. Dan setelah puas berkunjung ke kedai TM yang hanya boleh memberi perkhidmatan kelajuan internet 30MbPs dengan harga RM199, hakak akhirnya mendapat penyelesaian dengan melanggani melalui internetlah hakak akan mendapat servis yang dikehendaki dengan harga yang dikehendaki.

Napa jadi gitu? TM tipu ke? tak tipu la actually. Kalau melanggan dari kedai akan bundle sekali free call dengan harga RM20 sebulan tapi kalau melanggang online pakej free call tu tak termasuk. Op kos la hakak pilih tak mo free call. Gila hapa.. hp hakak pun unlimited call. Nak muntah!

Kalau apply online through website TM, slow la dorang nak call ko semula tapi kalau apply through reseller memang cepat. Bezanya kalau apply through website TM dapat la free call sebulan. Mati2 la ingat kena pasang apa, sekali plug and play je rupanya. Puiii!!!

Thursday, 10 November 2016

Superbike Financing

Napa pula ni?

Tak, op kos bukan lah ahkak berniat nak membeli superbike ke apa ke. Ahkak happened terberjalan2 dalam tenet tadi terjuma benda alah ni. Cam sakai la juga... hahaha

Monday, 7 November 2016

EKSA Ke SEKSA

Hari ni acik2 sekalian ada gotong royong sempena audit EKSA. Apakah? EKSA ni nama fullnya Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang diwujudkan demi nak memastikan kekemasan, keteraturan pejabat kome disamping membantu memudahkan 'trafik' semasa kome bekerja. Sampaikan kome kena make sure kalau cari fail kena make sure boleh dapat dalam masa less than 30 second or kalau nak cari pen kena make sure zuuussss jek da dapat. Gitu la lebih kurang.

Sunday, 6 November 2016

Android Box

Kalau semalam ke Sunway Lagoon, ini hari ke Lowyat. Ini baru betul berjimba di weekend. Tujuan? Saja gatal! Damaged? Op kos la ada. RM RM jugak melayang sebab beli android box. Apakah?

Ahkak bukan la tech gedjet, yang ahkak tahu android box ble tengok free movie. Ahaks! How? Pandai2 la kome google. Kalau tenet laju, pergh! memang tak pandang kot Astro. Movie baru, K-drama, Jdorama, tv drama... semua ada. Berapa kos android box? Ada yang sampai 5 6 ratus oke! Tapi insan seperti ahkak ni, as long dapat mencapai maksud apa ada hal ahkak nak beli mahal2. I bought mine for RM179. Kalau dekat website lelong ble dapat murah lagi tapi since ahkak malas nak tunggu shipment, I choose to buy dari kedai je. Kalau beli dari kedai, that price considered cheap la. Kalau berminat pegi la cari kedai Viewnet dekat lowyat nun.

Kenapa tiba2 beli android box? Adik ahkak la ni punya pasal. Before ni ahkak tau je tv ahkak tv android tapi tak bother pun nak guna. Skalik adik ahkak functionkan kodi ahkak... baru terbuka bijik mata. Op kos la tv kat bilik pun nak jugak kan merasa jadi android tv kan!

Saturday, 5 November 2016

Sunway Laaagooonnn!!


Lihatlah gaya anak hakak selepas RM RM terbang sebab hakak nak juga belikan baju renang. Baju renang dia ni saiznya kecik je tapi reganya sama dengan baju renang hakak yang saiz xxl yang reganya RM99 henget oke! Tapi tak pe la, demi kerana kiutnya dia pakai baju tu hakak redho. Hakak ni jenis tak suka tengok anak hakak pakai baju tak cukup kain. Paling cekci pun hakak bloe bagi takde lengan, tapi kain mesti panjang. Nak g berenang lagila pula, kena panas habis terbakar la nanti badan dia so hakak pilih yang lengan panjang. Yang ni datang dengan skirt, seluar hakak pakaikan seluar biasa je. Biar sopan santun sket.

Hari ni family day kitaorang adik beradik sebab 2 orang adik hakak datang dari Johor lepak sini & lagi sorang adik hakak memang duk dekat2 umah hakak & dorang sekeluarga pun pemegang annual pass. As pemegang annual pas, since ini kali ke enam hakak sekeluarga datang maka kos tiket kami dah jadi  RM30.30. Hakak cuma perlu tambah RM240 hengget je tuk membolehkan 2 adik hakak tu masuk. Kalau beli dekat 11 street or groupon actually ble dapat tiket dewasa rega RM90 sorang cumanya kena tunggu 3 4 hari kot untuk voucher issuance. Kalau xde voucher tu, tak ble redeem ticket. Hakak malas nak tunggu, beli je la dekat kaunter.

Hannah Love Adih
Hannah & Adam
Hari ni Sunway Lagoon sesak gila vavis. Ramai pulak yang buat family day sampaikan nak guna toilet pun ya ampun.. tak ble masuk sebab sesak. Thank god geng-geng family day ni tadak yang hampeh bawak inhaler bagai macam yang hakak pegi hari tu. Sakit hati kot ko nak mandi dengan aman tapi deme dok memekak. Tambah kalau yang pegang inhaler tu gila micropon, bernanah telinga dibuatnya. Makanya hari ini dalam sejarah hakak terpaksa mandi dekat jamban sebab tempat mandi even lepas 2 3 4 kali percubaan nak masuk toilet gagal sebab orang ramai gila. Nasib hakak ni bijak laksana bulan, dapatlah hakak mandi & mandikan anak hakak dengan selesa. Tapi mandi ala kadar je la macam biasa, nanti balik umah mandi sekali lagi. Geli kot mandi dekat tempat2 gitu.

Kol 6 kot kitaorang keluar dari Sunway Lagoo & gerak ke Klang umah auntie hakak. Nak tengok baby dia yang baru lahir. Dari Klang, kitaorang singgah makan dekat I-City jap. Lihat je la wajah si Hannah yang happy.

The scariest Ferris wheel I ever board!
Previously kitaorang masuk dari mana ntah. Kos paking RM10 flat rate tapi kali ni ada pandai sikit kitaorang masuk dekat tengah, tempat kedai2 betul2 dekat Kfc. Kat situ parking RM1 je per hour. Seswai la kalau takat nak g makan je. Pulak tu dekat je nak g ke ferris wheel or nak g park yang ada lampu2 lawa tu. Since adik hakak yang 2orang tu letih, dorang tak larat nak explore I-City. Hakak bawa dorang g tangkap gambar je la...

Friday, 4 November 2016

Me Cook

Menu hari ni Bak Choi, telur goreng dengan udang masak lemak. Cooking & cleaning time : less than 15 minutes except for nasi. Everytime I cook, tak pernah la tak tunggu nasi masak sebab lauk dah siap dulu. Aku ni patutnya jadi bini superman kot! Ahaksss

Thursday, 3 November 2016

Diet

Konon nak start diet.. puiii! Makan kentang manada diet. Pastu salah strategi.. bawa kentang rebus bodo2 tak de pepper ngan susu. Harem tak sedap langsung!!!

Sunday, 30 October 2016

Weekend Di Rumah

Hari ini dalam sejarah hakak sekeluarga tak keluar rumah langsung. Semalam tidak, hari ni pun tidak. Ini kali baru berbaloi cantikkan rumah sebab memang duk umah je. Tengokla anak aku sorang ni, orang tengok tv dia study oke! Kalau orang main gejet, anak aku ni neutral. Gejet ok, tv pun ok. kalau dulu dia suka main kaler2, now dia start suka tracing huruf2 & nombor. Kalau suh tulis nombor, dia dah pandai dah walaupun ada yang terbalik. Aku dulu umur 3 tahun lebih apa pun tak pandai lagi kot.

Saturday, 29 October 2016

Lawatan Ke Rumah Hannah

Ini hero anak buah aku, anak my sis. Encom boy & starring. Cakap saja apa yang dia tak pandai, semua dia terrer. Ini kali dia datang menyanyi & azan... hahahaha. 

Thursday, 27 October 2016

Spek Baru

Amacam? Sun tak spek mata hakak? Ahkasss!! Baru beli ni sabtu tu. Asalnya nak belikansi Chemba Rayban sebab sengal telinga dengar dia duk kata bos dia yang tuha pun pakai Rayban. P Sunway Putra Mall, Rayban aviator ble la dapat dalam RM465. Seingat aku dekat area umah ada kedai spek yang offer zero interest.. skali pegi rega speknya saja RM1k. Lepas discount dalam 7 8 ratus. Puiiii!!

Sudahnya kami beli spek mata ini sebab spek si Chemba pun dah nak arwah. Abaikan ye tudung hakak tu yang balik2 tangkap gambar pakai tudung itu je.. hahahaha. Ok, rega? RM330 oke! Bodo gini je. Frame dengan glass biasa RM185, tapi since hakak laki bini nak ceremin yang tuko kaler maka kena la up RM. Menangissss!!!

Wednesday, 26 October 2016

Scarlet Heart Ryeo In History

Episode 18 semalam si Wang So kawen dengan adik si Wang Wook which is adik sebapa lain mak. Geli kan! Menurut pembacaan aku dulu2 dorang boleh kawin adik beradik if lain mak. So back to story, kerana kegilaan pada drama ni juga aku mula la gugel history Korea. Selalu dengar Joseon peroid la, goryeo la, 3 kingdom la kalau tengok drama historical korea. Apa kah sebenarmya?

History kerajaan korea ni started dengan op kos la, jaman paleolitik dan neolitik. Korean kingdom started dengan jaman Gojoseon, pastu jaman Proto- Three Kingdom... which is a jaman sebelum rise of jaman Three Kingdoms. Masa jaman 3 Kingdoms tu kiranya ada 3 kingdoms la which is Goguryeo, Baekje dan Silla. Kalau dalam drama SHR, puteri kerajaan Baekje si So Hyun Girl's Generation. Kata si Wiki keruntuhan jaman 3 kingdom ni antara punca bermulanya bila Silla cari pasal & conquered   Baekje pada 660 dan Goguryeo in 668 dengan kerjasama China.

Pada 918 plak, barula muncul jaman Goryeo dynasty, macam cerita SHR tu. Founder dia yekla King Taejo, bapak kepada si Wang Soo. So SHR is a story of the kingdom. Ingat tak dalam cerita tu, kekasih King Taejo kata dulu dia pernah jatuh cinta dengan seorang pedagang tetapi  dia tak dapat bersama dengan the man she loved, instead dia cuma dapat berada di samping untuk jaga the man dan isteri2 dia. The man is King Taejo la. King Taejo ni bukan anak raja, dia yekla anak pedagang. wang So yekla anak no 4 dia. Kalau compare drama dengan real life, Wang So memang khawin dengan anak abang dia Moo which is the first king.. then khawin dengan adik tiri dia macam dalam drama tu. Anak 1st dia akan jadi king lepas Wang So mati. Bila aku baca2 balik, anak Wang Wook pula jadi king lepas anak Wang So ... known as Gyeongjong of Goryeo mati. Twisted sunggoh. Kiranya si Wang So jadi rama quite lama juga la dari 949–975. Moo, abang si Wangso which is the 1st crown price yang mati kena racun oleh Wang Wook & Yoo jadi raja 2 tahun from 943–945, then si Yoo juga 2 tahun 945–949.

So, lepas kingdom of Goryeo berakhir... baru la bermulanya jaman Joseon dynasty pada 1392. 1st king of Joseon pun nama King Taejo jugak. Habis jaman Joseon baru la modern history of Korean started dari kena jajah Jipun & perpecahan kepada South & North Korea.

Makanya tamatla pelajaran sejahar pada hari ni.... daa!

Tuesday, 25 October 2016

Rumah Sempit, Help!!


Rumah aku memang kecik. Memandangkan aku jenis yang suka beli barang dan memenuhkan umah jadi kenalah pandai nak store. So, ini adalah antara cara penyimpanan dan penjimatan ruang yang aku buat ;

1. Hiding in plain sight

Part hiding ini plain sight memang kemahiran aku. Yang penting kena pandai blend supaya nampak macam it really belong there. See head board katil baby si Hannah tu. Somewhere dekat situ juga aku store kerusi boleh lipat dan macam2 barang lag. Kalau kome ble nampak memang la kome terer.


2. Guna perabot boleh lipat

Antara perbaot boleh lipat yang aku suka is meja. Op kos la kedai pilihan untuk membeli meja syle gini yeklah Ikea. Ada jenis yang hang dekat wall, which is my favorite dan ada juga yang foldable & also portable at the same time. Aku memang cukup tak gemar meja kopi, semak! Kalau rumah besar, ok la tapi kalau rumah sempit tu.. tak payah la. So dengan hang meja kopi2 aku ke dinding membuatkan ruang tamu clear dan luas.


3. Guna ledge

Penggunaan ledge juga antara yang aku suka. Walaupun purpose asalnya untuk letak frame gambar tapi aku letak macam2, dari buku ke mainan ke alat solek dan macam-macamla. This one sangat sesuai untuk menyimpan barang-barang yang kecil dan tak berat. Setiap satu ledge boleh tampung maksimum 5kg je.

Aku pasang benda alah ni merata2, dekat belakang pintu.. belakang langsir.. pueh ati la!


4. Guna shoe box sebagai storage

Antara yang paling aku suka jugak yekla shoe box Ikea ni.  Macam2 boleh buat dan simpan. Aku jadikan headboard, tempat simpan buku, mainan, pakaian etc selain untuk simpan kasut. Aku ada 15 bijik box tu saja oke.

For those yang sukakan something yang simple & smart, boleh install this box dekat wall as hiasan & storage at the same time.  3 kotak yang hidden dekat bawah dengan 2 kotak on top aku store buku dan mainan Hannah, yang in the middle tu telekung & sejadah.


5. Maximize kegunaan ruang

Aku memang suka rumah kosong tapi op kos la tak boleh jadi kenyataan kan. Previously aku guna tv kabinet yang rendah. Lepas isi decoder Astro dengan Dvd Player, sikit je lagi ruang yang tinggal untuk storage. Pulak tu ruang storage kecik dan ditambah lagi pintunya kaca, kalau barang kat dalam bersepah nampak la huduh dari luar.

So semalam aku nekad ke Ikea, aku beli 2 kabinet itam tu for the price of RM299 sebijik. Ada 2 para, aku install satu je setiap satu supaya ruang dalam kabinet tu luas. Kat bawah tu aku store buku setimbun dan sebla lagi plush toys Hannah setimbun. Be it tersusun or bersepah ke, at least kat luar nampak kemas... ye dok?!


6. Modify fungsi perabot

Cantik tak kabinet cermin  bawah tu? Mana2 pun kedai kome pegi you won't find one sebab ini hakak yang modified sendiri. Asalnya rak kasut yang aku beli dengan rega RM199, now dah jadi storage mainan si Hannah & buku-buku bersaiz kecik.

Penggunaan cermin juga membuatkan ruang nampak luas. Aku suka cermin tampal Ikea, 4 pieces for RM29.90. Gam dia memang kuat gila. Aku pasang merata-rata dari bilik air sampai le ke kabinet.


Selain kabinet cermin tu, aku beli 2 tv cabinet ikea ni dengan rega RM39.90. Double kan 2... tadaaa.. you got a nice divider. Aku letak in between head board katil si Hannah macam dekat atas tu. Prevously aku devide ruang guna table bar. Malangnya table bar tu besar sangat & tak de peminat sebab we all malas nak duduk tinggi-tinggi. Kat shelf tu macam-macam boleh store.


7. Guna perabut many function in one

Ok, untuk yang ni aku beli console table berlaci yang saiznya tak kecik sangat or tak besar sangat. Fungsinya aku guna as meja makan, meja solek, meja study dan home office. Aku beli kat Tesco Cheras dengan rega RM139 je.. puas ati!

Monday, 24 October 2016

Ikea Bawa Hannah

Inilah hasi tuaian dekat ikea tadi. Hari ni hakak saja ambil cuti. Konon nak cuti manja2 dengan Hannah, harem ke Ikea sudahnya.

Tah la macamana hakak mampu nak angkat lemari berat nak manfus ni dengan anak kecik. Satu tu 32kg, hakak beli 2. Macam nak keluar isi perut nak angkat. Masa tarik dari rak untuk load ke trolley pun terhuyung hayang. Memula pakai trolley biasa.. tak lepas nak load dari rak. Pakai troley rendah baru dapat amik. Masa dekat Ikea xde problem sangat sebab ada bangla tukang sapu offer tolong jaga barang while hakak g amik keta & tolong loading dalam keta. Hakak hulur la sket not ijau, sedekah atas sikap baik hati dia.

Kesengsaraan hakak bermula bila sampai area umah. Memula hantar dekat lobi, pastu hakak dan si hannah p park kereta kat parking yang letaknya bepeluh jugakla nak jalan. Pastu hakak hantar si hannah ke rumah, amik trolley dan g collect those lemari. Sampai rumah, terus pasang. Ikea punya barang ni boleh tahan jugak la menguji minda kalau nak pasang. Rak yang akak beli ni agak complicated gak, banyak sangat skrew sana sini.

Dan ini pula hasil tuaian makan dekat cafe dia. Selalu kalau time weekend even sampai Ikea before kol 10 pun tak kan jejak la cafe sebab ramai gila babas orang. Q sampai ke meja makan, harem! Ini hari berjaya la kami makan dengan senang hati. Bebola daging tu so so, nasik lemak ayam dia sedap.. Sambal out. Itu la kisah hari ni!