Sunday, 25 December 2016

Ke PD Kitaaa

Muka girang nak g PD

1st time mandi laut

1st time main pasir
Kami disiniiiiii

1st time pegang dan naik kuda

Tunggu hujan teduh sambil makan kerang rebus

Hero nak p beli payung
Apartment
Begitulah ceritanya... hahahaha

Ok, kami duduk kat Ancasa Residence Port Dickson yang teletak dekat Teluk Kemang. Sebuah apartment dalam RM600 semalam. Kalau bukan cuti sekolah ble dapat dalam RM400++ semalam. Bilik ada 3 dan luas. Cumanya ada peti ais je, pinggan or peralatan masak tidak disediakan ye. Apartmnet so-so, tak berapa bersih sangat tapi terjaga.

Best pasal hotel ni yeklah pool dan garden dia. Tapi yang paling best, kuar gate belakang seberang jalan terus pantai teluk kemang. Sangat convenience! Kat pantai banyak la gerai-gerai makan. Kalau rajin ble jalan sampai ke Pusat Pelancongan Teluk Kemang. Masa kitaorang pegi kebetulan ada pesta apa ntah, meriah sungguh la dengan orang berniaga dekat area dataran seri kemang. Aku satu keluarga siap naik carriage kuda lagi pusing dataran, bayar RM30. Hahahahaha... tapi tak pe demi pengalaman pertama Hannah.

Bersih ke pantainya? Hmm.. boleh la. Nak kata bersih sangat tak kotor pun tidak. Tapi adalah sampah2 juga. Overall, best la juga bercuti di sini. Boleh repeat dengan family sebla aku plak. Yang paling seronok, hantu air si Hannah.


Saturday, 24 December 2016

Ikea Story

Muka riang nak ke Ikea
Tadi kitaorang sungguh2 ke Ikea. Pegi awal supaya tak yah berebut2 ngan orang yang time aku g Ikea dorang pun sebokkkk nak g Ikea! Hahahahah.

Tujuan hari ni beli rak kasut nipis.

Since rumah kitaorang kecik dan dah penuh, idea kreatip aku mengatakan kita pindahkan la keta racing si Hannah yang tak pernah berpakai ni naik atas rak buku. Hahahaha... hantam la labu!


Selepas complete installation, ini lah hasilnya...


Friday, 23 December 2016

Jamuan Akhir Tahun

Jangan main-main, hakak kat belakang tu kalau kome jumpa baik la kome lari. Silap2 melayang nanti arrow kat kepala kome.. ahakssss..

Inilah akiviti baru opis aku, sukan dart. Dari yang paling bos sampai ikan bilis semua main benda alah ni. Aku dah cuba sekali, hampir gak bos aku lari sebab balingan dart aku terlalu hebat dan silap2 ble kena orang... hahahahah

Tadi kat level aku buat makan-makan sempena mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2016. Hello 2017!

Thursday, 22 December 2016

Boyan Goyang



Masa jenjalan nak cari adiah tuk anak buah baru i ari tu, terlalu depan kedai Anakku. Eh! macam menarik pulak buai tu. Kot2 anak kome nak berbuai tapi malas nak pasang yang spring, buli la guna buai yang ini kot. Seswai tuk baby yang blom pandai bangun sendiri la kot.. kalau yang dah pandai tu takut jatuh plak kalau xde 100% monitoring.

Wednesday, 21 December 2016

Malaysia Churros Yo!


Petang aku dijadual kan untuk hadir meeting di Putrajaya. Untuk memudahkan sesi makan dan solat, aku pun decide untuk singgah ke IOI City Mall, Putrajaya untuk menyampaikan hajat. Lunch di Tony Ramas, snek di Street Churros.

Sedap ke churros dia? ntah la. Aku rasa cam tak sedap la kalau compare churros yang aku makan dekat Hongdae, Seoul tapi better la dari yang aku makan dekat SPM. Kalau ke mari, rasa la environment cam ala2 kat Korea konon sebab workers dia akan greet ko dalam Hanguk.

Tuesday, 20 December 2016

Air Fried Fries

Inilah rupanya air fried fries yang digoreng menggunakan udara semata. Sedap!!!!

Monday, 19 December 2016

How My 3.5% Refinancing Became 44% of Loss

Meminjam bermaksud rugi pada kita tapi untung pada bank. So inilah alksiah aku nak share macamana aku berniat nak refinance kereta tapi hajat terbantut.

Selalu aku dengar pasal auto refinancing. Maksudnya ko refinance kereta yang dah habis bayar or tak habis bayar dengan reschedule semula loan berdasarkan baki semasa. Aku saja cuba terai test dengan bank tuuuuttt, agak2 berbaloi. So 1st aku call bank tuuut. Bank kata, interest 3.5, aku dengar cam menarik juga so aku pun bagi la maklumat keta. Proton Saga 2008. Bank kata keta aku layak refinance RM11,500.00 je.

Ok.

Interest RM11,500.00 x 3.5% x 5 tahun = RM2,012.50
Total Loan RM11,500.00 + RM2,012.50  = RM13,512.50

Bayaran bulanan sepatutnya dalam RM226 bagi tempoh 5 tahun

Tapi.

Kena minus

i) Admin fee RM848
ii) JPJ endorsement RM421
iii) 6% sale on price RM867
iv) Motor insurance premium taktau

So bersih RM11,500- RM848 - RM421- RM867 = RM9364

Bersih Cash : RM9364
Perlu bayar : RM13,512.50

Interes %  = 13,512.50/ 9364 = 1.443 @ 44.3%
Interest for 5 years = 44.3%/ 5 = 8.86%


Sunday, 18 December 2016

Bag RM5


Masa ke BBW hari tu, ada pulak la jual beg. Tau berapa rega dia? RM5 jek. Kalau beg Dr Seus jat atas tu memang tak padan la rega 5 hengget tu sebab fabrik dan kualiti jahitan bagus apart from kalis air. Beg Dora tu pun ok cuma fabrik dia jenis kain.

Saturday, 17 December 2016

Akhirnya Hero 5




Tengahari smalam member opis tanya, nak ikut dia g MV tak sebab dia nak g sign SNP umah. Aku ngan kak Chereema pun ikut la pegi sebab kak Chereema nak beli air fryer katanya kat HV. Time rewang2 dalam tu tetiba jek semua terjadi dalam sekelip mata aku terbeli benda alah ni. Aku pun tak paham apsal. Terpengaruh? terpedaya?

Entah la. Apa2 pun selamat suda swipe kredit card untuk tempoh setahun. Apart from rega yang tertera di kotak, rupanya aku telah tertipu oleh HN. Konon ada diskaun, pastu tambah sikit je ble tambah warrany. Aku ingat jumlah yang dia bagi tauw tu dah cover untuyk 2 tahun, rupanya setahun 1. Tambah la mahal! Puiiii!!! padan la muka aku... masa orang tuy cakap tanak tanya betul2. Eksaited kan nak dapat barang.. puiiii!!!

Friday, 16 December 2016

SMULE TOILET SINGER

Oke... ini kali hakak belanja sora hakak direct from earphone to my pong.. ahakssss!! Nowdays penyanyi jamban pun bole rekod album oke! Peaceeee

http://www.smule.com/p/492183361_851217718

Thursday, 15 December 2016

Pokit Stroller




Inilah hasil tuaian dekat Mother Care Pavillion senin baru-baru ni, pockit stroller katanya. Rega asal RM900++, less dapat la RM800++. Napa beli? teringin nak bawa stroller kecik kononnya. Ahaksssss.. tapi memang best stroller ni sebab ringan dan ble angkat macam beg. Cumanya kalau ko goyang rasa la cam gegar compare to stroller biasa. Sangat seswai kalau kome ada keta kecik.

Wednesday, 14 December 2016

Windows 10

Aku bukanlah menulis dari point of view seorang tech expert.. since teknologi berkembang dengan pantas sampai ada kala tak terkejar, terasa cam nak share sket experience menggunakan Windows 10. As lay man, aku rasa semua sama je kot dengan windows 7 8 9.. dan yang aku kompom memang sama yekla kehilangan Window Picture Manager.

WPM ni bukanlah software yang hebat sangat sampai boleh edit gambar kau jadi erra fajira ke J-lo ka.. tapi aku memang pengguna tegar. Kalau tak silap since Windows 7 kot dah takde software ni. Aku suka sebab mudah nak guna untuk edit, copy dan compress untuk tujuan penyediaan dokumen or presentation. So kalau paka software lain, kerja mengedit akan jadi 2 kali or3 kali slw compareto guna WPM. So aku pun try la tanya la si gugel acam nak install. Banyak yang buang masa aku, bagi review tapi hampas tak bagi cara or link download. Sehinggalah aku jumpa this link http://www.askvg.com/how-to-install-and-get-microsoft-office-picture-manager-back-in-office-2013/ yang baik ati mengajar macamana nak install WPM.

Option yang diberi is
1. Guna Microsoft installation CD yang aku tadak
2. Guna Microsoft Share Point Designer.. link provided

So, aku guna option 2. Mula2 cek dulu komputer aku 32 or 64 bit. Next aku install MSPD. Aku amik version 2010 64 bit walaupun ada version 2013. Masa nak install, pilih customize. P dekat Installation option, select pangkah semua except MSPD then click install then selesai!

Thanks le kepada yang baik ati mengajar tu.

Pastu, ada sau lagi yang berbeza yektu function printscreen. Biasa guna Ctrl+PrtSc untuk execute tapi gugel cakap Windows 10 guna Fn+PrtSc which aku uji memang betul la baai di kata. Aku suka guna funcion ni dengan Paint untuk jadikan gambar or edit untuk presentation.

So, oke. Thats all~!

Tuesday, 13 December 2016

Baju Wa Mana!?!!

 
 Apakah ini? actually ini gambar kedai tempat hakak tempah baju korporat dekat Pertama Kompleks. Saja kasi tangkap sebab takut tak hengat masa nak collect nanti.

Kalau hari tu hakak tempah baju koporat, ini kai tempah jaket plak. Cantik ke jahitan apek tu? ntah.. sebab baju ari tu tak siap lagi... ahakssss


Monday, 12 December 2016

Christmas Picture 2016

Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara wajib mengambil gambar penghiasan krismas di Pavilion KL memang tak pernah skip. So, this year pun op kos la sama juga. Sempena cuti Maulidur Rasul hari ni aku dengan gagah memandu ke Pavillion dengan Hannah. Si Chemba tak ikut sebab ada hal dekat kampung & aku malas nak ikut sebab esok dia nak direk dari kampung ke ofis.

Perhiasan tahun ni pun tidaklah mengecewakan. Kalau previous year ada rusa bagai, this yearada bola kristal, merry go round dan castle. Merry go round dia ble naik oke. Memang ramai gak la yang q tadi nak naik.

Kalau nak melepak saja2, aku suka ke Pavillion sebab orang tak ramai sangat dekat sini dan tak crowded macam KLCC dan  MidValley.





Sunday, 11 December 2016

Kunjungan BBW 2016

Tiap2 tahun tanpa gagal kitaorang antara pengunjung setia BBW. Before The Mines bukak kitaorang dah terpacak dekat situn. Kalau selalu parking dekat MIECC, ini kali parking dalam The Mines. Aku pun tak paham arkitek MIECC ni.. tak pernah la kalau kemari aku tak ikut laluan tangga yang muat2 tuk 2 or 3 orang jek. I mean, takde ke proper lift untuk pengunjung etc. Atau aku yang tak jumpa? kalau tadak, memang la kau arkitek.. memanggggg!!!!

Kali ni tak beli buku tuk diri sendiri.. 200 melayang semua tuk buku Hannah oke! Takpe la, demi nak mendapat pelepasan cukai, ku sanggupi!



Saturday, 10 December 2016

I-Phone Pain In The Fingers!

Hakak nak tukar ringtone Ipong tadi tapinya tadak pun link nak pilih lagu oke! Walaupun hakak memang ketahuan Ipong ni memang mengada dari pengalaman sebagai pengguna Ipad, hakak pun tak paham kenapa hakak gatai nak beli jugakkkkk! Arghhhhhh!!!

So, macamana?

Kalau nak tukar ringtone ble pilih dari 2 tempat jek. 1st pilih dari lagu2 yang dah pre-set or 2nd, g store ringtone & beli. Kalau nak juga ringtone sendiri, 1st kena tahu ipong tak ble main mp3 file oke! Unless kome donlod apps yang bole support macam VLC. Pastu kena tah, song & ringtone ipong guna 2 format yang berbeza which is m4a untuk song dan m4r untuk ringtone. Ngada kan!

So, mula2 kena donlod mp3 file & cut. Hakak cut online jek dekat http://toolster.net/mp3_cutter. Kena make sure duration lagu yang nak dibuat ringtone kome cut @30 saat or less sebab kalau lebih si Itune tak mau pindahkan oke. Udoh la mengada, degil lagi tu. Masa cut dekat website tu, ada option terus convert ke m4r file tapi hakak terai dan tak berjaya. Si itune tak ble pindah kie device makanya next step op kos la kena convert ke m4r file. Hakak donlod mp3 ke m4r converter dari http://download.cnet.com/MP3-M4R-Converter/3000-18505_4-75167587.html. Kome bole gugel cari yang elok sket. Yang ni konon free tapi bagi syarat ble potong 60% of the song je untuk free version. Kalau nak full convert kena bayor. Puii!!! Since dia ble cut 60% jek, masa cut online tu hakak cut 50 saat, pastu bila convert dapat lah 60% of 50 saat --> 30 saat. Pastu g itunes, pindahkan ke itune dulu then sync dengan phone. Selesaiii!

Inilah rupa dia kat dalam enpon. Lagu 1st tu hakak beli dari store, yang 2nd tu lagu yang baru jek hakak sync sementelaah yang lain tu  sumer pre-set dan tak sedap oke!


Friday, 9 December 2016

Cutiii!!

Hari ni hakak menikmati cuti di rumah sajer. Baru la berkesempatan nak membelek movie dan drama baru dalam kodi. Tertengok la Goblin. Dong Wook Oppa!! Lama dah tak tengok drama dia. Terjatuh cinta plak dekat OST dia. Hopefully all 18 episode lagu semua best2.

Kalau nak cari beautiful-ear soothing-melody, I go for Koreans. Lagu2 dorang memang banyak la yang best2 kalau banding dengan lagu omputeh yang ntah hapa2 kadang2 tu. Sakit teling gwe!

Thursday, 8 December 2016

Parking Issue?

Baca tajuk pun dah rasa nak ketawa.. adoii la haiii. Macam ni pun ada ka. Ini namanya tak pandai menari salahkan lantai. Compare tu parking depan, reverse parking maybe ambil masa lebih sikit tapi ini happen bila yang parking tu takde skill reverse parking dan terkial2. Memang kin panas la juga menunggu.

Ahkak bukan la terrer benar, keta ahkak plak bukan la canggih benar. Dulu lagi la, tadak reverse camera pun ahkak oke je parking belakang. Satu kali g depan, terus reverse. Settle! Jangan kau suruh akak paking depan sebab ahkak bole kompom kau yang 100% ahkak akan terkial2. Tak tahu nak ejas kiri ka ejas kanan.

Wednesday, 7 December 2016

PM Datang

Inila dia gambar one of our opis block. Not mine sebab mine adalah bangunan bersebelahan yang tidak sekaca ini. Dah lebih kot setahun diduduki, baru hari ni dirasmikan secara rasmi oleh PM. One of the best building in KL dan telah menerima beberapa anugerah apart from certified green building. I am happy but part agak kecewa sebab we are the technical department of the country. We have so many architects and engineer dan buat macam2 jenis projek sampai yang impossible pun boleh jadi possible in the hands of us tapi sayang bangunan pejabat sendiri hasil air tangan orang.

Tuesday, 6 December 2016

Doa Kakak

Semalam kawan hakak hangin sebab Bahagian hakak kena ambik tugas mencatat minit miting cawangan jumaat ni walhal sepatutnya itu tugas bahagian korporat. Dia plak lebih2 hangin walaupun nama hakak yang naik sebagai pencatat minit. Siap doa lagi moga hakak tiba2 ada hal. Masa tu hakak gelak je la sebab rerasa macam takde halangan jek nak jadi pencatat minit. Sekali masa amik si Hannah tadi pengasuh kata nak minta cuti Jumaat ni. Masa dia bagitau tu hakak dah mengekek dalam hati. Siap tanya pengasuh 2 kali kot2 hakak salah dengar ke..

Tak disangka2, makbul doa kau kak! Hahahahaha

Monday, 5 December 2016

My First Ipong Picture

This is my first selfie on ipong. No beauty shoot ya! I admit camera ipong ni memang cantik sangat and rich in colour. So this is my face, kalau huduh muka sebenar maka huduhla dalam gambar unlike oppo yang ada beauty shoot. Actually tak guna sangat pun beauty shoot kalau guna oppo and I never edit my picture so that my muka nampak flawless or kurus what so ever. Gemuk, gemuk la kan! My F1s pun takde kurangnya, a good phone dan sangat berbaloi dengan rega tak sampai RM1200.

So, back to my face. Ini muka takde guna kosmetik mahal.. hahahah. Cuci muka pakai Safi tak sampai RM10, takde toner apa cuma guna vitamin E cream atau sunblock as base makeup. Tau la da tuha2 ni, kulit dah tak sebergetah dulu dan sangat senang gelap. Pastu untuk daily I use Kate powderless liquid untuk coverage. I used trusted brand for daily use. Kalau nak make up tahan lama, I use Supracolor Krayolan untuk coverage. Pastu sapu bedak.... siap! Kening kasi itam sket sebab masa lap moisturizer mesti terputihkan kening sekali... hahahaha

Sunday, 4 December 2016

Bithday Adam

Birthday party pirate theme kekonon.. kelakar gila muka masing2. Hahaha.. Ini sempena meraikan birthday anak buah hakak si Adam meow2.. Si Hannah interframe jek.. hahaha





Saturday, 3 December 2016

Welcome IOS

Hari ni ahkak laki bini buat kerja gila g Digi Centre beli phone. Ahaksss!! Bukan lah ahkak kaya, asalkan ada duit plastik semua bisa settle pak! Ahkak beli mypong si chemba beli esevenedge. Kalau beli luar ipong 7 128gb dalam RM3700+ kot tapi kalau beli kat Digi RM2500 jek. Bayar dalam tempoh 2 taun, oke la kan! Kalau kau suruh ahkak bayar cash selambak memang la memang tak mampu. Ahkak ni keje kais pagi makan pagi, gitu la sampai ke petang.

Pueh ati tak? Pueh dan panas ati!

Sambil2 tu enjoy Christmas deco dekat MV. Walau secantik mana pun deco, I still rasa Pavilion is the best place to enjoy the colour of Christmas deco.

Friday, 2 December 2016

Ikan Cantik

Ini la rupa ikan yang dimasak guna airfryer. Hakak jerang for 20 minit... masak sedap tapi tak garing. Hakak laki bini memang suka kalau ikan goreng mesti garing. Next time ble masak lama sket bagi garing. Cuma yang best guna minyak sesudu jek.

Actually goreng guna periuk ajaib pun best jugak. Letak minya sesudu kat kuali, sesudu tabur kat body ikan then tutup & tebalik2 kan je during masak. Kompom ikan ko garing & sedap!

Thursday, 1 December 2016

Super Heroes Cafe

Masa jalan2 dekat SPM, selalu la lalu lalang depan SH Cafe ni tapi tak pernah nak terai. Ini kali kasi terai satu kali? Hakak minum air apa ntah campur peanut butter. Memang la, memang sedap tapi kalau selalu selala minum kompom kencing manis dan seangkatan.

Nice setup, cafe dalam kedai. Barang2 yang dijual dalam kedai yekla super heroes related like Batman, Superman etc. Tapi mampu tengok je la! Makanan dihidang dalam bekas tapau superman besar ni. Hakak oder beger apa ntah... not bad la.

Wednesday, 30 November 2016

Somerset Puteri Harbour Nusa Jaya

Living Room
Kitchen
View from kitchen
Bedroom
Pool ngadap Singapore
Kid Pool
View Of Ferry Terminal
Inilah hotel yang kitaorang tido masa kat Nusajaya, Somerset Puteri Harbour. Since taklimat tender dibuat dekat bangunan Abdul Rahman Andak, hakak malas la nak berulang dari Pasir Gudang ke Nusajaya tuk taklimat then kena balik ke Pasir Gudang balik untuk lawatan tapak. Dah alang2 duduk kat Nusajaya, hakak duduk terusss sebla Hello Kitty Town. Yang best, bangunan ARA tu memang betul2 berdepan dengan hotel.

Actually ini yekla one bedroom apartment. Satu blok je dari Hello Kity Town. Sebla tu hotel Jen, sebla tu baru HKT. Jalan kaki ke HKT tak sampai pun 5 minit kot. Best? memang la best gila. Kalau best gila op kos la mahal. Hakak bayar dalam RM320 oke semalam, itu pun beli di Agoda & tanpa breakfast. Tapi hakak cuma kuar duit M100+ je kot, yang lain gomen bayar. Ahakasssssss!

Masa book dekat Agoda, kalau nak breakfast room rate jadi RM400++. Gila hapa! Bek hakak p makan or masak je dekat kitchen. FYI kitchen dia siap dengan pinggan mangkuk, pisau, peti, microwave & op kos la dapur. Masa check in tu hotel bagi hakak breakfast, complimentary katanya. Yeayyyyy!!!! Sedap tak? biasa je.

Next time nak duduk lagi tak? op kos! Kalau ada orang bayarkan. Hahahahahah