Wednesday, 25 January 2017

Langkawi Day 1

Aktiviti hari ni :
1.  Bertolak dari rumah (RM178/ 5 days/ car airport parking)
2.  Fly from KL (RM160/pax)
3.  Sewa kereta (RM400/ car)
4.  Sarapan dekat mana ntah
5.  Singgah dataran lang
6.  Singgah Idaman Suri cuci ata
7.  Singgah HIG, Kuah beli cekelat
8.  Singgah lunch dekat Kak Yan Restoran
9.  Check-in Nadias Hotel (RM480/ 2 days/ room)
10.Mandi pantai
11.Dinner dekat restoran Selera Lubuk Buaya













Saturday, 21 January 2017

1st MC 2017

Semalam punya malam tadi wa pening.. pagi tadi still pening so wa decide wa mau pegi klinik dulu. Doktor diagnosed as vertigo.. dia bagi wa ubat dan MC. Tapi wa memang tau wa ada ini barang bila wa mau kibar bendera merah. Kalau masa bujang wa selalu senggugut tahap gaban bertarung dengan otoromen tapi sejak wa dewasa dan melahirkan sebutir permata bernama Hannah wa punya senggugut sudah tak menggugat langsung. Instead, wa punya pala pening pusing pusing macam dalam ada puting beliung. Sometimes wa muntah, sometimes wa macam naik kapal and sometimes wa rasa macam kaki wa ada batu bata terikat berat dan wa mau jatuh.

Tapi semua symptom2 tersebut akan beransur-ansur ilang once bendera wa berkibar. Sometimes wa kena before, some pula wa kena after.

Wa redho sajok!

Friday, 20 January 2017

Meeting Tak Batal

Last friday bos kecik g meeting kat putrajaya. Schedule kol 3, tungu punya tunggu dekat kol 6 tak selesai lagi previous meeting so kena cancel dan tunda ke hari ni.

Meeting hari ni kol 9.. start dekat setengah jam lewat tapi thank god! tak cancel. Sesio je minyak oke kalau meeting cancel lagi. Pas meeting g merendek dekat Putrajaya. Memula g lunch dekat tepi tasik.. pastu g IOI City Mall plak. Rewang2 naik turun sementara tunggu si Chemba collect aku pas semayang jumaat. MAsa rehat jangan dibazirkan so ahkak rehat puas2 dan masuk sumer kedai yang ada.

Ble tahan besar juga mall tu.. letih la jugak kaki nak jalan.

Thursday, 19 January 2017

Perhimpunan

Hari ni ada perhimpunan. Kalau kau ingat budak skola je ada perhimpunan, kau silap dow sebab kami yang tuha ni pun ada!

Wednesday, 18 January 2017

Appointment Tulang



Ini hari ahkak ada appointment tulang sama ortopedik PPUKM. Ya ampun! Kalau ahkak ni sakit tulang, raaaamai lagi yang sakit tulang temulang temuling bagai. Ko bayangkan PPUKM set my apoimen jam 9.00.. kol 1 lebih belum dapat jumpa doktor sebab ada 70 orang depan my number yang juga tunggu nak jumpa doktor.

Kalau itu kali jumpa doktor pompuan, ini kali jumpa doktor lelaki. Doktor tu muda lagi, bulu mata dia panjang wo, kuit sangat. Badan sikit berisi so since ahkak terlibat dengan JK1M ni, ahkak cam asal nampak je orang yang demuk ahkak macam nak suruh g join JK1M. Hahahahahahah... so ahkak pun purak2 la cakap kat doktor tu.

'Dr, kalau i eksesais boleh ke kurang sakit belakang ni?'

Op kos la doktor kata boleh dan baik kan.

Maka ahkak pun cakap,

"Hopefully la ye doktor sebab saya sekarang ni tengah join program JK1M"

Doktor pun tanya, program apa tu?

Ahkak pun kata la.. program jom kurus doktor, dengan Kevin Zahari tu (Sound ala makcik2)

Bla bla bla...

Hopefully doktor tu join.. kalau kurus kompom encom sangat... hahahahaha

Monday, 16 January 2017

Eating Healthy


Well, tadak la healthy pun cuma kali ni portion dah dikurangkan ye. Kalau dulu sepinggan tak kenyang, sekarang dah 1/3 je. Telur kuning plak tak makan sebab banyak kalori. Hahahahaha

Sunday, 15 January 2017

JK1M8 Week 1 Day 2

 


Sapa yang tak kenai Kevin Zahari.. tu la dia. Jurulatih fitness fofuler kat Mesia ni. Hari ni program kitaorang dekat Dewan Bola Tampar Seksyen 4, Shah Alam. Seawal 6.45 ahkak menunggu kawan ahkak pick up dekat tasik. Campur tolak sesat barat nak cari Dewan, dekat kol 8 jugak la kitaorang sampai. Itu pun di antara yang awal.. kalau lewat sket lagi kompom2 tadak parking.


So inilah rupanya dalam dewan. Susunan program hari ni agak menarik juga. Strat dengan sesi sharing pengalaman deme yang dulu demok kini kempis, pastu sesi zuma setengah jam, kick boxing fit setengah jam pastu baru lah sesi dengan Kevin. Kevin akan ajar macamana nak kira BMI, BMR dan macamana nak makan dengan sihat apart from sedikit senaman simpla. Cuma yang tak best is pemilihan tempat. Lokasi dewan tu dah la congested dan di area rumah orang. Toilet pompuan plak rosak dan yang paling sedih dewan nya kecik. Memang berteriakan lah orang kat belakang sebab dorang asyik kena tolak ke belakang je. Bersenam jadiknya ala-ala macam nak senam segan tak senam segan sebab dah sempit.

Yang lagi sedih, program habis dekat kol 2 kot. So for those yang dari pagi lom makan memang ble padam la dibuatnya.




Saturday, 14 January 2017

1st Day Of JK1M8



Maka hari ni bermulalah program JK1M ahkak, di sini di Tasik Permaisuri. Ahkak saja pilih team leader Cheras sebab nak dekat umah.

Pagi ni program jadual startnya kol 7. Dah ramai yang sesat barat bagai makanya kol 8 lebih jugakla baru start tadi. Hari ni cuma sesi pengenalan sket, sesi bekenalan dan timbang berat. Wa punya berat ya rabbi dah macam berat gajah + anak gajah + cucu gajah kot. Sikit lagi nak swing 100kg. Hahahahaha..
Masa perkenalkan diri, ada la yang kata nak kurus sebab nak khawin, nak conceive, nak berubah sebab dah masak kena gelar badak.. ada pulak yang nak menang.. ada yang nak ilang spare tyre. Ahkak? ahkak kata ahkak tadak spesifik goal, cuma nak sihat je sebab lutut da saket, belakang da saket.
Lepas kenal mengenal, ada la sesi zumba. 3 lagu je tapi penat ya rabbi mengalahkan membajak sawah tarik kerbau kot ni. Badak dah lama berendam saja tak eksesais, gini la jadiknya.. 

Tuesday, 10 January 2017

Meeting Batal La Pulakkkk!!

Hari ni ahkak layan Churros lagi tapi kali ni selepas menipiskan beg duit beli buku. Whyyyyyy oh whyyyy I can't even resist book temptaion!!!



Pas makan, aku pun kelam kabut la g surau ready2. Skali bukak phone, si Chemba call bagitau bos suh bagitau aku bahawasanya meeting batal & bos pun ada gak wasap. Puiiiii! Buat habis minyak aku je g Putrajaya jauh2 tapi meeting batal!!!!

Considering kalau balik opis pun dah almost 4.30 kot, bos bagi aku balik umah je terus. Thankkkk goddd!

Monday, 9 January 2017

Join JK1M8



Apakah? Haaa.. ini lah bakal team leader ahkak untuk program JK1M8 yang akan berlangsung start 14hb ni. Program Jom Kurus 1 Malaysia bersama Kevin Zahari. Kau nampak kan coach ahkak ni dulu comel 125 Kg.. sekarang dah 58 Kg oke!

Ahkak memang la demuk tapi ahkak takde la nak join untuk kurus. I am just trying to introduce a healthy lifestyle. Tau lah sejak dah dewasa ni.. badan pun dah tak se fit dulu. Kalau dulu sekeping, kini berkeping2 berkeping2.. banyak kan keping dia... wakakakaka

Sunday, 8 January 2017

Sunway Lagoon lagi





Setelah sekian lama tak pergi, hari ni gagah jugak bawa si Hannah ke SL. Siyan dia.. duk kata nak swim je tapi balik2 tak tercapai. Semuanya sama jek dekat SL except kali ni ada kerja-kerja dijalankan kat dalam which is annoying sebab surf beach tutup dan lori besar gabak dibenarkan masuk ke dalam. Gila hapa.. ada budak2 berlarian kot dalam tu!



Saturday, 7 January 2017

1st Timer Petrosains

Hari ni untuk kali pertamanya kami menjejakkan kaki ke Petrosains. Dulu masa dating2 ada gak hati nak masuk tapi cam tak seswai kot sebab tadak budak kecik.. hihi. Actually kalau g dating je pun ok je sebab dalam tu memang banyak aktiviti.

So, first kena beli tiket. Rega tiket untuk pemegang mykad RM20 untuk dewasa up to 60 years old dan RM 8 for kid age 3 to 12. Apart from that, dorang juga ada offer membership. RM150 untuk 2 adults + 3 kids for 1 year or premium membership for RM180. Kalau premium dapat la exclusive Petrosains Discoverer’s League Colour Changing Mug. Ok, pas beli tiket ble beratur masuk. Barang tak yah bawa & kena tinggal dalam loker yang disediakan for free. Untuk masuk ke dalam, kena naik cam gondola gitu. Ini la track gondola tu.

Perjalanan tak la lama.. while on the way kita akan dihiburkan dengan montaj pasal Malaysia, petronas dll. Interesting dan seram2 manja juga sebab rode dalam gelap. Giler tak terkejut kot2 ada barang jatuh atas kau like tikus ka apa ka... hahahaha



Lepas turun dari gondola, first destinastion jumpa si dinosor. Kat sini ada explainantion how petroleum terjadi dll




Ini sinki dalam toilte, so cute!
Lepas jumpa dinosor, jumpa kakak ni. Kebetulan masa kitaorang masuk tu ada show. Kakak ni buat show pasal kertas.. dia ajar koyak2 kertas bagai... fun la jugak.

Dekat area ni ada game area. Susun blok & teka teki bagai. Bukan Hannah je, aku laki bini pun terhibur. Hannah sampai tanak balik. Kat sini juga ada playground dan screen yang interact dengan kita.

Kat sini juga ada tempat makan sambil menikmati view KLCC park.

Overall experience, sangat puas hati amat2 lah! Yang tak best cuma part kena bayar parking mahal kat KLCC.. ahaks!!

Friday, 6 January 2017

Pegawai Baru

Hari ni opis mamme ada pegawai baru cek in.. si Hannah chan. Cek in sebab pengasuh dia nak cuti.. huhu

Thursday, 5 January 2017

E&T Apoimen

Tadi 8.30 gerak dari ofis ke PPUKM. Ingatkan nak try public parking dulu kot2 ada kosong & singahkan ke vallet kalaupun takde. Pusing 3 4 kali, tak de so ahkak pun pegilah ke pondok Vallet parking macam biasa. Sekali adik kat pondok tu kata tak ble, kalau nak valet kena hantar kat atas.

Puihhhh! patutla. Rupanya management parking dah tukar.

Sudahnya ahkak balik umah park keta then amek grab car je. Sampai ENT ngam2 kol 9. ada 9 nombor je depan ahkak. Ingatkan cepatla sekali ya rabbi sama jugak. Kol 12 lebih baru dapat jumpa doktor.

Kalau previously ahkak yang hilang suara, kali ni doktor ahkak tu pula yang tadak suara... hahahah. Dia jolok lagi kamera dalam hidung.. katanya tonsil dah tak bengkak cam sebelum ni.. yeayyy. So dia bagi 4 bulan apoimen lagi untuk tengok condition ahkak.

Weeeee!!

Wednesday, 4 January 2017

Sunway Velocity Mall

Kemanakah? Ini la jalan menuju sorga sopping.. hahahaha. Kat depan tu yeklah Sunway Velocity Mall.. baru sebulan bukak. Apa yang ada? Kalau nak makan2 boleh la kemari. Macam2 ada! Dari Jepun ke Hong Kong ke Korea semua ada. Bila si Waze kata perjalanan ke mari less than 15min dan xde jem, ahkak laki bini pun apa lagi.. sini la terusss.

Kat sini ada pelbagai mode restoran. Kalau takat lidah melayu fusion, boleh la Sushi King, Dubuyo, Kenny Rogers, kepci, Manhattan Fish Market, pijahat, Texas Chicken.. ada 50++ buah outlet F&B disini. Apa lagi yang ada? Macam-macam ada! Anchor kat sini is Parkson. Dari mall ni, kalau kome rajin sikit ble je jalan kaki sampai Ikea Cheras or Jsuco Maluri.

Monday, 2 January 2017

2017 Starterd With Food Feista

Ayam Penyet Banafe Village JB
Nasi Beryani Gam Shahab, Skudai

Amacam? Nampak sedap tak? op kos la sedap!! Semalam g Banafe Village kat JB.. cafe family Betty Banafe la op kos. Hari ni pulak sementelaah on the way balik KL, singgah lawat my sis dekat UTM dan singgah la makan nasik beryani gam. Sedap wa sakap lu. Bukan takatr makan, siap tapau lagi 5 bungkus oke!

Sunday, 1 January 2017

Happy New Year 2017!!

RM22 selai

RM62 selai
Motippp?

Haaa.. inilah cara hakak menyambut tahun baru dengan membeli tudung baru baru baru dari butik. Hakak ni kalau part tudung memang kedekut. Ye la, kain tudung bukan besar mana, nak cas mahal2 memang la hakak pantang. So macam biasa la, tudung hakak semua dalam range RM10 hengget je. Yang selalu menjadi pilihan hakak yekla tudung kat Jalan TAR, tudung kek Nis kononnya. Tapi ini kali hakak suda terjebak... hahahaha..

Semalam lepas jalan2 dekat KIP Mart Masai, hakak tersinggah plak butik apa nama dia dah lupa. Mula2 nampak tudung mahal, cam cantik.. terai la selai 2. Pas da bayar baru plak ternampak plak tudung murah yang bunga2 timbul kat atas nun. Tau berapa rega dia, RM22 oke! Mahal!!! Pada kome murah la kot pada hakak mahal! Mula2 beli 4 lai, rega RM88. Pastu balik umah promote2 kat adik2, dorang pun bekenan. Sanggup g balik kat kedai tu oke! Pastu beli 6 lai... ahakakssssss!!!

Asalnya instant 1 muka tapi hakak memang tak gemar sangat instant satu muka sebab dorang jahit rapat antara lipatan so hakak tetas jadikan satu muka. Punya lawa! Hahahahaha... masuk bakul angkat sendiri.

Makanya ini kali pecahla rekod hakak sebab dah membeli tudung paling mahal dengan rega RM62 hengget oke! Tadi ada hati nak g tengok lagi, so my sis ajak g butik2 area Angsana. Nasib baik tak de yang sangkut... selamat poket.