Sunday, 7 May 2017

Glico Man The Sign Of Osaka



Jikalau ke Osaka, Ke Dotombori terutamanya.. kalau tak snap sekeping gambar dengan si Glico man ni kiranya macam tak complete la trip Osaka korang.

Tapi apa dan siapa sebenarnya Glico man ni? Actually sign ni adalah papan iklan neon yang dipasang dekat Dotombori pada 1935. Lebih sepsifik, lokasinya di 2 Chome-4 Dōtonbori, Chūō-ku, Ōsaka-shi, Ōsaka-fu 542-0071, Japan dan berhampiran dengan Ebisubashi bridge yang menyeberangi Dotombori River.


Apa yang diiklankan? Pernah dengar or makan cekelat Pocky? Itu adalah salah satu produk company ni, Ezaki Glico Co Ltd yang juga beribu pejabat di Osaka. 

 Since kitaorang duduk area Dotombori selama 4 malam, memang tiap malam la singgah melepak sekitar sini. Kalau malam signage ni akan bertukar2 color. Masa aku snap dapat tangkap yang biru dan unggu je.. tak sure ada color lain lagi tak. Ok. Apa yang gempak or kecah sangat pasal si Glico man ni? Sign je pun kan? Ya. Whatever! You nak u pegi la tengok.. tanak sudah. Simple :)

 Back to si Glico man, masa ke Tsutenkaku hari tu pun ada juga mamat ni. Sibuk je dia.. kat mana ada kitaorang kat situ la ada dia. Dah la pose sama je, asyik berlari tapi tak sampai2.. hahaha. Sorry Glico man!


Saturday, 6 May 2017

Hannah & Auntie

Hari ni sesi membawa auntie si Hannah jalan2 sebelum dia balik kampung. Dalam adik beradik aku yang semuanya pompuan seramai lima orang, semua amik course engineering. Adik aku yang sorang ni je la yang meneruskan legasi bapak aku sebagai bakal guru. Kalau ikut adik aku ni pun amik diploma elektrik, tapi masa degree amik pendidikan vokasional letrik kat Kuittho. Sangat rugi sebab dorang tak ble nak jadi engineer due to course dorang dah restrict as education. Dah la tu, keje pun open market.

Kalau masa aku belajar kat situn dulu, those yang nak jadi cikgu or lecturer study engineering then masa master baru amik perguruan. Those yang amik KPM memang fully kena taja la, dah la memang kompom dah ada kerja lepas grad tapi aku ni selalu songsang.. hahaha. Boleh2 aku tak tergoda dengan offer KPM. Ko bayang kan elaun kena tanggung, koje ada lepas ko grad, ko ble jadi lecturer or engineer ikut mana kau suka, kalau ko tanak jadi lecturer ko ble convert je duit yang KPM bagi tu jadi pinjaman. Boleh2 aku terpesona dengan PTPTN.. padan la muka aku, sampai sekarang bayar hutang. Ahaks!

Tapi tak pe, bukan rejeki aku la tu nak dapat free. Yang penting sekarang kalau dah hutang pandai2 la bayar ye!

Friday, 5 May 2017

Hannah Cumilll

Suka aku tengok gambar ni.. dah macam rabbit plak si Hannah sebab gigi depan dia pun besar & sikit ke depan.. hahaha

Thursday, 4 May 2017

Aku Yang Mana Satu?

Aku biasanya jenis yang I want to do it or i'll try to do it sokmo. Nak sampai ke yes i did it tu kadang-kadang payah nak sampai.. haha.

Wednesday, 3 May 2017

Me Me Me

Miahahaha.. kegilaan kat apps Snow dan facebook camera interface masih menggila. Dari rumah ke opis.. semua orang aku tepek. Ada yang jadi fox, ada kuar api, ada yang spastik malah ada yang tetiba ada boyfren kpop tapi yang paling win bila ada 2 muka aku ni.. hahahaha. Agak2 mana satu gambar yang betul ni? Ke dua2 pun tak betul?!

Tuesday, 2 May 2017

Monday, 1 May 2017


Sunday, 30 April 2017

Saturday, 29 April 2017

Tido Duduk

Skill tido duduk si hannah masih hebat. Dia punya will nak main tu kuat gila sampaikan tetido sambil bermain. Ini ok lagi tido duduk, ada tu dia tido tesangkut kat bucu sofa la. Anak! Anak!

Friday, 28 April 2017

Teksi! Teksi!

Ini peristiwa masa g beli kek kat SPM hari tu. Memang padan la kalau orang dah tanak naik teksi skarang ni sebab perangai pemandu2 teksi yang diva bukan main. Ko nampak ni kan banyak teksi ni kan.. sekali bila suh p opis kitaorang boleh2 dorang kata tak pegi la. Ada sorang tu plak ok, tapi minta RM10. So takpe. Kau tak nak kami pun tak hingin. Aku duk je kat situ, roger grab.. tak sampai 5 minit aku naik keta grab dengan senang hati sebab dah la keta cantik, murah lagi RM4 je dan yang penting dreba tak banyak songeh.

Kalau masa aku naik berlaku la pemandu teksi tu kacau dreba grab, tak mustahil aku ikut sekali hempuk dreba2 teksi tu. Padan la kalau orang dah tak nak naik teksi kome! Keje drive teksi, suh bawa p certain destinasi tak mahu. Kalau gitue elok le kome motong getah ke, jual nasik lemak ke.. takyah sibuk2 nak drive teksi & buat menyesak kat jalan raya je!

Hangin ni!

Thursday, 27 April 2017

Bila Hannah Berkebun

Bukan main lagi si Hannah berkebun dengan ayah dia. Aku yang ketahuan hantu umah ni memang duk dalam umah je le.. hahaha. Itu le pasu yang aku beli dari nursery ari tu. Comey jugak.. harap2 hidup le tanaman tu nanti ye. Semoga tak senasib dengan cili padi yang kitaorang cuba tanam sebelum ni... hahahaha

Wednesday, 26 April 2017

Happy Birthday All!



Happy Birtday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To You You You You...

Meriah Bahagian aku tadi dengan lagu birthday sebab orang yang kena selebret lebih ramai dari yang menyelebret. Bos aku la ni tadi.. tetiba dia bagi duit suh beli kek. Nasib la Sunway Putra Mall tu dekat je.. ble la p lari kejap beli kek secret resepi.

Tuesday, 25 April 2017

Kek Almond Idaman

Kalau ke Ikea, harus la aku cari kek ni. Kek Almond kegemaran gue. Last time  aku pegi stok habis so lama la aku memendam selera. Fuh! nasib baik dapat semalam kalau tak kecur la lagi air liur aku ni..

Monday, 24 April 2017

Suway Lagoon lagi

Inilah aktiviti kitaorang sabtu hari tu setelah dah lama tak jejak kaki ke Sunway Lagoon. Aku actually dah lost count dah berapa kali aku kemari as  annual ticket holder. Harus la kira kan supaya leh tahu berapa rega tiket semasa aku every time aku g Sunway Lagoon.. return of investment kena kira maa!

Kali ni kitaorang g ngan family my sis yang juga pemegang annual pass selepas kena pengaruh oleh aku.. hahahaha. Bukan main seronok lagi bebudak ni berenang & tengok binatang. Kali ni pegi boat yang bagi makan ikan tu dah beroperasi so kitaorang pun naik la sesaja nak bawa bebudak ni. Bukan main seronok lagi tengok ikan makan. Ikan2 dia cam lapar gila kot, kebuluq sekoq2 .. ahakss

Sunday, 23 April 2017

Melancong Ke My Town Ikea Cheras

Semalam baru le terjejak kaki ke My Town Ikea Cheras yang baru bukak tu. Ok tak? tak semua kedai bukak lagi tapi yang pasti aku suka foodcourt dia. That one aku suka. Si Hannah pula masih holiday mood, sikit2 nak suruh aku gambar dia. Apa dia ingat dia p melancong agaknya ni macam last 2 week. Hahahaha... Yang lagi kelakar bila aku tanya where are we sentiasa le jawab Osaka. Alahai anak...

Saturday, 22 April 2017

Lawatan Ke Nursery

Gara-gara mak mentua aku bagi sepasu cili padi, pandan, serai dan daun kunyit untuk aku bercucuk tanam, makanya aku pun pegi la ke nursery tuk cari pasu yang sesuai untuk kediaman apartment. So ini kiranya first time la menjejakkan kaki ke nursery yang terletak beberapa langkah je pun dari umah aku.. ahahahah. Beli pasu ngan kaki dia, 100 jugakla habis!

Friday, 21 April 2017

District 21 Putrajaya

Pagi ni aku ada miting dekat Putrajaya.. so aku decide to spend time rehat aku di IOI Putrajaya. Aku suka juga lepak IOI ni, tak crowded. Tadi masa jenjalan cari hal, ternampak tempat ni. Saja la masuk g tengok apa benda la District 21 ni. Wa nampak best jugak kalau bawa Hannah g sini lompat trampolin. For those yang suka akticviti lasak tapi indoor, di sini lah tempatnya. Aku tengok ada tempat rock climbing, abseiling, sky trail, go cart dan banyak lagi kot. Ble tengok la dekat website depa http://www.district21.com.my

Thursday, 20 April 2017

A Story About Takoyaki

Masa kat Dotombori memang hari-hari la makan takoyaki ni. Yelah, si Wiki pun kata Osaka la tempat takoyaki ni bermula. Kiranya macam tempat lahir deme la. Reganya dekat sana range dari 900 yen - 1000 yen untuk 10 bijik. Kalau convert duit mesia mau dekat 4 hengget oke sebijik! Sedap? aku rasa biasa jek.

Yang atas ni aku beli kat tesco. RM5.50 ble dapat 3 bijik oke! sedap lagi! So, syukurlaaaa kat mesia lagi murah. Tak yah le kome g Osaka nak makan menda alah ni ye.

Wednesday, 19 April 2017

Tuesday, 18 April 2017

Ha Ha Ha Hannah

Aku suka facebook punya camera interface.. siap ada api2 tu. Si hannah bukan main ketawa tengok gambar dia yang jadi fox tu.. haha

  



Monday, 17 April 2017

Sunday, 16 April 2017

Lampu Lip Lap

Lama dah teringin nak beli lampu lip lap ni tapi tak pernah jumpa yang berkenan. Masa jalan2 dekat Kaison hari tu, macam2 pattern yang ada dan salah satunya yang berjaya ikut aku balik rumah yang diatas nun. Kini bercahaya la laundry room aku.. weeee

Saturday, 15 April 2017

Mengidam Nescafe Malaysia

Tanpa mu hidupku tak lengkap
Tiada bau mu, lemah la aku
Tiada harum mu, meracau lah fikiran ku

Walau ada kau di Osaka
Namun kau yang di tanah Malaya yang ku idam

Oh Nescafe!

Friday, 14 April 2017

Sesi mengawankan gambar

Banpaku Kinen Koen Sakura Garden
Temmabashi area - O River
Gion
Banpaku Kinen Koen Sakura Garden
Banpaku Kinen Koen Tulip Garden
Red Horse Osaka Wheel from Banpaku Kinen
Koje aku hari ni mengasi biru awan Osaka yang tak lawa. Apa tidaknya, masa kitorang dekat sana tu hujan sesajer sepanjang2. Langit sentiasa la mendung kalaupun tak hujan so memang tak merasa la dapat shot gambar awan cantik. Tapi bila save gambar yang dah edit guna apps Cam Clouds ni, pixel gambar kecik la plak. Ahhh!! Napala aku tak creative cam potograper2 or tukang edit yang power2.

Thursday, 13 April 2017

The Worst Part Of Travel

Memang la best pegi travel tapi yang tak best is part ko kena basuh baju2 kotor yang ko pakai masa travel. Walaupun rasa cam tak la banyak mana pun baju yang kitaorang bawak ke Osaka tapi bila kumpul2 baju 3 orang dah jadi banyak la jugak. Memandangkan mesin basuh aku ble muat 7.5kg je dalam satu masa, maka bersabarlah membasuh. Nasib baik la hari tu gagahkan diri beli dryer, so tak la payah nak tunggu baju kering bagai.

Wednesday, 12 April 2017

Welcome To Malaysia Gundam

Hari ni aku masih cuti lagi. Masih mabuk Osaka lagi.. sambil2 tu godek2 sikit apa souvenier tang yang kitaorang beli tuk diri sendiri. Tudia.. gundam! Aku actually tak kenai langsung pun watak2 gundam ka gunpla ka ni.. yang aku tahu semua robot je. Kali ni kali ke empat ke Jepun, 1st time beli gundam ni. Murah? Seryes memang murah! 850 yen pun ado, ikut jenis dan size la. Hari tu masa g USJ laki aku rembat sekor.. masa g Lala Port kat Banpaku Kinen Koen rembat lagi 2 ekor. Suma beli dekat Edon. Otromen si Hannah aku belikan baru dalam 16 hengget je.. kalau kt Mesia mau 40 hengget kot size yang kecik tu.

So.. inilah koleksi gundam pertama laki aku. Bila nak siap pasang tu aku tak ble jamin sebab laki aku ni memang dah ada bad track record dengan aku sebab kes pasang meja 6 bulan baru siap oke! Tunguu je la update aku sok2..


Tuesday, 11 April 2017

Osaka Part 1 Day 5

 Itinerary Hari Ini
Nippombashi St to Tengachaya St
Tengachaya St to Kansai International Airport
KIA to KLIA2
KLIA 2 to TBS
TBS to home

Balikk la.. apa lagi!!!