“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Wednesday, 28 February 2018
Monday, 26 February 2018
Potograpi Katanya
Gara-gara dengki dengan iklan iphone X yang digembur-gembur ble buat black background ni dengan ekselen.. aku pun nak juga try. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga apps yang boleh menjadikan dengki aku tu direalisasikan. Aku edit guna apps Phocus.
Saturday, 24 February 2018
Hotel Hunting
Sempena percutian keluarga kitaorang ke KK dan Kundasang.. makanya sibuk le aku nak mencari hotel. Bekobar-kobar nak ke Kundasang ni sebab dah lama sangat tak pegi.
Friday, 23 February 2018
Lunch Anime
Biasanya friday rest aku and geng akan merewang-rewang di KL jadi juara shopping tapi hari ni datang pula angin malas nak jadi juara. Sudahnya aku tutup lampu dan layan anime je. Yang ini citer pasal basketball pula, Kuroko No Basket. A story of basketball si Kuroko.. as watak utama. Yang ni pun layan juga..
Thursday, 22 February 2018
Hannah & Adih
Hospital Daaaa
Bagi menjalani prosidur endoskopi, aku kena puasa. Kalau tak puasa kang penuh makanan dalam perut mana nak nampak cause of the problem kan. Sampai klinik op kos la kena register.. lepas register aku kena ‘soal siasat’ why aku nak kena buat endoskopi. Lepas tu dorang pasangkan branula kat tangan untuk masuk ubat katanya. I think tuk sedate la kot. Dah letih menunggun pas pasang branula, aku kena panggil & suh baring dekat katil. Pastu aku cam samar- samar apa berlaku. Aku sedar cam ada benda dalam perut aku dan aku mengerang sebab macam ada rasa sakit. Aku sedar ada ramai orang bercakap2 tepi aku tapi dalam keadaan yang samar dan aku tak berdaya. Maybe kesan sedate la kot. Sakit ke hos masuk kat tekak? Tak sakit sebab aku actually tak sedar pun cuma ‘masih boleh merasa’ walaupun cam samar-samar dan antara sedar tak sedar. Sampai habis kot procesure tu aku masih ‘sedikit sedar’. Lepas tu aku kena tolak ke waiting area.. nak tunggu jaga kot. Rasa sekejap je kot aku hilang mamai tapi orang kat seblah katil aku tidur cam sedap je. Bila jaga dia tanya, dah sudah ke? Dia tak sedar langsung kot masa kena masuk hos tu? Muskeel plak aku tapi takde la aku bother nak tanya, menyibuk je!
Doktor kata aku ada hiatal hernia type 1 dalam perut yang dah tertolak or menolak perut aku and cause perut aku longgar. ‘Longgar tu la yang menyebabkan cecair perut naik sampai tekak and efek tekak. So aku ditegah dari minum kopi dan seangkatan. Gila kau tak boleh minum kopi.. adoiiii!
So apa komen aku untuk endo? As for me aku masih rasa endo ni waaaayyy better than kena buat ultrasound leher. Dengar ultrasound jangan ingat dia buat ala-ala cek perut orang pregnant ye. Yang itu dia golek-golek je tapi kalau ko kena kat leher.. tau le tinggi rendah langit betapa sakit dan tak selesanya.
Tuesday, 20 February 2018
Sunday, 18 February 2018
Midvalley Time
Cam setema pulak baju aku tu dengan deco CNY dekat Mid Valley.. ahaksss. Hari ni giliran berkunjung ke Mid Valley.. macam biasalah.. MV ni memang tak pernah lenggang. Sentiasa je orang ramai berpusu-pusu. Masa opis aku dekat sini pun hari-hari memang tetap meriah mall ni, tak macam mall lain yang padat pada masa-masa tertentu je like lunch time or weekend. Ong ada banyak baik la sini..
Saturday, 17 February 2018
Chill What
Nampak sedap? Op kos! Op kos! Dan late resepi aku ye.. bukan si Chill Chill punya menu.. pinjam cawan je.. miahahaha. Lately ni aku gila latte. Nak minum 3in1 dah tak boleh sebab sugar level dah sipi nak kencing suwit.. so aku minum susu dengan kopi je la. No more sugar sugar T_T
Friday, 16 February 2018
Thursday, 15 February 2018
Wednesday, 14 February 2018
Layan Katun
Dah lama gila aku meninggalkan aktiviti menonto anime.. akhirnya berpusing juga cd anime aku hari ni. Aku ni memang ketahuan penggemar sports anime dan ini is one of my favorite, Cross Game. A story about friendship dan football. Memang layan la..
Tuesday, 13 February 2018
Hospital Note
Since masuk wad tu bukan le hari-hari kita buat macam masuk pejabat, op kos le lupa kan apa yang nak kena bawa. Makanya untuk memudahkan si Chemba uruskan keperluan ke wad kalau le kena masuk wad, aku pun tulis la surat cinta ni sebagai ingatan. Tahu le umur dah meningkat ni.. kena la ada persediaan.
Monday, 12 February 2018
Sunday, 11 February 2018
Art Activity
Saturday, 10 February 2018
Snow White Sesat
Jangan kompius, takdak pun Snow White kat Mesia ni. . huhu..
Hari ni si Hannah puas shopping dekat Kenanga Wholesale. Tujuan asal kemari is to cari costume bertemakan Disney Princess sempena sambutan birthday dekat skolah dia. Mula- mula nak beli costume Frozen, last-last beli Snow White. Maka terbang le RM75 hengget dari kocek aku T_T. Yang tak ble tahan tu, si Hannah tak mau tunggu dah. Terus disarung je baju tu sambil jalan-jalan. Hadoiii la anak! Selain costume, dapat juga selai gown. Huntung le g Kenanga sebab gown tu udah le kain tebal & lawa.. rega pun RM20 je oke!
Thursday, 8 February 2018
Ke Muadzam Kitaaa
Tuesday, 6 February 2018
Ke PPUKM Kita
Pagi ni aku laki bini ke PPUKM. Si Chemba kena buat CT Scan whilst aku pula g amik ubat yang dah nak habis. Bukan nak tunggu masuk bilik doktor je ramai orang, nak amik ubat pun umangg aii.. No sekarang 0390, nombor aku 0473.. ramai tu! Udah le tu, nak amik no giliran pun kena beratur panjang. Tapi pada aku kaunter ubat dorang ni agak efisen juga sebab dorang buka banyak kaunter.
Tadi g cafe PPUKM.. dah lawa la pulak cafe dia skarang.. kalau dulu before renovation kantin memang menyedihkan le aku tengok. Kalau nak lawa sket kena g sebla A&E. Now dah lawa am setup restoran.. keep it up PPUKM!
Tadi g cafe PPUKM.. dah lawa la pulak cafe dia skarang.. kalau dulu before renovation kantin memang menyedihkan le aku tengok. Kalau nak lawa sket kena g sebla A&E. Now dah lawa am setup restoran.. keep it up PPUKM!
Sunday, 4 February 2018
Makcik Beli Tudung
Friday, 2 February 2018
Dentist Visit Dan Jalan Midvali
Pagi ni ke Klinik Pegigian Tanglin.. dah kalau laki bini gigi sakit, sini le tempatnya. Masa sampai tadi agak payah gak nak dapat parking.. kena jalan jauh sket. Oke la menapak dari tak dapat parking langsung. Klinik gigi dia kat belakang sket.. aku dapat masuk cepat walaupun nombor lewat dari si Chemba.. miahahahaha. Maybe sebab aku ni masuk kategori geng Young Stroke Patient so dapat le cepat. Masa sampai tu doktor tanya aku ada makan ubat ke or ada sakit ke.. tu yang tahu tu. Urusan aku kejap je tapi nak kena menunggu si Chemba.. tengahari la juga selesai.

Tengahari tu g amek si Hannah bawa g office.. petang terus g jalan-jalan Midvalley. Sempena tahun baru cina ni, kena la lawat shopping complex tuk enjoy deco yang dibina sempena CNY. As expected, deco di Midvalley adalah cantik. Apart from enjoying the view.. aku dapat bunga dari someone tadi. Etttt!!! Bunga tu orang kedai bunga bagi for free.. marketing purpose la kot. Apa2 lah.. janji free.. ye dok!
Thursday, 1 February 2018
Happy Birthday Pak Teh
Dalam banyak-banyak kek kat Secret Recepi, yang ini kegemaran gue. Selain ini, chocolate cheese dan indulgance juga gue gemar. Tapi now kencing sudah ada manes, kita try la avoid makan manes-manes sangat T_T
Wednesday, 31 January 2018
Tuesday, 30 January 2018
Rezeki Jangan Ditolak
Tadi bos kecik aku ajak g makan.. yehuuuu makan free. Since dia dari hari tu teringin nak merasa steam boat Seoul Garden maka untung lah kami kami ni sebab dapat makan free.. wuhuuuu. Makan sampai munta dengan rega RM38 sorang.. lom masuk air RM4.70 sorang oke. Nasib baik puas ati sebab udang banyak. Aku pun dari hari tu gak teringan nak cuba tapi everytime nak terai je perut dah penuh. Memang rejeki aku la ni hari ni.. alhamdulillah & tq boss!
Saturday, 27 January 2018
Semalam Yang Hangat
Semalam kitaorang menghabiskan masa menyerang Ikea & Mytown lepas koje. Tetiba teringin nak g Ikea... ahakss. Tujuan utama pegi makan je. Makanya menu hari ni ayam apa ntah dengan beef rib. Pastu sambung lagi dekat Starbuck. Since aku ada Ambank kad, dapat le buy 1 free 1 punya promosi. Yang gumbira op kos la si kecik tu!
Friday, 26 January 2018
Thursday, 25 January 2018
Hari Bertemu Menteri
Wednesday, 24 January 2018
Drama Pagi Sekolah
Tuesday, 23 January 2018
Hari ke 10 Sekolah Dah Pandai Baca
Si Hannah masuk skool full day, kiranya pagi skool petang pula day care. Selepas 10 hari bersekolah, si Hannah dah pandai baca.. alhamdulillah. Berbaloi-baloi ayah dia walau susah payah hantar gak dia masuk 'U. Kenapa masuk U? gila kau.. nak masuk pre-school pun kena bayar dekat RM3k oke before enroll! Dah macam yuran U tu!
Day care si Hannah ada program reading readiness. Kiranya yuran RM580 bulan-bulan tu da termasuk la semua sekali. Dorang akan dibekalkan dengan buku-buka bacaan. Aku tengok program dia goes two way, tackle English dengan BM sekali dan si Hannah dah boleh baca apa yang ada dalam buku tu. Mula-mula I thought dia hafal so aku cuba tulis apa yang ada dekat buku kat paper lain, she managed to read it well juga. Alhamdulillah... Emak kau ni dulu 4 tahun setengah apa pun tak tahu lagi kot... hahaha. Umur 5 tahun hafal nombor pun tunggang langgang... hahahaha
Jadik mak bapak nowdays agak mencabar jugakla. Kalau anak darjah satu tak pandai baca, takut ketinggalan je padahal jaman aku dulu, time tadik tu main je time sekolah rendah la baru nak belajar kenal huruf dan nombor tu sungguh-sungguh. Macam my sis, siap hantar anak dia yang baru nak enroll darjah satu pegi tuisyen membaca sebab lepas tadika masih belum boleh membaca dengan lancar. Bukan adik aku je, aku rasa ramai jugak parents yang hantar anak tuisyen. Patut ke anak darjah satu pergi tuisen, aku ada baca jugak orang bincang pasal ni. It is up to the parents pada aku. Lain anak lain tahap perkembangan dorang. No kids are the same.. kalau anak kau pandai maka bersyukurlah. Kalau anak kau slow, help them or get help.
Macam si Hannah ni agak unik jugak budaknya. Anak orang petah cakap tapi ABC dan nombor bukan semua budak boleh kenal dengan baik by year 2.. dan si Hannah one of them. Cakap tak pandai, by tak pandai tu memang tak pandai betul. Umur dekat 4 tahun pun masih tak lancar dan cakap yang basic je. Tapi umur 2 tahun ABC dan nombor dia dapat kenal dengan baik so mudahla kot cikgu dia nak ajar dia membaca sebab part mengenal tu dah settle.
Alhamdulillah sejak masuk sekolah ni baru nampak ada sedikit perkembangan dari segi speech dia walaupun dia tak petah macam budak-budak her age. Now dah pandai baca doa makan.. semua doa dia bacakan doa makan... hahaha. Naik keta baca doa makan, lepas solat baca doa makan.. hahahaha
Monday, 22 January 2018
Muka Selepas Nutox
Oke.. ini muka aku yang suci bersih dari sebarang skincare dan kosmetik. Hari ni dah hari ke 22 kot aku menjadi pengguna Nutox. So aku memang rekemen sangat la Nutox ni walaupun Nutox tak bayar aku buat iklan. Rega pun affordable, serum dia ble dapat dalam RM55 henget time offer. Kalau guna over-the-pharmacy punya produk, memang ada advantage la sebab mana-mana farmasi ada jual. Lagi baik kalau tempat yang ko pegi tu ada banyak option like Guardian, Aeon Wellness dan Watson so ko boleh kunjung semua kedai tu tuk compare harga. Trust me, lain Guardian pun ada lain harga dan promosi ye.
Contohnya masa aku beli serum kat Guardian SPM, spend RM20 baru ble beli serum dengan rega RM55 tapi aku g Guardian mana ntah, tak de offer langsung. The cheapest aku jumpa is RM55 dekat Watson rasanya. The best aku pegi dekat Aeon Wellness SVM, buy RM100 dapat one very nice purse. Apart from that, rega some of the item kat situ pun lebih murah dari Watson dan Guardian macam cleanser for oily skin dan cc cream dia.
Contohnya masa aku beli serum kat Guardian SPM, spend RM20 baru ble beli serum dengan rega RM55 tapi aku g Guardian mana ntah, tak de offer langsung. The cheapest aku jumpa is RM55 dekat Watson rasanya. The best aku pegi dekat Aeon Wellness SVM, buy RM100 dapat one very nice purse. Apart from that, rega some of the item kat situ pun lebih murah dari Watson dan Guardian macam cleanser for oily skin dan cc cream dia.
Saturday, 20 January 2018
My sis punya flight tengahari so weolls hantar la dia ke KLIA 2. Maka tercapai la cita-cita si Hannah yang asyik duk sebut nak p airport. Tah apa la yang dia suka sangat pegi apot.. aku pun tak tahu. Pas letih melepak dekat McD, kitaorang pun balik dan menyiapkan projek sotong kurita si Hannah ni..
Amacam? Sun tak? Sun la! Sun la! Harap-harap dengan adanya kaki sotong ni berakhirlah derita ahkak laki bini kena paw beli pensil kaler jek everytime. Tadi dekat KLIA 2 berkira-kira juga nak beli ke tanak ke cekelat M&M ni.. nasib baik beli. Merasalah juga si Hannah sotong kurita pensel kaler.. ahaksss.
Friday, 19 January 2018
Thank You Nutox
Ini tadak pakai beauty filter or software apa oke.. tau la si Iphong ni memang jujur tak reti tipu. So far masuk hari ke 20 memang puas hati sangat dengan Nutox. Ahkak pakai morning and night, full set. Nak kata muka bertukar jadi kulit selicin telur tu idok la. Muka masih macam biasa, cuma tak nampak kusam dan kering.
Subscribe to:
Posts (Atom)