Itu manusia ka langsuir? Hahahahahaha.. bukan main lagi minah tu potong bawang siap bertisu di mata.. adoiiii. Apa-apa pun at least dia mahu juga la potong bawang kannnn daripada tidur-tidur sejaaaa
“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Tuesday, 4 June 2019
Monday, 3 June 2019
Ketam In The House
Siapa peminat ketammm hangkat tangannnn?!!! Yang pastinya aku bukanlah peminat ketam.. kuah ketam iya tapi ketam aku kureng sebab letih nak bukak kulit keras. Kalau orang bukakkan aku makan π Kalau makan aku nak rilex.. tak nak aku susah-susah fikir nak buang tulang la.. buang kulit la. Sebab tu udang pun aku makan je kulit dia.. hahaha. Pantang juga bagi aku time makan ko sibuk nak bergaduh la, marah anak la.. menangis la. Masa makan tu sacred oke pada aku.. aku nak duduk dan ngap dengan tenang hati.
Saturday, 1 June 2019
Balik Kampung
Hari ni hari balik tanah airku.. tengok sajalah betap gumbira wajah si kecik tu naik flight. Sampai KK singgah la melepak kejap di bandar KK before balik kampung. Astaga.. KK ni da ken hijack Korea ka sampai signboard tourism pun suda tukar bahasa dia. Tapi memang aku perasan juga la ramai Korean melancong ke Sabah ni especially di area Warisan Square ni. Maybe sebab ni la kali signboard pun bertulisan Hanggeul suda.
Tuesday, 28 May 2019
28.5.2019 Eskrim?
Bulan-bulan puasa ni lipstik pun nampak macam aiskrim hoiii! Hahahaha.. comel kan warna lipstik dia. Malangnya ini cuma lip balm je.. please make lipstik tis kaler oke Lancome!
Sunday, 26 May 2019
New Pinggan In The House
Jalan-jalan Jusco dapat hadiah pinggan... weeeehuuuu!!! Punya hapi. Aku bukanlah spesis perempuan peminat apa lagi pengumpul pinggan mangkuk ni.. the best pada aku pinggan free. Hahahaha.. kalau beli ubat gigi aku cari yang bagi pinggan free.. haha. Koleksi pinggan yang ada di rumah aku pun pinggan Ikea kaler itam yang aku beli masa mula-mula pindah masuk. Tu pun beli sebab nak buat makan-makan kalau tak memang pinggan free semua π
Tapi yang ni lawa la pula.. kaler pink gitew. Bunga cetak tu kat dalam.. ringan pun iya. Yang penting freeeeee sebab laki belanja.. ahaksssss
Saturday, 25 May 2019
Bazar Ampangan 1st Timer
Tadi kami decide nak melawat bazar ramadhan di Seremban ni so singgah le di Bazar Ampangan. Umangg ai.. ramai eh umat menyosal den poie hoi! Besosak-sosak dalam tu buek poning palo yo. Bazar tu bazar berbumbung dan agak sempit so terasa crowded dalam tu. Ko sibuk nak beli makan, pengunjung lain pula sibuk lalu lalang. Aku memang surrender la kalau pegi tempat macam ni.. sumpah ini la first dan last aku akan kemari.
Saturday, 18 May 2019
Tudung Baru Gue
Cun tak tudung hakak? Ahaksss.. muka tu jangan caya sangat sebab Note 9 memang pandai 'amik hati' owner dia. Yang mengerutu pun boleh lawa dibuatnya π€£
Dalam banyak-banyak brand tudung, brand Hajra ni je yang masih ada shawl yang xde piping tepi tudung tu. Malangnya in term of quality kureng sket dan kena pilih betul-betul masa beli tu takut ada jahitan yang tak cantik. Dari segi design dia aku suka sebab bukan bunga-bunga. Tapi sekarang ni takde pilihan sangat.. shawl banyaknya ada piping dan design berbunga.. as long kain ok dan senang bentuk.. halal je la beli
Friday, 17 May 2019
Early Birthday Present
Nampak muka anak aku tu.. happy nak manfus oke! Tadi jalan-jalan dekat mall, termasuk pula ToysRUs.. kebetulan dapat kupon RM30 maka terbeli la hadiah birthday dia yang mahal ni. Nasib baik bapak eh bayar.. bukan omak eh kalau tak bengkrap laaa. Yang huntung tetap si kecik sebab dapat mainan baru walaupun birthday dia mau sebulan lagi.
Anak aku ni actually spesis yang tak pandai meminta pun. Ko tanya nak baru dia jawab, kalau tak takde la. Kali ni yang lebih-lebih berkenanan kat mainan tu si emak nya ni hah.. hahaha. Best juga umah tu sebab ble hangkut cam beg π
Sunday, 12 May 2019
Pemain Keyboard
Gembira betul si kecik sebab pandai dah konon main keyboard lagu My Little Pony. Nasib baik la mak kau ni ada la bakar dalam bidang mujik sikit. Aku tak pernah belajar pun main keyboard ni tapi telinga aku tajam gamaknya so aku play by ear π€ͺ Aku tak pandai la nak fingering or main ala piano tu tapi as long aku boleh nyanyi lagi tu.. aku boleh mainkan irama dengan keyboard & seangkatan dan seruling & seangkatan. Kiranya piano, accrodion, recorder, flute, xylephone tu boleh la aku main but not the guitar! Not also yang tiup-tiup kecik nama apa ntah tu.
Sunday, 28 April 2019
Gigi Patah
Kalau semalam gigi di masih full.. hari ni da lompang or rompong kalau orang Sabah bilang. Kesian deh loe..
Saturday, 27 April 2019
Kawen Anak Kawan
Hari ni kami ke pejabat. Tapi bukan la nak pegi bekerja di hujung minggu tapi nak menghadiri majlis khawin anak kawan aku kat dewan opis.
Wednesday, 17 April 2019
Melaram Bedak Baru
Hari ni aku beli bedak baru, brand Chriszen yang Nelydia Senrose jadi duta tu. Apamatcam? Sun tak ako? Muhuhahaha.. yang penting hujung mata mesti mau tajam ok!
Friday, 12 April 2019
Sakura In Seoul Vs Osaka & Kyoto : Part 1
Thursday, 11 April 2019
My Story Of Daiso Korea
I promised this post so I'm gonna tell my story about Daiso Korea, one of my favorite place in Seoul. If you are curious about Daiso Japan in comparison to Daiso Malaysia, they are both sama je in term of barang- barang yang dijual. The price in Daiso Japan is 100 yen which is kalau convert ke RM around 4 hengget. In terms of barang, maybe ada sikit la kot yang special for Japan market only. Tapi kalau ke Daiso Korea, trust me you will be very very very happy sebab barang yang dijual berbeza dengan Daiso Japan, menarik dan range harga dari 1000 KRW ke 5000KRW depends on barang. Kalau nak beli souvenier pun boleh sebab dorang ada jual special made Daiso Korea souvenier yang bertemakan Korea la op kos dengan harga 1000 KRW ke 3000 KRW setiap item.
I was wondering juga why is it different from Daiso Japan so I wiki. This is what wikipedia said..
"In 2011 and 2014, Daiso Korea announced that they are no longer part of Daiso Japan; they claim that Daiso Japan was trying to promote Liancourt Rocks, as part of Japan. Daiso Korea confirmed that they were not selling the products Daiso Japan was selling and that they were acting as a different company.
Daiso -South Korea. Daiso Korea has a unique logo compared to the rest of the Daiso Corporation. The modified logo is used inside the country to rebrand itself as a more modern company and to show its break-off from Daiso Japan"
Ok, now I know why is it different!
Antara barang- barang yang intersting is kuali dan tutup yang pelbagai saiz, barang- barang rumah, kosmetik dsb. Pada aku semuanya intersting dan murah. Kalau ada kat Malaysia ni, harus aku datang tiap- tiap hari ;p Malangnya aku asyik sangat shopping sampai lupa nak snap gambar barang- barang yang ada dalam tu T_T
Kalau di Myeongdong, ada 2 Daiso. One of it kedainya terletak underground, sebla E-Mart Perriot dan satu lagi yang 5 tingkat in between Exit 1 & 2 Myeongdong St. I think this one newly built tahun 2017 cam tu kot.
Monday, 8 April 2019
Seoul Part 5/ 2019 : Day 7
Hari ni tibalah hari untuk meninggalkan Seoul. Tak tahu lah bila akan bertemu lagi T_T Semalam dalam kol 8 sampai ke Unseo St. Thank god hotel Zeumus ni terletak seberang jalan je dengan station dan dekat. The best part is kat belakang hotel ada Daiso oke! Lepas refund T-Money dekat 7-E, kitaorang checkin, then g Daiso then g beli nasi then naik hotel then makan then zzzzzzz.
Dalam kol 3 lebih aku bangun siap- siap since kitaorang booking transportation ke airport jam 4.30 pagi. Ada option jam 5.30 pagi tapi saja je pegi awal walaupun tahu dari hotel ke airport dalam 10 minit je pun. Kalau kat Malaysia, tertinggal flight ko balik je rumah tdo tapi kalau tertinggal flight dekat Korea.. rumah siapa ko nak pegi tinggal oi!
The best part of hotel ni selain dekat train station, dekat airport, bilik besar, area hotel happening, english speaking staff.. they offered free transportation to airport which is a taxi. Sampai airport, as expected we were too early. Kaunter buka dalam 6.45 pagi. Tapi yang malang sekali, flight delay ke pukul 11 pagi. Kuajak airasia! Nasib tak lama sangat. Kol 3 pagi baru bgtau. Kalau aku tahu awal, aku extend lagi kot stay kat Korea ;P
Alhamdulillah proses perpelepasan dipermudahkan. Those yang bawa anak bawah 7 tahun ada pintu kemasukan khas so tak perlu la nak bersesak- sesak. Unlike dekat KLIA2, pemeriksaan untuk pelepasan dibuat sekali je. Penerbangan juga smooth. Sekali sampai KLIA2, macam haremmm je bila q panjang nak mampus tuk lepas kastam. Semua bag kena scan tu aku memang tak kesah tapi yang sakit hati tu tempat nak scan tu ada 3 or 4 je kot padahal orang ramai gila. Pastu yang ada anak ke takde ke, yang mengandung ke yang buncit ke, yang bawak beg berkoyan ke beg sandang je ke, foreigner ke local ke semua kena q tempat yang sama. Speechless aku dengan arrangement dorang ni. Susah nak keluar negara, lagi susah nak masuk negara sendiri. Taikkkk la!
Alhamdulillah proses perpelepasan dipermudahkan. Those yang bawa anak bawah 7 tahun ada pintu kemasukan khas so tak perlu la nak bersesak- sesak. Unlike dekat KLIA2, pemeriksaan untuk pelepasan dibuat sekali je. Penerbangan juga smooth. Sekali sampai KLIA2, macam haremmm je bila q panjang nak mampus tuk lepas kastam. Semua bag kena scan tu aku memang tak kesah tapi yang sakit hati tu tempat nak scan tu ada 3 or 4 je kot padahal orang ramai gila. Pastu yang ada anak ke takde ke, yang mengandung ke yang buncit ke, yang bawak beg berkoyan ke beg sandang je ke, foreigner ke local ke semua kena q tempat yang sama. Speechless aku dengan arrangement dorang ni. Susah nak keluar negara, lagi susah nak masuk negara sendiri. Taikkkk la!
Subscribe to:
Posts (Atom)