Monday, 26 August 2019

Menu Simple Masak Dalam Bilik

Oke, napa tajuk dia gitu? Tah la pula.. hahaha. Kiranya idea ni nda kisah la di bilik mana ko mo masak ba tu. Tp yang ni valid kalau di malaysia la.. kalau luar negara pandai2 la
Bahan basic
Minyak masak botol sekeciknya cam olive iil, bawang putih,  garam atau serbuk perasa, kunyit atau serbuknya, udang kering, cili giling, beras, mee, maggi, ikan bilis kalau mahu, sardin, sayur, santan kotak, cili padi kalau nk pedas, asam keping, telur, tomato kecik
Tools
Small electric pan, rice cooker, papan potong,  pisau, mangkuk tingkat
Labu lemak
Udang kering *optional
Goreng udang kering ngan bawang putih jap, buh air, buh santan, buh garam or perencah, buh kunyit buh labu.
Sayur goreng
Goreng bawang putih, buh udang kering kalau mahu, tomato ka, buh telur tunggu agak masak, buh buncis/ kacang panjang/ bendi, buh perisa or garam
Lauk tin cam sadin, kari, rendang
Telur base. Goreng, rebus, masak lemak, kicap ka, sambal ka
Guna ayam kepci kalau ada
Masak bubur tambah ayam kepci n  perencah
Masak ayam kepci salut sambal pun boleh
Or ayam goreng kunyit
Ikan base. Goreng siap2 ikan di rumah
Sup ikan goreng
Goreng bawang, buh air, asam keping, tomato, perencah ngan ikan.
Ble juga sambal, masak kicap ka
Sayur boleh makan mentah like timun, lobak
Ikan bilis base
Goreng bilis siap di rumah
Sambal bilis
Maggi sup, maggi goreng, mee goreng udang kering, nasi goreng simple2

Sunday, 25 August 2019

Bye Ipoh

Pagi ni kami  breakfast di The Garden Terrace yang terletak sebla gate masuk ke theme park. Banyak pilihan makanan. Pakej kaki datang dengan breakfast for 2, so si Hannah kena tambah RM16. Actually bawah hotel tu ada ja restoran Papa Rich for those yang nak makan sendiri. Or else, drive ja ke McD or KFC yang terletak x jauh pun dari sini.


Late check out pukul 1, so pukul 1 la kami check out. Before keluar, sempat la aku masak lunch labu masak lemak, nasi lemak, sardin dengan telur goreng. Jimat jimat! 1st destination, MAPS. Akhirnya kami berjaya sampai ke mari. FYI, sekarang ni tiket masuk ke MAPS adalah free. Bayar kalau mo main jak.
Actually design theme park ni lawa & setanding dengan park luar negara tapi 1st impression aku masa sampai sini is sedih. Sedih sebab walaupun weekend, park tu kosong. Even kedai2 dan some attraction pun dah closed. Maybe bukan time cuti sekolah so kosong la kot or maybe ramai lebih ramai orang pegi waktu malam sebab siang panas. Who knows, maybe. 2 kali kami berpeluang ke Disneyland Hongkong dan Tokyo, kami tengok penuh sepenuh-penuhnya walaupun bukan cuti sekolah masa tu. X payah la tengok Disneyland jauh2, Sunway Lagoon pun penuh juga even bukan cuti sekolah. Spekulasi kami laki bini, orang local tak suka berhibur kot. Hahahah..

Pendapat peribadi aku, daring jugakla idea bukak theme park di Malaysia ni, pulak tu di Ipoh. I understand if it is Johor.. ada market Singaporean, China maybe.. di Genting pun sama plus ada kasino.. local juga suka sebab sejuk dan ada GPO. Kalau KL, x perlu cakap apa la. Tapi Ipoh, dari KL pun quite far.. dari utara pun quite far. Kalau local kurang appreciate theme park, untuk bergantung pada tourist semata2 maybe a bit ambitious juga. Tapi siapa tahu kan! This is just my personal opinion. Kesimpulannya, panas orang Malaysia tak pegi, hujan orang Malaysia tak pegi, jauh orang Malaysia tak pegi, mahal op kos lagi la orang Malaysia tak pegi. Hahahaha

Dari MAPS, kami pusing bandar Ipoh. Orang kata Ipoh pun food heaven juga tapi kami bawak bekal jak la. Final destination before balik KL is Taman Rekreasi Gunung Lang. Ok, this one I really enjoy. One whole day lepak sini pun i suka.. calming except for the part kena kejar monyet... hahah.. If you go Ipoh, sini musti pigi oke! Tapi jangan tertipu, air terjun tu air terjun buatan ya.
The best part is, it is free! Kalau nak naik boat, RM3 ja. Masa kami datang tu ada 2 pasangan tengah tangkap gambar kahwin. Lepas lunch, kami terus balik ke KL. Bye Ipoh!

Saturday, 24 August 2019

By Penang, Hello Perak


Lepas makan dan mandi seround, kami keluar dari hotel. While on the way, singgah sekejap di Straits Quay Marina Mall. Mall tepi laut op kos la lawa. Cumanya mall tu cater untuk orang ada2 agaknya. Singgah lepak di Starbuck, dalam tu ada beberapa orang omputeh yang tua2 melepak solo. Kami speculate dorang ni retired di Penang agaknya. I think to choose a place for retirement, Penang is definitely worth to consider.

Dari sini, kami terus bergerak ke Tambun. Sempat menghadap jem masa nak keluar tu tadi. Sampai Tambun dalam pukul 5. Aku book deluxe suite, tapi was upgraded to executive suite. Kalau bilik biasa 1, kami punya 3.. muhuhahahahaha. Ada bilik tidur, ruang tamu dengan toilet, dining hall dan dapur. Macam tahu2 ja aku dah bersedia beraksi mo memasak ni dengan kuali elektrik yang aku beli di Shopee. Hahaha... barang masak pun tadi dah beli di Uncle Sam Gorceries Straits Quay.


Menu petang ni, buncis goreng telur, telur goreng dengan sardin. Ini sempena meraikan ulangtahun perkahwinan kami. Konon2 candle light dinner la ;p. Nasib la laki aku tu di bagi sardin ka, telur goreng ka semua dia kata sedap.

Siap makan, kami pun menuju ke The Lost World Of Tambun accross the street untuk ke Night Park & Hot Spring. Sebelum masuk, singgah kedai dalam tu beli waterproof case which cost me RM30 T_T. Beli jak la.. dari kena spend lagi money tuk si Note 9 yang telah berjaya buat aku pokai bulan ni. 1st destination.. pool yang ada slide la op kos.

Dari area pool, kami ke Petting Zoo. Ada macam2 jugak la di Petting Zoo ni range from pony sampai la mamat yang tengah tu. Steady dia! Since hujan, melayang jugak la RM14 tuk beli payung si kecik. Yang mak pak, pakai plastik saja la. Dari petting zoo, kami ke Luminous Forrest. Malangnya masa sampai depan tu tutup T_T Dengan kecewa kami patah balik ke Petting Zoo & naik tren. 
Masa lalu balik depan Luminous Forrest tu dah bukak balik.. kami pun apa lagi.. laju2 la turun dari train. Nak masuk ke situ kena cross jambatan atas air. Nasib malam, kalau siang seram jugak la sebab jambatan tu goyang2. Interesting la dalam forrest tu. Ada pokok bercakap, lipan & rama2 besar.. semua luminous la kiranya..
Keluar dari sini, kami balik ke Petting Zoo naik tren pusing 1 theme park. Habis pusing, turun semula di Petting Zoo. Pastu kami pun memulakan aksi berenang dalam hot spring. Katanya ada 12 jenis kolam dalam tu.. airnya panas dan refreshing.Aku try yang urut refloksologi batu, adoidoiii punya sakit tapak kaki. Pastu try urut belakang pula dengan air pancut dari si singa.. itu pun best. While kami berendam, pool sebla tu ada persembahan. Meriah sungguh.
Dalam kol 10 si Hannah ajak balik. Letih dah kot dia berenang.. hahaha. Kami p toilte just tukar baju je. Nasib baik hotel seberang jalan je. Kalau tak mau tertidur dalam perjalanan. Dah naik bilik tu baru rasa penat.Goodnite ya'll

Friday, 23 August 2019

Penang Day 2


Lepas check out, kami menuju ke Tanjung Bungah for our next vacation spot. Kali ni kami pilih tinggal di Hotel Sentral Seaview. Before ke hotel, kami pusing dulu di area Batu Ferengghi tapi x singgah ke pantai. Odw balik tu baru singgah lepak pekena laksa dengan rojak buah dekat Pantai Miami.

Hotel yang kami duduk semalam tiada lift dari parking ke lobi, kena naik tangga dengan beg berat dan banyak. Udahla si Chemba sakit kaki. Ingatkan hotel hari ni x la macam tu sekalik pun sama juga.  I wondered apakah kalau design hotel di Penang ni memang rules nya kena macam tu? Parking ke lobi kena naik tangga saja?! Macam tu ka. Adoiiii. Kalau ko travel ada geng boleh la drop off di lobi tapi kalau ko travel solo or oku.. bertabah la!

Check in tadi was a breeze. We were given a room with partial sea view. Actually boleh dapat full view tapi kena blok oleh pokok kelapa. Kacciauuu!! Hahaha. Bilik ok la, x sempit tapi x la luas sangat. Just nice for the three of us. Siap ada balkoni! The only turn off is toilet. Silikon joint to berkulat tak agak2. Nak aja aku sarankan hotel tu suruh beli cocorex banyak2 spray dekat mold to. Geli betul! The best about the hotel is pool by the sea.


Lepas cek in, kami keluar merealisasikan impian si Chemba tapau pesembuq Padang Kota Lama. Teringatkan pengalaman geli makan di foodcourt The Esplanade Park, memang tak plan la singgah duduk makan. Pastu terus balik ke hotel sebab tak sabar nak berlarian di pantai. Hajat nak ke pantai petang tu berkecai sebab tangga turun dari hotel ke beach kena kunci daa. Reason diberi tangga rosak dihempas ombak katanya. Hare! Stay sini sebab mo ke beach, hampa betul! I asked the staff, bilangnya kalau mo turun ke beach boleh ikut tangga sebla Bora-bora. I was thinking, ok la kalau macam tu. So we went to see the stair, ya rabbi.. dengan tangga curam & handrail yang tiada. Totally unsafe la memang!

Petang tu pula si Hannah mandi di pool. Pool nya agak kecik, malangnya ada pula rombongan cik kiah kana-kanak dari thailand satu bas mandi dalam tu. Udah macam taman asuhan kanak-kanak. Hancusss harapan!!! Naik bilik konon nak makan mee goreng mamak yang ditapau tadi, alahaiii.. mee goreng penang ni memang lagu ni ka. Merah bersotong. Masa si Chemba kata aku maybe tak lalu kot makan tu nanti.. aku buat bodo ja. Skali buka, alahai... memang nda lalu la mo tangkap gambar, mo makan apakan lagi. Maybe sedap but not to me. Penang food is not meant for me i guess. Sudahnya order room service, nasi beriyani dan cucuq udang. Yang ini pun mengecewakan T_T

Thursday, 22 August 2019

Penang Aku Mai Lagi

Kalau cakap melancong dalam negara, KK and Penang memang on top of my list la. So ini kali kami ke Penang ikut si Chemba mesyuarat. Wuhuuuu... paid trip! Ada hati nak bertolak awal kononnya pagi ni sebab driver mengantuk semalam, schedule jam 9 pagi, 10 setengah juga la baru gerak. Hahaha.. aku rasa sindrom ketuaan membuatkan aku dah mula lost track of time (*alasan!)

Waze kata 4 jam ja, well.. waze memang bukan ble pakai sangat. Dia ingat laki aku tu driver F1 kali. Laki aku kalau drive, kancil pun boleh potong dia oke! Dia kata nak laju2 bukan boleh p syurga pun (tu aku yang cakap! ;p) Dalam 3 setengah baru nampak bayang jambatan kedua pulau pinang. Selesai urusan cek in bagai, jam 4.30 la juga baru masuk bilik. Oke laaaaa…


Kali ni menginap di studio suite, The Gurney Resort Hotel & Residence Georgetown. Biliknya besar amat (claimed to be 515 sq.ft) tapi look a bit 'tired' suda. Langsir belobang2 kecik, rupa pun macam bertahun x tukar2. Dalam bilik ada sofa, table makan dan work table. Dalam bilik air pula ada closet dan jakuzi. By that info, boleh imagine la how big the room is kan!

Since x eksaited sangat, lupa mo tangkap gambar bilik. Adoiiii! Overall ok2 la hotel dia cumanya now lift ada 2 ja function daripada 3. Kalau selalu aku pegi hotel tiada la bersesak2 dalam lift, ini kali laaa. Tunggu lift sudahlah lambat, ramai orang lagi. Worst, dari parking underground ke lobby tadak lift! Itu kira worst suda tapi ada yang paling worst which is bila bilik ko sebla lift pit dan katil ko betul2 la di dinding pit tu! Arrrrrghhhh... mula2 ingatkan orang buat renovation tapi jam 12 pagi pun still eek ook eeek ook.. ada hantu ka buat kerja.. then baru terfikir sebla tu lift. No wonder la. Sudahnya nda dapat tidur sangat T_T

The best part of this hotel is the pool. Ada 2 pool, for kids dan adult. For kids tu poolnya besar, ada mushroom rain dan slide. Untuk yang tuha, ada infiniti pool dengan kedalaman 1.5m... quite deep la juga for me yang 1.6m ni. Pool dia mengadap laut op korse. They provide quite a space jugakla area pool tu.. very nice!


Walaupun orang kata penang ni antara food heaven di Malaysia, kami malas mo keluar explore. Untuk dinner, kami order grab food mee udang dengan mee goreng ja la.

Monday, 12 August 2019

Percutian Di Casa Bonita


Lepas check out hotel Supreme, kami merayau ke bandar Melaka pula. Lepak dekat Mahkota Parade untuk lunch. Memandangkan esok koje nak kena terus balik KL. Tak tahu mana datang idea nakal.. tetiba nak stay lagi satu malam dekat Melaka. Godek Agoda.. ada pula hotel ni RM60 semalam.. proper dari hotel semalam tu so kami pun decide tambah satu malam lagi! Ahakssss… Walaupun sedikit mencabar masa nak cari kat mana pool dia.. akhirnya jumpa juga. Kedudukan poolnya agak terlindung tapi saiz pool quite ok la. Seswaii la tuk si kecik swimming. Sebla hotel tu ada rumah tinggal.. part tu la cam seram sikit.