Tuesday 18 November 2014

Tokyo : The Untold Story Of Toilets

Baby's 'hanger'
Complete dengan instruction
Inilah antara contoh toilet yang missing kat Mesia. Masa aku balik kampung nek flight bawak si kecik sorang2 hari tu, punya senggsara nak guna toilet tapi kalau jalan2 kat Tokyo, takde risau langsung pasal toilet especially bila kau bawak anak kecik sebab kau adalah umpama 1st class passanger kat station subway/ train dorang. Toilet orang cacat kau boleh masuk sebab memang dalam tu disediakan changing station. Kalau kau masuk toilet biasa pun ada disediakan tempat untuk 'sangkut' your baby.Kalau kat airport, toliet orang cacat siap ada katil lagi oke!

Tu belum lagi kau tengok ada kepala paip keluar dekat atas tangki flush, so kau boleh guna air tu untuk isi tangki flush & cuci tangan at the same time. Belum lagi kau tengok plastic seat cover yang boleh rotate. Most of their public toilet guna jenis bidet. They call it Japanese Bidet or washlet. Pilih la kau nak toilet ko berangin ke, panas ke or kau nak dengar bunyi burung sambil2 kau membuang apa yang patut.

Kalau kau curious dengan cerita aku ni, sila la book tiket ke Tokyo ;P

Monday 17 November 2014

Tokyo Part 3 : Post Tokyo

Smalam flight jam 11.40 malam.. dalam jam 6.30 pagi landed dekat KKIA 2. Hari ni op kos la ahkak cuti2 masih.  Kejap je kan ahkak pegi! Ahkak suka kalau dapat flight p balik tengah malam so jimat la nak bayar hotel as you arrived early and going back to KL tengah malam macam my first time ke Seoul back at 2011. Tapi flight ke Haneda tengahari je yang ada. Or else boleh ke Narita Airport. Cumanya Narita ni jauh le dikit compare from Haneda ke Tokyo. Jauh2 pun dalam sejam sampai.

Sepanjang flight si Hannah meraung2 la jugak esp bila mamme dia bergerak. Dia nak tido tapi nak ngan mamme jek. Mamme dah la sakit tulang pungung kalau duk lelama, apa lagi kalau ada dia kat badan. Huhu...

Overall, this is the best trip among the three times ke Tokyo sebab kali ni rasa cam baru le dapat cover almost keseluruhan bandar Tokyo, almost jek oke.. lom habis lagi & akan bersambung 2016 inshaAllah. What I mean by almost keseluruhan tu pun cuma cover central dan area berhampiran jek. Why pegi kejap2? Tu lah soalan yang ahkak selalu dapat bila orang tahu ahkak gemor sangat ke Tokyo tapi kejap2. Kalau pegi lama2, trust me! you'll be too tired to enjoy your trip macam masa ke London/ Paris dulu. Penat sebab kena berjalan dah satu hal, penat duk negara orang belum kira lagi. Sebusuk2 negara sendiri, yang busuk tu le yang dikenang bila  berada di tanah orang. Lain le si Hannah sebab Tokyo tempat kejadian.. hahahahaha

Sunday 16 November 2014

Tokyo Part 3 : Day 4

Program

1. Check-out hotel, walk to Donki Asakusa and to Tawaramachi St, board Ginza Line to Shimbashi St
2. Drop bag at locker, walk to Hakuhinkan Toy Park
3. Back to Shimbashi St and commute to Ginza St, Hibiya line interchange to Akihabara St & visit Akihabara area
4. Akihabara St to Kayabacho St, Tozai line interchange to Otemachi St & visit Imperial Garden
5. Otemachi St to Meiji Jingumae St, Fukotoshin line interchange to Shibuya & visit Shibuya area
6. Shibuya St to Shimbashi St & collect bag
7. Shimbashi St to Haneda International Airport
Tokyo Sky Tree nun jauh di sana
Simpan beg dalam loker @Shimbashi St
Wefie!
Akihabara area
Selfie @Imperial Garden
Shibuya Crossing from Tokyo Mark City
Haneda International Airport Observation Area

Saturday 15 November 2014

Tokyo Part 3 : Day 3

Program

1. From Toyok Khaosan World Asakusa to Asakusa St Tsukub Exp, interchange Asakusa Line
2. Asakusa St to Shin Okachimachi St, Asakusa line interchange to Kasuga-Korakoen St, Namboku line interchange to Komagome St, visit Rikugien Garden gate
3. Back to Komagome St, to Yotsuya St, interchange JR line to Tachikawa St, interchange JR Ome line to Nishi Tachikawa St, visit Show Kinen Garden
4. Walk to JR Tachikawa St and commute back to Yotsuya St, Namboku line interchange to Kasuga Korakoen Garden and visit Tokyo Dome & Bunkyo Civic Centre Observation
5. Walk to Kasuga St, Marunouchi line interchange to Tokyo St & visit Tokyo Station
6. Tokyo St to Ginza St, visit Ginza Area
7. Ginza St to Tawaramachi St, and walk back to hotel & visit Donki Asakusa
Banyak benor station nak lalu!
Ginko Avenue di Show Kinen Garden
Ginko des!
Chak!
Di Tokyo Dome
Akhirnya ketemu jua kami!!
@ Jump Shop, Tokyo Dome
Abuuuugittt!!
View From Bunkyo Civic Centre
Tokyo Station

Friday 14 November 2014

Tokyo Part 3 : Day 2

Program

1. From Toyoko Inn Haneda Kuko 1 ke Haneda International Airport - naik shuttle bus
2. Beli welcome Tokyo Ticket @ Keikyu Tourist Information Centre @Arrival Floor, 2ndF
3. Naik train sampai ke Sengakuji St
4. Naik Asakusa Line sampai Daimon St & lawat Kyu Shiba Garden
5. Naik Asakusa Line Kiyosumi-Shirakawa St & lawat Kiyosumi Shirakawa Garden
6. Naik Asakusa Line sampai shin-Okachimachi, interchange Tsukuba Express Line & naik sampai Asakusa St
7. Simpan beg dekat hotel
8. Naik Tsukuba Express Line sampai Shin Okachimachi St, interchange Asakusa Line ke Iidabshi St
9. Lawat Iidabashi slope aka Kagurazaka
10. Naik Asakusa Line sampai Tochomae St & lawat Tokyo Metropolitan Government Building South Observation Tower
11. Naik Asakusa Line sampai Aoyama-Itchome St & lawat Ginko Avenue
12. Jalan kaki ke Gainmae St Ginza Line, naik sampai Omotesan St, interchange & naik sampai Meiji Jingumae St then jalan2 di Takeshita Dori, Harajuku.
13. Jalan kaki sampai sampai Omotesando Hills
14. Naik Ginza Line sampai Tawaramachi St & jalan kaki balik hotel. Jalan2 area Asakusa.

Kyu Shiba Garden
Kiyosumi-Shirakawa Garden
Meiji Jingumae Ginko Avenue
Meiji Jingumae Ginko Avenue
Takeshita Dori, Harajuku

Thursday 13 November 2014

Tokyo Part 3 : Day 1

10.00 Pagi Jalan kaki ke LRT
10.20 Naik LRT ke BTS, Interchange ke KLIA 2
10.50 Naik ERL ke KLIA2
14.40 fly from KL
22.15 arrive @ Haneda international airport dan jalan kaki jauh gilak
22:30  imegresen & kastam pass through
22:50 naik free shuttle ke Toyoko Inn Haneda Kuko, Haneda
11:15 sampai hotel
11.30 jalan2 beli air di 7-Eleven
11:45 makan malam
12:00 zzzzzzzz

Saturday 8 November 2014

Pengalama Di Slimming Centre : Wrap-Up

Sepatutnya pakej aku habis hari ni tapi gara2 aku malas nak menghabiskan masa di slimming center, so aku halalkan jek la baki yang ada. Trust mu, macaman pun ko karan ur body or bakar ur weight wont come down unless kita jaga pemakanan. As this is not my 1st experience ke slimming centre, rasanya aku dah layak kot bagi nasihat.

Kalau nak kurus, cara terbaik adalah dengan menjaga pemakanan. Tapi sampai sekarang aku masih belum sampai seru untuk menurunkan kembali berat badan yang dah semakin mencanak2 naik ni. Orang kata badan tu mencerminkan diri kita. Part of it, aku setuju! As seorang yang membawa lemak berlebihan, atau lebih tepat lagi seorang yang gemuk. Aku jadi macam kurang aktif. Taunya nak duduk bersenang lenang jek & tak mahu berhaktiviti. I felt like I am moving in a slower pace. It felt so heavy. Nak dikaitkan dengan stress, yang tu aku kurang setuju. I dont think stress cause this to me.

Antara faktor yang aku rasa menjadi penyebab aku 'menghidap penyakit gemuk' ni sebab metabolisma badan yang dah menurun. Ditambah dengan kesibukan menjaga kebajikan si anak, kadang2 aku main makan jek apa yang ada depan mata. Maka selaju2 boleh sampaikan xsedar dah makan banyak gila... hahaha. Antara sebab yang aku kenalpasti juga adalah faktor kegembiraan dan keselesaan. Selesa dengan badan sendiri dan gembira dengan kehidupan.

Wednesday 5 November 2014

Tokyo : The Untold Story Of Saving The Budget!

Taveller : 2 Adults 1 Infant (1 year 5 months)

Orang kata Tokyo mahal! Memang, memang mahal oke! 1st time kitaorang pergi RM4 baru dapat 100 yen tapi now RM3++ boleh la dapat 100 yen. So kalau nak jugak ke Tokyo dengan budget rendah

1. Usha offer Air Asia.

Rasanya semua orang pun tahu kan yang Air Asia offer harga yang murah ke Tokyo dan their flight turun di Haneda which is nearer to Tokyo compare to Narita Airport. Tapi Air Asia ni memang merapu, semua pun dorang akan cas. Kalau guna kad kredit kena cas, guna online banking kena cas, pilih seat kena cas, bawak beg kena cas, nak makan kena cas. Tapi paling tak boleh blah part dorang purposely separate the seat walaupun ko beli tiket guna 1 booking number dan check-in sama2 for the sake nak suh kau bayar duit pilih seat. Kalau local destination oke la takat RM6 or RM10 1 seat tapi kalau internatation flight ke Tokyo dia cas ko RM39/ head so mau tak mau ko kena bayar RM160 untuk duk sebla2. Memang le vavis Air Asia ni!

So, jangan percaya sangat kat Air Asia ni. Silap2 sama je harga naik MAS.

2. Save on Hotel

Hotel di Tokyo sangat mahal. range RM250++. RM250 tu otel cikai2 jek.. standard rate RM300++ baru ble duk senang lenang. So kalau travel tadak baby or anak2 kecik, pilih jek dorm. Kalau ada baby cam kitaorang.. spend la duit sket on proper otel.

Kalau nak murah, jangan bayar guna kredit kad though it is easier sebab tak yah susah2 nak pikir macamana nak bayar time sampai Tokyo nanti. Aku cadangkan bayar guna cash bila sampai di hotel nanti sebab u can take advantage of currency exchange rate. Kalau time kome tukar rate rendah, maka ada le penjimatan.

For family, bilik 9000++ yen tu boleh dikatakan agak murah, dalam range RM270++ la semalam. Flight Air Asia KL-Haneda akan land di Haneda International Terminal dalam jam 10.30 malam Tokyo time. Passing through imigresen dan kastam, dependening on the crows maybe dalam 30 to 45 minit. Kalau nak naik Tokyo subway, last kol 11.45 to 12.15 depend on station so kalau nak jimat tidur jek kat Haneda sebab their International Terminal bukak 24 jam. Kat Tingkat 5 ada anjung tinjau.. tidor le kat atas tu or di mana2 yang kome rasa selesa. Some area ada kerusi 3 or 4 seater, boleh la kalau nak baring. Kat airport jugak ada loker tuk simpan barang. Harga sewa 300 - 700 yen kot. Takat nak minum air panas tak yah susah2 beli. P jek carik bilik baby. Dalam tu ada air panas.

Or else, sewa hotel di area Haneda. Ada My Stays Haneda, Toyoko Inn Haneda Kuko 1, Toyoko Inn 2 situated dalam 2 or3 km jek dari airport + they offer early morning & late night free shuttle to and from airport. Toyoko Inn ble dapat dalam 9288 yen semalam. Kalau nak duk hotel dalam airport, takyah le sebab mahal.

3. Save on Transportation.

Kalau sampai Haneda, beli Welcome Tokyo Pass by Keikyu Line. Pass ni consist of 2 tiket. 1 tiket cover
one way journey dari Haneda ke Sengakuji St. 1 Lagi  Subway Discounted Tiket (Toei & Tokyo-Metro) untuk 1, 2 or 3 hari bergantung le mana yang kome nak. Kalau guna both tiket, for say kome duk kat area Asakusa St.. takyah susah2 nak turun kat Sengakuji St as this pass boleh bawak kome nun sampai ke Asakusa as Asakusa Airport Line ni share train jek pun dengan Keikyu Airport Line. Bukan takat share landasan, tapi share train oke! Dari Haneda ke Sengakuji St depa panggil Keikyu Airport Line tapi dari Sengakuji St ke Asakusa St depan panggil Asakusa Line. Kompius kah?!

Harga untuk 3 hari 1900 yen. Naik lah subway depa sampai muntah pun, harga tetap 1900 yen. Yang ni boleh beli di Keikyu Tourist Information Centre di arrival floor (2nd F).

Another Option, beli jek Subway Discounted Tiket. Yang ni kalau 3 hari dalam 1500 yen. Yang ni valid lepas Sengakuji St jek oke!

Kalau nak keluar dari Tokyo naik Shainkasen ke train ke, ada banyak option on pass yang boleh kome guna such as Jr Pass, Pasmo Card, Suica Card etc. P jek tanya inchik google, kompom dia jawabkan.

Ini le pas yang ahkak maksudkan kat atas
4. Save on food

Kalau takat makan nasik, takyah risau. Beli jek instant rice. Kalau nak murah beli kat super market besar cam Labi or mana2 la yang jual murah2. Kalau nak rasa makanan jipun, yang halal kebanyakannya kebab la. Yang ni paling senang jumpa. Ada jek restoran tapi kalau aku, tak kose la nak makan. 1st time datang Tokyo g makan dekat cafe area Shin Okubo. 1 pinggan mee goreng kosong, sup kosong + air kupi panas harganya 1000 yen which is at that time RM39 hengget++. Choiii!! Baik sedap.. So, never never never la kitaorang nak makan kat luar.

Kalau tak silap kebab pun ada nasik jugak. Range dalam 500-700 yen untuk hidangan a la carte. For us, lunch ka dinner ka.. serunding, sambal ikan bilis & lauk pauk tin sentiasa jadik peneman.

5. Save on souvenier. Boleh ka?

Ok. Yang ni tadak banyak option. Harga souvenier kat Tokyo adalah sangat mahal kalau pada aku. 1 keychain or fridge magnet range dalam 350- 500 yen. Pen 4 batang sepalstik dalam 1100 yen. Harga toys depa pun mahal2. Toys2 bodo 500 yen pun payah nak dapat. Tapi paling aku tak tahan tu pen 4 batang reganya 1100 padahal lunch box yang lawa2 reganya baru 1700++ yen. Sudahnya kalau ke Tokyo memang tidak le aku nak belikan kome souvenier.. muhuhahaha.

This is what I mean by lunchbox!
Ini dia pen mahai tu!

Tuesday 4 November 2014

Tokyo : The Untold Story Of Preparing The Itinerary

Tips ni valid for those yang bercadang nak guna train be it Toei, JR, Metro etc untuk akses tempat2 yang hendak dilawati with limitation those area adalah within 23 special wards of tokyo.  23 special wards ni termasuk la Shinjuku, Shibuya,  Chuo, Chiyoda, Bunkyo etc. These are the area yang orang akan visit kalau ke Tokyo sebab Tokyo as total adalah sangat besar.Yang paling tengah tu le pusat di, which is Chuo. If u ask me, area yang aku dah cover termasuklah Bunkyu, Taito, Sumida, Chuo, Chiyoda, Minato, Shibuya dan Shinjuku. Yang lain tu tak pernah jejak sebab jauh & subway Toei & Tokyo-Metro tak sampai situn.

23 Tokyo Special Wards
So, back to tips.. Tips dia senang ja..  
         
1.  Decide area n hotel mana nak duduk. Ini penting! Kalau tahu mana hotel nak duduk baru boleh start plan itierary. Dulu kitaorang pernah duduk kat Horridome Villa, Villa Fountain Hakozaki dan Khaosan World Asakusa. Antara perkara yang paling penting before decide duk mana yekla the hotel mesti dekat dengan train station so idaklah kena menapak jauh. So..

2. Be ready dengan Tokyo Transportation Map. Inilah masanya koneksi internet diperlukan. Map yang dimaksudkan consist of 2 subway line, Tokyo-Metro dan Toei line. Subway depa ada 13 line. Pastu ada overground line cam JR Yamanote line..Selain tu ada juga private line cam Keikyu. This line ble naik kalau nak ke airport Haneda or Narita. Or Yurikamome line.. yang ni kalau nak ke area Odaiba @Minato Wards. Ada lagi kot yang lain. Pandai-pandaila tanya mr goole.

Kalau nak pilih hotel, pilih hotel yang dekat dengan line yang easy untuk akses ke area2 yang ingin dilawati. Contohnya Asakusa line.. Asakusa line ni boleh bawak sampai ke Tokyo Sky Tree. Kitaorang paling banyak guna Oedo Line sebab Oedo Line ble bawak sampai ke Shinjuk Garden (Sendagaya Gate),  Ginko-Avenue, Tokyo Metropolitan Building Observation, Shinjuku, Tokyo-Dome, Korakoen Garden, Ueno, Kiyosumi Shirakawa Garden, Tokyo Tower, Roppongi. Yang ni sesuai for those yang malas nak tukar-tukar train. Ala, kalau tukar train bukanlah susah sangat pon! Kalau pakai subway pas, 40 kali tukar sehari pun takpe. Tiga hari baru 1500 yen..

Subway map + JR line in central Tokyo
3. Decide area mana nak lawat. Tanya la mr google or baca buku. Konpom ada suggestion bergantung pada what you are looking for. Banyak theme yang boleh kita pilih kalau ke Tokyo such as garden theme. Dalam Tokyo sahaja ada lebih dari 10 garden oke! Or maybe architecture, atau pameran, atau muzium, atau nightlife or tall building with observatory or entertaintment park.. You name it!
 
4. Internet connection tuk buka website Jorudan. Guna website ni untuk plan your journey from station A to B. Website tu akan tunjuk few options on train apa nak naik, how long will it takes to commute dan berapa ongkosnya. Sound easy kan!

www.jorudan.co.jp/english
5. Internet connection juga untuk access Google map! Use this map untuk tentukan jarak dan exit mana nak pilih untuk keluar ke tempat yang hendak di lawat. Subway station dorang ada banyak exit dan jauh2. Salah pilih exit, samada kena menapak jauh gilak or x de rezeki la nak jumpa tempat dituju. Use this map dalam mode street view untuk pre-visit area2 yang akan dilawat. Use this as a kind of simulation for your trip so that you'll be more familiar. Street view banyak membantu dalam pre-planned the journey esp kalau tempat dituju tu jauh dari train or subway station. Idak la nanti melilau nak ke kiri or kanan.
So. Kalau semua dah ready then you can start to plan! 

Chopp! Itinerary aku untuk 13 sampai 16hb nanti xsiap lagi ni.. kuang kuang kuang!

Monday 3 November 2014

Japan : Overview


Untuk pengetahuan diri sendiri oke!

Japan ni terbahagi kepada 47 perfectures. Perfectures ni macam Tokyo, Osaka, Kyoto yang mana agak familiar pada pendengaran kita. Apart from that, setiap perfecture ni terletak dalam region. Kata si wiki,'The regions of Japan are not official administrative units, but have been traditionally used as the regional division of Japan in a number of contexts'. Berdasarkan si wiki, region ni cuma cara yang biasa deme2 ni guna tuk bahagi2kan perfecture into small unit tetapi mempunya kelompok besar.

Kalau diteliti map japan ni, actually japan ni terbahagi kepada 4 pulau. Which is yang atas deme panggil pulau Hokkaido. Yang ini paling ke atas dan ada 1 perfecture jek yektu Hokaido sendiri. Bandar paling besau disini yekla Sapporo.

Turun ke bawah pula yekla pulau terbesar di japan which is Honshu. Terdapat 5 region dalam pulau ni which is Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai dan Chugoku. Paling femes disini opkos la di region Kanto dimana terletaknya ibu negara Japan, Tokyo. Tokyo merupakan bandar terbesar di Japan dan juga di dunia. Terletak berhampiran juga bandar ke dua terbesar di Japan yektu Yokohama di Kanagawa Perfecture. Apart from that, loji nuklear yang melotup dekat Fukushima tun pun dekat sinin juga. Cumanya jauh le dari Tokyo. Dipulau ni la juga terletaknya Osaka, Kyoto, Nara etc. Osaka is the third largest city in Japan ye. Perjalanan dari atas ke bawah pulau ni jek mengambil masa dalam 9 jam lebih perjalanan naik Shinkasen oke. Naik flight pula dalam 3 jam lebih. Lebih jauh la jarak dari KL ke KK.

Next is Shikoku, pulau paling kocik home to Shikoku Region dan 4 perfectures. Whilst last sekali, pulau Kyushu. Home to Kyushu & Okinawa region. As sum, geografi Japan ni paling atas is Hokaido, then Honshu, then Shikoku.. last skalik is Kyushu.




Sunday 2 November 2014

Hari yang gila!

I must be crazy and losing my freaking mind when I allowed myself to do what I did today --> queuing a damn long q!

I am known for I, I and I. Line up in a long q is a big no no for me regardless how much I wanted the thing, for say during sale because I am holding up to a believe that I own the money so I shall be treated like a princess when I shop, not like a stray hungry dog waiting to be feed just because it is cheap. No! So, I must be crazy for making myself queuing in a 500++ persons q at Imegresen UTC, Pudu that took me 2 hours just to get the number. Dengg! I have no choice but to do it since less than a week dah fly.. huhu

Trust me, when I say it was a long one then it was really a long q. You can see for yourself!

Sampai pudu jam 8.15 only to find the q dah sampai ke luar. Mula2 ingatkan sampai pintu utama tu je orang q tapi rupa2nya kat dalam tu dah ada q laagi panjang daripada q di luar, all for the sake untuk dapatkan nombor giliran. Nombor giliran oke!! Yesterday dah datang sini tapi officer kat situ cakap the number dah habis and asked me to come again hari ni. Ingatkan dah cukup awal! And, while I was queing.. people kept coming. Pak gad situ siap cakap lagi for those yang q belakang this one guy yang dijangka will be holding the last no. giliran for today, boleh la balik sebab quota 500 je. And the person q tak la jauh pun dari ahkak. Hah!

Lepas 2 jam q baru dapat nombor and my number was 1331. 1331 means dah ada 330 persons in front of me, tak termasuk nombor giliran khas untuk orang tua, baby dan ibu mengandung. Nasib le ahkak ni ada bijak sikit, ahkak bawak kerusi. Bayangkan 2 jam q! Kalau datang berteman boleh la gilir2. Lepas dapat no giliran lebih kurang jam 11, officer tu suh datang semula dalam jam 3. Datang dalam jam 3 lebih, ingatkan dah clear.. skalik ada 80 orang lagi yang angka giliran depa yang lom kena panggil. I waited sampai dekat jam 5 la jugak baru nombor naik, another 15 or 20 minutes tunggu nama naik untuk bayar & 5.45 baru dapat collect passport.

Kesimpulannya hari ahad aku habis semata2 nak renew passport sahaja. Sepanjang 10 tahun, ini kali ke empat aku tukar passport dan inilah experience aku yang paling worst. 1st passport buat di KK. Hari ni buat esok ambil tapi easier dan tak yah q panjang nak mamps. 2nd & 3rd buat di jalan duta.. yang 2nd ok tapi yang 3rd aku naik hangen sebab aku dah apply online renewal tapi gambar tak diterima so kena g tangkap gambaq lagi. Still, tak tunggu lama mana. Tapi kalu ni.. aaarghhhhhhhhhhh