Saturday, 8 November 2014

Pengalama Di Slimming Centre : Wrap-Up

Sepatutnya pakej aku habis hari ni tapi gara2 aku malas nak menghabiskan masa di slimming center, so aku halalkan jek la baki yang ada. Trust mu, macaman pun ko karan ur body or bakar ur weight wont come down unless kita jaga pemakanan. As this is not my 1st experience ke slimming centre, rasanya aku dah layak kot bagi nasihat.

Kalau nak kurus, cara terbaik adalah dengan menjaga pemakanan. Tapi sampai sekarang aku masih belum sampai seru untuk menurunkan kembali berat badan yang dah semakin mencanak2 naik ni. Orang kata badan tu mencerminkan diri kita. Part of it, aku setuju! As seorang yang membawa lemak berlebihan, atau lebih tepat lagi seorang yang gemuk. Aku jadi macam kurang aktif. Taunya nak duduk bersenang lenang jek & tak mahu berhaktiviti. I felt like I am moving in a slower pace. It felt so heavy. Nak dikaitkan dengan stress, yang tu aku kurang setuju. I dont think stress cause this to me.

Antara faktor yang aku rasa menjadi penyebab aku 'menghidap penyakit gemuk' ni sebab metabolisma badan yang dah menurun. Ditambah dengan kesibukan menjaga kebajikan si anak, kadang2 aku main makan jek apa yang ada depan mata. Maka selaju2 boleh sampaikan xsedar dah makan banyak gila... hahaha. Antara sebab yang aku kenalpasti juga adalah faktor kegembiraan dan keselesaan. Selesa dengan badan sendiri dan gembira dengan kehidupan.