First time sepanjang kitaorang berkunjung ke Mid Valley/ The Garden tak dapat parking! Sebagai bekas penghuni setia Mid Valley selama lebih kurang 4 tahun, aku sepatutnya lebih tahu bilamana tengahari jek konfom la parking akan penuh sepenuh2nya. Tapi hari ni entah di mana silapnya. Masa nak masuk ke Zon B tengok ada 500 parking kosong, tapi 30 minit kitaorang pusing dalam tu hatta sebijik parking kosong pun tak kelihatan. Dalam hati dah menyumpah2 menyalahkan diri sendiri yang membuat keputusan kurang bijak hari ni. Sudahnya kami ke Aeon selepas membazirkan RM3 membayar parking yang nan hado. Kat aeon parking banyak kosong, bayar parking pun murah.
Asal tujuan hari ni nak menukar coin yang banyak tersimpan di rumah. Kalau dikira2 dah cecah RM350 hari tu. Lepas dah guna untuk macam, rasanya masih ada juga seratus bakinya. Sebelum ke Aeon tadi singgah ke CIMB. Kononnya branch yang itu ada coin deposit machine tapi hampa. Lepas tu baru teringat di Aeon juga ada coin deposit machine cuma bezanya kalau di bank boleh cash-in ke akaun sendiri tapi kalau di aeon cuma boleh tukar dengan shopping voucher.
Tapi apa malang nasib hari ni, coin machine rosak. Hampa! lepas makan dan ronda2 kejap, kitaorang balik ke rumah. On the way singgah beli kwetiau. Mungkin ditakdirkan coin yang banyak2 tu tak berjodoh lama dengan kami. Masa bayar harga kwetiau si Chemba guna full siling. Bukan main seronok orang kedai tu, siap tanya ada lagi tak coin. Sudahnya kami menhabiskan masa bersama-sama untuk mengira siling2 yang ada. Setelah hampir 20 minit mengira, akhirnya jumlah terkumpu diketahui. RM155! Fuh!! selamat susu Hannah bulan ni.