Saturday 31 January 2015

Hong Kong Part 1 Day 3

Destinations
i)  Tsim Sha Tsui St area
    - Kowloon Park Comic avenue
    - Hong Kong 3 D Museum
ii)  Kowloon St
    - Sky 100 Observation Tower
iii) Disneyland
iv) Tsim Sha Tsui area
    - TTS Promonade
    - 1881 Herritage
    - Clock Tower
    - I-Square

Friday 30 January 2015

Hong Kong Part 1 Day 2

Destinations

i)  The Peak
    - Tram
    - The Peak Galleria
    - Sky Terrace 428
ii)  Bank Of China Observation Tower
iii) Charter Garden
iv) Central Pier area
    - Hong Kong Flyer
v)  Mongkok St area
    - Ladies Market
vi) Tsim Sha Tsui Promonade

Hello Hong Kong!!!!

Macam tak caya lak dah sanpai sini. Kol 6 aku dah jaga masak nasik & siapkan beg sementara tunggu si kecik dan si besar mandi. Dekat jam sembilan kitaorang bertolak dari Hotel menaiki MTR dari stesen Tsim Sha Tsui ke Central. Dari Central St kitaorang jalan ke The Peak Tram Lower Terminus tuk board tram ke The Peak.

The Peak ni yekla lookout point yang terletak atas bukit. Kat situ depa offer observation point yang berbayar dan ada juga yang free. Kalau nak enjoy open air observation, boleh la beli tiket ke Sky Terrace 428. Kat situn boleh la enjoy pemandangan laut dan bandar Hong Kong.

Dari The Peak, kitaorang singgah dekat Bank Of China. Kat situ ada free observation deck, di level 43. Masuk2 je kena scan bag & bag passport dekat kaunter receptionist. Pastu baru dapat pas tuk naik ke atas. Dari Bank Of China, kitaorang lepak dekat taman dekat dengan Exit J MTR Central Station, breakfast merangkap lunch. Pastu baru gerak ke Hong Kong Flyer, yektu ferris wheel. Ferris wheel depa sama gak macam London Eye, terletak kat tepi sungai.

Dari Hong Kong Flyer kitaorang ke Ladies Market menaiki MTR dari Central Station ke Mongkok. Jalan2 carik souvenier sket pastu baru gerak balik ke hotel. Pas makan, mandi & rilek2 kejap.. dalam jam 7 lebih kitaorang gerak ke Tsim Sha Tsui Promonade untuk tengok light show, Symphony of Light yang bermula jam 8 malam.
@The Peak Tram
Break-Lunch @ Charter Garden

Sunday 25 January 2015

Krenologi Tangan Terbakar

Since dah 2 minggu kejadian tangan aku melecur, aku nak recap semula sebagai pandauan kot2 tanganku terbakar lagi... ahahahaha.. hopefully tak lah, kan!

11.1.15 
Time dekat maghrib, tangan melecur terkena percikan minyak yang tengah menggelegak. 
Nampak kulit terkopak on the spot & tangan rasa pedas2. 
Terus lalukan kat air kat sinki & tuam dengan ice pack. Dah nampak lepuh2.
Husband beli cream sapu kat klinik. 
Malam tidur dengan lena, cuma tak selesa.

12.1.15
Pagi g opis, meeting. Tengahari g klinik kesihatan.
Doktor bebel apsal tak datang awal. Suh g dressing & bagi mc sampai jumaat.
Nurse balut dengan jaring, kain gauge & bandage.
Mandat doktor, every day aku kena g klinik cuci.
Malam tidur lena macam xde apa2 sebab x sakit langsung.

13.1.15
Nurse mula tanggalkan kulit yang rosak. Sakit cam nak mati!
Rasa macam nak cabut tangan dari badan.
Nurse balut dengan jaring, kain gauge & bandage. 
Malam tidur tak lena, sakit gila.
Tak boleh luruskan tangan , all the time kena bend jek.

14.1.15
Masih macam semalam. 
Masa buka balutan rasa sakit gila sebab pembalut dah melekat dengan kulit.
Kena simbah air kat luka baru kain pembalut tanggal.
Nurse balut dengan jaring, kain gauge & bandage. 
Tidur tak lena & sakit.
Masih tak boleh luruskan tangan. Tak boleh angkat tangan sangat, sakit.

15.1.15
Masih perit2 tapi tak sesakit semalam.
Sakit masa tangalkan balutan je masih xble tahan.
Nurse masih balut dengan jaring, kain gauge & bandage.  
Tangan dah boleh lurus, tapi masih agak sakit.

16.1.15
Hari nirasa ok tapi nurse yang perform dressing kasar sket.
Masa tanggalkan pembalut, darah keluar.
Masih juga balut dengan jaring, kain gauge & bandage.  

17.1.15
Dressing sendiri dekat rumah. Beli dressing set dekat farmasi.
Cuci luka dengan air masak & dettol sket.
Balut dengan kain gauge & bandage je.
Tangan cam pedih2 & pedas2.. maybe sebab cuci ngan detol

18.1.15
G dressing dekat klinik kesihatan.
Tanggalkan sendiri pembalut. Tangan berdarah banyak.
Tapi nurse yang cuci buat lembut2 so tak sakit sangat.

19.1.15
Dressing dekat klinik kesihatan semula.
Hari ni tangan sakit semacam.
Masa tanggalkan pembalut, xberdarah sangat macam semalam.
Kena bagi mc lagi sampai esok.
Tangan agak sakit compare tu semalam.
Nurse balut juga tapi dah boleh buka kalau duk umah katanya.
Balut masa keluar je.

20.1.15
Tangan masih agak sakit.
Duk umah, so dah tak pakai balutan.

21.1.15
Tangan dah rasa ok.
G koje

25.1.5
Tangan dah ok. Tapi huduh dan gatal

Thursday 22 January 2015

London


As a note to myself, London terdiri daripada 33 bahagian yang dikenali sebagai Borough, termasuk 1 City of London. City Of London terletak betul2 di tengah London. So kalau nak melancong ke London, destinasi utama pelancongan kome adalah Borough of City Of Westminster, Southwark, Lambeth, Camden & Greenwich. Most attraction di London ni terletak along River Thames.

Inilah tempat-tempat fofular yang boleh dikunjungi mengikut Borough tadi

Lambeth
London Eye, The London Dungeon, Sea Life London Aquarium, South Bank Centre

City Of Westminster
Westminster Abbey, Big Ben, Buckhingham Palace, Hyde's Park, St James's Park, Green Park, Trafalgar Square, Madame Tussauds, Regent's Park, Horse Guards, Oxford, Regent & Carnaby Street for shopping, London Zoo, Royal Albert Hall, Piccadilly Circus Road Junction, Victoria Station, Sherlock Holmes Museum, Royal Opera House, Westminster Bridge, Admiralty Arch, London Transport Museum, Paddington Station, Parliament Square

City Of London
Children's Museum, Jet Aircraft Museum, Museum London, Museum Of Ontario Archeology

Greenwich
Royal Observatory, National Maritime Museum, Greenwich Park, The O2 Concert Area, Greenwich Market, Emirates Cable Car Experience

Southwark
Tower Bridge, Borough Market, HMS Belfast, The Shard, City Hall, Millennium Suspension Pedestraian Bridge, Design Museum

Camden
Camden Market, London King Cross Railway Station, Little Venice

Selain tu, kalau nak g lawat Chelsea Stamford Bridge Stadium kena g ke Hammersmith & Fulham... ahaksss  

Note * yang tanda Bold to Hannah & the gang dah singgah.... ahaks!!!

Masa di London, kami tinggal di Tune Hotel Westminster dalam kawasan Borough Lambeth, betul2 berdepan dengan station Lambeth North. That was a wise choice of mine sebab within walking distance je ke area Big Ben, London Eye.. & you know the rest. Everyday kitaorang akan jalan kaki ke area London Eye. Depan hotel ada kedai groceries Halal! Kat belakang sket ada Tesco Express. Apart from that ada 3 Subway Station yang dekat termasuk Waterloo St., Southwark St. & Westminster St.

Wednesday 21 January 2015

MC Tamat Sudaa

Perkembangan terkini? tangan dah macam nak oke tapi masih jugak la terasa perit sebab belum kering sepenuhnya. Tapi better la than a week ago masa tanggalkan kulit yang rosak tu. Mati idop balik sumpah tamaw kena minyak panas lagi T_T

So hari ni dah start keja.. setelah 6 hari aku mc.. paham2 la macamana kannnn

Sunday 18 January 2015

Luka Ku Berdarah....

As of today, gini la masih keadaan tangan aku yang melecur. Hari ni dah masuk hari ke 7 tapi, still.. berdarah. Gambaq ni tangkap masa p buat dressing dekat klinik 1mesia kat BTS. Walaupun nampak ngeri dan scary, actually not too bad la jugak sebab nurse kat klinik tu buat lembut jek, tak rasa sakit langsung. FYI, nurse jantan oke!

Lepas dah seminggu off, esok nak g review. Hopefully masih mc lagi.. hihihi

Friday 16 January 2015

The 5th Day...


Sementelaah menunggu klinik kesihatan buka aku bawa si tecit ke Midvali tuk lunch dekat Kenny Rogers. Inilah kejadiannya si tecit, orang duk atas kerusi tapi dia duk atas meja. Pas lunch terus ke klinik, nurse suh aku datang balik on Monday tuk review luka whilst untuk esok & lusa kena ke Klinik 1 Malaysia buat dressing.

Wednesday 14 January 2015

Cuti Free Tadak Makna Rupanya!

Day 4, ini gambaq masa g cuci luka kat klinik semalam. As of gambaq ni ditangkap tangan aku masih steady tapi lepas cuci aku memang rasa cam nak je pisahkan tangan dari badan sebab sakit. Now baru aku paham why the doc bagi aku mc lama sangat sampai 4 hari. Sakit siuttt!!!

Misi yang buat dressing semalam tak sebaik misi the previous day, habis semua kulit tu dikopaknya. Memang sakit la oiii!!! Sampaikan nak uruskan si kecik pun cam nak nangis. Semalam tido memang langsung tak lena sebab sakit gila. Si kecik plak time2 gini la nak peluk bagai. Satu hari ni masih sakit & cuma boleh guna sebla tangan jek. Now.. taip pun merangkak sebab guna sebla tangan T_T

Monday 12 January 2015

4 Hari Cuti Free!!!!

Now inilah kejadian tangan aku, berbalut! Pagi tadi alkisahnya aku g kerja macam biasa sebab masih boleh tahan sakit walaupun tangan dah berair2 sebab lepuh2 tu makin kembang. Sebagai pekerja yang berjanji untuk berjasa kepada rakyat, aku siap masuk meeting lagi sebab sekarang ni jabatan kitaorang sibuk dengan pembaikan premis2 yang terlibat banjir. Pagi tu oke tapi tengahari tu dah start perit2 sebab ada kulit yang dah start terkupas. Makanya aku putuskan untuk jenguk klinik kesihatan on the way home..

Masuk2 jek doktor muka ketat. Dah la doktor tu cam bouncer, badan besar. Dia tanya napa aku tak g klinik awal? Baru jek labuhkan munggung, doktor suh aku ikut dia ke bilik dressing. Dia tinggalkan aku kat situ lepas bagi arahan dekat staff bilik tu, tak lama kendian ada misi datang bawak kad aku dengan MC 4 hari... wow!!!! cuti freeeeeee

Sunday 11 January 2015

Masak Tangan!

Inila rupanya kalau masak tangan sendiri! Huhu.. ini semua gara2 nak masak nasik tomato la nih. As of now masih boleh tahan lagi sakitnya. Tapi rupa dah makin huduh sebab lepuh2 dah start penuh dengan air.

Kiranya ini pengalam pertama la masak tangan sendirik T_T Alkisahnya goreng ayam, sebab x sabar sangat nak ayam tu masak aku pun tenyeh2 la ayam tu dalam minyak yang tengah menggelegak. Skalik sudip terpeleot sikit makanya memercik la minyak yang agak banyak ke tangan. Masa kena tu masih boleh tahan lagi sakitnya, but as the night progressing.. rasa la jugak berdenyut.

Friday 9 January 2015

Bahagian Pinjaman Perumahan Lembab!

Hanya kerana nak berjimat duit sekengkang kera my asben decide nak beli rumah guna pinjaman dengan Bahagian Pinjamam Perumahan. Daripada nak jimat sebab boleh dapat balik 10% yang kitaorang bayar tuk deposit, sudahnya sama jek kalau pinjam dengan bank sebab 1st, urusan akan ambil masa laaaaaammmaaa gila pig! Kalau pinjam dengan bank the urusan maybe lebih senang dan cepat tapi kalau dengan BPP, +la 6 bulan or setahun or lebih maybe compare to pinjam dengan bank. So masa yang panjang tu telah membuatkan peminjam kerugian sebab terpaksa bayar sewa rumah etc.

Masa yang panjang tu juga confirm2 akan membuatkan si peminjam di denda kerana lewat cam kitaorang yang kalau dikira2 denda dah nak masuk RM7 k. Now dah nak masuk setengah tahun dari tarikh SNP, bayangkan berapa rugi dah. Aku rasa ada possibility akan melebih 6 bulan, kalau tengok pada speed BPP.

Tengok bodoh tak bodoh dorang ni, boleh dorang bagi cek tendang! Ofis kerajaan bagi cek tendang oke! Bodo x?!! memang bodoh! Bank tendang sebab patutnya ada 3 orang yang sain cek tu instead 2 orang je yang sain. Kenapa aku kata bodoh sangat? Sebab semaklum aku ini bukanla kali pertama BPP bagi orang cek kottt! Come on la! That kind of mistake pun boleh happen ke hahhhh? Aku pun koje gomen juga, kalau bahagian kewangan kitaorang  bab duit ni bukan main detail dorang cek. Nak senarai semak itu ini tapi BPP yang dah urus like berjuta cek kottt.. boleh buat kesilapan cengini?!! Come on la!! Stupid oke!

Pastu dahlah dorang buat silap, tau berapa lama nak dapat new check? 21 hari bekerja like what, 1 bulan oke!! Memang bodo la!!!

Thursday 8 January 2015

Hujan Salah Tak Hujan Pun Salah!

Gambaq ni cuma gambaq hiasan.. hoho. Lately hujan pagi petang siang malam, stress dow!! Stress sebab rumah pengasuh tadak pouch, rumah aku pun tadak pouch so bila hujan paham2 je lah. Stressssssssssss!!! Tu yang lam umah pun pakai baju ujan tu!

Monday 5 January 2015

Jangan Nak Tergelak Sangat aihhh!!!

Dulu masa aku kecik2 orang dewasa terutamanye la mak aku suka benor berpesan. Kau tu anak pompuan, perangai kena lemah lembut, malu dan gelak tu jangan terbahak2, nanti takde lelaki nak. Biasa dengar? biasa kan! So aku pun antara yang selalu sangat la kena ceramah pasal "lemah lembut" ni sebab aku jenis yang memang brutal & ensem dari azali. Ahahahahaha!

Kalau dulu2 ye la, kalau zaman sekarang ni bukan kena pesan kat anak pompuan jek.. kat anak laki pun kena pesan gak supaya berperangai lemah lembut & jangan nak tergelak sangat sebab pompuan zaman la ni dah bukan cam zaman dolu2. Contohnya aku, 2 kali plan nak kawen tapi ati tak ke situ sangat sebab ada jek benda yang buat aku berfikir 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15+++++ kali. Sebab? Senang cakap, depa tak memenuhi standard yang aku set untuk jadi suami.. miahahaha. Kelazzz kaw maria!!

Tapi kali ke tiga aku plan nak kawen memang sungguh2 la nak kawen sebab mamat yang menjadi pojaan aku tu berjaya fullfill perkara2 yang aku expect ada pada seorang lelaki idaman malaya.. miahahahahaha!!! Apa yang aku cuba nak sampaikan la ni yekla, zaman dah berubah. Kalau pompuan dulu tak ble demand, tak boleh pilih2 sangat jodoh sebab takut jadi andartu.. la ni ramai dah pompuan yang tak kisah jadi andartu daripada khawin dengan jantan2 yang tak berkualiti langsung tuk dibuat laki. Ok!?

Sunday 4 January 2015

Before And After

Hari ni nak citer pasal rancangan ala2 Before & After, yang deco2 umah kat Jipun tuh. Cumanya rancangan yang ni idak le masuk tv sebab bukan la hebat mana pun.

Alkisahnya sempena cuti2 tahun baru 2015 hari tu, aku lepak ngan si tecit je berdua sebab dadde dia koje. Pagi tu kitaorang jalan2 Jusco, dalam kol 1 lebih sampai umah si tecit terus tdo. Maka tinggallah si emak ni melayan perasaan sorang2. Bosan2, mula2 try hias sikit2 ruang tamu.. sudahnya... tadaaaaaa! Semua dah kena pindah. Dah la aku ni sakit pinggang & masih ada app dengan fisio, still ada hati jugak nak angkat barang.  Amacam? lapang tak umah aku? Miahahaha. Aku memang suka rumah kosong cam ni. Kalau boleh nak hide semua sekali termasuk la tv, sofa, tilam, meja makan!
Sebelum
Selepas
Pagi tadi plak konon nak g sarapan jek kat Old Town belakang umah, sudahnya lepas sampai ke Ikea dengan anak beranak tak mandi. Hahahahahaha.... lantak kome la kalau kami sekuarga busuk. Yang terhidu kome, bukan kami so no harm pada kami. Hahahaha. Sambil jalan sambil beli.. sauk la kapet kelabu yang rogenye RM49.90 jek kat Ikea. Tadaaaa.. inilah hasilnya. Bantal kuning tu aku beli dekat Viva Home. Ceria oke umah aku, macam2 kaler pun adaaa
Sebelum
Selepas

Friday 2 January 2015

Hello 2015

So this is how my computer look like at the beginning of the year before all the icon fill up the whole empty space on the desktop as the days progressing. Azam 2015? op kos la tadak! Hahahaha. Maybe nak turunkan berat sikit sebab kaki dah macam tak mampu nak tampung berat gergasi...