Monday 2 May 2016

Menara KL Part 2

Since post panjang sangat, kita bagi into 2 parts. Revolving 360 katanya, sah la memang revolve. Yang pusing is bahagian meja dining, yang lain-lain statik oke. It took 2hrs la untuk complete satu pusingan. Kalau nak view, you may upgrade your seat for RM25 lunch or RM50 dinner untuk seat tepi tingkap. We did upgrade & enjoyed the view walaupun jerebu. I so hate myself sebab masa jerebu ni la aku sibuk nak g naik menara konon. Puiiii

So, this is the view from my table. Abaikan part si tecit jadi spiderrman tu. Wonder maybe kid don't have rasa gayat lagi kot. Kalau diri dari tepi tu tinjau ke bawah, ngeri la juga.


Overall experience, if it is 5 then i'll give 2.5 or 3. Yes for the dining and view, no for their not-well-managed 'guess reception' that i have to q sambil berhimpit2 masa nak ambil tiket, masa nak ke lift, masa nak masuk lift & masa nak tunggu meja ready. It is not the waiting but how they managed it that annoyed me. Maybe they could have numbering system or whatever.

The food is good, no complaint except for the part tempat nak ambil makanan agak sempit so peoples perlu bersesak2. But, acceptable sebab understand the space is very limited. I advise, dont eat like buffet if you want to avoid crowd. Datang ambil as much as you could eat in one or two go. Please ye, ambil sebanyak yang kome mampu makan je. Toksah nak jadi sedara syaiton sangat ye membazir. Menu lunch kitaorang is udang steam bersambal, kambing 2 jenis masakan, ikan, daging, ayam 3 jenis masakan, kek pelbagai jenis.. maybe 8 or 9 jenis kot., nasik 2 jenis, buah 3 or 4 jenis also dumplings, 2 jenis soup, kudapan2 like karipap, mee, pastries, salad etc. They do provide coffee and tea. Do they have a la carte? yes or maybe no. If you wish for special set menu, you have to order 2 days earlier. That is what been wrote on their website.

Maybe kalau nak pergi, pergi hari bekerja to avoid crowds. Ramai Malaysians tapi tourist pun ramai juga. If it is your birthday, they provide free cake & sing you a birthday song towards the end of your dining session. Parking also limited sebab this place is one of must visit for tourists. Macam- macam ada dekat sini apart from observation deck (closed & open air) dan restaurant. They also have mini zoo, XD theathre, F1 simulator & blue coral aquarium. Dulu ada kampung budaya but now dah tutup. Selain parking kat atas yang quite limited, they also ada parking dekat bawah bukit before the menara area cumanya berpeluh la jugak tiak nak memanjat & berjalan naik.

Sunday 1 May 2016

Menara KL Part 1

Pagi tadi bangun tidur tiba2 la pulak terhingin nak g makan dekat restoran 360 dekat menara KL. Considering kalau beli Groupon, memang murah sket tapi kena allow 3 hari for arrangement makanya aku pilih book direct dari website restoran which cost RM92.45 per person for lunch compare to 80+ book through groupon. Since si tecit bawah 4, she eat for free.. yeayy!

Lepas bayaran online settle, the restaurant terus hantar confirmation emel & tanya nak upgrade ke window seat x. It cost Rm25 per table, so I upgrade lah. The restaurant offer 2 lunch session start at 11.30, hi tea & 2 dinners sessions. All sessions last for 2 hours. Lunch cost RM92.45 adults, RM71.35 (age 5 -12), weekday hi tea for RM60.90/ RM50.40 while weekend rate RM71.35/ RM50.45, dinner for RM207.90/ RM144.90. I have high expectation on this, malangnya my experience tainted by 'waiting time' & failed crowd management!

View from parking lot

Replica
Kol 1 kitaorang sampai. Parking area dia very limited, thank god we all dapat parking. Kol 1.10 sampai kaunter dekat ground level, have to go up teh escalator to get here. The receptionist ask us to come again kol 1.25. Wonder juga apsal xbagi je tiket, kalau pun takut crowded maybe ble control dekat lift.

Kol 1.25 g balik ke kaunter. Dengg! Ramai gila orang & q pun dah panjang. Panas je hati! Ingatkan tu je, rupanya mas nak naik lift pun kena q panjang. Ok. Accept. Sampai atas, ingatkan exclusive la dapat terus p seat. Skali kena tunggu sampai nama ko kena panggil.
Naik escalator g atas ni baru ada kaunter & lift lobby ke atas

Q kaunter
Q nak ke lift
Q naik masuk lift

Walaupun tak la lama sangat nak tunggu tapi still, annoying! Maybe juga sebab ramai sangat orang, kelihatan la the staff sibuk pikul meja tambahan. Maybe tak cukup la kot. I was wondering juga, boleh pula main tambah2 meja, patutnya dorang fix la how many person yang boleh masuk.Dalam 1.45 kot baru table ready. Thank god our table at that moment dekat dengan food counter makanya terus la kitaorang serang the counter before we have to walk far as the dining area revolve.

Friday 29 April 2016

Hannah & Fruits

Hari ni pengasuh si tecit cuti, awalnya her dad ambil cuti tapi sebab ada hal dekat pejabat so dia terpaksa la cancel cuti & send si tecit to my office. Memandangkan we all in the same office, kena accept la nak the fatheer kena terima si tecit juga... ahaks! Yelah, bukan salah kitaorang kan sebab cuti dah scheduled tapi kena kerja.

Sudahnya, lunch tu kitaorang bawa dia ke mall. Ingat while tunggu her dad solat jumaat, we all play dekat The Parenthood punya tempat mainan. But before we went her dad belikan dia buah2an ni. Masa nampak play area dekat Ph, si tecit tak tergoda langsung instead sibuk dia nak main her fruits. Sudahnya aku p Starbuck, cari seat quite terlindung & let her play. Sejam lebih la juga Hannah & fruits bermain. Hahaha.. soh minum tanak, soh makan tanak... ini le keje dia

Thursday 28 April 2016

Pakcik Sosej


Dekat ofis aku, ada la sorang pakcik jual roti ni yang selalu datang. Macamana  dia dapat naik aku pun tak sure. Tiap kali dia datang aku remind aku cuma nak sosejk tapi pakcik ni tak hengat2 juga pesanan aku. Makanya hari ni dapat la roti sosej... puiii!

Wednesday 27 April 2016

Sunblock maniac


Lepas muka terbakar teruk masa ke Desa Waterpark hari tu, aku insaf. Makanya now dah beli sunblock. SPF 130 untuk yang tuha, SPF 60 tuk si tecit & beli juga cream vitamin E dan aloe vera moisturizer tuk affer burn.

Insaf sangat la lepas ni. Walaupun masa main air tu tak sedar sebab seronok sangat, sila la make sure you wear enough protection from the sun. Sebulan pun tak hilang oke sun burn nya!

Tuesday 26 April 2016

Telekung Baru

Last week masa jelan-jelan cari hal dekat jalan TAR, belikan si tecit selai telekung. Makanya malam ni dia beraksi.. hahaha. Nasib tak imam her dad, malam ni dia jadi makmum je

Monday 25 April 2016

Hadiah Dari Tokyo

Sempena musim bunga di Tokyo, wa dapat ini celemin. Wa punya bos sula pigi Tokyo makan angin & mawa malek ini gift kasi wa. Wa sangat selonot!

Sunday 24 April 2016

Vokab Hannah

Animals
Fish, cat, dog, dolphin, rooster, chicken, whale, lion, tiger, shrimp, monkey, snake, bear, butterfly, bird, turtle, kitty cat, mouse, caterpillar, bee, penguin, cow, frog, pig, goat, sheep, snail, rabbit, spider, parrot, kangaroo, giraffe, camel, crocodile, deer, hippo, horse, pigeon, cockroach

Colour
Red, Orange, White, Green, Blue, Yellow, Brown, Black, purple, pink

Number
One, Two, Three, four, Five, Six, Seven, Eight, Nine, Ten

Shape
Triangle, Circle, Oval, Square

Vehicle
Truck, mixer, crane, car, motorcycle, bicycle, van, train, airplane, ship, yacht, tractor, fire truck, excavato, snow mow

Body
Nose, eyes, hair, leg, hand, ears

Other
Snow, star, moon, mum, daddy, milk, book, bucket, hat, ball, eggs, shoe, glasses, cake, baby, bag, balloons, boots, camera, chair, table, clock, watch, coffee, cookies, hammer, house, ice cream, maybe, boat, yarn

Action
Jump, hop, stop, go, sleep, higher, fly, look, swing, spin

Instruments
Guitar, Drums, violins, trumpet, piano,

Clothes
Shirt, pants, hat

Flower, Fruits & Vegetables
Carrot, flower, tree, strawberry, apple, pear, banana, orange, fruits

Saturday 23 April 2016

Berenang Di Lowyat


Pagi tadi before keluar ke Lowyat, aku try swim vest yang baru aku beli semalam ni dekat si Hannah. Sudahnya dia tak mahu buka langsung. Makanya ke Lowyat dengan swimming vest la dia hari ni. Orang semua pandang pelik je, tapi anak aku yang tak mengerti apa2 riang gumbira sebab ada 'baju' baru... hahaha.

Sudahla tu, ingatkan g umah pengasuh je dia nak bawa beg tarik dia. Tadi pun dia usung juga. Menangis masa kitaorang simpan beg lam keta time nak naik ke Lowyat tadi.. nasib yang buat tu mamme so dia cool sikit la. Kalau adih yang buat, kompom bergema tangisan dia. Hahahah

Anak aku as of now, kalau aku yang marah or larang dia nangis sket or sometimes patuh je. Tapi kalau laki aku yang marah or amik barang dari tangan dia. Meraung la jawabnya. Aku garang ke apa ke? hahaha. Laki aku ada gak marah dia.. tapi kalau salah marah nanti dia kena marah balik ngan aku. Hahahahahah! So kalau ada situasi yang merengek2, makanya aku la yang kena isolate dia baru dia tak mengamuk.

Sebab kesian tengok dia eksaited pakai vest, kitaorang plan nak duk hotel la malam ni. Tapi bila fikir punya fikir, bek simpan duit g berjimba sungguh2 masa g SL nanti or simpan duit beli annual ticket SL.. ahaksss!

Friday 22 April 2016

Beg Baru Hannah


Semalam masa amik dia dari umah pengasuh, ayah dia kata dia duk merebut beg kawan dia. Adoiiii la Hannah! Makanya terus la kami laki bini belikan dia beg baru petang tu jugak supaya idok la dia merebut kawan dia punya. Makanya habis la juga duit si emak RM49 hengget... adodiiiiiii!!

Tapi RM49 hengget tu tak de hal la kalau dibanding dengan kegembiraan dia sebab dapat beg tu. Dia heret la sendiri the bag, siap simpan tangkai kalau nak turun tanga then buka balik tangkai kalau nak heret. Everyime oke! Semalam, langsung tak lepas la beg dia tu. Siap bawak tidur sebla oke!! Sudahnya ayah dia la yang tidur kat bawah kaki. Adodoiiiii!!

Hari ni since aku transfer all barang dia ke rumah pengasuh to this beg, makanya dia la yang bawa sendiri. Oh Hannah!

Thursday 21 April 2016

Sesi Pembelajaran Informal Dirumah


Anak aku dah berusia 2 tahun 10 bulan 10 hari, hari ni. Nak kata tak pandai cakap, tidak la pula sebab as of now dah almost 200 vocab dia. Cumanya semua dalam bahasa Inggeris & dia tak tahu cakap melayu. Masalahnya, bahasa pengantar di rumah dan juga rumah pengasuh adalah bahasa melayu. Semuanya dia dapat dari tv. Heran la jugak, anak orang pun tengok tv juga tapi pandai je cakap melayu tapi anak aku ni sebaliknya.

Dia pronounce almost every words yang dia tahu correctly + siap dengan slang mat salleh. Takde pelat oke. Aku ngan bapak dia ni hah yang terkial2 nak sebut oke!

Kat rumah, apart from tv. Aku bagi dia gadjet juga. So she can play with flash cards yang aku donlod. Aku tak stop semua tu sebab i saw it benefit her. I will, someday, but definetely not now. Dari tv dan flashcard la dia belajar all those words. Kalau aku ajar, kadang2 dia respond tapi kadang2 dia diam je. Tapi ada satu hari tu aku dengan dia mengira dari 1 sampai 7. Ada pula tu dia kira dari 5 sampai 10. So semua tu memang da masuk dalam kepala dia.

Since banyak sangat tv & gajet, aku g tengok kat DIY apa la yang boleh aku beli tuk hiburkan dia apart from mainan. I bought coloured ice cream stick ngan bebola benang for a cost less then RM10. Using those two, baaaaanyak yang kita boleh buat like

1. Belajar shape
    - Buat shape2 simple like square, triangle & main guessing game or suh anak bina the shape

2. Belajar mengira
   - Guna stick & ask anak to kira, or buat shape every number suh anak teka, or suh anak bina no guna stick or bebola tadi, or suh anak susun ikut bilangan no. yang kita tulis like atas kertas putih ke

3. Belajar pengasingan
   - Asing ikut color or ikut group of color yang kita dah arrange

4. Belajar ABC
   - Guna stick/ bebola buat shape ABC, suh anak teka or bina etc

5. Belajar membina
   - Suh anak train her creativity dengan melukis guna binaan stick & bebola

6. Belajar menulis
   - Avery no. & hurf yang kita  bina, ask anak bina ikut sequence macam kita tulis the number then suh ikut dengan jari

Banyak kan yang kita boleh buat!

Wednesday 20 April 2016

Travel Record

Bagus air asia ni, siap simpan rekod penerbangan aku since 2014. So inilah rekodnya, nampak sangat jarang terabang balik kampung.. ahaksss! Tahun ni ada 1 kali jak tarabang, itu pun balik kampung siapa ntah tu di HK.. haha

Thursday 14 April 2016

Sunway Lagoon Lagi

Kenapa aku kata semalam aku akan ke Sunway Lagoon lagi ? Masa godek-godek email hari tu baru perasan dapat 1 lagi emel dari Sunway Lagoon yang confirmkan 2 tiket ke park pada 4 April 2016.. puiiiii! Rupanya masa 1st time beli online tiket, aku order 2. Ingatkan tak through sebab tak de voucher. Itu pasal aku beli lagi tiket lain.

Pas beremail-email dengan pengurusan SL, makanya aku berjaya la memvalidkan semula tiket aku yang dah expired & tukar ke another date. Fuhhh!! selamat duit gwe RM100! Tinggal nak beli tiket Hannah, then, kami akan berhibur di SL lagi... yeayyyyyy!!

Wednesday 13 April 2016

Kegilaan Apakah

Aku ni ketahuan extreme orangnya. Contohnya bila beli baju. Kalau aku suka kualiti kain & design baju tu, aku akan beli dengan banyak. Kadang-kadang lain color, ada kadang sama color. Eksreme juga berlaku masa beli tudung, beg dan seangkatan. Tapi kali ni ekstrem dengan water park pula.

Selasa lepas aku dah ke Sunway Lagoon, Ahad dah ke Desa Waterpark. Lagi 3 minggu aku nak g Sunway Lagoon lagi. Ekstreme kannnnn!

Monday 11 April 2016

Desa Water Park Experience

Inilah kejadian semalam masa kitaorang berkunjung ke Desa Water Park, Taman Desa yang terletak almost 4km dari my house. Masa sampai masih cerah, time balik baru tau muka dah terbakar cam apa jek. Hannah la yang paling seronot sekali, panas pun tak dihiraunya. Aku pun sama naik.. hahaha.

Kat Desa Water Park ni kalau nak compare dengan Sunway Lagoon memang la tak boleh sebab SL ada 6 park consist of 2 water park, 1 Scream park, 1 wild park & 1 amusement park & 1 extreme park while di Desa Water Park ada 1 park jek which is water park la op kos.

Ada 11 attraction di DWP ni. Rega tiket kalau non-my kad mahal sket tapi for mykad holder RM37 dewasa RM26.5 kanak-kanak. Kalau nak murah boleh beli di groupon. Kalau tak silap weekdays tak sampai RM20 pun dewasa while weekend dalam RM32 hengget jek kot. Weekend mahal sikit maybe sebab one of attraction di sini which is Thunder Bolt cuma beroperasi 30 jam jek started 2.00 pm to 2.30 during weekend. Ini la ghupenye thunder bolt ni hah. Kalau in operation, meriah la park ni dengan limpahan air. Aku dah cuba dah.. ok ok la. Tak mencabar sangat, pening maybe ada sikit la... ahakasss.

Tapi yang palin aku sooka dekat sini, wave pool dia. Pergh, dilambong ombak gitu! Selain tu, aku suka gak surf shark, attarction untuk budak la tapi. Sebab dalam banyak2 attraction, kat sinin la area yang paling sejuk... ahahaha. While si Chemba gemar Action River yang ala2 sungai ada arus. Ble la buat pusingan maraton dia kat situ sampai 3 kali.

Masa main memang seronok tak hengat, dah habis main baru tengok cermin. Hampir tak kenal muka sendiri doi! Hitam legam wa sakap lu! Hannah pun dah macam apa je, anak buah aku yang baru setahun 4 bulan lagi la. Macam udang kena bakar gamaknya.. adoiii la

Wednesday 6 April 2016

Adih Demam

Hari ni dah masuk hari ke 4 si Adih demam, makanya aku paksa juga dia ke klinik. Sekalinya punyaaaa la ramai orang. Adodoiiii.. kol 11.30 baru selesai. Dah exceed 4 jam kebenaran keluar ofis yang diberi kepada pegawai kerajaan untuk urusan cam ni lah, ke klinik etc. Memandagkan aku nimemang skema, aku tanya lah my bos patut aku cuti ke or g opis. Sekali bos aku tak kasi cuti daaaaa! Dia nak gak aku masuk opis.

Pas hantar si Chemb a.k.a Adih, tapaukan KFC then balik opis balik. Siyan laki aku, aku demam dia balik masakkan bumbur tapi time dia demam aku pula bizi nak manfus. Puiiiii!

Tuesday 5 April 2016

Hannah 1st Sunway Lagoon

Alkisahnya last friday aku ajak adik aku g Desa Waterpark tapi adik aku kata try tengok Sunway Lagoon tengah ada offer RM50 per entry. Makanya aku pun godeklah website Sunway LAgoon, makanya terbeli la tiket next Tuesday....which is hari ni.

Last aku kemari 4 5 tahun lepas kot... masa tu tiket baru RM60 jek tapi la ni normal tiket RM150, kalau ada myKad RM120. Mahal nak manfus!! Kalau hari biasa memang tidak la mampu nak jejak. Dulu ada 3 park jek kalau tak silap, now dah ada 6.


Kol 9.45 kitaorang gerak, dari sini ke umah 15km jek pun... makanya dalam kol 10 sampai. Ingatkan tak la rama orang sekali, penuh! Sampaikan nak simpan barang dalam locker pun kena q & berebut-rebut, dengan escalatornya rosak lagi.

Tapi aku puas hati sangat, sebab si Hannah enjoy! siap tak mauh balik dia. Yang kitaorang masuk cuma Water Park, Nickelodeon Park ngan Wildlife Park jek, lagi 3 which is Scream Park, Extreme Park dan Amusement Park tak masuk sebab cam tak sesuai bawa Hannah. Thank god masa kitaorang kemari hari tak panas makanya idaklah sun burn hatta secalit pun.

Overall experience? We enjoyed it, except for si Chemba yang demam & patah tulang tungking.

Friday 1 April 2016

Donat Gergasi

Bosa botu donat eh!

\