Wednesday 23 January 2019

Burung Gagak Itam

Area rumah aku ni memang banyak burung gagak. Yang tak best tu kalau ko park salah tempat kompom dorang hadiahkan ko dengan selepuk najis especially kalau parking bawah 🌳 Memang bikin panas sungguh. Ada keta kat rumah aku ni dah rupa toilet burung. Last-last aku tengok dia pakai sarung. Nasib la parking kitaorang bukan bawah pokok. Takpe la panas asal xde diberak burung hoii!!

Monday 21 January 2019

Tuesday 15 January 2019

Hello From PD Day 2

Nice jugak duduk dekat Avillion Admiral Cove ni sebab it is a proper hotel dan still look new & terjaga. Kat PD ni memang banyak hotel tapi kebanyakannya hotel lama dan aku memang tak lalu nak duduk. Hari ni official business start dan hotel aku ditaja, it is free la. Thank god hotel benarkan kami stay dekat bilik ni. Kalau bilik yang ditaja oleh opis tu view tak cantik. 

Hotel ni ada pool dan view yang cantik tapi takde pantai. Cuma yang tak best about the pool is kalau orang nak p makan kena lalu dekat pool tu so akan nampak la ko berenang-renang ditepian. 

Meeting hari ni tamat petang. Thank god tak sampai ke malam so sempat la kami bersiar-siar ke Pantai Cahaya Negeri. Kat pantai ni ada Pulau Burung kalau nak explore paya bakau dan mancing. Nak tangkap gambar pun seswai sebab jambatan penghubung warna merah menyerlah dalam gambar. 

Monday 14 January 2019

Beautiful KL Hello Avillion Admiral Cove PD

Kalau balik kerja aku paling suka pemandangan dekat sini yang overlook KL. Dari sini kelihatan jelas 3 mercu KL which is Menara KL, KLCC dan the newly built apa ntah nama menara tu. Kalau malam mesti santek ni. Dari KL kami akhirnya sampai ke PD sebab esok aku ada meeting menggantikan big bos. Kali ni kami menginap di Avillion Admiral Cove. Untuk malam ni hotel kena bayar sendiri but it is ok. Aku malas nak kelam kabut bertolak pagi-pagi esok so kami bertolak petang ni. 

Sunday 13 January 2019

Book Corner

Yeay akhirmya kemas juga reading corner aku. Dengan harapan lepas ni rajin le aku anak beranak membaca buku kami yang dah beranak pinak ni. Buku sikit la punya banyak tapi bacanya tidak. Adoiiiii!!!

Sunday 6 January 2019

Hari Makan Sedunia



Hari ni memang hari makan sedunia. Breakfast dekat Old Town Mid Valley, lunch dekat Wendy Mid Valley dan dessert time dekat area rumah. Siapa yang huntung, si kecik ni jugak. Siapa yang demuk, tetaplah kami berdua laki bini woi!!


Saturday 5 January 2019

Terai Test Katil


Sampai suda foldable katil aku.. yeayyyy. Aku beli sempena nak menjaga si Chemba yang bakal operate hidung tak lama lagi.

Tuesday 1 January 2019

Happy New Year 2019



Since hampa tak dapek nengok konsert malam tadi, hari ni yang 2 worang tu bercanda di pool. Pool hotel ni yang terletak dekat top most floor & it is an infinity pool. Boleh la berenang sambil menikmati pemandangan kihil dari atas tu.







Monday 31 December 2018

End Of 2018 - Staycation @ Sunway Velocity Hotel

Malam ni kami bermalam di Sunway Velocity Hotel. Konon nak sambut tahun baru dengan nengok konsert. Sempena tahun baru ni, selain konsert coundown 2019 dorang juga ada provide food truck dekat luar mall dan game carnival. Malam lepas lunch ingat nak g jenguk venue konsert which is dekat area food truck tu jugak. Malangnya orang ramai gilos bersesak-sesak sampai nak bergerak pun tak dapek. Last-last kami pegi 7E beli jajan dan naik ke bilik saja laaaa. 

Saturday 29 December 2018

Thursday 27 December 2018

Sunday 23 December 2018

Meriah Krismas Di Pavillion KL



Hari ni kami bersiar-siar di area Bukit Bintang dan kami memilih Pavi la op kos kalau nak menikmati kemeriahan deco krismas. Lepas puas melepak di Pavi kami ke Fahrenheit Mall tuk lunch dekat food court. Sebelum balik tu singgah dekat Book Excess jap. Kebetulan masa tu dorang ada arrange story telling session for free so kami pun join la bawak si kecik. Bukan main happy dia.. tah faham ke tidak makcik tu punya cerita.. hahahaha. Apa-apalah janji happy nak!

Saturday 15 December 2018

Tayar Pancit Hoiii

While odw nak ke KLIA hantar mak aku balik tadi, dengar cam bunyi letups kecik. Dengan slow-slow si Chemba drive sampai la ke tempat yang dikira selamat dekat MEX tu. Skali tengok adoiii.. pancit suda. Tang pancit tu ok je tapi yang seram tu tempat kitaorang berhenti tu betup-betul pertemuan antara simpan masuk menaik ke jalan tol utama dan kereta semua laju-laju. Aku takut tak pasal-pasal pulak tersondol kereta kami yany tengah tukar tayar. Alhamdulillah takde apa-apa dan kami teruskan perjalanan mencari tayar baru di the next exit.. area Sri Kembangan. Melayang RM RM ganti 4 tayar skali 😭 Nasib baik mak tak ikut kami tadi.. kalau dok tak pasal-pasal pula tertinggal flight.

Thursday 13 December 2018

Masuk Wad Day 4



Ko nampak kaki aku tu? Tu kaki orang yang nak kena buat endoscopy. Apa kaitan kaki dengan endoscopy? Mestilah takde.. muhuhahahahaha. Actually ini kali kedua aku buat endoscopy. The first time tu aku buat as outpatient tapi kali ni aku buat as in patient. Kalau sebelum ni pengalaman endoscopy aku agak seram walaupun cuma setakat sedar dalam tak sedar, kali ni aku langsung tak sedar. Tau-tau je dah balik ke wad balik.

Semalam juga aku dah buat sleep study. Macamana buat sleep study? Kena pakai alat yang dipanggil EEG monitor. Alat tu boleh disewa dari agent sebab hospital tak supply dengan harga RM240. Mesin ni akan dipasangkan di badan dan ada hos ke hidung. Aku buat untuk semalam je. Lepas test tu akan keluarlah report tidur ko lena ke idok, hear rate, breathing & reading oksigen sepanjang malam tu. Kalau ko ada sleep apnea, antara tandanya reading oksigen tu boleh turun ke 80% which is bahaya tuk kesihatan kita dimana sepatutnya pada 95% ke atas. Untuk aku, bacaan tak cantik tapi kadar oksigen acceptable so tak payah pakai CPAP machine. Apakah CPAP machine ni? Dalam bahasa ringkasnya mesin ni bantu pernafasan dan tingkatkan bacaan oksigen untuk orang yang ada sleep apnea. 

So inilah muka budak 20-an tu.. muhuhahahaha. Yeayyy hari ni aku keluar wad. Walaupun lambat discharge tapi takpe. As long keluar!

Wednesday 12 December 2018

Masuk Wad Day 3



Tadi doktor pakaikan branula. Doktor tu harap muka je hensem tapi eq fail, udah macam robot gayanya. Esok baru buat endoscopy dan sleep study. Tengok ubat aku tu, meriah kan! Aku kena ambik ubat tuk perut, ubat tuk hati, tuk kencing manis dan cair darah. Macam tu lah bila da sakit.. hohohoi

Tuesday 11 December 2018

Masuk Wad Day 2


Bila yang masuk wad tu orang sihat, makan saja la kerjanya. Dekat wad ni meriah juga. Semua yang ada ni sihat agaknya so masing-masing rajin bersosial. Paling kelakar masa aku masuk dorang bergosip. Masa aku nak ke toiler geng yang sama-sama kat wad ni panggil tanya umur aku berapa. Bila aku cakap 37, dorang masing-masing tak caya. Dorang kata mati-mati dorang ingat aku lewat 20-an. Kalau lelaki yang cakap ko muda dari usia sebenerr mesti ingat sebab ada udang di balik mee kan tapi yang ni since hakak-hakak yang cakap. I guess betul la tu kot.. muhuhahahaha. 

Geng-geng kat wad ni ada yang sama macam aku, nak buat sleep study dan ada juga yang operation macam jiran sebla katil aku. Jiran aku ni friendly ya amat jadi tak la aku sunyi dalam wad ni sebab dia pun akan stay lama lagi sebab nak buat sleep study dan terus operate. Dia pun ada hernia juga cuma bezanya hernia dia dekat bahagian abdomen dan menonjol keluar unlike aku yang hernianya di bahagian sambungan perut dan tak nampak dengan mata kasar. 

Monday 10 December 2018

Masuk Wad Day 1


Tibalah hari yang dinanti, hari masuk wad! As per scheduled, hari ni aku kena masuk wad untuk buat sleep study dan test before proceed dengan pembedahan 2-in-1 aku which is laparoscopic fundoplication untui hiatus hernia dan laparoscopic sleeve gastrevtomy untuk obesiti.. yesss.. obesiti oke! Hahahaha. Aku yang masui wad, si kecik tu yang happy makan makanan hospital. Sedap agaknya pada dia.. ahaha

Macamana boleh detected ada hernia tu? Asalnya aku batuk tak henti selama sebulan. Masa tu takut la kalau kalau kena tibi so I went for check up dekat KK Tanglin. Lepas dah disahkan clear takde tibi, tapi still jugak so batuk I was advised to refer to ENT. After a year dengan ENT dan condition aku masih sama which is swollen tonsil on and off walaupun da pakai spray hidung, I was discharged sebab doktor ENT kata maybe the cause is not dari saluran atas which is hidung instead dari bawah, salur pemakanan. It could be acid reflux so kena refer pula ke Klinik Surgery. Aku bagitau doktor aku memang gastrik so I was suggested to undergo endoscopy examination, yektu masuk camera through mulut tuk tengok condition perut aku. Dari situ la nampak ada hiatal hernia. Doktor kata kena buat pembedahan so aku ikut je la. Since aku gemuk dan obes, doktor dari Klinik Obesiti  suggest pula aku buat skali tuk perut so itu lah alkisahnya.

How to qualify untuk buat sleeve gastractomy ni? Untuk qualify bukan la suka-suka je untuk yang nak kurus. There were parameters yang kena ambik kira such as BMI dan lifestyle ko. Kalau BMI exceed 30, ada sakit due to kegemukan ko yang melampau tapi body ko still ok & boleh go through operation dan ko dah exercise plus diet tapi still tak turun berat, than ko layak la. 



Sunday 9 December 2018

Bye Arte! Bye Penang!


Dalam jam 11 kami check out. Next destination is Komtar. Since aku memang gemar tempat tinggi, kami naik sampai ke The Top untuk lunch di restoran Coco Cabana kat atas tu. Nice juga lepak atas ni tuk makan dan santai-santai. Lepas dari Komtar kami ronda-ronda Penang seround then baru bertolak balik ke KL. Perjalanan dari Penang smooth je. Dalam jam 11 lebih kami sampai rumah. 

Last ke Penang masa zaman bercinta cintun dengan si Chemba rasanya. Itu pun pegi atas urusan kerja. Kira trip kali ni mengimbau la kenangan masa tu. 

Apa-apa pun esok kita masuk wad duluuuu!!!