Sunday 23 August 2020

Cuti Melaka : Imperial Herritage Hotel


Menjenguk keluar tingkap, dalam jam 8 tu pantai masih lengang. Dalam jam 9 dah mula ada orang camping. Dengan harga RM109 dapat view pantai.. berbaloi sangat la pada aku. Pagi ni kami tak rajin pula nak ke pantai lagi, tengok dari bilik je la. Tah macamana pula terbook hotel lagi untuk satu malam.. ingat nak extend di sini tapi bila mengenang kena bertarung dengan marhaein kami pilih menginap di bandar dan hotel Pantai Puteri ni masuk dalam list pangkah la nampaknya untuk percutian semasa weekend.
 

Kami book di Imperial Herritage Hotel pula. Nice sebab ada parking seberang hotel. Since terlalu lapar sangat, kami singgah makan dulu dekat gerai di kawasan dekat belakang parking tu. Masa on the way tadi ingat nak lunch di mana-mana tapi skali kedai banyak yang tutup. Agaknya buka malam la kot. Time nak register check in orang tak ramai tapi malangnya  bilik belum ready. So daftar dulu nanti amik kunci saja. Kami ke Dataran Pahlawan untuk mengisi masa. Dalam jam 3 macam tu la baru bilik ready. Berapa jam kami melepak tu banyak damage has been done antaranya terbeli kerusi pantai 2 bijik dekat Sport Direct. Nasib si Chemba sudi belanja.. ahakss. Masa nak amik kunci tu dah ramai orang dah. Nasib dah check in awal. Hotel ni pun nampaknya masuk dalam list kena pangkah tuk percutian di waktu hujung minggu atau cuti umum. Menunggu lift pun sama kesahnya dengan dekat Hotel Pantai Puteri. Adoiiii.. nak turun naik sikit punya payah sebab lift sentiasa penuh sampai kalau nak turun kena naik lift yang ke atas dulu. Kalau tak, sampai sudah asyik penuh je πŸ’©



Inilah view dari bilik kami.. nice view. Harga semalam yang aku bayar tak sampai RM100. Actually memang worth it sebab bilik besar, terjaga dan bersih. Kalau jenis yang tak kisah menunggu lift, duk la sini. Sangat berbaloi sebab dekat dengan Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade selain attractions lain yang ada di area ni. Depan hotel tu actually ble nampak Menara Taming Sari tapi heran sebab tak nampak pula benda alah tu naik turun. Rupanya dalam proses maintenance.. patutlaa. 

Petang tu cadangnya nak ke Klebang bawa si tecit main layang-layang.. skali hujan lebat la pulak. Sudahnya kami tidur saja laaaaaa.. heavennnn!!

Saturday 22 August 2020

Cuti Melaka : Pantai Puteri Beach Resort Melaka

Hari ni kami meneruskan aktiviti bercuti di pantai. Kali ni kami pegi jauh sikit dari PD, which is Pantai Puteri Melaka. Kami pilih untuk menginap di Hotel Pantai Puteri since macam itu je la satu-satunya hotel yang quite proper kalau nak merasa hotel tepi pantai yang hampir dengan Bandau Melaka ni.

Sampai-sampai hotel ya rabbi parking suda penuh. Dah boleh agak dah mesti ramai rakyat marhaein bercuti la ni. Proses check in ya rabbi lembab nak mampus. Dah la penjarakan sosial pun macam tidak dikesahkan sangat dan tak terkawal. Paling berbulu ada pula mak ayah dengan anak-anak ramai yang beratur beramai-ramai dekat kaunter tu macam tak pernah duduk hotel. Kalau waktu biasa aku tak kisah la tapi ini time PKP kot.. keep your distance! Keep your distance! Berulang-ulang kali dah kita dimomokkan dengan peringatan menjaga jarak ni. Kalau mak pak bangang, gitu juga la anak eh. Sampai itu pun tak boleh nak fikir. Nak dimarah karang nampak aku cam diva sangat pula kan jadi aku hayun je handbeg aku yang boleh tahan berat depan belakang. Kalau kena kau, padan la muka mu.

Sebagai rakyat yang marhein, aku sebolehnya mengelak dari duduk bercuti di tempat yang ramai juga marhaein macam aku especially time2 cobit ni. Malangnya tak banyak pilihan, jadi merasa la kami nak turun naik lift menunggu macam harem setiap kali. Dah la lift dekat hotel tu ada 2 je. Lepas check in kami melepak di pantai. Pantainya kena menyeberang jalan je.. jalan tak sibuk still ok jugak la.


Lepas melepak kami kelaparan. Best juga melepak di Pantai Puteri sebab orang tak berapa ramai dan senang nak beli makan sebab ada peniaga kecil-kecilan jual kuih dan air. 

Kami memilih makan malam di restoran ikan bakar jeti nelayan tanjung kling, tak jauh dari hotel. Actually area hotel ni ada few juga tempat makan macam Malaqat Berkat Roti John tapi kami tak berkesempatan la nak cuba kali ni. Since kami bukanlah peminat ikan bakar, order menu yang biasa je like sate dan nasi ayam. Aku kalau lapar sangat memang oder yang paling senang nak disediakan contohnya macam nasi ayam.

Restoran ni terletak tepi laut, jeti la agakanya. Tak nampak sangat sebab masa kami sampai tu dah gelap. Parking kat situ susah sket sebab kena parking tepi-tepi jalan sempit. Ramai juga orang. Nasib baik kami sampai awal, kalau lewat sikit merasalah kena q tunggu orang selesai. Dah selesai makan ingat nak terus ke Klebang tapi bila tengok waze jem ya rabbi.. lupa pula malam minggu. Sudahnya kami decide balik hotel saja la.

Sebab hotel ni terletak hampir dengan jalan utama dan bilik kami pula menghadap pantai, makanya bising la especially dek mamat-mamat motor yang tak cukup belajar adab. Dorang rem motor eksennya ngalahkan bunyi ferari. Aku notice kat pantai tu agak meriah juga waktu malam. Sampai tengah malam masih meriah dengan orang main bola dan camping. Rasanya yang memancing pun ada kot.

Thursday 20 August 2020

Huawei Haagen Daaz

Tadi kami ke Midvalley cari jam si Chemba. Kalau aku beli jam, masuk kedai berapa minit lepas tu dah selesai tapi laki aku ni 5 jam baru cukup. Adoiiii!!! Padahal nak beli satu jam je, bukan 5 pun. Dia cari jam Huawei yang bateri konon tahan seminggu tu. Masuk keluar kedai, ada je tak kena. Last-last dia beli dari kiosk kat tepi tangga je.. cheh! Kitr dah la mak buyung.. nasib baik dia upah eskrem mahal. Tau berapa harga semua ni.. RM70++ hooiii.. baik la makan nasik!

Wednesday 19 August 2020

Skincare? What Is Thattt??

Tak sampai setahun lagi nak jejak siri 40. Masa budak dulu aku selalu bayangkan orang 40 ni dah tuha sangat.. Ahakssss!! 

Memandangkan nak masuk series 40 kena la jaga kulit muka. Kalau tak by the time ko 50 da nampak cam 60 plak 😝 Skincare ye, bukan makeup! Makeup tuk cover imperfections dan enhance appearance kita tapi skincare as the name implied is a care for your skin. Aku since beberapa tahun lepas memang dah mula amalkan skincare routine. So ini kali aku share apa rutin skincare aku. Kulit aku jenis kering.. al maklumlah semakin tinggi usia semakin hilang le minyak dan kelembapan kulit ko kak.. bertabah je la. So apa-apa pun mesti mula dengan cuci muka la kan.  

So ini antara pencuci muka yang aku guna. Yang brand The Face Shop tu dah 2 tahun lebih aku pakai dan memang a must have dalam rutin aku. Jenis serum infused oil cleanser. Yang tu memang terbaikkkk dan sangat recommended sebab dia 2 in 1. Ble buat makeup remover dan cuci muka. Biasa kalau korean skincare routine dia akan suggest buat double cleansing meaning ko pakai 2 pencuci muka dan salah satu oil base dan next one water base. Pada aku yang dah mengamalkan rutin ni double cleansing memang sangat puas hati la. Pencuci muka yang second pakai la apa yang sesuai tuk korang. Macam aku, as long it is non drying aku ok je since kulit aku tak la sensitif sangat.. alhamdulillah boleh guna almost apa saja brand pencuci muka. Now aku guna Cethapil. Sometimes aku guna Oxy tu kalau tetiba cik jerawat datang melawat. Biasa aku buat double cleansing untuk malam dan pagi aku pakai Cetaphil tu je sebab time bangun tidur muka bersih.. tak de apa sangat nak cuci unlike waktu siang which ko da tepek macam-macam kat muka kan so memang kena cuci bersih-bersih.


Dah cuci muka bersih-bersih, ini barang wajib tepek... toner la op kos. Ini antara brand yang aku pakai.. SK11 takde dalam gambar plak. Since mengandung ni, aku stop semua yang lain dan guna yang Clarins tu je. Mana yang best? Yang Cosmoderm tu cam menyengat sikit.. Lancome tonique confort tu takde efek apa sangat pada kulit aku, SK11 ok2 je... yang Pink By Pure Beauty tu best dan kulit rasa lembut lepas pakai  tapi yang aku recommend Clarins yang 2 tu. Yang dengan alovera tuk kulit kering ya rabbi dan yang dengan camomile pula tuk normal ke dry skin. Apsal banyak sangat? Tah leeee labu.. aku pun tak ble nak jawab. Ahaksss!! Aku pakai toner ni pagi dan malam. Kalau kulit aku naik jerawat skali skala.. malam lepas cuci muka aku tepek toner je dan tak pakai apa-apa dah lepas tu. 2 3 hari tu inshaAllah jerawat reda dan beransur hilang. 
Lepas toner kena pakai essence pula so macam aku kata tadi la.. since mengandung ni aku guna brand Clarins je. Al kisahnya aku dapat free yang Clarins tu.. hehehe. Yang Loreal tu ok jugak.. yang SK11 tu aku perasan takde la jadi toing toing pun muka aku. Pastu kalau aku pakai time berpanas mentari, tunggu je la jerawat datang. Tak tahu la napa muka orang elok je toing toing.. aku dah pakai masuk 2nd botol tapi tak nampak hasil. 


Lepas essence tepek pula serum. Aku memang suka pakai Clinelle tu.. kadang-kadang aku pakai yang biru tuk hydration. Malangnya serum ni payah sket nak sustain beli sebab mahal. Yang Clinelle tu 20ml dengan range harga dari RM50+ ke RM70+ gak kat Watson. Yang Clarins tu memang aku suka sangat tapi now dah terlalu mahal. Dulu RM245 je sebotol yang 50ml sekarang dah RM335 😭😭 Tapi kalau pakai memang sangat puas hati. Aku gagahkan juga beli time mengandung supaya muka V shape konon dan tak kembang padahal semua tu bergantung pada hormon ko la kot samada kembang ke tidak masa mengandung ni.. ahahaha. Dulu masa mengandung si tecit muka tak kembang mana pun.. idung je mekar sket. Tapi kali ni masuk 7 bulan alhamdulillah masih macam biasa hidung aku. 

Habis serum, tepek la moisturizer diikuti dengan sun block. Since mengandung ni aku stop pakai sun block.. aku bergantung pada spf moisturizer dengan cushion je. Sebelum ni lepas tepek sun block aku tepek blur cream Pink By Pure Beauty. Lepas tu tepek cushion foundation. Sapu lipstik then buh sket lipstik kat pipi.. habis citer. Since area atas mata aku tone agak gelap sket berbanding kulit muka, aku tak bubuh apa2 kat mata & guna la kaler gelap semula jadi mata aku tu as eyeshadow. Ahakss..  Cuma kalau muka sembab sket.. aku sapu la sket eyeshadow dengan eye liner. 

Aku bukan jenis yang makeup sangat orangnya. Aku suka nampak neutral tapi since mengandung ni kulit jadi cam tak stabil. Ada masa kering, ada masa jerawat melawat.. kadang-kadang aku ditch cushion dan pakai foundation dewy smooth by Maybelline. Pastu lalukan bedak sket kat muka bagi nampak matte. Sebelum mengandung, semua jenis foundation dan keturunan dia termasuk BB ke, CC ke, DD except cushion type dan bedak memang musuh ketat muka aku. Memang tak seswaiiii tapi time mengandung jerawat naik so aku sapu bedak sket nak bagi jerawat tu cepat sket kering dan meninggalkan muka aku. Mana muka aku? Ini la muka aku tu 😝 Ini muka pakai full skincare dan finishing dengan Pink by Pure Beauty blur krim saja dan muka orang preggy oke.. takde fon-dai-sion or cu-sion dan lain-lain. Walaupun tak la semulus kulit telur tapi tidak la segerutu permukaan bulan kan.. ahaksss

Monday 17 August 2020

Mengenang Minum Milo Truck

Hari tu dapat emel truck Milo akan datang ke opis dan boleh minum Milo for freeeeeeee. Before jam 9 geng-geng opis dah kecoh nak turun g melawat truck Milo. Aku actually bukanlah peminat Milo ni.. setahun belum tentu sekali aku minum. Tapi kalau tanya yang sebaya umur aku.. Milo paling sedap yekla Milo truck & nothing could compare to that. Aarghhhh sedapnya....





Saturday 15 August 2020

Cuti PD : Grand Lexis Part 2

Pagi ni as early as 7.30 kami dah turun breakfast, to avoid crowd kononnya tapi harem. As expected, orang dah ramai hokeyyy! Semua ada thinking yang sama rupanya. Breakfast dia buffet dan sangat minimal.. better dekat Lexis Hibiscus. Nasib baik belakang bilik je, idok la sakit hati sangat hakak bersungguh-sungguh turun breakfast. Lepas tu kami pegi meronda-ronda kawasan hotel.








Jam 11.30 kami check out cari makan. Kali ni kami try Warung Salai. Order daging salai masak lomak.. nama je lebih warung salai tapi daging dia takde rasa smoky pun. Nasib kuah boleh tahan juga rasanya. Dah la takde pejarakan sosial.. adoiiii. Itu satu hal, pelayan dia takat kami nak order air pun sampai 3 orang pelayan datang baru settle bab order air. Memang tidak la aku nak datang lagi. Lepas makan kami menuju ke Telok Kemang. Si tecit mula-mula tu tak nak g beach, penat konon katanya skali da nampak beach terus lupa diri. Kali ni kami sewa khemah. Orang jaga khemah tu kata harga biasa RM45 tapi dia bagi RM35. Tak tahu la bongak ke apa. Okeyla apa-apa je la.. janji anak hakak tak kepanasan main pasir. 

Puas main pasir, si tecit ke pantai pula. Mula-mula takat duduk dekat pantai tu main geli-geli.. skali anak buah hakak datang melepak skali terus lupa diri dua-dua sepupu tu mandi tak ingat dunia. Mandi laut tu tak kisah sangat, mandi lepas mandi laut tu yang problem. Nak suh mandi kat public toilet memang tidak laaaa. Kotor hoii.. dah la orang ramai. Sudahnya aku suruh je si Chemba beli air mineral 5L. G dekat area keta & siram dan sabun2 ala kadar je si tecit tu tuk buang pasir. Pastu tukar baju.. selesaiiii. Lepas tu baru kitaorang g cari makan. Ingat nak lepak makan tapi tempat makan dia memang sesak. Penjarakan sosial? Haremmm takde. Kerusi tu back to back.. heran betul dorang ni semua tak seram kena cobit ke. Sudahnya kami beli goreng pisang dengan air dan makan dalam kereta je. Lagi selesa! Dah kenyang maka pulanglah kami ke rumah. Until next time la PD!