Saturday 22 August 2020

Cuti Melaka : Pantai Puteri Beach Resort Melaka

Hari ni kami meneruskan aktiviti bercuti di pantai. Kali ni kami pegi jauh sikit dari PD, which is Pantai Puteri Melaka. Kami pilih untuk menginap di Hotel Pantai Puteri since macam itu je la satu-satunya hotel yang quite proper kalau nak merasa hotel tepi pantai yang hampir dengan Bandau Melaka ni.

Sampai-sampai hotel ya rabbi parking suda penuh. Dah boleh agak dah mesti ramai rakyat marhaein bercuti la ni. Proses check in ya rabbi lembab nak mampus. Dah la penjarakan sosial pun macam tidak dikesahkan sangat dan tak terkawal. Paling berbulu ada pula mak ayah dengan anak-anak ramai yang beratur beramai-ramai dekat kaunter tu macam tak pernah duduk hotel. Kalau waktu biasa aku tak kisah la tapi ini time PKP kot.. keep your distance! Keep your distance! Berulang-ulang kali dah kita dimomokkan dengan peringatan menjaga jarak ni. Kalau mak pak bangang, gitu juga la anak eh. Sampai itu pun tak boleh nak fikir. Nak dimarah karang nampak aku cam diva sangat pula kan jadi aku hayun je handbeg aku yang boleh tahan berat depan belakang. Kalau kena kau, padan la muka mu.

Sebagai rakyat yang marhein, aku sebolehnya mengelak dari duduk bercuti di tempat yang ramai juga marhaein macam aku especially time2 cobit ni. Malangnya tak banyak pilihan, jadi merasa la kami nak turun naik lift menunggu macam harem setiap kali. Dah la lift dekat hotel tu ada 2 je. Lepas check in kami melepak di pantai. Pantainya kena menyeberang jalan je.. jalan tak sibuk still ok jugak la.


Lepas melepak kami kelaparan. Best juga melepak di Pantai Puteri sebab orang tak berapa ramai dan senang nak beli makan sebab ada peniaga kecil-kecilan jual kuih dan air. 

Kami memilih makan malam di restoran ikan bakar jeti nelayan tanjung kling, tak jauh dari hotel. Actually area hotel ni ada few juga tempat makan macam Malaqat Berkat Roti John tapi kami tak berkesempatan la nak cuba kali ni. Since kami bukanlah peminat ikan bakar, order menu yang biasa je like sate dan nasi ayam. Aku kalau lapar sangat memang oder yang paling senang nak disediakan contohnya macam nasi ayam.

Restoran ni terletak tepi laut, jeti la agakanya. Tak nampak sangat sebab masa kami sampai tu dah gelap. Parking kat situ susah sket sebab kena parking tepi-tepi jalan sempit. Ramai juga orang. Nasib baik kami sampai awal, kalau lewat sikit merasalah kena q tunggu orang selesai. Dah selesai makan ingat nak terus ke Klebang tapi bila tengok waze jem ya rabbi.. lupa pula malam minggu. Sudahnya kami decide balik hotel saja la.

Sebab hotel ni terletak hampir dengan jalan utama dan bilik kami pula menghadap pantai, makanya bising la especially dek mamat-mamat motor yang tak cukup belajar adab. Dorang rem motor eksennya ngalahkan bunyi ferari. Aku notice kat pantai tu agak meriah juga waktu malam. Sampai tengah malam masih meriah dengan orang main bola dan camping. Rasanya yang memancing pun ada kot.